Zati D'hati Fancylicious Cakes

By: amaruszati noor rahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]
Sunday, 8-Jun-2008 09:41 Email | Share | | Bookmark
CUTI DI INDAH PULAU KAPAS DAN MENCARI PAKA RIVER CAMP

Kami jarang berkumpul sekeluarga kerana masing-masing mencari jurusan sendiri. Cuti sekolah kami dapat berkumpul bersama tetapi selalunya waktuku penuih untuk memenuhi tempahan kek. Aku mengambil keputusan menerima cadangan sahabatku, Cikgu Norhayati - bercuti di Duta Pury Resort, Pulau Kapas. Sebelum pergi, aku menyiapkan 12 biji kek tempahan dan puluhan stock choc moist. Jauh di sudut hati ada rasa terkilan kerana Qayyum tidak bersama kami. Anak sulungku itu berkata lewat gagang telefon, " bukan tak nak pergi, nak... tapi masa akan habis untuk pergi dan balik. Dua hari pergi balik buat badan letih saja. 6 bulan ni nak tumpu pada belajar je."
Yuk... jamu mata dengan aktiviti di indah Pulau Kapas...


















3 hari dua malam di Pulau Kapas, kami berangkat pulang. Sempat kami singgah di Paka, mencari Paka River Camp kepunyaan Kiwi, teman yang pernah menempah kek khas untuk meraikan ekspedisi kayaknya. Paka River Camp ini sungguh luas, tenang. Dengan balai besar, kawasan untuk berkhemah, tandas dan bilik air yang terjaga rapi, puluhan canoe dan bot disamping tenaga jurulatih ekspedisi untuk jungle tracking, mendaki dan merentas sungai, harga pakejnya berbaloi untuk sesuatu kumpulan. Kelihatan begitu semulajadi - kawasan yang jauh dari kekacauan kota, jauh ke dalam dari simpang masuk ke Kampung Durian Mentangau. Jangan cari kerusi moden di sni. Yang menunggu untuk sessi kuliah dan [erbincangan adalah bangku batang nibung. Yuk, jamu mata dengan rakaman foto di Paka River Camp.







Kami menghambat waktu untuk pulang. Namun sempat berbual dengan Kiwi, bertanya dan mendengar wawasannya. Pasti saja camp ini untuk diusahakan sepenuhnya setelah dia bersara.
Meninggalkan Paka River Camp, kami singgah di Dyzi Cafe hak milik Samsaba Ebnterprise. Siapa Samsaba? Dia adalah tauke kedai dobi, kedai kek, kedai makan dan punya tapak futsal untuk disewakan di Kerteh. Dia pernah datang belajar mendeko denganku. Foto-foto kelas deko Samsasba akan dimasukkan ke dalam entry-enty akan datang. InsyaAllah.
Dari Kerteh, kami ke Alor ara. Hubby berkata, "adventurenya kita. Dari merentas laut, kita masuk ke hujung kampung berjalan tanah merah. Balik ke Pekan, hantar anak, lepas tu masuk hutan batu."
Ya... selepas menghantar Amsyar dan 'Alim pulang, kami terus bergerak ke Kuala Lumpur, berkejar untuk aktiviti keesokannya.


Monday, 2-Jun-2008 23:24 Email | Share | | Bookmark
SPIDERMAN DARI JEMARIKU - HERO YANG TIDAK DITERIMA

Aku bukanlah seorang pelukis, jauh sekali pelukis karektor yang mampu melukis setiap sendi, urat dan bayang. Kerana bukan seorang pelukislah, maka teknik transfer aku gunakan untuk permintaan pelanggan yang mahukan kek berkarektor. Melukis spongebob, mickey mouse, dora adalah lebih mudah daripada melukis spiderman, batman dan entah apa-apa man lagi.

Aku rasa para pendeko saja yang boleh menjawab berapa lama masa diperuntukkan untuk melukis karektor pada kek. Berapa masa yang diambil untuk frosting sebiji kek dapat set di dalam chiller untuk mudah dilukis dan ditransfer. Berapa banyak jelly digunakan untuk melukis. Belum lagi kerja hendak mencairkan coklat atau membancuh `secoet' buttercream untuk dijadikan outline. ataupun kalaulah buttercream warna hitam sudah siap dibancuh dan disimpan didalam chiller, berapa lama pula untuk menunggu ia nyahbeku. Kalau menggunakan outline dari buttercream beku, perlu dicairkan, lain pula ceritanya dengan menggunakan melted coklat. kalau outline terlalu keras, ia akan patah. kalau masih melekit pula, ia tak akan menjadi outline, malah akan sememeh menjadi lukisan yang lebih abstrak.

