Zati D'hati Fancylicious Cakes

By: amaruszati noor rahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Monday, 23-Jun-2008 09:07 Email | Share | | Bookmark
EQ

BAKE & DECO CLASS ZATI DHATI - hubungi email zatidhati2u@yahoo.com.my atau 017-9427033.
Sejuta alasan tidak akan menjadikan kita berjaya tetapi satu langkah bermula akan menjadi penebus cita-cita.

http://zatidhati.blogspot.com
_____________________________________________________________________________________



nampaknya aku tidak dapat menulis panjang tentang ceramah motivasi dalam entry lalu. dihambat tugasan kerja, waktu jadi semakin sempit dan perlu berhemat. Sekarang, orang lebih mementingkan EQ. Emotional quotient. Kini Malaysia hanya membuka 40% ruang pendidikan untuk IQ, selebihnya dalah untuk EQ. Contohnya untuk mendapatkan biasaiswa TELEKOM, calon dinilai pada EQnya. Sifat-sifat nabi yang diatur ialah sidiq, amanah, tabligh, fatanah. Fatanah yakni bijaksana berada di tempat ke empat, bukan di tempat pertama. Ini memberi gambaran bahawa Islam mementingkan EQ daripada IQ. Anak-anak digalakkan belajar dalam satu kumpulan tetapi siapa kawan anak-anak kita tidak boleh diremehkan. Nabi bersabda, siapa berkawan dengan penjual minyak wangi, badannya berbau wangi meskipun dia tidak menjual minyak wangi. Siapa berkawan dengan tukang besi, badannya hangit oleh bau besi bakar meskipun dia tidak menukang besi. Aku terpaksa memutuskan hal ini di sini. Fikir-fikirkan sendiri, tidak dapat mengulas lagi.

Sebelum tiga sekawan, Farah, Kamalina dan Rani datang belajar deco, aku menyudahkan tempahan cupcake untuk majlis aqiqah. Puas search di internet, panduan untuk buat booties. Apabila saja kutaip 'booties', maka yang keluar tidak ada satu pun cara membuat booties, sebaliknya keluarlah gambar punggung orang bermacam saiz. Hish! Tak habis-habis tunjuk gambar buntut. Ni bukan booties, ini bunties! Hati berkata nakal. Dengan panduan Dalea, tuan punya mamaoven,blogspot melalui perbualan telefon (terima kasih, Lea), dan melalui sebuah buku, dapatlah aku buat blue booties. Orang yang menempah kek ini kerja di KL, balik ke rumah neneknya di Pekan. Terimakasih, dik, kerana beri kepercayaan pada akak untuk turut menyerikan majlis aqiqah.
Yuk, kita layan mata dengan blue booties...




200 pasang booties untuk majlis aqiqah simanja...

Dapat pula tempahan daripada Anis, seorang pensyarah. Digabungkan namnya dengan seseorang untuk diabadikan di atas cupcake. Lihat foto... aku terpaksa meminta pertolongan Kamalina untuk menutup huruf-huruf yang mahu disembunyikan Anis...almaklum pengetahuan IT aku seadanya saja. Terimakasih Kamalina. Kek yang ada huruf I luv U itu sebenarnya Anis minta aku letakkan dalam pack 3 in 1. Lihat, paper cupnya tidak sama dengan paper cap bertulisan nama Anis dengan cowoknya. Sebelum dihantar kepada Anis, sempat juga aku gandingkan dulu I luv U itu dengan nama pasangan ini. Anis, semoga ditemukan jodoh ke jinjang pelamin. Nak bertunang dan kahwin nanti, jangan lupa order kek dari akak ya .




tengok bulatan merah yang dibuat oleh kamalina tu. Sumber inspirasi cc ini adalah kak Jun, tauke cupcake kekasih. Kak Jun menggunakan fondant, aku mengolah guruf gumpaste itu dengan hiasan buttercream.


Wednesday, 18-Jun-2008 21:02 Email | Share | | Bookmark
PELAKSANAAN TANGGUNGJAWAB, BUKAN HASILNYA?

Semalam, Rabu, sudah lama aku tak masak ikan patin masak gulai cilipadi tempoyak. 2 ekor ikan patin tak sempat dibawa ke malam. Taqiuddin makan nasi 3 kali! Berhenti sekejab menonton tv, dia ulang makan lagi. Baca komik sekejab, berhenti makan lagi.
"kat mana adik letak perut adik, dik?" Aku menegur.
"Kat sinilah." Dia menepuk perutnya. "Tulah, umi masak sedap sangat! Adik tak tahan dengan bau dia!"

Aku cepat mengasingkan dua ketul patin untuk Azzahra yang tidak pulang makan tengahari kerana majlis motivasi di sekolahnya. Patin yang kumasak campak-campak saja sambil menyudahkan kek opera Kak Siti, Kek Minnie Mouse untuk dan cupcake untuk anak Cikgu Salleh dan topping 20 kek choc moist untuk Kuantan itu, jadi sedap kerana lama tak makan patin atau keikhlasan aku membikinnya dalam kesibukanku. Hati menjawab, "kerana ikhlas." Ya, kerana ikhlas. Kalau Amsyar dan Alim ada, jangan masaklah ikan patin. Tak dijeling sebelah mata pun. Itulah, anak-anakku seleranya berbeza.

