Zati D'hati Fancylicious Cakes

By: amaruszati noor rahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]
Monday, 28-Apr-2008 03:18 Email | Share | | Bookmark
PROMOSI MEI DAN HASIL KELAS BAKE & DECO 2

sakitnya hati buat update untuk kali ini. entah berapa kali internet buat hal. nak menulis pun dah tak ada mood. asyik tersangkut saja gara-gara server lembab. yuk jamu mata dengan promosi bulan mei.

kupilih merah kerana cinta ibu mendiami hatiku
kupilih putih kerana sucinya hati ibu memintal kasih
















Maklumat promosi- aku copy paste dari blospot aku saja. Malas nak buat dalam versi Bahasa Melayu. Putus angin kerana server internet yang mencabar kesabaran. Promo ini hanya untuk orang Pekan, Kuantan, Cini, Muadzam. Orang Kemaman kalau berminat, kenalah pick up di Kuantan.

SPECIAL PROMOTION FOR MOTHER’S DAY


Cupcakes with swirl buttercream & gumpaste’s art
Also available for teacher’s day ( just change the wording)

Pakej A: 25 pcs/box for RM 50

Pakej B: RM 45
16 pcs Cupcakes In Bamboo Tray

Pakej C: RM 55
16 pcs Cupcakes In Bamboo Tray With Crystal Flowers

Pakej D: RM 25
6 Cupcakes in Bamboo Basket

Pakej E – RM 30
11 cupcakes in Cute PVC

Pakej F – RM 40
16 cupcakes in Cute PVC

Pakej F1 – RM 7
3 cupcakes/pack


Add more if u want..
RM5 to include mother’s day card
RM 7 to include musical mother’s day card.
RM10 to include 1 stem of fresh rose.
RM 50 to include ½ dosen /bouquet fresh roses.


Flavours for cupcake:
Vanilla, pandan, orange.

Flavours for buttercream:
Vanila, coconut, orange

Special Choice:
Choc Moist Cupcake with Ganache
RM 2.20 each

Please state cupcakes flavour & buttercream & package type
upon ordering.
Please place ur order 4 days ealier for small order.
Make ur order 7 days earlier for a big order.
Order will be close on 7th May.
Hurry up! Email me – zatidhati2u@yahoo.com.my or zatidhati@gmail.com
Hp: 017-9427033 R: 09-4222329
Self pick up either at Tunas Manja Pekan or Kuantan Parade Kuantan.
Delivery charge:
Pekan – free of charge
Kuantan – RM15 (minimum order RM 50).

Ni nak cerita fasal kelas bake & deko 2
student kali ini Elianas dan wardah. Elianas ni pastilah teman-teman dah kenalkan. Wardah pula masih zero dalam dekorasi kek. Tak pernah pegang noozle.