Hal-hal yang begini tidak difahami pelanggan. Renyahnya membuat lukisan karektor di atas kek hanya difahami pendeko. Ia berbeza dengan melukis di atas kertas lukisan mahupun di atas kanvas ataupun belacu. Tak percaya? Cubalah buat sendiri untuk mengetahui kesabaran anda menghadapi renyah melukis atas kek. Dan anda akan tahu bahawa jika ada tambahan RM3 untuk caj melukis, caj RM3 itu hanyalah untuk piping jelly, warna dan coklat. Itu masih belum berbayar kerja menunggu kek set, kerja menunggu outline set, kerja mewarna. Selama ini aku mengenakan caj RM5 untuk lukisan karektor mudah seperti spongebob, mickey mouse, minnie mouse, dora. Tetapi untuk melukis spiderman, superman, ultraman aku terpaksa menaikkan harga caj. Terutamanya spiderman yang kaya dengan jaringan lebah... nasib baik spiderman reti pakai seluar, kalau tidak... dekat tempat sulit pun penuh jaring lebah. Itulah kenyataannya. Kalau dilihat jaring lebah pada jari-jari spiderman itu saja, jaringnya rapat dan merahnya hampir tak terlihatkan oleh banyaknya garis hitam. Kalau garis-garis itu ditiru sepenuhnya, maka di atas kek ia akan kelihatan hitam, bukan lagi merah. Melukis garis-garis halus ini tidak lagi dengan piping beg. hanya calitan dengan hujung toothpick ataupun berus halus.

Renyahnya, rumitnya, banyaknya masa diluangkan untuk seekor spiderman ini sebenarnya tidak berpadanan dengan caj RM10. Kalau tinggal di Pekan pula, untuk mendapatkan edible image seekor spiderman, terpaksalah berkejar ke Kuantan menaburkan duit minyak RM20 dan masa pergi balik dua jam. Edible image yang ditempah di kedai kek di Kuantan itu pula berharga RM20! Bukan RM7.50 seperti Bake With Yen jual atau bukan RM16 seperti ditempah di Pastry Pro. Ertinya untuk mendapatkan seekor spiderman edible image, aku perlukan RM 40(duit minyak dan duit edible image). Kalaulah kita sebagai penjual menyebut, "boleh, saya boleh masukkan edible image, cajnya RM40!", tentu pelanggan akan menjawab, "mahalnya! Lebih mahal dari harga sekilo kek!" hehehe, itu belum termasuk pelaburan masa 2 jam pergi balik atau satu jam setengah untuk kaki pecut. 2 jam itu terlalu banyak yang boleh dibuat. Ini juga antara yang tak terfikir oleh pelanggan-pelanggan. Apabila saja disebut caj ke Kuantan RM20, ada yang sebut , "Mahalnya, kenapa mahal sangat?' Hello, masih tak tahu harga minyak naik gamaknya! Tapi ada pelanggan yang bertimbang tara akan setuju saja pada caj penghantaran, "oklah tu, RM 20 Pekan-Kuantan, kalau saya pick up di Pekan, masa saya lagi, kerja saya lagi kena tinggal... awak hantarlah ya, jumpa di mana?" Bagusnya bila pandai bertimbang tara macam ni. Berbalik kepada pokok judul entry ini, untuk mengelakkan caj RM40 untuk edible image, aku menerima cabaran melukis spiderman yang serabut dengan sarang lebah ini dengan permintaan tambahan caj lukisan. Ada edible image yang dah siap tapi gambarnya cinonet saja dah berapa rm, tak berpadanan dengan masa dan duit minyak pergi cari edible saiz cinonet itu.

Yuk, jamu mata... foto kek yang menggunakan spiderman edible image berbanding spiderman hasil lukisanku yang tidak diterima sebagai hero... hehehe


Pelanggan yang ini mahukan aku melukis spiderman dengan piping jelly tetapi aku menolak kerana order yang lain banyak. Katanya, "awak buatlah mcam mana pun asalkan ada spiderman."
"Boleh, tapi cajnya mahal... spiderman seekor kalau buat dengan scan gula RM20 di Kuantan. Kalau u boleh bayar untuk spiderman dan duit minyak ke Kuantan RM20, saya buatkan."

"Tak kisah, asalkan anak saya happy masa birthday dia. Alah setahun sekali," katanya.

Hemmm... itu belum termasuk duit parking...duit parking itu dah jadi halal berhalal, belum lagi termasuk kek yang diorder 1 atau 2 kg, mesti lebih dari nilai itu kerana berat buttercream dan layer di dalamnya. Kerja edible image ni mudah saja - sapu piping jelly, tampal edible image, sapu lagi piping jelly di atasnya untuk nampak berkilat, pipinglah apa bunga pun ditepinya kalau rajin atau dogol begitu saja, tetap nampak cantik juga. Tak perlu terbongkok2 sakit pinggang, terkial-kial nak melayan kerenah melukis.

Ni... meh layan mata tengok kek spiderman yang aku lukis... huhuhu.... punya banyaklah jaring labah yang buat banyak songeh pada kek ini....


Aku cuba besarkan gambar masternya dengan pc tetapi gagal. Nak pergi fotostat besarkan? Hem, malam-malam hari, duit minyak pulak nak kena keluar untuk fotostat seekor spiderman. Jadi aku menggunakan size asalnya. cerewetnya nak lukis garis halus tu. memikirkan lelabah payah nak bersarang di tempat yang putih bersih macam warna latar frosting, aku warnakan dengan golden yellow, warnanya seakan oren. Warna itu juga yang jadi latar pada edible image spiderman. Kali ini aku tidak gunakan tulisan di atas plat coklat kerana memikirkan orang yang pick up kek belum tentu balik ke rumah terus. Plat coklat mungkin akan patah. Aku gantikan tulisan dengan huruf gumpaste. Satu huruf gum paste berharga 20 sen tapi itu aku tak kira pun, saja nak buat percubaan.