Selepas hubby bergerak ke Kuantan menghantar opera dan coklat moist, aku menghela nafas panjang. Siap juga kerjaku dalam gerak yang lincah. Ada order esok yang perlu kusiapkan tetapi ...agh! biarlah dulu. Aku mencuri waktu ke sekolah. Ada sessi motivasi di sekolah Azzahra. Mata mengantuk keletihan tetapi motivator petang itu, Yang Mulia Raja Ismail dari PSDC bijak menyegarkan mata sekaligus membuka minda. Rasa mengantukku terbang entah ke mana. Macam pernah tengoklah dia ni... kata hatiku sambil otak berfikir di mana aku pernah bertemu dia. Barulah aku teringat, iras wajahnya saling tak tumpah Yang Mulia Raja Ahmad, Timbalan Kem Komandan Kem Lake Chini Resort. Gaya dan cara bercakapnya hampir sama. Adik beradik kot!

Berkongsi sedikit - apa yang kudapat dari Yang Mulia Raja Ismail. Katanya, yang ditanya di sana nanti ialah pelaksanaan tanggungjawab kita, bukannya hasil. Tanggungjawa kita menerapkan modal insan dalam diri anak-anak, bukannya hasil yang akan kita perolehi atau terjadi. Kalau hasil yang disoal, maka manusia pertama yang disoal adalah Nabi Adam kerana selama lebih 900 tahun usia Nabi Adam, hanya 80 lebih yang dapat didakwahkan dan ianya bermula pada usianya 100 tahun. Ayat Yang Mulia ini mengingatkan aku pada kata-kata hubby, "Nabi Allah Nuh pun diduga dengan anak dan isteri yang engkar pada kata-katanya. Nabi! Nabi Nuh boleh berdakwah mencari pengikutnya, tetapi gagal bawa anak dia satu kepercayaan dengannya." Itulah kata-kata hubby bila aku merungut anak kadang-kadang tak mendengar kata.

Kata Yang Mulia Raja Ismail, pemikiran kita semenjak dulu dijajah oleh pemikiran barat. KIta memandang hebat pada orang cerdik kerana kita mengikut pandangan England. Englang memperuntukkan hanya 8% keemasukan ke universiti kerana dikhaskan untuk orang yang tinggi IQ. Maka pemikiran kita yang dibentuk oleh kesan penjajahan memandang tinggi pada anak-anak yang cerdik, rasa berbangga dengan anak-anak yang cerdik, rasa sedih bila anak-anak tidak diterima di Asrama Penuh sehingga kadang-kadang terbit perasaan berbeza bila menyebut "anak saya yang ini cerdik, masuk asrama penuh, yang dua lagi ni emhh...entahlah...bla bla bla." Kata Yang Mulia, jangan bercakap tentang yang buruk walaupun yang buruk itu benar-benar berlaku, jangan bercakap. Kalau sifat2 lemah anak itu ada, jangan cerita, jangan bercakap. Kita terlalu memandang IQ. Sepatutnya kita lebih memandang EQ? Apa itu EQ? Nanti aku kongsi dalam entry akan datang, insya Allah.

Untuk foto entry ini, aku masukkan rakaman kelas ke 6 yang dihadiri Kak Noor Rikha. Kak Rikha hadir dengan anaknya Nasr, yang kebetulan kurang sihat. Kak Rikha ini terang hatinya. Aku sempat memberitahu Farah dalam bergurau, "senang mengajar orang alim, terang hati."

Kak Rikha selalu bercakap ke arah agama dan meskipun keletihan dengan jadual kelasku, tetapi dia masih meluangkan waktu untuk mengaji Quran. Cuma aku kadang-kadang menggodek juga Kak Rikha agar ada usik mengusik yang membawa ceria. Kelas Kak Rikha cepat saja berakhir. Bukan kerana Kak Rikha seorang tetapi kerana dia tumpu perhatian pada kerja, tidak banyak bercakap. Kelas yang dihadiri Rani, Kamalina dan Farah memang lambat berakhir. Bukan kerana banyak bercakap, tetapi kerana banyak ketawa. Apabila ketawa, noozle jadi tidak stabil nak dilenggokkan di atas kek, terpaksalah tunggu tawa reda. Haa... dengar ni Rani, Kamalina... jangan banyak ketawa masa siapkan order customer, lambat siap kerja, kena ambik masa untuk stabilkan noozle kalau banyak ketawa
Meh! Kita jamu mata dengan kerja-kerja Kak Rikha, bekas guru matematik yang bersara awal. Kini dah jadi tauke roti.



Dalam banyak-banyak modul, modul cartoon artwork yang lambat Kak Rikha menyudahkannya.





3D - rumah no 3, Taman Perindu... Mak bonda aku suka pada warnanya. Cerah dan ceria nampak, kata mak. Waktu petang, pulang dari jualan di kedai, mak akan masuk melawat melihat pencapaian kelas. 'Gurubesar datang!' kami mengusik.


