Zati D'hati Fancylicious Cakes

By: amaruszati noor rahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  16  17  18  19  20  21  22  23  24  25  26  27  28  [29]  30  >  >>]    [Archive]
Monday, 25-Jun-2007 04:49 Email | Share | | Bookmark
PRODUK ZATI D'HATI

sticker zati d'hati
produk harian
pancingan untuk belanja kecil
View all 5 photos...


Kita tidak dapat membaca takdir yang bakal terhidang.
Aku tidak pernah menjangka akan terlibat dalam penjualan kek, sama ada secara serius ataupun tidak. Tetapi inilah kenyataan yang kuhadapi hari ini.
Seorang teman berkata, "Kalau orang tengok kau bertugas di kem, dengan tegas, dengan serius, orang tak sangka kau ni buat kek, jual kek. Orang masih percaya kau seorang penulis tapi orang tak percaya kau tauke kek." Dia ketawa terbahak-bahak. ".
Aku tersengih. Barangkali itu pandangan jujur. Aku bertugas sebagai ketua fasilitator Program Penghayatan Sastera Budaya di kem PLKN. Hanya tiga hari pada setiap satu siri pengambilan pelatih. Tidak ada bayangan aku seorang yang duduk di dalam bakery kecil, mengadun dan membakar kek.
"Aku pun hairan dengan kau ni. Yang mana diri kau sebenarnya?"
Aku mengangkat kening. Hati kecil berbisik," aku boleh menjadi sesiapa saja dengan semangat dan kekuatan yang aku ada." Menulis telah sebati dalam diri. Fasilitator sastera budaya kerana itulah sumbangan yang dapat kuberikan kepada negara untuk menjana anak bangsa Malaysia. Bakery? Aku memenuhi permintaan pelanggan dan mencari pendapatan untuk membuatkan anak-anak berada di tahap yang selesa walaupun bukan mewah segala.
Inilah produk harian yang aku keluarkan, dijual di Pekan, Kuantan, Muadzam Shah, Rompin, Kemaman. Kadang-kadang hingga ke Kuala Lumpur. Produk tetap tentu saja Moist Chocolate Cake.Yang lainnya mengikut permintaan. Kek cawan dalam bouquet untuk mereka yang hanya berbelanja harian dengan kadar kecil. Pelajar sekolah misalnya. Daripada sticker jenama dibuat dengan kertas fotostat, aku bnertukar kepada kertas sticker yang kucetak sendiri. Dan kini, aku menggunakan sticker bercetak, yang ditempah khas dengan logo kek 'watermark'. Hijau dan oren menjadi warna tema. Ada permintaan dari Arab Saudi juga tetapi sungguh, aku akui ilmu tentang daya tahan kek belum ada. Kursus daya tahan makanan dengan MARDI terlalu mahal dan perlukan penajaan. Ada seseorang yang terlibat dengan agensi tertentu memberitahuku ketika aku memohon mereka menaja kursus dengan MARDI, "bos yang ada sekarang tidak suka hantar orang kursus. Membazir dia kata. Awak doakan dia cepat tukar, bolehlah kita taja awak pergi kursus dengan MARDI." Aik! Macam ni punya boss pun ada? Habis, bagaimana hendak membantu bumiputra, khasnya dalam usaha penghasilan makanan menembusi pasaran antarabangsa yang tentu saja kualiti dan ketahanan hayat makanan menjadi markah pertama selain pembungkusan dan kecekapan pengurusan?




[quote]
DI HUJUNG JARI:
1. diana krolog@yahoo.com tentu serius agh...dalam hidup kita boleh bermain tetapi tidak boleh main-main..

2. Misliha miss_creativecakes@yahoo.com Belum puas hati la, Miss... tapi taklah macam orang dimekap cantik-cantik, dipakaikan purdahkan... kuang kuang kuang

3. Dato' yaakubisa@yahoo.com terimakasih, dato', singgah ke sini... panggil cikgu juga yang mesra di lidah ni...bukan Dato Dollah bayar... Muzium yang bayar... cukuplah untuk beli mixer industri 1. alhamdulillah, tapi tension banget sih..