Seperti biasa, aku akan susuli kek yang telah dihantar dengan sms pendapat tentang kek. Apa kata pelanggan ini selain sms dari adiknya tukang pick up kek yang kata - cantik kek spiderman tu? aku ingin berkongsi ayat-ayat indah yang menjadi cabaran untuk aku membuat banyak improvemen jika mahu melukis atau buat saja keputusan mudah - letakkan edible image yang tidak lagi berseni. Yuk, baca ayat-ayat cabaran ini...

SMS 1 - bagi saya x berapa memuaskan, x spt yg saya harapkan... maaflah yek...

ZATIDHATI: terimakasih untuk komen yang jujur. Apa yang tak memuaskan? Gambonya or?

SMS 2: tak tahulah, kalu kali petama kali lihat x berbaloi dengan harga...nanti sy email gambonya...sori

ZATIDHATI: Kek tu 2 kg lebih... 1 kg rm 35... saya caj lukis .......
akak jual kek tu dengan harga RM80 ya.

SMS2: sy sebenar x kisah pasal harga kalu cantik tp bila tngk je...x tahu nak cakap. apa2 saya suka
tlg orang melayu kita, moga komen sy, akak ambik sbg cabran terus maju. ok

ZATIDHATI: tak apa, nanti akak update entruy dan masukkan komen u. (aku masih juga sms tanya
apa yang tak kena coz sebelum dihantar, ada beberapa orang tengok... termasuk
pelanggan di gerai emak tempat pick up kek. kata mak, ada yang buat order untuk kek tu.
Adoi, mak... aku kena fikir banyak kali untuk terima order lukis spiderman yang serabut
nih.,.. buat sakit pinggang je tak berbaloi dengan caj)

SMS2: Mungkin saya cerewet kot. Tapi yang lain setuju dengan saya...dia kata tak kemas...gambar memang gaya dah. oklah...sori...

itulah sms-sms mencabar dari pelangganku. secara jujurnya, inilah komen negatif selama tak sampai setahun mendeko... tapi ia positif untukku. Itu bukan kudis nanah untukku. aku ada banyak vaksin penawar dan vaksin kekuatan. Untuk pelanggan yang ini, terima kasih bebanyak kerana membantu anak melayu dengan sebiji kek rm80 dengan caj tambahan itu.

Aku mahu kreditkan kata-kata sahabat , "memang ramai customer cerewet tetapi orang berniaga kena terima customers always right. Lain kali kau letak harga 100 tapi kau kena cakap, "harganya 100 tapi cincai-cinlah, bayar saya rm80 je. Ikut stail cina." ooooo, aku tak ada taktik yang tak telus macam tu. "Bila kau beri kurang harganya, dia tak nampak dah salah kau," kredit kata sahabat itu lagi. oooo.... tak apalah...aku memang ingin tahu kesilapanku, aku senang jujur beritahu harga sebenar tanpa berdolak dalik.

Kata sorang lagi teman, "murahnya akak jual kek, 35 sekg? Kalau saya, saya caj seratus, bukan senang nak siapkan spiderman seekor."

Alhamdulillah, Tuhanku... dari seekor spiderman yang tak bernyawa, heronya tidak diterima....aku banyak belajar darinya. Alhamdulillah.
Code:
[quote]
Quote:
[code] telah lama aku tidak berpeluang menjawab setiap komen di sini. Jangan tanya berapa kali internet hang kerana edit semula. pada pro dan kontra di sini, aku ucapkan rberbanyak terima kasih. masing-masing dengan pendapat tersendiri....jawapan untuk add komen anda...
atie - tq, atie. tapi kalau akak jawab macam tu, customer tentu marahkan.

nisah, betul... kalau tak ada customer cerewet, dunia niaga jadi tak indah. dunia niaga dah tak mencabar.

Bonda RaqynR - [Link] mak aii, dasyatnya... tolak tendang terajang, tak ada untung yang dapat ya... tapi untung pengalaman untung yang paling mahal

Salam Kak Zati... tersentuh ku mendengar keluhan mu...

Zura zura1827@yahoo.com - [Link]- zura, kau dah pernah melukis di atas kek, jadi kau tahu susah payahnya. tapi kita tak boleh mengalahkan, usaha kena terus usaha.
Penyulawa penyulawa@gmail.com - [Link] - hehe, ayat terakhir kau buat aku gelak. Tak marah ke customer kalau kita cakap macam tu

yatt - [Link]- yatt, cantik kek kau untuk akak

K Zati.....ini ler adat dlm dunia kek2 ni.....customer sebenarnya suka buat perbandingan......kita sebagai tukang buat kek actually dah cuba sebaik mungkin dalam merealisasikan semua yg customer nak.....belum kira masa kita mencari gambar nak penuhi permintaan customer....kdg2 kita tak tidur nak siapkan satu2 kek.....kena pulak kalu kena melukis kek gitu.....bagi nina dah cukup cantik dah tu......kalu nina pun nak siapkan satu2 kek lukisan gitu bukan setakat sejam......kdg2 sampai 3-4 jam......benda bila dah siap nampak cam senang tp proses tu mmg lambat......