Cut & paste angka. Kak Rikha pilih no 9, khas untuk Nasr. Aku beritahu Kak Rikha, sedapat mungkin pujuklah customer agar tidak meminta kek dalam bentuk huruf dan angka, banyak pembaziran, kecuali kita punya loyang huruf dan angka. Cara mudah, tulis saja no atau angka dengan buttercream atau piping jelly. Islam tak suka pembaziran. Chewah! Aku dah terikut-ikut Kak Rikha.


Haaaa... ini pulak bakul Kak Rilkha. Dia pilih warna karat. Kak Rikha sempat pesan, "barang yang berkarat jangan disimpan di rumah. Nabi kata, barang yang karat tu temnpat duduk syaitan." Otak aku mulalah berlegar ke rumah. ada barang karat tak di rumah?
Disebabkan Kak Rikha terang hati, bunga five petalnya sekali dua buat dah menjadi. Bunga ros ambil masa juga kerana cikgu ni nak bunga yang cantik. Sengaja desak Kak Rikha ulang buat kerana aku tahu hatinya terang, cuma sudut-sudut noozle yang perlu dibetulkan. Tak pernah lagi pelajar aku duduk bersila atas lantai buat bunga tapi Kak Rikha bersila sambil menyandar di pintu, berlatih buat bunga ros. Ni tengok bunga ni...

cantikkan? Ha... tiga kelopak selepas kudup, yakni barisan kedua yang perlu ditikberatkan. Tidak boleh terlalu terbuka, nanti nampak macam tercolot atau terlondeh ... macam orang kecik pakai seluar pinggang besar... nampak terlondeh. Bila gagal pada barisan kelopak kedua, akan gagal pada barisan seterusnya. Jadi, aku selalu pesan pasa student, dapatkan betul-betul sudut untuk membuat susunan kelopak barisan kedua, baru teruskan untuk barisan kelopak berikutnya.Kak Rikha berjaya setelah mencuba berkali-kali. Si Nasr pula jujur memberi markah. Kalau tak cantik, dia kata E -. Kalau cantik, A++. Kembang Kak Rikha bila Nasr puji - nampak macam bakul betullah, umi.





Bunga yang ini, buttercreamnya nampak tidak licin. Kak Rikha over beat buttercream untuk kek ini. Aku mengusik, "teringat kat uztaz ya, Kak." Apa tidaknya. Sepanjang kelas, ada saja cerita fasal abang ustaznya. Bukan anaknya saja rindkan ustaz, maknya rindu jugak, ustaz ooiii...

Pada hari ke 4 Kak Rikha di kelas, Farah datang untuk sama-sama meneruskan modul yang terkandung dalam pakej 4- choc deco. Rupa-rupanya Farah kenal abang Ustaz Kak Rikha. Suami Kak Rikha bertugas sebagai pensyarah di UITM Jengka. Farah pula di UITM Kuantan. Hilanglah rasa segan silu Farah pada alim Kak Rikha. Riuhlah berborak tapi tangan tetap kerja kerana kurang gelak tawa.



Kelas choc deco ini modulnya filling, topping, buat ros dari chocolate, deco border dari coklat, juga plat tulisan coklat. Haa...dalam kelas ni aku bawa kepada kerenah coklat. Sesiapa yang ambil modul ini, akan dapat resepi tambahan - choc banana zati d'hati. Macamana hendak menjadikan pisang di dalam kek itu lebih sedap? Apa yang perlu diletakkan pada pisang? Hanya student yang ambil kelas ini akan dapat resepi ini. Farah yang pernah order choc banana berkali-kali pesan, "akak, jangan lupa ajar choc banana tau. Farah nak buat sendiri. Yang order hari tu sedap sangat." Ha, terpenuhlah hajat Si farah hari tu. Ni choc banana Kak Rikha. Oleh kerana keknya kubuat kecil - 6", maka kek nampak tinggi dek susunan pisangnya dua lapis. Kedekut cikgu ni... buatlah kek besar sikit.




Di bawah ini pula, kita layan mata dengan hasil tangan Farah.




Lain orang, lain hasil seninya. Kata Farah, rosnya ros Italy. Cantik juga ni, Farah...


Ni choc banana yang Farah buat. Mulanya dia tak mahu letak ceri, tak sedap katanya. Tapi terpaksalah letak juga kerana meskipun rasa tidak sedap tetapi cantik dipandang.



Monday, 16-Jun-2008 16:08 Email | Share | | Bookmark
LAIN DARI YANG LAIN

Dia lain dari yang lain. Semenjak kecil, memang kelainannya mengesankan sehingga saudara-saudara jauh juga terkesan apabila melihatnya. Inilah abdul 'Alim, anak ketigaku. Ramai yang pengunjung fp kata, hampir tidak terperasan kehadiran Alim. ada kuceritakan tentang dia tetapi mungkin kerenahnya tidak sebanyak anak-anak yang lain tidak mencuri perhatian pembaca. Kulitnya putih seperti orang China, berbanding dengan anak-anakku yang lain. Aku mahukan anak yang ada lesung pipit, dan Allah berikan itu kepada Alim - lekuk lesung pipit di kedua-dua pipinya.