Sunday, 24-Jun-2007 11:15 Email | Share | | Bookmark
PEKAN FEST

hello cuppies
tempting cappucino
sweet strawberry
View all 5 photos...
Pekan Fest - pertama kali aku mencuba mengambil gerai untuk melebarkan pasaran. Pamflet dan callcard diedar. Niat di hati hendak membawa oven ke tapak pesta, baunya pasti menarik pelanggan tetapi susunan gerai 10 X 10 itu membuatkan aku membatalkan hasrat itu. Mana hendak diletakkan oven, mana hendak diletakkan perkakas lainnya. Dan pasti sediakan ruang untuk jalan keluar.
Malangnya dalam kita bertimbang-timbang itu, jiran sebelah gerai aku tidak menghiraukan perasaan orang lain. Semua petak kedainya di kepung, ibarat seperti membina rumah tanpa pintu. Petak tapak aku itulah yang menjadi mangsanya. Dia buat rumah dengan pintu di rumah orang lain.
Meja jualan kekku beralaskan sari india yang murah - rm 14 untuk sepasang sari, aku beli di Jalan Masjid India tetapi warna oren muda itu sesuai benar dengan tema Zati D'hati. Jiran sebelah itu juga melarang aku memasang bunting di depan gerai aku sendiri, kononnya menutup gerainya. Aku menghela nafas. Sabar sajalah. Di tempat sendiri yang aku bayar sewanya pun dia nak control. Mahu tak mahu, terpaksa aku ubah bunting ke belakang, dekat pula dengan kuali keropok gerai di belakang.
Aku menjaga kebersihan. Cuppies di dalam tray yang bersih berkilat. Bouquet cupcake kususun dalam bakul berbunga. Meja sentiasa dilap dengan pencuci lantai untuk mengelakkan lalat. Tahu sajalah, lalat mula berderu kerana penjual gerai-gerai minuman dan makanan basah buat kerja ikut sedap saja.
Jiran sebelah yang menjual minuman itu terlebih 'kurang asam'. Bekas tong airnya diletakkan di belakang, dalam petakku. Kemudian ditambah pula dengan plastik hitam, sampahnya membusut dan melimpah. Sakit hati sakit mata aku memandang. Gerai dia bersih kerana sampah sarapnya dilambakkan di gerai aku!
"Kak, sampah akak ke?"
Dia angguk sambil senyum-senyum saja.
"Kutiplah kak, ikat."
Lambat-lambat dia mengutip segala sampah, dimasukkan ke dalam plastik hitam yang tepu.
"Tak payah ikatlah. Nanti ada sampah lagi."
Berkerut dahiku mendengar alasan mudahnya. Senangnya cakap. Plastik yang dah tepu itu hendak diisi dengan apa lagi?
"Kak, ikatlah, lalat banyak ni. Lagipun akak letak dalam kawasan saya, nampak kotor jadinya kawasan saya." Astaghfirullah! Aku jadi laser.
Aku memerhatinya dengan ekor mata. Plastik hitam itu diseretnya keluar dari geraiku. Tahu diletakkan di mana? Di belakang gerai murtabak yang selalunya dibuka jam 6 petang. Plastik sampah yang tidak diikat dibiarkan tegak di situ. Bayangkan apa akan berlaku jika is tumbang? Duhai! Macam ni punya manusia pun ada?
Tinggalkan tentang kerenah manusia, di tapak Pekan Fest itu aku lebih promosikan Moist Chocolate Cake Zati Dhati meskipun moist strawberry, moist orange, moist horlick, moist pandan, moist cappucino turut aku sediakan. Satu industrial oven dan dua jet cook oven hampir-hampir tidak henti bekerja. Sebagai menarik kanak-kanak, aku menyediakan cupcake. Hiasan yang simple. Tidak sempat untuk melukis kartun atau memberi deco yang rumit. Tapi di hati ini terdetik juga simpati apabila ada kanak-kanak yang hanya mampu kecur liur apabila ibu bapa cepat-cepat menarik tangan anak dari menyentuh cupcake itu. Ada yang beli sambil marah-marah, "Kalau kau tak makan, jaga kau, aku pukul, aku sumbat kau nanti! "
"Makan ya, dik, tak baik buang rezeki tau, rezeki dari Allah." Aku beranikan diri menyampuk. Ya, kita mencari rezeki untuk anak-anak. Apalah yang nak dikirakan sangat kerana rezeki yang Allah berikan itu juga untuk anak-anak.