nina @ babybatriesyia - benar, perjalanan kita masih jauh...semoga Allah membuka pintu-pintu kejayaan untuk semua pengusaha produk2 halal. amin


zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my - [Link]- tq datang singgah, zai... akak tak harapkan pujian. tulisan di sini adalah perkongsian pengalaman
RinnChan - [Link] - hem, rinn, bernas pendapatmu. tidak semua orang suka apa yang kita buat dan tidak semua orang jujur memberi pendapat. ada yang puji melambung kemudian kutuk di belakang. ada yang berterus terang tetapi berselindungkan sesuatu. hidu atau manusia yang aneh?
arjue arjue8488@yahoo.com- da, ko sorang regular customer yang menyenangkan kerana kalau kau berterus terang pun, kau pandai berlapik ayat. orang melayu kan kaya dengan peradaban. kek dua tu... insayAllah

Ana - [Link] - sebab spiderman aku tu tak merangkak pada banguinan kot,... heheh... tak apa... pas ni kena try lagi lukis
Nur Sarah Mohd Yusof sarahmariss@gmail.com - akak doakan usaha sarah berjaya. akak baru saja miliki medical card maa

Linda@Anna kaori.cake@yahoo.com - [Link]- tak delete.... akak suka dengan perincian yang kau beri...masa2 yang kita gunakan untuk sebiji kek...paling mahal fakta 15 sen untuk sebiji kek.

Daalia lea1207@yahoo.com - [Link]- tq, lea... aku menerima segala komen di sini dengan terbuka, lea, sama ada yang menyokong atau mengutuk. apa yang aku perbuat dalam segala bidang untuk anak-anakku semata-mata. dan aku bahagia kerananya.

misliha misscreativecakes@yahoo.com - [Link]- betullah, miss... tangan manusia tak sama. kehebatan manusia berbeza. kita belajar dari teguran tetapi kita perlu awas dengan perkataan tidak berbaloi kerana harga yang dibayar bukan lukisan pada kek semata-mata tetapi juga untuk berat kek.

umieaisyah - [Link]- siapa yang faham rintihan tukang buat kek ketika barang melambung naik kecauli orang-orang yang bergelumang di dalamnya. akak juga kerana minat dan kerana anak2...

zira - [Link]- tq, zira... oklah teguran dia tu...

aishah@ummiaqil - [Link]- aishah, tolonglah tu... teguran tu kena terima sebagai teguran membina...insyaAllah akak akan buat improvement hari ke hari

anak ayam didik - [Link]- anak ayam didik, rasanya anda ni orang yang pernah berhubung denganku. kenapa menggunakan samaran anak ayam didik dan menggunakan link yang tidak wujud kalau sdr rasa sdr ikhlas, tidak takut dan tidak membodek? rasa-rasanya saya seperti mengenali sdr walaupun sdr berselindung disebalik nama dan link. kalau sdr tidak takut, tidak berniat mengutuk mahupun membodek , kenapa tidak terus terang tinggalkan nama dan link sebenar. saya tak pernah kata saya pendeko hebat waima di tempat saya sekalipun.. tulisan saya bersifat perkongsian pengalaman antara kesukaran pendeko dan kehendak pelanggan. tidak perlu menjadi pm baru boleh berjasa kepada negara. Jadilah apa saja yang bermanfaat, kita semua sedang menjana ekonomi dan pertumbuhan negara. Tq kerana minta saya muhasabah dan koreksi diri. Koreksi diri sdr juga - orang yang ikhlas menasihati tidak akan bersembunyi! Kita muhasabah tak perlu tunggu waktu dicabar, tapi setiap ketika untuk memangkin jiwa.


Sunday, 25-May-2008 03:57 Email | Share | | Bookmark
SEJUTA DURI MENIKAM DAN ANAKANDA YANG KESEPIAN