Dia anak yang tidak banyak ragam. Meskipun tidak makan lauk ikan, dia tidak akan merungut jika tiada ayam terhidang di meja. Terus saja ke dapur, menggoreng sendiri telur mata kerbau, makan dua tiga biji dengan sos cili begitu sahaja. Semenjak kecil, dia tidak tahu mengarah. ayatnya selalu didahului dengan, "umi sibuk ke? kalau sibuk tak apalah." Sebaris kalimat ini akan membuat dadaku lapang dan aku mencuri ruang mengendurkan kesibukan. "alim nak apa?"
"Alim nak...... tapi tak apalah, kalau umi sibuk, alim buat sendiri."
"umi buatkan."
"tak apa, tak apa, umi buat kerja umi tu.Biar alim buat, umi dah penat."
Dia cukup bertimbang rasa, tidak menekan. cool saja. Bila saja dia pulang dari asrama, sarapan pagi yang wajib di meja makan adalah cekodok/jejemput. Bukan dia yang mewajibkan tetapi naluriku sendiri. Kalaupun sudah masak mii goreng atau nasi lemak, ckodok dijadikan hidangan iringan setiap kali dia pulang kerana itulah makanan kegemarannya.
Gemar melukis, dia boleh terperap di dalam bilik berjam-jam menyudahkan lukisannya. Bila saja tiba minggu dibenarkan balik dari asrama, telefon mula berdering. Teman-temannya bertanyakannya. ada yang siap menunggu di bandar. Ya, meskipun dia cool tetapi dia punya daya penarik untuk dijadikan kawan. Sering saja mendapat hadiah dari teman-teman mahupun dari orang tua teman-temannya. Murah rezeki alim.

Lebih bersifat mengalah, 'alim selalu dibuli Taqiuddin. Sebagai ibu, aku perasan benar, Alim tidak reti menjawab cakap orang tua. Kalau dimarah, samaada dia betul atau salah, dia hanya menangis dan diam. Dia bukan pendiam ketika bersama keluarga. Dia suka bercerita bila kami bersama cuma dia tenang setenang-tenangnya. Walaupun cool, 'Alim boleh deklamasi dan pernah menyertai deklamasi kanak-kanak bawah usia 10 tahun hingga ke peringkat kebangsaan.

Aku selalu tenang apabila dekat dengannya. Mungkin sikapnya yang tenang itu memberi keselesaan untukku. Rasanya anak yang ini tidak menjurus kepada aliran dunia masakan seperti abang-abangnya. Semenjak kecil, aku tidak pernah bertanyakan anak-anak, hendak jadi apa bila besar nanti. Hanya selalu aku berpesan, jadilah orang yang berilmu dan berjasa.Tidak ada desakan bahawa apabila dewasa mereka mesti menjadi itu atau ini.
'

Alim mungkin ke arah grafik kerana minat melukis dan mudah memahami pc.
Untuk harijadi 'alim yang ke 13, alim berkali-kali menolak majlis harijadi. Tak payah, buat penat je, katanya. Disebabkan dia selalu menolak, maka pada hujung minggu lalu aku membuat sebiji kek, meenghantar ke asrama sebagai kejutan untuk Alim. Ketika membuat kek ini, Kak Rikha mengambil kelas deko siri ke 6. Apabila aku menceritakan tentang hajatku untuk membuat kejutan untuk Alim, Kak Rikha begitu memahami. Ketika aku mula didatangi serba salah kerana mencuri masa membuat kek untuk 'Alim dan aku hampir-hampir tidak mahu melakukannya kerana bimbang dikatakan tidak memberi tumpuan kepada student, Kak Rikha memberi ayat-ayat halus yang mendesak aku menyempurnakan kek itu. Alhamdulillah, dengan timbang rasa dari naluri seorang ibu, Kak Rikha memberi ruang untuk aku menyudahkan padang bola ini sementara dia membiasakan angle untuk membuat kuntuman ros. Mungkin kerana keikhlasan Kak Rikha, kuntuman rosnya menjadi. Terima kasih, Kak rikha.

Cerita hubby, Taqiuddin dan Alim yang menghantar kek itu jam sepuluh malam ke asrama Seri Rompin (jauhnya hampir 1 1/4 jam dari rumah kami), 'alim terbeliak kesukaan melihat kek itu.
Selamat harijadi 'Alim. Kami semua mendoakan hari-harimu. Jadilah apa pun, sayang, asalkan ia bermanfaat untuk dirimu dunia dan akhirat. Kami semua kasih padamu.





Code:
Quote:
borak jap:
kamalina a.k.a aimi - [Link] -iyalah, dia tak banyak cakap macam kita kan... hehehe...aku tau kau suka rumput sebab ko pernah kata, " aya suka banyak daun,"

aishah@ummiaqil - [Link]- tq, aishah.... ke mana tumpahnya tuah kalau tak ke nasi... bakat banyak bercakap je yang tak lekat hehheh

boxhousestudio boxhousestudio@gmail.com - [Link]- amin, amin yarabbal'alamin.
meh le datang pekan, kak tun... kita buat kek bolajaring kat kak tun

hayatibadri - ada anak sekolah di muazam? yati dok mana? ya, samala-samalah kita doakan anak-anak kita, semuanya, menjadi insan yang emerlang di dunia dan akhirat.