Bagi yang dah menjadi studentku, tentulah mereka maklum tentang tenaga dan masa yang aku peruntukkan untuk kelas bake & deco. Kalau kelas di BWY atau bagus boleh berhenti menapti jadual, kelas dengan Zati Dhati tidak akan sebegitu. selagi student tidak dapat buat yang terbaik, kelas akan berlarutan hingga ke malam.
Ada yang telefon bertanya, "lukisan kartun tu siapa buat. Zati buat ke?"
Hohoho... hallo! tentulah student yang buat. Bukankah mereka yang belajar. Selain memberi panduan bagaimana membuat teknik cartoon art work, aku juga memberi panduan bagaiaman untuk touch up lukisan yang terhasil. Tetapi tanyalah student2 ini berapa lama masa mereka perlu peruntukkan untuk menghasilkan lukisan masing-masing dalam keadaan terkial-kial.
Kelas yang paling sulit adalah kelas membuat bunga. aku terpaksa menerima hakikat bahawa bunga ros, bunga raya, apa saja yang dinamakan bunga, banyak jenis dan bntuknya. Begitulah hakikat dalam mendeko. Aku belajar menerioma bahawa bunga dari tangan Atak akan sama dengan bunga dari tangan si B. Bukan sekali dua aku menegur, "bunga apa yang kau buat tu. tercolot-colot. Kelopak melorot macam bunga kantan. Buat semula!" apapun, kita tidak boleh berharap bunga yang sempurna pada peringkat awal.
Belajar dari kesilapan, buat pembetulan, cari teknik yang betul. Pengalaman belajar dengan teacher Beth, meskipun tidak banyak corak yang aku dapat tetapi cara Beth yang teliti dan sentiasa mahukan aku membuat correction menjadi guide apabila aku mendeko sendirian di rumah.
Bagiku dalam kita bergurau sambil belajar untuk melepaskan lelah dan tekanan mengejar masa, ketegasan adalah penting untuk merekrut pendeko. Wardah seorang Kidal tetapi pengalaman bersama Kak Siti pada kelas 1 yang lalu banyak membantu aku memberi wardah tunjuk ajar. selain daripada seorang yang tidak pernah pegang noozle, Wardah juga mengidap asma, bergantung pada steroid. Ada ketikanya aku perlu menimbang tara agar wardah tidak terlalu penat. Namun begitu semangat dan keinginan wardah kuat. Barangkali diwarisi daripada orang tuanya yang cacat penglihatan, menganyam bakul dan menjadi pemuzik jalanan tetapi begitu wibawa hingga sepuluh anaknya didik menjadi orang berjaya. Wadduh! Kagumku utuh untuk orang tua wardah. sering aku katakan ke[ada Wardah - kalau ayah kau boleh buat, engkau tentu lagi boleh."
Elianas terpaksa membuat pembetulan basket weave tiga kali. Bila saja sakit mata memandang, maka pembetulan perlu dibuat. Buat semula, kataku, buat malu je bawak balik ke penang tengok hasil kerja yang macam ni. buat cantik2 biar orang berbangga tengok kau bawak balik kek.
Hem... ramai yang tidak menyangka Elianas hanya datang dengan bas. Tujuh biji keknya dibawa balik dengan bas. aku pack elok-elok dalam kotak tebal dan besar. Hem, ada pula yang Elianas jual kat sana.
mari jamu mata dengan foto-foto ini - foto hasil kerja elianas dan wardah.















Tuesday, 22-Apr-2008 10:32 Email | Share | | Bookmark
BAKERI KECIL DAN KISAH TUKANG KERANDA


Hubby dan Amsyar bekerjasama buat batu asas untuk kabinet... terimakasih, sayang-sayangku...jimat kos buruh. Aku pasang lantai mozek ini sendirian, tahun 2002 dulu.


Pasang siling, juga kerja hubby dan Amsyar...




Pian, si tukang keranda (foto belakang) menyiapkan kerja-kerja pemasangan kabinet. bakery ini menjadi berantakan selagi kerja pemasangan tidak selesai. Ikuti kisah Pian si tukang keranda.... scroll sehingga habis entry



chiller dua pintu untuk menempatkan kek dan...


chiller 1 pintu untuk menempatkan bahan-bahan yang tidak tahan dengan suhu bilik

dan di bawah ini peralatan di bakeri kecilku...














aku punya hampir 70 round tin cake sais 7". Ini sebahgian darinya yang dapat kumuat di dalam kabinet. Selebihnya hanya di dalam bakul kerana digunakan setiap hari.




Mixer orimas B-20 ini dah setahun kubeli tapi baru guna dua kali. Untuk membancuh moist choc cake 36 biji , aku hanya memerlukan sebiji besen besar dan hand mixer saja. Sekarang aku punya 3 buah stand mixer FABER dengan kekuatan 300W. Aku berpegang pada pesan Chef anuar, carilah mixer 250w ke atas kerana ia susah terbakar. Dengan tiga stand mixer FABER ini, mudah saya untuk aku membuat kek pelbagai method sehingga aku melupakan impian untuk memiliki Kenwood. Kalau tiga mixer ini berjalan serentak, aku dapat buat beberapa method tanpa perlu menunggu. Berbanding jika aku menggunakan satu kenwood, sudah pasti aku perlu menunggu untuk menukar method. Ada sesiapa yang minat ke dengan mixer Orimas ni?



Oven jetcook Zanussi dan industrial oven 1 deck



Baking papers, boxes dan boards... perlu ada stok supaya tidak kesusahan berkejar ke Kuantan


Noozle cap ayam, juga ada cap Nonya Ah Rinn Chan (jangan marah Rinn ) dan ada juga sikit-sikit brand wilton










Yang perlu ada....untuk memenuhi kehendak pelanggan bila-bila masa saja.