Quote:
dR ali drali@miosh.net - tq, nubli. singgahle lagi. bila nak buat order pulok? wah! awok ni memang jurufoto handal yek. tahniah.

kak nor norzailina@yahoo.com tq kerana singgah dan selalu jawab kemusykilan. rajin celoteh kerana di sini juga jadi platform menulis.

Nisah Haron nisah.haron@gmail.com tq, nisah...insyaAllah, sama-sama akan berjaya.

anjan anjanunimalaya@yahoo.com Jan, tq. bila nak ke rumah lagi? ingatkan kau akan potong wedding cake depan akak, rupanya kau kahwin senyap2


Friday, 22-Jun-2007 14:28 Email | Share | | Bookmark
GURU BERJARAK JAUH



untuk kak mis yang berbudi...serangkap pantun ini:
tenang-tenang air di laut,
sampan kolek mudik ke tanjung;
hati terkenang mulut menyebut,
budi yang baik rasa nak junjung



buah tangan Tan See Fong dan Janice Murfitt


Berguru ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.
Pantun karya Allahyarham SN Usman Awang ini melekat di ingatan. Aku tidak mahu 'bagai bunga kembang tak jadi', maka proses pembelajaran itu berterusan. Aku memulakan segalanya ini kerana permintaan pecinta-pecinta moist kek air tanganku. Dari menyediakan moist kek 600g untuk 1 packing, aku menerima permintaan menyediakan kek dekorasi untuk harijadi, bertunang, perkahwinan, macam-macam. Dari pengetahuan yang nil (sama sekali nil) tentang dunia dekorasi kek, aku menjelajah internet. membeli noozle dan mencuba. Antara yang menjadi tempat rujukanku, chef celibriti norzalina nordin kerana ada ukhwah yang terjalin lewat dunia penulisan. Antara website yang kujelajahi - naza214, mamazieza, lyndaza,sweetfrosting, banyak lagi.
Teruja dengan kerjatangan tauke naza214, aku menulis emel untuk Kak Mis, mohon adakan kelas berbayar. Aku kecewa, emel itu tidak berjawab. Agh! Naza 214 itu mungkin kedekut ilmu, bukan senang orang nak berkongsi ilmu - hati membenih prasangka, lalu aku mendaftar kelas basic kek & aising dengan bayaran yang boleh tahan tingginya berbanding kelas-kelas lain. Termenung juga hendak mengeluarkan rm800. Tetapi kerana ingin memuaskan hati kehendak pelanggan, menambah skill, kelas itu aku sertai juga.
Dua tiga hari selepas kelas itu berakhir, Kak Mis membalas emelku. Aku merayu Kak Mis membuka kelas, tapi berjajarlah alasan Kak Mis berikan. Kecewa betul kerana ingin sekali aku berguru dengan Kak Mis. Kerja tangannya, aduhhh, teruja melihatnya.
Jauh dari apa yang kusangkakan, Kak Mis sebenarnya pemurah, ramah tak kedekut ilmu. Lewat ym, sms dan talian telefon, Kak Mis memberi panduan yang bukan sedikit. Aku tidak belajar darinya secara practical tetapi secara lisan pada jarak yang terpisah jauh.Aku mencuba setiap panduan yang diberikan Kak Mis, kemudian melaporkan kemajuan dan kesilapan yang berlaku. Kak Mis akan terus membantu dari jauh, memberi panduan dan sokongan.Kadang-kadang teragak-agak hendak hantar sms atau telefon Kak Mis, bimbang kerjanya terganggu tetapi kehendak ingin tahu, ingin belajar membuatkan aku menyisih rasa malu itu jauh-jauh. Kak Mis beritahu guna noozle ini, jangan begitu, buat begini, cuba begini, macam-macam kalimat-kalimat Kak Mis. Kata orang, sepatah kata yang menjadi panduan, orang itu adalah guru yang perlu dihormati, dihargai, dikenang budi jasanya hingga ke mati. Kak Mis juga yang cadangkan agar beli buku UNIQUE FLORAL CAKE DECORATING buah tangan Tan See Fong. Buku ini juga membantu aku memperkemaskan kuntum bunga. Tan See Fong menjadi guru tanpa pernah kutemui. Dan satu lagi.... berbanyak terimakasih kepada adinda-adindaku yang tidak sedarah sedaging - Am dan Wan. Kemesraan dan ukhwah yang terjalin membuat mereka faham pergulatan dalamanku - antara penulisan dan dunia bakery. CAKE DECORATING tulisan Janice Murfitt dihadiahkan Am dan Wan pada hari lahirku. Janice jauh di London tetapi boleh menjadi guruku. Inilah yang dikatakan kuasa pena, kuasa buku. Aku juga belajar dari komentar jujur orang-orang yang terdekat denganku - suami dan anak-anak.