Ana cake_lovers69@yahoo.com - [Link]- hehhe kata nak buat menantu..

Noor Rikha rikha_mie@yahoo.com - tq, kak rikha, tanggungjawab berjalan serentak dan alhamdulillah hasilnya memuaskan.

Posted by:Liesa malisa_82@yahoo.com - [Link]- kata nabi, belajar hingga ke negeri china. pekan-kl hanya 4 jam je, masih dalam negara yang sama

zati...kreatifnya wat kek camtu!! bertuah anak zati selalu la diorang dapat makan kek...
happy birthday untuk alim... permata hati zati.


AZILA - [Link]- anak-anak dah tak termakan kek...tapi bila buat untuk meraikan mereka, mereka seronok kerana dapat menjamu kawan-kawan sambil cakap, "umi saya buat ni." Mak aii, kembang dada umi ni...sebabnya...anak ucapkan tu dengan penuh bangga. Selamat maju jaya untuk bisnesmu.

aima rizaima@yahoo.com - [Link]-insyaAllah. Amin, amin yarabbal'alamin.

Hajar - [Link]- insyaAllah, Jar. Lama kita tak beremel ya.

ah mat gebu - chewah mat... dah bersastera pulak dah... terjangkit aura kak zati atau Ah Lin

samsaba samsabaent@yahoo.com - camana bisnes? kedai dah susun atur semula?

am am_1681@yahoo.com - orang yang tenang jangan disangka tiada geloranya

rani - [Link] - ahhhh...jau beza dengan kita yang riuh-rendah ni kan...tapi kalau takm riuh, ngantuk lak nak buat kerja ek.

zanaz - [Link]- tq, akak dah emel info kelas. Belum dapat ke?

aishah - [Link] - akak tak kenal rupa aishah. kalau tak boleh gak bayangkan aishah terbeliak

jasmeen - [Link]- kat rumah, hanya 'alim yang kurang bercakap dan lebih toleransi. rumah tetap riuh rendah juga kerana yang lain tu tak habis sakat menyakat

ida isk @ Ida Bakery merpati66@yahoo.com - [Link]- tak tahulah, ida ,ngapa traffic maya jem. kalau orang lain boleh dapat, ngapa isa tak dapat ek... dah dua kali hantar... ada halimunan di melbox saya atau ida kot

am - semoga berjaya. camana ek, nak buka kedai makan rm2-3 sedang barang semua naik. jual cekodok dengan lempeng batak pun dah rm3.


Sunday, 15-Jun-2008 23:14 Email | Share | | Bookmark
16 JUN - BEBERAPA ULANGTAHUN YANG TERHIMPUN

Setahun lalu, Mis Creative Cakes membuka fp ini sebagai hadiah untuk ulangtahun kelahiranku. Setahun berlalu, fp ini telah membuka jaringan ukhwah dan bisnes, menjana mesra kejayaan untukku lewat pandangan dan komentar yang ditinggalkan di sini. Terima kasihku melaut untuk teman-teman yang mendokong usahaku, kepada pengunjung2 yang memeriahkan fp ini mahupun yang menjengah tanpa meninggalkan jejak. Kalian menjadikan fp ini bermakna. Terimakasih untuk teacher Beth dan Chef Anuar. Terimakasih untuk Mis yang membawaku kepada jaringan hebat ini. Terimakasih kepada sahabat-sahabat fp dan teman-teman penulis yang mengirim sms doa hari ulangtahun bermula jam 12 malam.
16 jun - selamat ulangtahun untuk bonda yang mengandung, melahirkan dan membesarkanku dengan kasih ampuh.
16 jun - selamat ulangtahun pernikahan bonda dan ayahanda yang ke 45.
16 jun - selamat ulangtahun diri, terimakasih kerana kau punya kekuatan menghadapi segala
16 jun- selamat ulangtahun fotopages Zati D'hati Fancylicious Cakes.
Ya Rabb, syukurku terhimpun atas nikmat dan rahmatMu yang dingin mengusap seluruh kalbu.

Ada banyak foto rakaman kerja yang tidak sempat kumasukkan ke dalam fp ini lantaran ruang masa yang terbatas dan talian internet yang tidak memberansangkan.

Cikgu Rodziah adalah antara pelanggan yang mengulang order. "Akak buatkan kek coklat moist warna biru, kartun sponge bob."
"Berapa kg?"
"Tak kisahlah, agak-agak cukup untuk budak-budak tadika anak saya."
Sepertis selalu, aku menerangkan choc moist berat. Saiz 1 kg choc moist berbeza jauh daripada 1 kg kek sponge.
"Tak apa. Akak buat je. Janji cukup."
Aku termangu juga untuk menentukan saiz choc moist untuk sebuah tadika. Ini kerana aku bimbang berat yang kuletakkan melepasi budgect Cikgu Rodziah.
"Akak buatlah berapa pun, saya tak kisahkan harganya. Janji saya boleh buat anak saya suka. Saya nak buat dia gembira."
Jarang aku mendengar ucapan begini selain dari Encik Farid, Pengarah Lembaga Muzium Negeri Pahang. Sambil cuba menyempurnakan sponge bob di laut biru, aku terbayangkan kegembiraan yang terpancar di wajah anak yang diraikan. Aku dihimbau kasih ibu yang mahu menyempurnakan bahagia anaknya sebagai pengikat tali cinta kasih. Inilah rakaman kek untuk memeriahkan harilahir



dan lihatlah kegembiraan yang terpancar di wajah aset negara ini...