Packing - beli dengan ejen, memang dijadikan stok. Tak muat dalam kabinet ini. Selebihnya letak di luar kabinet saja.


Stok paper cup.... beli dengan ejen. Mesti ada stok supaya tak tercari-cari bila ada tempahan.


Rak yang dibina hubby dulu, masih kugunakan tanda menghargai kerjasama, semangat dan dokongannya terhadapku.

Sahabat pengunjung sekalian, aku agak teragak-agak untuk menulis entry ini. Bimbang dikatakan berlagak dan menunjuk-nunjuk. Bukan itu niatku. Tiada apa yang hendak dilagakkan dengan sebuah bakery kecil di dalam sebuah rumah lama. Aku yakin ia tidak dapat mengalahkan kabinet-kabinet ataupun ruang-ruang dapur anda. aku hanya menulis sebagai satu perkongsian bagaimana aku begitu berhemat untuk mendapatkan semua ini. Ruang kecil bersaiz 11'X14' ini menjadi lambang zatidhati kerana aku bermula dengan nil. Bermula dengan sebuah jet cook oven europa dan sebuah mixer RM35. (Oven europa itu telah kuhadiahkan kepada ibu saudaraku untuk dia mengubah hidupnya).

Pengubahsuaian bakeri kecil ini dan segala peralatan di dalamnya kubayar dengan keuntungan jualan moist choc. Tidak dengan duit lain. Pekan, bandar kecil. Banyak kelengkapan bahan bakeri yang tidak ada. Ia memaksa aku menyimpan stok sama ada beli di Kuantan, KL mahupun daripada ejen.

Ada sahabat yang bertanya berapa lama untuk aku menghimpun membeli semua ini? Jawaban yang tepat tidak ada. semenjak jun 2007, aku berusaha menambah peralatan.

Bermula 2002, aku hanya membuat moist hoc untuk suka-suka. Kalau ada order, hanya daripada saudara mara. Masuk 2003, ada oder orang luar, sedikit-sedikit. 2004, moist choc mula dikenali ramai. 2005, aku mula pasang kaki yakni melantik dealer. Dari lima tin cake sahaja, aku menambah jumlah tincake pelbagai saiz untuk menepati tempahan pelanggan.

Pian, tukang kabinetku seorang tukang keranda! Ada yang tergelak apabila aku memberitahu demikian. "hah! Tukang keranda kau suruh buat kabinet? Tak ada orang lain dah ke?" Apa salahnya? Dia bukan membawa badi mayat atau hantu jembalang bersama. Dia bekerja dengan kudratnya. Kerja tukang keranda bukan kerja sebarangan. Ia perlukan ketelitian dan aku memerlukan ketelitian itu. hasilnya aku berpuashati kerana pintunya tidak senget benget, kemas rapat apalagi dengan rona putih kelabu yang menepati kehendakku. Aku tidak memilih warna-warni kerana ia akan menyempitkan lagi ruang kecil ini.

Sebagai seorang tukang keranda, tentunya Pian seorang yang sibuk. Tempahan itu kubuat pada musim banjir. Faktor cuaca basah menyulitkan gam kering menjadi salah satu faktor kabinet tidak dapat siap segera. Faktor lain ialah...
Kata Pian, "murah rezeki saya kerja dengan kak ni. ada saja orang mati. Kerja saya jadi tertunda-tunda."
Aku ketawa. "Bila da orang mati, engkau gembira ye?" Aku menebak.
"Tak, kak. Saya dapat sakit dulu."
"Sakit apa?"
"Saya akan sakit macam orang nazak. Bila saya sakit macam tu, pekerja-pekerja saya tahu itu petanda ada orang akan perlkukan keranda."
"Ooooo." Aku terlongo. Maha Suci Tuhan...
"Kalau tak pun, saya tiba-tiba je terasa nak buat sangat keranda. Tak boleh buat kerja lain."
Cerita Pian itu membuat aku terkedu. Rezeki sudah pasti akan menggembirakan tetapi petanda yang diberikan Allah pasti akan memberi satu kesan lain untuknya. Dia mendapat anugerah Allah yang sebegitu istimewa. Subahanallah...