Wednesday, 20-Jun-2007 09:25 Email | Share | | Bookmark
MAAFKAN ALONG, MAK

Langsing dan....
autum's tiers
pada saat terdesak...
View all 8 photos...



17 jun, sememangnya dugaan besar. Malamnya menyiapkan deco dua biji kek. Tidur satu jam sebelum bangun solat subuh dan isyraq. Kemudian menyambung tugas deco sebiji kek. Hubby membantu membuat muffin labu, zesting orange dan pandan.
Jam 11.00, aku menelefon emak.
"Mak, minta maaf, tak tahu sempat tak siapkan kek kita. Tapi along cuba siapkan."
Suara emak berubah menjadi lain meskipun aku bariskan alasan berjajar - tentang tempahan yang banyak, tentang tidur sejam cuma, tentang waktu berbaki tiga jam lagi tidak cukup untuk proses memulakan sebiji kek- bancuh, bakar, nyahpanas, deco.
Aku hela nafas dalam-dalam. Seluruh urat saraf rasa tegang. Bahan di bakery ada yang tidak cukup. Waduh! Macam mana nak sediakan kek yang besar, bertingkat pula!
"Ni betul-betul mencabar, b. Penuhkan hajat semua orang tapi tak mampu penuhkan hajat mak." Dada mula sebak. Ini tarikh istimewa untuk emak.16 jun - hari lahir emak, hari ulangtahun perkahwinan, hari aku sebagai anak sulungnya dilahirkan. Duh! apa kata emak - anaknya yang selama ini menyediakan kek untuk meraikan orang lain...hari ini gagal menyediakan untuk ibu yang mengandung dan melahirkannya.
"Kita buat juga. sempat siap." Hubby meyakinkan. Dia segera mengayak bahan sedang aku masih ragu. Semuanya hubby yang lakukan sedang aku menyusun muffin sambil diacah prasangka. Jam 12, bancuhan masuk ke dalam oven dan sejam kemudian apabila ia masak, hubby meletakkannya di bawah pusingan kipas yang laju.
Aku menyelongkar cabinet. Di mana stand? MasyaAllah! Hanya ada stand panjang. Kek yang kecil kerana tidak cukup bahan itu membantu menyegerakan proses nyah panas tetapi stand pula tidak sesuai langsung. Susunan kek akan jadi langsing. Aku menepuk dahi, mengeluh berkali-kali. Kesal kerana lalai. Terfikir pula emak mahukan bunga warna coklat, topping coklat - aku bertambah terhenyak. Topping yang hampir mengental dan boleh dibuat bunga telah kucairkan - hanya boleh menjadi topping atas dan tepi. Apa yang perlu kubuat? Adduh!
Topping ganache lebih mudah dari butter cream tetapi coklat cair itu tidak memungkinkan ros dapat menghiasi kek idaman mak. Ketika kek telah suam-suam kuku, kek mula ditopping. Bahagian tengahnya berkedut kerana wap panas masih terkumpul di situ. Kipas masih berpusing laju. Aku cuba mencampurkan coklat kepada whipping krim yang diputar untuk bordernya. Tidak smooth tetapi tidak menggelincir. Kugunakan sedikit untuk membuat dua kuntum rose - tidak cantik tetapi kugunakan juga dua kuntum itu. kemudian ada lebihan buttercream , kuwarnakan dengan brown wilton. Alhamdulillah, mudah. Memikirkan kek tidak sejuk sepenuhnya, bunga hanya diletakkan di tepi. Itupun di dalam hati, doa tiada henti berharap bunga itu kekal hingga saat potong kek.
"Kalau ada jual bunga segar hari ni, kan bagus."
"Hem, hari minggu." Balas hubby. "Gunakan apa yang ada."
Inilah saat paling genting selama belajar menyediakan kek deco. Cemas, berdebar, nak menangis- berbaur. Dalam perasaan yang berbagai itulah, akhirnya aku sempat memikirkan konsep autumn, memilih warna-warna autumn untuk membahagiakan emak dan ayah. Akhirnya terhasil susunan kek yang tak seimbang dan langsing. Bahagian paling bawah sepatutnya lebih besar.
Namun kek yang tidak seimbang dan langsing itu membuat emak tersenyum lebar kerana warna-warna kegemarannya dapat anak sulung sediakan untuk hari yang bermakna dalam hidupnya. Aku sebenarnya malu melihat kek yang langsing begitu menjadi perhatian tetamu. Tetapi aku sembunyikan segala rasa malu demi membahagiakan satu-satunya ibuku.