Komen Cikgu Rodziah: Kak, cikgu anak saya kata kek tu moist sangat, coklat secukupnya terasa-rasa di tekak. Kata cikgu tu lagi, kalau akak buat kek blueberry, tentu lebih sedap.

Terimakasih, cikgu. Kek tu jadi lebih lazat kerana keikhlasan cikgu cuba membahagiakan Ariff dan kawan-kawannya seronok.

Di bawah ini pula, kek tempahan Cikgu SitiRozilah. Tahun sudah dia menempah dua biji kek cut & paste untuk anak-anaknya. Tahun ini lain pula ceritanya.
Dia menempah kek sponge dengan ganache buttercream. Di atasnya kulukiskan seekor bear dengan melted cooking chocolate. kseleuruhannya. Lihat gambar...



Di bawah ini pula, tempahan Cikgu Siti Rozilah juga. Choc moist.Dia minta lukis spiderman tetapi terusterang, aku minta caj yang lebih untuk lukis benda yang banyak sendi dan berselirat urat ni. Badan pun penat kerana baru saja habis kelas bake & deco yang ke enam, belajar buat roti dan majlis makan-makan di rumah emak. Untuk mengelakkan caj, aku menampal edible image saiz 3-4 " di atas kek ini.


Haaaa, di bawah ini pula kek-kek tempahan Nur Mastura dari Kuantan. Layan mata....


Ini birthday girlnya...adik Sarah... sedang demam ni...



Princess cake ni untuk si kakak...



Carrot's time... juga order dari NurMastura.




Tengok, siapa yang potong kek ini? Inilah NurMastura. Aku tak pernah bertemunya tetapi kamis sms dan call macam kenalan lama... sama-sama peramah ni...



Apa pula komen Mastura? Dia seperti juri AF maka aku copy paste saja dari emelnya

Cake deco... - saya tak cerewet... dan saya memang tak reti
> deco2 cake ni.. so maximum star saya bg akak ekekkekek
> Sejuk mata tengok cake2 akak b4 cut... ehehehehe
> kalerfool..
>
> Princess Cake - Sedap..... exspecially the bottom.. choc
> moist.. diorg duk pakat ambik yg layer bawah..tension je..
> TAPI cake ni tak best simpan dlm fridge... kena keluarkan
> dulu b4 nak makan..
>
> Bear Cake - Lagi Sedap... ni fav budak2..+ org2 dewasa..
> memang tak terkata menjilat sudu.. guest dtg pon..duk pakat
> potong cake ni..
> yang ni kalau filling tuh withou cream lg ok kot...kurang
> muak...- yg ni last2 bawak masuk peti ice.. kasik diorg
> pulun princess plak..
>
> Carrot Cake..- Marvellous... deilicious...this is the best
> cake..
> Semua org suka..baby..dewasa..org tua..ekekek. Tak sangka
> plak akak letak nut dlm tuh..BUT the cream
> cheese..waaaaaaaaaaaaaaaaa bisa bertambah lemak2 kami
> semua... atok + nenek.. fav kek ni..suh order lagi huhuh
>
>
> Overall memang pueh hati... saya ni normally tempah cake
> kat hotel...(swiss garden) kkawan chef situ (rege kawan2
> la.. bukan rege hotel ekkek) ,,.. now dia dah quit..tu
> melilau cari cake.. SO apa saya nak kata..kualiti cake akak
> mcm dah taraf hotel..
> So kira berbaloi dgn apa yg saya bayar..
>
macam juri AF kan....

Di bawah ni pula, order Hazrin Hamid dari Perak untuk anak buahnya di Kuantan...


Apa komen Hazrin? "Akak, dia nak gambar princess barbie."
"Itu bukan gambar dia ke?"
"Budak umur 4 tahun, kak. Agaknya dia nak yang pakai gaun kembang kot!"
Mak aiii... aku tersalah lukis charactor ke? Almaklum le aku ni bukan tengok kartun. Tak apa, tahun depan ya, Hazrin. tahun depan akak lukis pakai gaun kembang macam dalam cerita cowboy tu...

PENGUMUMAN: EKORAN KENAIKAN MINYAK HAMPIR 40%, ZATI D'HATI FANCYLICIOUS CAKES DENGAN BERAT HATINYA MENAIKKAN CAJ PENGHANTARAN KE KUANTAN. CAJNYA RM25. KALAU DAPAT CUSTOMER PICK UP DI PEKAN, LAGI BAIK, DIALU-ALUKAN.