Tidak tahu samada ingatan yang semakin kurang atau hidup yang terkejar-kejar, maka kamera terlupa dibawa bersama ke Penang. Hanya charger baterinya yang kubawa. Ugh! apalah maknanya charger pada saat kamera tidak bersama. Sebenarnya amat keletihan. Sebelum pergi pulun deko 4 biji kek dan pakej2 hari ibu. Masuk saja bas, mata terus pejam dan lelap. Letih hingga tak sempat bermimpi. Tahu-tahu bas telah tiba ke Temerloh dan ada anak muda di sisi.
4 hari tiga malam di rumah elianas, sengaja memilih untuk rehat, kenali Penang seadanya, keluar masuk kedai buku - yang ini yang paling utama. Juga keluar masuk kedai bakeri, intai-intai anda ada tool yang tidak pernag kujumpa akan kutemui di sini.
paling seronok dapat beli loyang bermcam bentuk di kedai Noor Indah, Kepala batas.
Apabila orang yang jadualnya sendat setiap hari berdepan dengan hari yang longgar, badan jadi sangat lesu. Tak tahu apa nak buat. Golek-golek atas katil sambil belek buku, akhirnya buku yang dodoikan aku. Dok rumah elianas, asyik membuta saja mata ni.
Terimakasih untuk elianas dan eliyas atas layanan mesra dan segala kerenahku yang menyusahkan.
Dari Penang ke Kuantan, tidur lagi. Hubby menunggu di terminal bersama Azzahra dan Taqiuddin, terus ke De Rhu Beach Resort, ada tanggungjawab menantiku - bengkel deklamasi puisi untuk perkampungan penulis muda malaysia di situ. Sampai-sampai terus tengok foto yang terakam di kamera. Antologi Cerpen Hubby - Mulai Detik Ini- dilancarkan pada 13 Mei tanpa aku di sisinya.Wah! bagus...gimik pelancaran dengan buku di dalam bongkahan ais tapi kulit bukunya... maaf nak cakap - tak memancing audien pembaca.
Paginya mendengar celoteh Samsiah Md Noor yang kelakar. Petangnya, budak-budak itu menghadapi aku yang serius dan tegas. Maaf le, takpandai nak tukar watak. Aku selalu serius dalam sesuatu. Bergurau pada waktu tertentu sahaja.
Selesai bengkel, kami terus pulang ke Pekan. Mengutip kain baju untuk tugasan fasilitator esoknya - awal pagi, berangkat ke Kem PLKN, Kem Hijrah di Penor. Jiwa tidak seriang dulu masuk kem. Tetapi bila saja melihat anak bangsa hampir 400 orang yang perlu diterapkan nilai sastera dan budaya... agh! ini anak bangsaku yang perlu kutiupkan semangat dan kekuatan, mencintai sastera, bahasa dan budaya, mencintai pusaka bangsa. Sebelum ke kem, ke rumah mak.Alhamdulillah, ada bungkusan novel baru ku menanti, novel kanak-kanak, kisak kembar siam _ Dulu Satu Kini Dua judulnya.
Jam 11 malam, aku pulang ke rumah. Hubby mengambil Azzahra dan Taqiuddin di rumah emak setelah sms dan call bertubi-tubi dari anak daraku itu, hendak balik tidur di rumah. Secawan cafe jadi penyegar mata sebelum mendeko cupcake ratus cupcake hari guru, tempahan dua sekolah. Rm5 setiap satu dengan saiz xl, casing dan riben. Ikat riben yang jadi leceh kerana kalau tertolak tapak casing, segala deko akan melekat pada penutup kek. kemudian ditokok dengan cupcake yang ditempah kawan-kawan Azzahra dan pelanggan-pelanggan di gerai emak. Sudahnya tidak tidur ke pagi dan terus ke kem.
Malam itu juga begitu, siapkan kek harijadi, hadiah untuk kem, simple choc moist untuk kedai...agh! tak tidur lagi. Hubby seperti semalam, menjemput Azzahra dan Taqiuddin di rumah mak.
Tiga hari tiga malam tidak tidur kerana kem dan kek, mata jadi senak. malam akhir, dah jam 1.15 pagi - kami supper dalam keletihan. SMS Azzahra muncul - Cece tunggu sampai jam 1.45. Ambik cece dan adik. Duh! Jam dua sampai ke rumah, call Azzahra. Telefonnya ditutup. Sah! Dia merajuk.
Ada note azzahra menunggu di pintu - umi my love, lepas ni umi tak payah pergi kem. umi pergi kem bukan nak cari duitkan. umi pergi saja-saja. baik dok rumah dengan cece. cece bosan kena tinggal.
Alahai, anakanda... bagaimana dapat kuterangkan gelora di hati bonda?



pecahan bongkah ais- gimik pelancaran



dilancarkan oleh pengarah pelajaran pahang




Hubby bersama Pengarah Pelajaran Pahang memegang Mula Detik Ini... Mula Detik ini memuatkan cerpen-cerpen hubby yang menang banyak banyak hadiah di peringkat kebangsaan. Dapatkan satu ye...

sesiapa yang teringin mendapatkan Dulu satu Kini Dua dan Mula detik ini... bolehlah layari www.ujanailmu.com. Buku-buku ini kau uruskan jualannya di ujana ilmu, nisah?


Novel terbaruku.... ilustrasi di dalamnya berwarna warni...

Kita layan gambar kerja deko dalam waktu terkejar-kejar antara kem dan kek....


RM5 tiap satu. Selamat hari guru ditulis di atas gumpaste.


Ini antara jualan Azzahra... tak banyak...dalam 25 set je..




Antara produk hari guru




juga poduk2 hari guru.





Malam kedua pulang dari kem, di antaranya sempat kusiapkan ini.... order dari kuala lumpur, kakaknya yang mengajar di Pekan, tolong pick uo....


juga dia order ini untuk hubby kesayangan...