Rumahku ini rumah lama, usianya lebih 45 tahun. Berbanding rumah batu atau rumah kayu daripada kayu jati, rumahku ini tentulah merosot jauh tarafnya dari mata pandangan sesetengah orang. Tetapi aku menyenangi rumah ini. Rumah ini terbina atas nama cinta emak dan ayah. Rumah ini penuh sentimental kenangan. Inilah dulunya rumah tanpa bilik berdinding buluh beratap rumbia bertangga nibung tempat aku menghirup nafas pertama. Di sinilah, bakery serba sederhana zatidhati beroperasi. Ia terlalu istimewa. Ruangnya yang kecil tidak pernah menyekat semangat, keinginan dan cita. Di sinilah aku melakukan kerja-kerja pembikinan kek dengan penuh cinta. Di sinilah....



Sunday, 13-Apr-2008 16:51 Email | Share | | Bookmark
TENANG HADAPI TRAGEDI & FOTO KELAS DEKO ZATIDHATI 1

SEBELUM ANDA MEMBACA CATATANKU TENTANG TRAGEDI 30 MAC, MARI JAMU MATA DENGAN HASIL KEINGINAN DUA SAHABAT KITA MENDEKO. AISHAH shaishah.fotopages.com DAN KAK SITI (GENG RneT) ADALAH PROTEGE PERTAMAKU. INI ADALAH ANTARA ORANG YANG MEMUJUKKU MEMBUAT KELAS. AISHAH MEMUJUKKU SEBELUM PULANG DARI JEPUN LAGI. UNTUK MEMBUAT KELAS TERLAKSANA ADALAH SULIT SEDIKIT KERANA SABTU DAN AHAD SELALUNYA JADUALKU PENUH. MANAKALA PROTEGE PULA SUSAH HENDAK MENDAPATKAN KELULUSAN CUTI. INI ADALAH KELAS 30 MAC-2 APRIL DI PEKAN, PAHANG.
AISHAH ZERO DECO. KAK SITI PULA WALAUPUN PERNAH BERBELAS TAHUN DULU AKTIF BELAJAR MEMASAK DAN DEKO, TETAPI DIA PENDEKO KIDAL. TELAN AIR LIUR JUGA DENGAN CABARAN BIOLOGI KAK SITI INI. AKU MEMBUAT DEMO DENGAN TANGAN KIDAL
YUK JAMU MATA...

















Kesuntukan masa, maka aku membantu bunga coklat kerana adik Aishah hampir tiba untuk menjemputnya pulang. Ada di antara kuntum ini dbuat oleh protege, ada yang hasil tanganku.
sesiapa yang berminat dengan kelas ini, sila email ke zatidhati2u@yahoo.com atau zatidhati@gmail.com. Aku akan cuba mengatur jadual pada sabtu dan ahad.


Kelas bake & deco ini berjalan pada hari pertama tragedi 30 mac. Ia berlaku pada kelas pertamaku. Aku segera set minda - jangan runsing. sesuatu yang ditarik pergi, redhakan ia pergi. Syukur Allah kerana memilih kami untuk diuji. Syukur Allah kerana kau lindungi kami. Syukur Allah kerana kau masih meminjamkan sesuatu untuk kami.

