Zati D'hati Fancylicious Cakes

By: amaruszati noor rahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 22-Jun-2007 14:28 Email | Share | Bookmark
GURU BERJARAK JAUH



untuk kak mis yang berbudi...serangkap pantun ini:
tenang-tenang air di laut,
sampan kolek mudik ke tanjung;
hati terkenang mulut menyebut,
budi yang baik rasa nak junjung



buah tangan Tan See Fong dan Janice Murfitt


Berguru ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.
Pantun karya Allahyarham SN Usman Awang ini melekat di ingatan. Aku tidak mahu 'bagai bunga kembang tak jadi', maka proses pembelajaran itu berterusan. Aku memulakan segalanya ini kerana permintaan pecinta-pecinta moist kek air tanganku. Dari menyediakan moist kek 600g untuk 1 packing, aku menerima permintaan menyediakan kek dekorasi untuk harijadi, bertunang, perkahwinan, macam-macam. Dari pengetahuan yang nil (sama sekali nil) tentang dunia dekorasi kek, aku menjelajah internet. membeli noozle dan mencuba. Antara yang menjadi tempat rujukanku, chef celibriti norzalina nordin kerana ada ukhwah yang terjalin lewat dunia penulisan. Antara website yang kujelajahi - naza214, mamazieza, lyndaza,sweetfrosting, banyak lagi.
Teruja dengan kerjatangan tauke naza214, aku menulis emel untuk Kak Mis, mohon adakan kelas berbayar. Aku kecewa, emel itu tidak berjawab. Agh! Naza 214 itu mungkin kedekut ilmu, bukan senang orang nak berkongsi ilmu - hati membenih prasangka, lalu aku mendaftar kelas basic kek & aising dengan bayaran yang boleh tahan tingginya berbanding kelas-kelas lain. Termenung juga hendak mengeluarkan rm800. Tetapi kerana ingin memuaskan hati kehendak pelanggan, menambah skill, kelas itu aku sertai juga.
Dua tiga hari selepas kelas itu berakhir, Kak Mis membalas emelku. Aku merayu Kak Mis membuka kelas, tapi berjajarlah alasan Kak Mis berikan. Kecewa betul kerana ingin sekali aku berguru dengan Kak Mis. Kerja tangannya, aduhhh, teruja melihatnya.
Jauh dari apa yang kusangkakan, Kak Mis sebenarnya pemurah, ramah tak kedekut ilmu. Lewat ym, sms dan talian telefon, Kak Mis memberi panduan yang bukan sedikit. Aku tidak belajar darinya secara practical tetapi secara lisan pada jarak yang terpisah jauh.Aku mencuba setiap panduan yang diberikan Kak Mis, kemudian melaporkan kemajuan dan kesilapan yang berlaku. Kak Mis akan terus membantu dari jauh, memberi panduan dan sokongan.Kadang-kadang teragak-agak hendak hantar sms atau telefon Kak Mis, bimbang kerjanya terganggu tetapi kehendak ingin tahu, ingin belajar membuatkan aku menyisih rasa malu itu jauh-jauh. Kak Mis beritahu guna noozle ini, jangan begitu, buat begini, cuba begini, macam-macam kalimat-kalimat Kak Mis. Kata orang, sepatah kata yang menjadi panduan, orang itu adalah guru yang perlu dihormati, dihargai, dikenang budi jasanya hingga ke mati. Kak Mis juga yang cadangkan agar beli buku UNIQUE FLORAL CAKE DECORATING buah tangan Tan See Fong. Buku ini juga membantu aku memperkemaskan kuntum bunga. Tan See Fong menjadi guru tanpa pernah kutemui. Dan satu lagi.... berbanyak terimakasih kepada adinda-adindaku yang tidak sedarah sedaging - Am dan Wan. Kemesraan dan ukhwah yang terjalin membuat mereka faham pergulatan dalamanku - antara penulisan dan dunia bakery. CAKE DECORATING tulisan Janice Murfitt dihadiahkan Am dan Wan pada hari lahirku. Janice jauh di London tetapi boleh menjadi guruku. Inilah yang dikatakan kuasa pena, kuasa buku. Aku juga belajar dari komentar jujur orang-orang yang terdekat denganku - suami dan anak-anak.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net