Tuesday, 19-Jun-2007 23:46 Email | Share | | Bookmark
RUANG WAKTU YANG TERBATAS

mickey
mickey idaman
jambangan kasih
View all 7 photos...


Seperti apakah masa sebenarnya? Kata orang masa itu seperti emas. Tetapi tidak bagiku. Emas boleh dijual beli ditawar-tawar tetapi masa tidak begitu. Setiap orang dikurniakan masa yang sama - 24 jam sehari. Soalnya bagaimanakah seseorang itu membahagikan masa sehingga bijak mengatur ruang waktu?
Seawal jam empat pagi, aku lincah memasak nasi lemak, sambal daging dan telur goreng mata kerbau - sarapan dan bekalan lima anak ke sekolah. Sambil-sambil itu menyediakan topping untuk 24 biji choclate moist, membungkus muffin. Alahai, sticker pula habis. Terpaksa juga membuka pc dan print sticker. Bila agaknya dapat sticker yang ditempah tu?
Selepas menghantar kek tempahan, ada kerja menunggu. Topping kek chocolate moist 1 kg.
"Saya nak topping chocolate tapi nak ada cartoon mickey. Anak saya tu nak ada mickey juga." Suara pelanggan yang tidak aku kenali itu berharap aku dapat memenuhi permintaannya. Dia menelefonku semalam, tempahan yang agak lewat tetapi aku seboleh-bolehnya tidak mahu menolak permintaan pelanggan. Daya faham seorang ibu - ibu cuba melakukan sesuatu yang dapat membuat anak gembira. Dan aku cuba membantunya.
Lukisan di atas topping coklat? Kerja berganda. Warna jelly tidak jelas atas topping chocolate. Aku lepakan sedikit butter cream putih di atas topping coklat yang mengental. Dan ini hasilnya...


Masih ada yang menunggu. Selesai saja masuk kek mickey ke dalam kotak, aku perlu decorate kek untuk harilahir ibu dan anak. mula-mula cuba buat lukisan ibu dan anak.
"Kalau boleh, lukis lukisan ibu dan anak, english style, tapi kalau tak boleh, buat bunga dalam bakul. English style." Ini permintaan seorang suami juga seorang ayah yang hendak membuat kejutan untuk orang-orang tersayang.
Aku mendapatkan gambar english style dalam internet. Dapat kubayangkan andai gambar ibu dan anak ini siap dengan latar belakang langsir yang cantik. Duhai, bermasalah pulak, kek 14 inci tidak boleh masuk freeze untuk set. Jadi bila saja ouline chocolate pada grease paper mengeras dan cuba diletakkan ke atas kek, permukaan kek yang telah rata itu jadi sememeh. Otak ligat bekerja. Apa nak buat? Plan B! Aku menggunakan kemahiran dan pengalaman sebagai florist dulu. Inilah hasilnya....




[<<  <  16  17  18  19  20  21  22  23  24  25  26  27  28  [29]  30  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net