Perkongsian pengalaman hadapi tragedi 30 mac buat aku semakin mengerti bahawa persahabatan tiada sempadan. Laman maya yang berada di hujung jari sebenarnya melebar membawa pelbagai emosi.
Dalam diri manusia ada sifat negatif dan positif. Alhamdulillah, aku dikurniakan Allah sifat tenang hadapi peristiwa-peritiwa "hari ini dalam sejarah' - sejarah hidupku. Barangkali Aishah (shaishah.fotopages.com) yang kebetulan ada di rumahku pada hari itu menjadi saksi ketenanganku hadapi tragedi. Tidak ada setitik airmata yang tumpah. Hanya tenang melihat api menjulang dengan doa di dalam hati agar tiada percikan api melompat ke rumah kami. Hanya meminta hubby menolak kereta rapat ke pintu bakeri. Sebagai isteri dan ibu, aku tidak menunjukkan rasa sedih atas kehilangan. Aku percaya andai aku menangis dan kecoh, anak-anak pasti cemas, pasti menangis. Jiwa anak-anak perlu ditiupkan dengan redha menerima kenyataan. Percaya atau tidak, tidak ada anak-anak yang menangis kerana kehilangan citroen. Hanya sesekali kedengaran keluhan, "baru dua kali dapat naik citroen tu." Keluhan itu akan kupujuk dengan, "tak apa, belajar rajin-rajin, kerja besar, nanti boleh beli kereta lebih besar dari citroen abi."
Meskipun aku tenang dan tidak menangis sedikitpun hatta ketika citroen dibaham api, mahupun tika setiap hari membuka jendela terlihat bangkainya, namun ucapan-ucapan yang ditinggalkan di jejak fp yang kubaca keseluruhannya malam ini membuat dada sebak dan airmata menitik. Bukan kerana hilang citroen tetapi terharu dengan teman-teman pengunjung yang kebanyakannya tidak pernah bersua meninggalkan simpati dan menambah kekuatan di jejak ini. Malah ada yang sms, emel dan menelefon bertanya khabar dan memberi kata semangat. Terimakasih, aku menghargai anda semua.
Rata-rata bertanya siapa punya angkara, ada musuh ke. Tidak dapat aku menjawabnya. Dalam hidupku di bandar kecil ini, aku tiada musuh kerana hidupku hanya di depan pc dan di dalam bakeri koboi. Aku tidak punya masa untuk mengatur tangga rumah orang, apalagi untuk mengambil tahu hal orang. cukup dengan ziarah kerana sakit atau mati, selebihnya memenuhi jemputan kenduri. Kalau ada orang yang memusuhi aku atau hubby, musuh itu mungkin dalam diam-diam kerana tidak pernah lagi ada manusia yanb berani mengakui sambil menuding jari "aku akan memusuhi kau sampai ke mati." Ketika repot jenayah dibuat, hubby tidak menyenaraikan sesiapapun sebagai orang disyaki kerana musuh dalam selimut atau musuh dalam kabus tidak dapat diterka siapa.
Ada suara-suara yang mengapikan kami, "kalau tahu siapa yang buat tu, bakar keretanya pula." Nauzubillahiminzalik! Jauhkanlah kami dari sikap berbalas dendam dan memarakkan api sengketa seandainya ada. Negara ada undang-undang dan muka pengadilan.
Ada juga khabar angin kata orang, "itulah, duit tak berkat, sebab tu kereta tu hangus," "itulah, tak bayar zakatlah tu," "duit haram tu."
Sabar sajalah. Kayu pengukur apakah yang mereka gunakan untuk menghukum berkat atau tidak, halal atau tidak rezeki yang aku cari. Kalau terlupa akad jual beli produk, aku lekas-lekas membuat akad. Hidup mesti jujur, aku dan hubby percaya itu. Selain wang yang dapat mestilah dari titik peluh sendiri (bukan kerana berpeluh beratur membeli tiket loteri atau berlonggok di meja judi), aku percaya pada kejujuran itu adalah kelangsungan kehidupan. Aku selalu berpesan pada anak-anak, kalau membeli tersalah kira, mestilah beritahu pada peniaga itu tidak kira sama ada salah kira itu berpihak pada kita atau dia. Inilah namanya kejujuran. rasanya bukan sekali dua telinga ini mendengar orang bercerita tentang kesilapan peniaga mengira jualan. Kalau kesilapan itu merugikan pihak pembeli, ada pembeli yang melenting. Tapi kalau mereka sedar kesilapan itu memberi untung di pihak mereka, mereka diamkan saja dan kata, "alhamdulillah, rezeki aku." Rezekikah namanya itu? Aku tidak memandang itu sebagai rezeki. Kalau lima sen pun salah kira, perlu diberitahu peniaga.
Sifat masyarakat kita, cepat benar menghukum. Kadang-kadang hukuman itu datang dari bibir orang yang nampak alim, kuat agama. Ketika simpatiku melimpah pada rakyat Indonesia yang selalu saja diduga petaka, telingaku tidak sedikit menangkap kata-kata orang-orang kita, "itulah, dilaknat Allah tu, banyak sangat buat tak betul, Allah timpakan bala." Aku tidak senang dengan perkataan 'ditimpa bala". Padaku itu adalah dugaan Allah untuk menguji umat manusia. Bukankah faktor geografi Indonesia itu sendiri memang mendedahkan rakyatnya kepada bencana alam? Begitu juga ketika Johor dilanda banjir teruk tahun 2006. Ada yang kata, "padan dengan Johor, ditimpa bala, itulah...bla...bla..." Bukankah geografi Johor ketika itu sibuk dengan tambak dan sebagainya.
Benar, segala yang terjadi adalah dengan izin Allah. Mengapa ia terjadi, hanya Allah yang Maha Mengetahui. Namun untuk memperkasakan jiwa, kami perlu redha atas setiap ketentuan. Dengan redha, kami akan mensyukuri setiap yang masih dipinjamkan kepada kami. Untuk hari-hari seterusnya, kami berdoa dan waspada. Setiap yang buruk tertulis di Luh Mahfuz boleh ditangkal dengan doa.
Memaafkan kesilapan orang lain memanglah sulit tetapi aku dididik hubby menjadi pemaaf. Sembilan belas tahun menjadi isterinya, terapan menjadi insan pemaaf sangat sebati dengan diriku. Kata hubby, kalau kita tidak maafkan orang lain samada kecil satau besar silapnya, kita tidak akan lepas ke syurga. Perjalanan ke syurga akan tersekat kerana si perayu maaf akan terus-terusan menarik kaki kita. Dalam banyak hal goncangan yang berlaku dalam sejarah hidup kami, tidak sedikit yang mengatakan 'huh, bodoh maafkan orang macam tu." Dalam fikiran kami, tidak ada dendam kecuali hukuman undang-undang dan berharap wujudnya keinsafan.
Malam ini, jam sembilan tadi, ada bunyi deru motorsikal di luar rumah. Aku fikirkan tetamu yang datang. Cepat-cepat memanggil hubby melihat siapakah di luar. Bunyi enjin motosikal dimatikan. Taqiuddin membuka tingkap, hubby membuka sportlight dan pintu. Kawasan pagar rumah kami begitu gelap. Kedengaran citroen diketuk tiga kali, enjin motosikal dihidupkan dan kemudian berdaum pergi. Siapa dan apakah maksud yang dibawa?




