Zati D'hati Fancylicious Cakes

By: amaruszati noor rahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 20-Jun-2007 09:25 Email | Share | Bookmark
MAAFKAN ALONG, MAK

Langsing dan....
autum's tiers
pada saat terdesak...
warna musim luruh
warna musim gugur
rose of autumn
cinta di musim gugur
bilaa cinta berbunga



17 jun, sememangnya dugaan besar. Malamnya menyiapkan deco dua biji kek. Tidur satu jam sebelum bangun solat subuh dan isyraq. Kemudian menyambung tugas deco sebiji kek. Hubby membantu membuat muffin labu, zesting orange dan pandan.
Jam 11.00, aku menelefon emak.
"Mak, minta maaf, tak tahu sempat tak siapkan kek kita. Tapi along cuba siapkan."
Suara emak berubah menjadi lain meskipun aku bariskan alasan berjajar - tentang tempahan yang banyak, tentang tidur sejam cuma, tentang waktu berbaki tiga jam lagi tidak cukup untuk proses memulakan sebiji kek- bancuh, bakar, nyahpanas, deco.
Aku hela nafas dalam-dalam. Seluruh urat saraf rasa tegang. Bahan di bakery ada yang tidak cukup. Waduh! Macam mana nak sediakan kek yang besar, bertingkat pula!
"Ni betul-betul mencabar, b. Penuhkan hajat semua orang tapi tak mampu penuhkan hajat mak." Dada mula sebak. Ini tarikh istimewa untuk emak.16 jun - hari lahir emak, hari ulangtahun perkahwinan, hari aku sebagai anak sulungnya dilahirkan. Duh! apa kata emak - anaknya yang selama ini menyediakan kek untuk meraikan orang lain...hari ini gagal menyediakan untuk ibu yang mengandung dan melahirkannya.
"Kita buat juga. sempat siap." Hubby meyakinkan. Dia segera mengayak bahan sedang aku masih ragu. Semuanya hubby yang lakukan sedang aku menyusun muffin sambil diacah prasangka. Jam 12, bancuhan masuk ke dalam oven dan sejam kemudian apabila ia masak, hubby meletakkannya di bawah pusingan kipas yang laju.
Aku menyelongkar cabinet. Di mana stand? MasyaAllah! Hanya ada stand panjang. Kek yang kecil kerana tidak cukup bahan itu membantu menyegerakan proses nyah panas tetapi stand pula tidak sesuai langsung. Susunan kek akan jadi langsing. Aku menepuk dahi, mengeluh berkali-kali. Kesal kerana lalai. Terfikir pula emak mahukan bunga warna coklat, topping coklat - aku bertambah terhenyak. Topping yang hampir mengental dan boleh dibuat bunga telah kucairkan - hanya boleh menjadi topping atas dan tepi. Apa yang perlu kubuat? Adduh!
Topping ganache lebih mudah dari butter cream tetapi coklat cair itu tidak memungkinkan ros dapat menghiasi kek idaman mak. Ketika kek telah suam-suam kuku, kek mula ditopping. Bahagian tengahnya berkedut kerana wap panas masih terkumpul di situ. Kipas masih berpusing laju. Aku cuba mencampurkan coklat kepada whipping krim yang diputar untuk bordernya. Tidak smooth tetapi tidak menggelincir. Kugunakan sedikit untuk membuat dua kuntum rose - tidak cantik tetapi kugunakan juga dua kuntum itu. kemudian ada lebihan buttercream , kuwarnakan dengan brown wilton. Alhamdulillah, mudah. Memikirkan kek tidak sejuk sepenuhnya, bunga hanya diletakkan di tepi. Itupun di dalam hati, doa tiada henti berharap bunga itu kekal hingga saat potong kek.
"Kalau ada jual bunga segar hari ni, kan bagus."
"Hem, hari minggu." Balas hubby. "Gunakan apa yang ada."
Inilah saat paling genting selama belajar menyediakan kek deco. Cemas, berdebar, nak menangis- berbaur. Dalam perasaan yang berbagai itulah, akhirnya aku sempat memikirkan konsep autumn, memilih warna-warna autumn untuk membahagiakan emak dan ayah. Akhirnya terhasil susunan kek yang tak seimbang dan langsing. Bahagian paling bawah sepatutnya lebih besar.
Namun kek yang tidak seimbang dan langsing itu membuat emak tersenyum lebar kerana warna-warna kegemarannya dapat anak sulung sediakan untuk hari yang bermakna dalam hidupnya. Aku sebenarnya malu melihat kek yang langsing begitu menjadi perhatian tetamu. Tetapi aku sembunyikan segala rasa malu demi membahagiakan satu-satunya ibuku.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net