Code:
Quote:
Borak jap...
aishah@ummiaqil - [Link] -amin, amin, yarabbalalamin.

mastura masmawar@yahoo.com - terimakasih kerana buat order, terimakasih kerana memberi kritikan dan pandangan. jangan serik order lagi yek

Noor Rikha rikha_mie@yahoo.com - kak, aku gembira dapat akrab dengan akak dan adik dalam waktu 4 hari tu...

zanaz - [Link]- kita orang gemini ya?

kamalina a.k.a aimi - [Link] - yang ke.... nampak tua kerana aku tak awet muda, tetapi semangatku lebih awet muda dari orang yang awet muda

zaitgha zaitgha@gmail.com - [Link]- terima kasih zai

boxhousestudio boxhousestudio@gmail.com - [Link] terimakasih, kak tun..aku rindukan suaramu yang lembut tu...

Hajar - [Link]- terima kasih, hajar. kita hanya berusaha, segalanya dalam kententuan Ilahi


Wednesday, 11-Jun-2008 17:38 Email | Share | | Bookmark
BAKE & DECO CLASS SIRI KE 3, 4,5

BAKE & DECO CLASS ZATI DHATI - hubungi email zatidhati2u@yahoo.com.my atau 017-9427033.
Sejuta alasan tidak akan menjadikan kita berjaya tetapi satu langkah bermula akan menjadi penebus cita-cita.

http://zatidhati.blogspot.com
_____________________________________________________________________________________

Ramai yang bertanyakan kelas lewat sms, email, ym dan panggilan telefon. Tetapi apabila diberitahu lokasiku, mereka mengeluh , "jauhnya ke puncak Pahang nun."
Dalam gurauan aku menjawab, " Sabda Rasulullah, tuntutlah ilmu hingga ke negeri China. Saya dalam Malaysia je. Pahang bukan di negeri China...hehehe."
Lokasi bukan alasan kerana pada zaman tidak perlu berjalan kaki atau berkereta lembu, kita seharusnya bersyukur dengan kemajuan yang memudahkan perjalanan dan nawaitu. Ada yang bertanya, "akak tak buka centre di Kuantan atau di KL?" huhuhu.... kalau ada modal, nak buka setiap negeri .

Ada juga yang mempertikaikan yuran yang aku kenakan. Aku mempunyai alasan mengapa aku mengenakan yuran sebegitu.Aku bukan menunjuk cara dan membiarkan student membuat sendiri dalam keadaan tertanya betul atau tidak. Aku mencari kesilapan, misalnya sudut noozle, tahap press dan tempo. Aku mencari kesilapan dan menunjukkan gaya pembetulan. Aku menunggu student sehingga selesai, tidak ada had masa aku peruntukkan. Tidak ada kemestian kelas berakhir pada sekian-sekian jam.Ini kerana pada hematku, yuran yang kuambil adalah amanah untuk melahirkan pendeko, bukan setakat memberi rasa memegang noozle dan membentuk setakat gitu-gitu aje. Tak percaya? Tanyalah student-studentku. Aku menunggu hingga student faham waima waktu beranjak ke perdu pagi asalkan student punya stamina yang ampuh. Aku membekalkan (meminjamkan) setiap studentku segala noozle yang perlu. Ini untuk mengelakkan berebutan noozle ataupun terpaksa menunggu giliran noozle. Untuk kelas bake pula, setiap student membuat kerja membancuh dengan mixer yang dikhaskan. 4 mixer dan dua oven jetcook, cukup untuk 4 orang peserta (maksima).

Makanan kusediakan tidaklah penuh meja tetapi cukup untuk membekalkan stamina - ini bukan majlis kenduri tetapi majlis ilmu. Penginapan juga kusediakan.

Yuk.... kita jamu mata dengan hasil kerja kelas siri ke 3...Wardah, student dari kelas siri ke 2, beria-ia memujukku membuat kelas ulangan untuknya - hanya mempelajari bunga. Alasannya dia perlukan guide sekali lagi agar lebih yakin jika pelanggan mahu bermacam bunga. Wardah pengidap asma, tidak boleh terlalu penat, jadi aku tidak mendesak sangat dia membuat kerja sempurna. Yang penting, dia ingat skill dan boleh membuatnya sendirian nanti.



Inilah Wardah.... tengok tu... pendeko kidal... asmanya kronik tetapi semangatnya tak kronik!



Jon kita berkenalan dengan Samsabariah, pemilik Samsaba Enterptise. Ada kedai doni, kedai makan, padang futsal untuk disewakan dan ada kedai kek Dizny di Bandar Kerteh, Terengganu. Samsabariah meminta dikhaskan modul untuknya kerana dia mahu cekup yang perlu sahaja. Suami dan anak sedia menanti dari pagi hingga malam. Lihat teman kita ni... kecil-kecil cili padi. Aku tabiklah dengan semangat, keberanian, kebijhaksanaan anak bangsa seperti Samsabariah