Saturday, 5-Apr-2008 23:04 Email | Share | | Bookmark
TRAGEDI 30 MAC 2008

Tidak seperti malam-malam sebelumnya, malam 30 mac itu aku terlalu mengantuk. Sedar tidak sedar tertidur atas keyboard lebih 4o minit. Saat terjaga, aku terpinga-pinga. Kenapa aku depan pc? Apa kubuat depan pc? Kelopak mata begitu berat namun kugagahkan juga membalas email seorang teman. Sesuadah itu, panggilan tidur lebih berkuasa. Jam 11.48 malam bukanlah waktu untuk kutidur kerana kebiasaannya aku tidur jam 3 pagi.
Tidak tahu ke mana rohku merayau malam itu. Deringan telefon memotong mimpi. Agh! Baru nak tidur, telefon berbunyi. Aku tidak peduli, kubiarkan saja hubby bangun mengangkat telefon.
Kudengar hubby berkata, "hmm, hemmm, biarlah... hah?" Bunyi gagang dihempas, tingkap ditolak kuat dan suara hubby membuat aku terganjal. "Ti, kereta terbakar."
Aku pantas menguak selimut, menjengah melalui jendela terbuka. Api menjulang, letupan-letupan kecil kedengaran. Hubby sudah di tanah, menarik wayar air dan menyembur ke kereta. Jam 5.00 pagi.
"Telefon bomba!" jerit hubby. Memang bekalan air di rumah tidak akan membantu kami. Tiga kali basuh baju, air di tangki akan kering. Malam baru tangki akan penuh kerana rumah kami di hujung, tekanan air tersangat rendah.
Aku mendail 999. Ini bukanlah talian terbaik. Dari pusat 999, dipindahkan ke Balai Bomba Indera Mahkota. Balai Bomba Indera Mahkota menghubungi Balai Bomba Pekan , barulah aku mendapat panggilan dari Balai Bomba Pekan bertanyakan alamat rumah. (Iktibar dari ini, eloklah kita tahu no telefon bomba, hospital, balai polis untuk saat-saat kecemasan. Ini bukan bermakna 999 tidak cekap tetapi ia bukanlah pusat daerah).
Aishah@aqilma.fotopages.com yang tidur di rumah turut bangun. Katanya dia terdengar bunyi merecik seperti pelepah kelapa dibakar disusuli letupan yang sangat kuat. Anehnya kami tidak terbangun dek letupan kuat yang membuat jiran sekeliling terjaga.
Letupan kuat terdengar dua tiga kali lagi. Bahan besi yang terbakar melompat sampai ke dalam pagar rumah.
"Hubby, alihkan kancil," jeritku, bimbang serpihan-serpihan api terkena kancilku.
"Adik tahu siapa yang bakar kereta kita, umi," kata Taqiuddin. Dia menyebut nama seseorang tetapi aku tidak memberi balas. "Adik baru naik dua kali kereta tu."
"Tak apalah, dik. Kita kena bersyukur, dik, nasib baik kereta tu parking di luar pagar. Kalau dalam pagar, habis rumah kita. Nasib baik tak terbakar masa adik ada dalam kereta." pujukku.



