Zati D'hati Fancylicious Cakes

By: amaruszati noor rahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 24-Jun-2007 11:15 Email | Share | Bookmark
PEKAN FEST

hello cuppies
tempting cappucino
sweet strawberry
strawberry frosting
mr clown
Pekan Fest - pertama kali aku mencuba mengambil gerai untuk melebarkan pasaran. Pamflet dan callcard diedar. Niat di hati hendak membawa oven ke tapak pesta, baunya pasti menarik pelanggan tetapi susunan gerai 10 X 10 itu membuatkan aku membatalkan hasrat itu. Mana hendak diletakkan oven, mana hendak diletakkan perkakas lainnya. Dan pasti sediakan ruang untuk jalan keluar.
Malangnya dalam kita bertimbang-timbang itu, jiran sebelah gerai aku tidak menghiraukan perasaan orang lain. Semua petak kedainya di kepung, ibarat seperti membina rumah tanpa pintu. Petak tapak aku itulah yang menjadi mangsanya. Dia buat rumah dengan pintu di rumah orang lain.
Meja jualan kekku beralaskan sari india yang murah - rm 14 untuk sepasang sari, aku beli di Jalan Masjid India tetapi warna oren muda itu sesuai benar dengan tema Zati D'hati. Jiran sebelah itu juga melarang aku memasang bunting di depan gerai aku sendiri, kononnya menutup gerainya. Aku menghela nafas. Sabar sajalah. Di tempat sendiri yang aku bayar sewanya pun dia nak control. Mahu tak mahu, terpaksa aku ubah bunting ke belakang, dekat pula dengan kuali keropok gerai di belakang.
Aku menjaga kebersihan. Cuppies di dalam tray yang bersih berkilat. Bouquet cupcake kususun dalam bakul berbunga. Meja sentiasa dilap dengan pencuci lantai untuk mengelakkan lalat. Tahu sajalah, lalat mula berderu kerana penjual gerai-gerai minuman dan makanan basah buat kerja ikut sedap saja.
Jiran sebelah yang menjual minuman itu terlebih 'kurang asam'. Bekas tong airnya diletakkan di belakang, dalam petakku. Kemudian ditambah pula dengan plastik hitam, sampahnya membusut dan melimpah. Sakit hati sakit mata aku memandang. Gerai dia bersih kerana sampah sarapnya dilambakkan di gerai aku!
"Kak, sampah akak ke?"
Dia angguk sambil senyum-senyum saja.
"Kutiplah kak, ikat."
Lambat-lambat dia mengutip segala sampah, dimasukkan ke dalam plastik hitam yang tepu.
"Tak payah ikatlah. Nanti ada sampah lagi."
Berkerut dahiku mendengar alasan mudahnya. Senangnya cakap. Plastik yang dah tepu itu hendak diisi dengan apa lagi?
"Kak, ikatlah, lalat banyak ni. Lagipun akak letak dalam kawasan saya, nampak kotor jadinya kawasan saya." Astaghfirullah! Aku jadi laser.
Aku memerhatinya dengan ekor mata. Plastik hitam itu diseretnya keluar dari geraiku. Tahu diletakkan di mana? Di belakang gerai murtabak yang selalunya dibuka jam 6 petang. Plastik sampah yang tidak diikat dibiarkan tegak di situ. Bayangkan apa akan berlaku jika is tumbang? Duhai! Macam ni punya manusia pun ada?
Tinggalkan tentang kerenah manusia, di tapak Pekan Fest itu aku lebih promosikan Moist Chocolate Cake Zati Dhati meskipun moist strawberry, moist orange, moist horlick, moist pandan, moist cappucino turut aku sediakan. Satu industrial oven dan dua jet cook oven hampir-hampir tidak henti bekerja. Sebagai menarik kanak-kanak, aku menyediakan cupcake. Hiasan yang simple. Tidak sempat untuk melukis kartun atau memberi deco yang rumit. Tapi di hati ini terdetik juga simpati apabila ada kanak-kanak yang hanya mampu kecur liur apabila ibu bapa cepat-cepat menarik tangan anak dari menyentuh cupcake itu. Ada yang beli sambil marah-marah, "Kalau kau tak makan, jaga kau, aku pukul, aku sumbat kau nanti! "
"Makan ya, dik, tak baik buang rezeki tau, rezeki dari Allah." Aku beranikan diri menyampuk. Ya, kita mencari rezeki untuk anak-anak. Apalah yang nak dikirakan sangat kerana rezeki yang Allah berikan itu juga untuk anak-anak.




Quote:
dR ali drali@miosh.net - tq, nubli. singgahle lagi. bila nak buat order pulok? wah! awok ni memang jurufoto handal yek. tahniah.

kak nor norzailina@yahoo.com tq kerana singgah dan selalu jawab kemusykilan. rajin celoteh kerana di sini juga jadi platform menulis.

Nisah Haron nisah.haron@gmail.com tq, nisah...insyaAllah, sama-sama akan berjaya.

anjan anjanunimalaya@yahoo.com Jan, tq. bila nak ke rumah lagi? ingatkan kau akan potong wedding cake depan akak, rupanya kau kahwin senyap2


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net