Kelas siri ke 5 pula dihadiri oleh tiga pelajar - rani (pemilik fp amrani), aimi (pemilik fp kamalina) dan farah, pensyarah undang-undang. Dalam 5 siri kelas ini, kelas inilah yang paling riuh rendah, penuh dengan gelak tawa, usik mengusik dan gaduh-gaduh kecil antara kamalina dan rani. Macam-macam cerita yang keluar. Bila banyak cerita macam tu, maka kelas lambat sikitlah berakhirnya tetapi aku tetap sedia menunggu 'budak-budak nakal ni' . Si Rani tak habis dengan cerita 'bedak-membedak' dan sesekali terdengar suaranya, "aduh, gatainya,". Katanya itu tanda dia mengantuk. Si Kamalina suka mencolek aising ...almaklum metabolisme tinggi . Kadang-kadang bukan saja aising lepas ke pipi, pewarna pun tersesat juga pada wajah Kamalina ni . Si Farah pula syik dengan 'sakitnya' saja.... aku nak tolong hilangkan sakitnya, tak kasi pulak dia tu . Dalam pada itu, ada juga air mata kasih yang mengalir. Si Rani tiba-tiba menangis terkenang gemullah bondanya. Kadang-kadang Rani dan Kamalina bergaduh macam budak-budak tetapi akhirnya tawa berderai. Pukul berapa kelas deko pada hari pertama berakhir? Jangan tanya...jadi catatan dalam sejarah! sekurang-kurangnya mereka bertiga kenal cara aku bekerja dan guide mereka sehingga selesai. Kamalina tidak mudah berpuas hati dengan hasil kerjanya, yang hampir sempurna pun masih hodoh pada matanya - barangkali kerana nalurinya telah diterapkan dengan kesukaran sebagai pendeko kidal. Farah pula terlalu pemaaf pada diri sendiri. Katanya - aku suka memaafkan diriku. Aku tidak gemarkan ungkapan itu - kegagalan/kesilapan diri perlu didenda dengan usaha berlebihan. Rani pula sukakan design yang simple saja. Untuk cut & paste yang mereka minta jasikan sebagai subjek akhir pula, mereka mula nakal mencampur lebihan-lebihan buttercream berwarna dari deko terdahulu tetapi...lihatlah kek-kek nombor ini... warnanya menarikkan. Meh, jamu mata....






































Kepada student-student, usaha tidak berakhir seusai kelas. sentiasalah membina kejayaan. biarpun siapa pun anda, sama ada anda melakukan kerje seni kerana wang ataupun untuk meredakan ketegangan, bekerjalah dengan disiplin, kemas. kesilapan-kesilapan yang berlaku itu menjadi guru pembetulan.

Code:
Quote:
Borak jap...
Farah : Kelas akak untuk melahirkan pendeko, bukan setakat kenal noozle dan tahu bancuh aising. jadi kenalah struggle hadapi segala.

Daalia: budak-budak nakal ni hampir-hampir buat kepala aku masuk air sama... nasib baiklah strictly tu tetap ada

chepah chepah75@yahoo.com - [Link] - meh le dfatang sini, akak pun teringin nak jumpa chepah. kian hari kian bagus kerjamu


kamalina : hem, terdengar-dengar mulut ko pot pet pot pet hanya satu, ko ni suka betul pada noozle bintang. akak tegur, "kalau asyik nak buat bintang, jangan datang kelas aku." tapi bintang tu lebih menambat nampaknya... ko tetap buat bintang kat tepi spongebob. ish, ish

aishah - murid pertama yang kukenang sehingga bila-bila. praktik dan praktik, segalanya akan menjadi juga

rani: akak terdengar-dengar ko mengekek gelak... demam ek? tak cukup stamina tu... teruskan praktis

boxhousestudio boxhousestudio@gmail.com - [Link]- insyaAllah, ada ketika , ada rezeki, kita akan ketemu, kak.

ida isk merpati66@yahoo.com - [Link]- ish, dah berjawab, ida. dua kali jawab. traffic jem di alam maya kot?

ah mat gebu - [Link]- akak sediakan akar rotan, mat

watie @ myracupcakes: tak buat kat kl, saja nak promosi bandar pekan yang tenang dan damai nih...

Ana - [Link] - rani dan aimi pening-pening, aku dan farah pun terjangkit pening2

wardah75- woittt, apa projek terbaru?

ummi ummizaihadi@yahoo.com.my - [Link] - kita ni dok dekat je tapi macam jauh ekk... tu ler...masa membataskan segala

mamasya - [Link]- sedia menanti kedatanganmu
IP: 61.6.224.14
Delete Comment Delete & Ban Delete All & Ban

farah farahani.khosni@gmail.com - tak apa, akak boleh jadi superb bidan
I
hajar - [Link]- ya, hajar, kejayaan ini bukan kerana satu pihak tetapi kerana kedua-dua pihak

Dayang Santubong dygchanj@yahoo.com - [Link]- dayang, tunggu aku 29 ini

am- selamat maju jaya

yullina - [Link]- alhamdulillah, masing-masing kuat usaha


aishah@ummiaqil - [Link] - terima kasih, aishah. merkipun waktu berlalu, semangatku tetap awet muda
Ana cake_lovers69@yahoo.com - [Link] tq, zana... kan bagus kalau hang boleh hantar ayam rose mary tu kat sini

aima rizaima@yahoo.com - [Link]- terimakasih aima. saya memulakan segalanya dengan nil





[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net