Rumah kami yang jauh ke dalam, tersorok dari jalan besar menyebabkan bomba tidak tahu lokasi kebakaran. Mulanya Amsyar yang kebetulan pulang bercuti ingin menjemput bomba di jalan besar tetapi aku menghalang kerana bimbang pada letusan dan letupan boleh membawa kecelekaan. Jiran kamilah yang menjemput bomba menunjukkan jalan.
Saat bomba sampai, CITROEN kami, ACU 1656 tidak berupa kereta lagi. Tetapi sekurang-kurangnya ia dapat memutuskan letupan, letusan dan percikan api di sana sini.








Menjelang petang, pegawai penyiasat bomba datang. Katanya, kereta terbakar susah hendak disiasat berbanding rumah, bla bla bla bla... emmmhhhh!

Taqiudin tidak berpuas hati. "Tapi umi, adik tahu ada orang bakar kereta kita. Masa adik batuk, adik bangun nak buang kahak, adik bukak tingkap. Adik nampak cahaya lampu kereta, umi, dekat pokok kelapa jalan nak masuk tu. Betul umi. Adik tak tipu. Adik rasa takut sangat. Adik nampak orang, umi."

Kata Aishah, dia tersedar dan lihat Taqiuddin terkebil-kebil macam orang takut.
Aku percaya kepada hijab. Orang-orang yang ikhlas beriman dan beramal menerima hijab. Melalui tiga orang yang mendapat hijab, aku mendapat tahu dua orang melakukan kerja terkutuk itu. Diupah orang. Tiga jawapan yang hampir-hampir sama.

Kepada hubby, aku tidak bercakap langsung tentang kehilangan, kesedihan, kekecewaan dan sebagainya. Aku tahu dia kehilangan, membekam sedih dan kecewa tetapi aku punya pegangan sendiri - pada saat orang berduka, kita tidak boleh menunjukkan kedukaan. Pada saat orang sedih dan kecewa, kita tidak boleh terlarut sama. Hanya sebaris ayat kukatakan, "memang ini perbuatan khianat tetapi kita kena bersyukur kerana bukan berlaku dalam pagar kita, bukan berlaku sewaktu abi drive. Kalau rumah ini terbakar sama, jadi apa kita?"

Ketika aku menceritakan kepada seorang temanku, dia cepat-cepat berkata, "LEPAS NI, KAU BAYAR ZAKAT, JANGAN TAK BAYAR."
Aku pantas menjawab, "Aku perlu beritahu semua orang ke aku bayar zakat? Tak perlukan?"
Aku memberi beberapa saat untuk dia membalas tetapi kerana dia terdiam, aku menambah, "Tuhan nak uji umatnya tak perlu menunggu umat tu bayar zakat atau tidak. Janganlah kerana ditimpa musibah, kita kata orang tu tak zakatkan harta.Dugaan Allah kan bermacam-macam. "
Soal zakat, derma dan amal jariah adalah urusan hamba dengan Allah. Rasanya tidak perlulah tampal surat akuan zakat pada kereta atau dinding rumah! Ia tertampal pada pintu syurga, dengan izinNya.

Hubby, aku tahu hubby kehilangan ... tetapi kau masih punya aku dan anak-anakkan? Bersyukurlah, sayang...



