Zati D'hati Fancylicious Cakes

By: amaruszati noor rahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 6-Jul-2007 01:43 Email | Share | Bookmark
CUT & PASTE

Angka 1 dari kek 10X14"
4 untuk Dhani
Angka 1 dari kek 10x10"
Keletihan. Semalam, sendirian menyudahkan 65 biji moist chocolate cake dan 400 muffin. Memang meletihkan jika tempahan banyak pada hari bekerja. Apatah lagi jika tempahan itu urgent. Aku membuat produk dengan bantuan suami dan anak, tanpa pekerja, tanpa orang gaji. Kadang-kadang teringin ambil pembantu tetapi bimbang pada nasib tidak baik. Memikirkan nasib Kak Mis ditinggalkan orang gaji dengan duit dan barang kemas dibedal, risau juga jika nasib aku pun begitu.

Dengan keletihan, fp ini tentu saja tidak dapat diupdate dengan bahasa yang tersusun.

Membuat kek mengikut abjad dan angka memang agak cerewet. Banyak bakery menolak kerana cerewetnya kerja 'cut and paste'. Tin cake berbentuk angka dan abjad pula boleh dikategorikan mahal. Hendak dibeli memikir dua kali kerana bukan selalu tempahan dibuat dalam bentuk angka dan abjad.

Ketika menghadiri kelas kek, seorang guru mengajar memotong kek yang bersaiz 10 X 14". Memikirkan banyak kek yang terbuang, aku menggunakan kek saiz 10X10, dibahagi 3, ditampal dan hanya sedikit yang tersisa.

Untuk kek no 4, aku juga membuangnya sedikit sahaja supaya tidak berlaku terlalu banyak pembaziran. Membuat kek abjad dan angka perlukan ketelitian dan kesabaran. Terbongkok-bongkok memotong dan menampal, frosting, akhirnya kek siap juga.

Happy birthday, M.Rifail. Happy birthday, M Rub'iy Dhani!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net