Kemudian dia sms, "kak, kedua-dua kek sangat sedap, dah rasa kedua-duanya. terima kasih menunaikan hajat saya walupun akak sedang menjalankan tugas.
Terimakasih ya...
Di bawah ini pula...foto ini blurr... gegaran agaknya. Tiga kali gambar dirakam, ketiga-tiganya blurr. tapi aku sertakan di sini kerana menunaikan janji dengan pelatih-pelatih di kelasku - cikgu, jangan lupa masuk gambar kami dalam web cikgu ya.
Setiap kali masuk kem, aku ditakdirkan mendapat kelas yang nakal tetapi dengan sastera dan budaya, mereka kubentuk menjadi wibawa dan yakin diri sehingga dapat membuat persembahan yang cantik, saling memberi komitmen dalam enjoy dan gelak tawa, tanpa membezakan warna kulit, pelita bangsa atau tali kepercayaan. Kerana anak bangsa inilah, aku terus berkhidmat meskipun sejuta duri menikam dan mendengar keluhan Azzahra yang kesepian.















Monday, 19-May-2008 05:32 Email | Share | | Bookmark
DITELAN KESIBUKAN

di telan kesibukan, fp ini tidak sempat dikemas kini - bersawang. Namun kesibukan bukan menenggelamkan seorang amaruszati. kesibukanku sentiasa ke arah peningkatan diri dan keluarga. membaca jejak yang ditinggalkan nisah haron, teman penulis dari seremban, aku tersenyum. Tentu nisah kepingin melihat kek tempahannya untuk warga Pahang Fm. Suara Nisah berkumandang di stesen radio Pahang dalam rancangan Motivasi Pagi. Untuk mengelakkan mengenakan caj penghantaran, maka aku memilih hari hubby bertugas di Kuantan sebagai hari penghantaran.
Aku sms Wan Azizah, penerbit motivasi pagi meminta dia menunggu jam 8 pagi. 2 1/2 adunan carrot cake siap dihias itu akhirnya bertukar tangan. Nisah menelefonku - aku tak sangka kek akan sampai seawal itu. Aku tergelak. Aku pula tidak menyangka warga Pahang Fm akan terus memotong kek pagi itu. Aku ingatkan mereka akan menikmati pada jam 11 atau 12 tengahari. Rupa-rupanya.... Wan Azizah menelefonku, bertanyakan berat dan harga. Berat boleh diberitahu Kak Zah tapi harganya rahsia . Zooom it....carrot cake dengan frosting cream cheese, bunga-bungaan daripada lemon buttercream dan sedikit sentuhan melted coklat untuk membangkitkan hiasan.



Sebelum melaksanakan carrot cake tempahan Nisah Haron, aku mendeko kek tempahan pasangan ustaz dan ustazah. Kek coklat ini untuk lelaki bujang usia 21 tahun. Aku pernah terlihat deco sebegini dalam website barat... aku pun teringin hendak mencubanya kerana ada lebihan buttercream dan gum paste dalam simpananku. Zoom ittttt



Ini juga tempahan pasangan ustaz ustazah yang sama. Untuk anak perempuannya yang gemarkan Apple Caramel Cake. Aku frostingkan dengan whipping cream yang aku konsistenkan dengan sedikit piping jelly dan gula aising. Kuntuman rosnya dengan sedikit sentuhan nipis pink dan dihujung kuntum itu, aku susun epal yang bersalut caramel. Kudup2 bunga serta daun rona putih dan hijau turut mencelah untuk menghidupkan dekorasi.



Sempat juga kusiapkan ini untuk anak jiranku. Hanya menggunakan edible image princess barbie, dan di luarnya pula kuberikan beberapa ekor rerama dilukis dengan piping jelly.



di bawah pula, antara yang sempat kubuat sebelum bertolak ke Penang, menginap di rumah elianas untuk kursus cookies bersama kak mas, di samping jalan-jalan di penang dengan tujuan utama - mencari buku. walaupun ke Kl dua kali sebulan tetapi tidak sempat jengah kedai buku kerana waktu dipenuhi dengan mencari barang kek dan bersama Qayyum.

Tentu saja sebelum bertolak, aku perlu menyudahkan tempahan-tempahan untuk promosi hari ibu. TERIMAKASIH KEPADA PELANGGAN-PELKANGGAN YANG MEMBERI KEPERCAYAAN UNTUK MENGHIBURKAN HATI BONDA. NAMUN MAAF PADA YANG MEMINTA DISERTAKAN BUNGA ROS, TIDAK DAPAT DITUNAIKAN KERANA ROS DI PASAR KUANTAN LICIN DIBELI ORANG UNTUK MERAIKAN BONDA.

Ini adalah antara tempahan yang menggunakan konsep hari ibu, ditukarkan untuk kekasih tersayang. Nak cerita fasal penghantaran cupcake ini. Hubby separuh bengang kerana menunggu orang pick up hampir 4 jam di Kuantan sedangkan ada custimer menunggu di tangga rumah untuk mengambil kek juga. Orang kata pelanggan selalu betul. Tetapi ada ketikanya kata-kata ni tak boleh dipakai. Pelanggan perlu ada toleransi dan memahami. Penjual perlu menunggu 4 jam untuk untung yang sedikit cuma. Hem....macam-macam.



Dan yang di bawah ini...cupcake choc moist dengan lepaan ganache, order daripada Siti Kuantan untuk anak suntinya. Cupcake ini sebelum buat kek untuk Nisah tetapi terlupa masukkan fotonya. ada banyak foto yang tidak dapat kukjongsi pada waktu ini. Talian internet sering buat aku merenyuh sakit hati.