Thursday, 3-Apr-2008 02:27 Email | Share | | Bookmark
KIWI PAKA RIVER MAN

Aku mengenali Goh Khee Wei (mesranya Kiwi) melalui WAYN. site untuk mencari kenalan. Istimewanya WAYN kerana kita mendapat tahu siapa yang akan travel ke lokasi kita. Kiwi anak kelahiran Terengganu, kini tinggal di Singapura. Bertugas sebagai Inflight Supervisor dengan Singapore Airlines, tak hairan dalam emel-emailnya sekejab dia di negara ini, sekejab di negara itu.
Seorang yang suka pada adventure kayak, Kiwi punya group Paka River Camp, ada site camp sendiri. Kami beremel beberapa kali sebelum dia memulakan ekspedisi kayak bersama kumpulannya. Aku terkilan beberapa hal ketika Kiwi minta carikan penginapan. Semua penginapan penuh kerana pertandingan polo di padang polo, pekan. Mencari van untuk Kiwi juga gagal kerana Kiwi perlukan khidmat van dan driver sekaligus. Di Pekan, hanya ada van sewa. Tidak ada pemandu sewa.Hajat hendak bertemu sambil potong kek meraikan kejayaan ekspedisi juga tidak kesampaian kerana grup berkayak itu sampai pada tengahari Jumaat, semua kedai makan tutup. Tidak dapatlah aku bertemu Kiwi untuk berbual panjang.
Akhirnya aku bersama hubby menghantar kek ini ke Perikanan Kuala Pahang tempat grup kayak itu mendarat. Pertemuan tidak sampai lima minit kerana aku perlu menghantar hubby ke Kuantan (hubby perlu ke Kuala Berang untuk tugasan luar).; Hubby yang dulunya pernah menjadi jurulatih kayak kebangsaan mula teringat zaman mudanya dulu. Kesibukan kini yang membuat banyak minat menjadi terbatas. Pertemuan aku dan Kiwi hanya sebentar tetapi aku menyenanginya, mesra dan baik hati.
Larut malam, Kiwi sms - the cake is beautiful n tasty. Thank you. My friends went gopgoogaga.will send the photos 2 u once back. Aku membalas kerana ingin tahu apa jadi pada replika kayakku. Apakah ia terjun dari lautan whipping cream dan piping jelly dek kerana perjalanan jauh?
Pagi esoknyaKiwi sms lagi - cantik canoe tu. Tengah jalan dari Kuantan ke Singapore.



Ini foto kek yang kurakam sebelum hantar kepada Kiwi. Di bawah replika kayak, aku letakkan plastik keras kerana bimbang whipping cream akan merubah keutuhan kayak. Tengok dayung tu... sehari sebelum hantar, anak saudaraku menyangka replika itu mainan. Dayung patah oleh sentuhan tangannya. Cepat-cepat aku membuiat dayung baru sambil berdoa agar ia kering sempurna. Idea buat kayak ini adalah idea misliha, idea buat air guna piping jelly ini adalah idea elianas. Aku menggabungkan kedua-dua idea ini kerana jika menggunakan whipping kering semata-mata untuk air, warnanya tidak akan berkilat. Bertanya pada orang yang lebih arif mahupun bertanya pada orang baru bukanlah satu kesalahan kerana setiap orang ada idea yang boleh membantu. Terima kasih mis dan elianas. Pada bordernya, aku hias dengan whipping cream membentuk gerak ombak. Replika itu cepat-cepat kukeluarkan semula setelah merakamkan fotonya.





Lihat pula foto di bawah. Kiwi dengan kek. Kedudukan replica berubah kerana hubby yang meletakkannya semula ketika mahu deliver. aku meletakkan dalam posisi menuju pantai. Hubby membuatnya meninggalkan pantai. Melihat foto kiriman Kiwi, hati terasa lega kerana ombak whipping cream itu masih stabil. Kayak juga tidak terjun dari lautan whiping cream dan piping jelly.


Kiwi mengirim emel - Hi, Zati! Please check out what Moira’s message to you.
Connect to her message to you on the link below.
Moira is from Penang .
http://pakariverman.multiply.com/photos/album/18/PAHANG_RIVER_EXPEDITION#20


Apa yang Moira tulis?
Hi Zati,
Thank you very much for a beautiful cake!
When we saw that cake, we knew we were back in civilisation.

sesiapa yang suka pada alam semulajadi dan adventure, bolehlah kunjungi website kiwi. http://pakariverman.multiply.com/. ada terasa nak beradventure juga, bolehlah join grup paka rivercamp ni. Macam-macam kiwi buat. kerja amal pun ada,
Terima kasih Kiwi. Senang hati dapat bersahabat denganmu.




[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net