Pada teman-teman, samada yang menjengah saja atau meninggalkan addkomen. maaflah tidak membalas add komen. Bila saja aku membalas add komen dan save, talian internet jadi hang, begitu lama. Untuk update fp ini, aku memperuntukkan waktu yang lama. Dari jam 6.30 pagi cuba membuat upate tetapi internet hanya memberi kerjasama jam 2.30 petang. Banyak kerja lain jadi terabai. Aduhai...



Wednesday, 7-May-2008 18:42 Email | Share | | Bookmark
HB & ANAK-ANAKKU


awards ini tanda penghargaanku kepada semua ibu dan bakal ibu. Biar siapapun anda, andalah yang hebat kerana melahir dan membesarkan anak manusia dengan tanggungjawab dan kesedaran. Juga untuk ayah-ayah yang menjadi single mother - awards ini untuk anda juga. Biar dari mana pun latar kita, kita adalah pohon menjadi tempat bernaung.
kepada anda yang punya blog atau fp, bawalah award ini pulang ke rumah anda. (tq, hajar kerana menghadiahkan award ini)



Istimewa untuk semua pengunjung, aku hadiahkan awards ini sebagai tanda silaturrahim kita. Terima kasih kepada Zura menghadiahkan kantan ini.

Lama fotopages ini tidak beredit. Ribut melanda Pekan. Dalam kejadian yang melibatkan hampir 100 rumah terbang atap, aku diuji lagi. Pc, port streamyx dan kipas meletup dipanah petir. Tidak mengapa ...aku masih bernasib baik kerana hard disk selamat, masih bernasib baik kerana rumah kami juga tidak diuji atapnya. syukur ya Allah...



5 mei - happy birthday, hb! semoga lelaki yang membawaku belayar jauh meninggalkan pulau duka diberkati Allah dan dianugerahkan rahmat dan berkatNya.
Sekarang kita zoom iiittttttttttttttttttttttt...



Terasa ingin menukar kelainan menyambut birthday dengan pulut kuning berhias... setiap hari mengadap kek tak terasa langsung untuk mengolah resepi baru. Lada di tengah begitu panjang jurainya. Pagi-pagi merayap ke rumah mak mencari lada untuk menghias pulut. Ladanya begitu panjang. Itu aje yang ada... ok sajalh daripada tiada berlada langsung. Yang hijau di tepi pulut itu adalah kentang putar. Terima kasih kepada penyulawa yang sememangnya lawa... dedikasi untuk penyulawa kerana tak kedekut ilmu berkongsi tips untuk menghasilkan kentar putar yang halus tetapi pekat untuk dipiping. Tq, anim.... muaaahhhh

2 mei, aku ke kl kerana 3 mei qayyum perlu daftar diri untuk sambung belajar. cupcake ini tempahan Mila dari Klang untuk pertunangan kawannya. Bunga ini dibuat sendiri kerana bunga-bunga dikedai warnanya terlalu 'mencerahkan mata'. Untuk menukar kelainan kerana selalu sangat pakai acuan main terap-terap dan biarkan bunga kering begitu saja tanpa ada skill lembut tangan, maka kali ini aku hasilkan bunga sebegini. kelopaknya kunipiskan mengambil teknik dari teacher Beth. Tekniknya saja kuambil, idea bunga tenyeh sendiri Untuk Mila dan kawannya, cupcake ini istimewa kerana ia tidak terhasil dalam waktu sehari. Kerjanya renyah tetapi aku seperti teransang dan tercabar untuk menghasilkannya. Design cupcake adalah designku sendiri. Konsep flower pocket. Yuk jamu mata.... zoom iiitttttttt



Kata Mila - Kak, excellent!
Tq Mila...

Minngu ini banyak buat gum paste untuk bentuk love dan huruf bagi menyempurnakan order untuk Mothe's Day. Pewarna debu merah adalah lebih mudah untuk menghasilkan warna yang menyala. Ada sedikit lebihan gum paste. Tangan mullah gatal hendak cuba buat bunga lain.
Yuk, tengok 'lembut-lembut tangan'... apa yang terhasil? Biasa-biasa saja tapi aku suka melakukannya, teringat buat bunga sabun....



Tengok gambar di bawah ni. Apa pulak ni?


Inilah Sugar Craft, tempat anakanda sulungku... Qayyum mengambil diploma culinary art dengan city & guild london. Letaknya di Seri Petaling. Sebelum daftar ke sini, berkali-kali aku bertanyakan Qayyum, "sungguh-sungguh nak ambil culinary art? Biar betul-betul buat keputusan. Umi melabur bukan sedikit ni."

Qayyum serius nampaknya. "Qayyum tak nak ambik jurusan lain dah. Lepas diploma ni, Qayyum nak ambik visa, nak pergi kerja sambil belajar bla bla bla..."

Kerana kesungguhan Qayyum mempertahankan pilihannya, maka aku dan hb membuat pelaburan di Sugar Craft. Ini kedatangan kami kali kedua ke Sugar Craft. Kali pertama, kami datang bersama Sous Chef Izzi Great Italian & Aean Crusine Bukit Bintang, Sous Chef Saiful. Disebabkan kami jahil tentang modul dan silibous culinary art, kami ajaklah sous chef ini bersama untuk dia meninjau modul yang disediakan di situ.aku dan hb sependapat, kalau Sous Chef itu tidak berpuas hati dengan silibious di situ, kami akan bergerak ke kolej lain. Namun nampaknya Sous Chef Saiful amat berpuas hati dengan modul yang disediakan.

Diploma culinary Art (ada juga disediakan diploma in baking) di Sugar Craft ini hanya selama 6 bulan. Cara belajarnya sama dengan negara luar yang mementingkan kemahiran, apalagi bidang pilihan Qayyum ini lebih mementingkan pengalaman dan kemahiran.

Yuran pengajiannya RM13,500. Yuiran peperiksaannya RM 700. Hostel untuk 4 bulan RM 1000. Lagi dua bulan untuk jangkawaktu praktikal, perlulah cari rumah di kawasan bandar yang berdekatan dengan hotel praktikal. Jumlahnya RM15,200. Tidak ada PTPTN. Semuanya perlu tunai. Bayaran boleh dibuat sekali atau dua kali (separuh dibayar pada pendaftaran mei, separuh lagi pada jun, exam pada julai). Ini belum termasuk kos sara hidup. Feenya lebih kurang saja dengan diploma 3 tahun atau 2 1/2 tahun. semakin lama belajar, semakin banyaklah kos sara hidup. Aku menyenangi jangka masa 6 bulan yang padat itu.
Jadual belajarnya padat. Lima hari seminggu. Dari jam 9 pagi hingga jam 3 petang - amali. Jam 3-5 petang- teori. Kemudian ada bimbingan bahasa Inggeris sekiranya tidak dapat menguasainya. Test seminggu sekali dan exam hanya sekali.

Bilik kuliah, bakery dan kitchen kemas dan bersih. Aku minta izin untuk ambil gambar tetapi undang-undang di situ tidak membenarkan orang luar mengambil gambar. Yalah, mungkin bimbang berlaku sesuatu yang menjatuhkan imej Sugar Craft. Hanya pelajar dibenarkan ambil gambar di situ.

Qayyum satu-satunya orang Melayu dalam pengambilan kali ini. Selain pesan jangan tinggal solat dan jaga makan minum, adab tingkah laku, aku menasihatkan, "Tunjukkan kehebatan. Jangan rendah diri kerana kita satu-satunya Melayu. Tunjukkan walaupun satu tapi kitalah yang hebat. Tapi ingat... hebat yang positif."

Pergi ke hostel, aku sempat berbual dengan Nicholas, kecil saja orangnya.
Dia menolak tawaran kontrak kerja setahun di hotel kerana pada Jun, dia akan ke Australia menyambung ijazahnya. Melupakan A level undang-undangnya, dia mengambil diploma bakery dan hendak mengambil ijazah dalam bidang bakery juga.

"Di Australia, ijazah hanya 9 bulan lebih, fee cuma 16 ribu. Saya sudah survey untuk sambung ijazah alam bidang saya ini di Malaysia, kosnya 42 ribu."
42 ribu? Nafasku tertahan.
"Di Australia, saya boleh kerja sambil belajar."
Hmmmm, aku menggumam dalam hati. Hasrat Qayyum sama seperti Nicholas. Bezanya Nicholas sudah analisis banyak.

"Di Australia, kalau kita masih belajar, kita hanya dibenarkan bekerja 16 jam seminggu. Satu jam dibayar RM60 duit kita. U nanti pergi belajar di sanalah... saya tunggu u di sana. Kakak saya duduk di sana tau." Nicholas bersungguh-sungguh memberi peransang kepada Qayyum. Dia jadi rakan sekamar Qayyum.

Aku menghela nafas panjang. Menyusun perancangan dalam kepala. Angah sekarang sedang belajar bakery di SMT Tanah Merah. Kalau dia sungguh-sungguh dalam bidang ini, ke Sugar Craft juga akan aku tempatkan. Aku lebih sukakan pelajaran kemahiran yang singkat dari belajar bertahun-tahun. Tanpa PTPTN, bermakna kami perlu struggle mencari wang untuk pelaburan masa depan anak-anak. Semenjak dulu, aku tidak pernah menjangkakan anak-anakku akan jadi doktor, lawyer, chef, imam atau apapun. Hanya seputih doa yang kupanjatkan dalam hujung solatku - Ya Allah Ya Tuhan, jadikanlah anak-anakku ini apapun yang terbaik untuk hidup mereka, sentiasa dalam rahmatmu, Kau bukakanlah pintu-pintu kejayaan untuk anak-anakku .
Ya, begitulah lah...aku doakan Allah berikan yang terbaik untuk mereka. Aku berdoa agar Allah lindungi mereka, disayangi masyarakat orang banyak, mendapat pasangan yang baik, tahu menghargai aku dan hb sehingga ke akhir nafas kami.
Anak-anakku, doa putih umi dan abi sentiasa memanjat tangga langit untuk kesejahteraan kalian dunia dan akhirat.


[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net