Zati D'hati Fancylicious Cakes

By: amaruszati noor rahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  16  17  18  19  20  21  22  23  24  25  26  27  [28]  29  30  >  >>]    [Archive]
Friday, 6-Jul-2007 01:43 Email | Share | | Bookmark
CUT & PASTE

Angka 1 dari kek 10X14"
4 untuk Dhani
Angka 1 dari kek 10x10"
Keletihan. Semalam, sendirian menyudahkan 65 biji moist chocolate cake dan 400 muffin. Memang meletihkan jika tempahan banyak pada hari bekerja. Apatah lagi jika tempahan itu urgent. Aku membuat produk dengan bantuan suami dan anak, tanpa pekerja, tanpa orang gaji. Kadang-kadang teringin ambil pembantu tetapi bimbang pada nasib tidak baik. Memikirkan nasib Kak Mis ditinggalkan orang gaji dengan duit dan barang kemas dibedal, risau juga jika nasib aku pun begitu.

Dengan keletihan, fp ini tentu saja tidak dapat diupdate dengan bahasa yang tersusun.

Membuat kek mengikut abjad dan angka memang agak cerewet. Banyak bakery menolak kerana cerewetnya kerja 'cut and paste'. Tin cake berbentuk angka dan abjad pula boleh dikategorikan mahal. Hendak dibeli memikir dua kali kerana bukan selalu tempahan dibuat dalam bentuk angka dan abjad.

Ketika menghadiri kelas kek, seorang guru mengajar memotong kek yang bersaiz 10 X 14". Memikirkan banyak kek yang terbuang, aku menggunakan kek saiz 10X10, dibahagi 3, ditampal dan hanya sedikit yang tersisa.

Untuk kek no 4, aku juga membuangnya sedikit sahaja supaya tidak berlaku terlalu banyak pembaziran. Membuat kek abjad dan angka perlukan ketelitian dan kesabaran. Terbongkok-bongkok memotong dan menampal, frosting, akhirnya kek siap juga.

Happy birthday, M.Rifail. Happy birthday, M Rub'iy Dhani!


Tuesday, 3-Jul-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark

maaf kepada semua pengunjung fp ini kerana beberapa hari tidak update:
26 jun - ke kl, menerima anugerah hadiah utama cerpen hadiah sastera kumpulan utusan 2006.
27 jun - tandatangan perjanjian penerbitan novel kanak-kanak 'Dulu Satu, Kini Dua' dengan MEP, Kajang. Ke rumah Mis.
28 &29 jun- berkelana di rumah Mis's Creative.
30 jun - pulang ke Pekan dan kembali ke Small Bakeryku
1 julai - raptai majlis perasmian Persidangan Kebangsaan Tulisan Jawi di Dewan Jubli, Kuantan. Balik dekat jam tiga pagi
2 Julai - bertugas sebagai pengacara majlis perasmian Persidangan Kebangsaan Tulisan Jawi di Dewan Jubli. KDYMM Sultan Pahang berangkat merasmikan.
3 Julai - penat.


Thursday, 28-Jun-2007 03:33 Email | Share | | Bookmark
Yummmmmmy






DI HUJUNG JARI:


Quote:
Noor Rikha Amran rikha_mie@yahoo.com Salam. Baguslah ingin melebarkan bidang. tentu saja sedia berkawan, memang itupun antara tujuan fp ini diwujudkan. hubungi saya di emel amaruszatinr@yahoo.com.

Addy yeezier@yahoo.com terimakasih kerana singgah. hanya orang yang tahu teknik akan mengakui bahawa dunia kek adalah satu seni yang rahsianya hanya dketahui jika dipelajari secara praktikal. selain menulis, ini adalah cabang untuk menjana hidup

lindaZA@cupcakes2u.com norhaslinda@mimb.com.my lin, ingat dapat jumpa masa lawat kilang prima tu ari.belum ada jodoh ek... customer di kuantan tu belum contact saya. kalau nak emel, senang gunakan amaruszatinr@yahoo.com.



Wednesday, 27-Jun-2007 15:02 Email | Share | | Bookmark

[quote]1. mamazieza - [Link]tq mama... nanti saya link mama punya fp kat sini. kak mis dah ajar tapi saya ni lambatnya menangkap.
2. Fazla - [Link] Faz...wah terpegun jumpa anak muda tubuh kecil semangat tinggi. balik dari kilang, tiba-tiba tak selera pandang lasagna, sosej dan segala yang diborong tu...

3.diba - [Link] Tq, diba.... singgahlah lagi...


pza ibu nurin** ayiefarieza@gmail.com
sedap bila di pandang, belum lagi rasa...


Tuesday, 26-Jun-2007 23:52 Email | Share | | Bookmark
SEBAGAI CENDERAMATA

di atas board
di atas plastik
cenderamata
View all 4 photos...
Ini adalah permintaan yang tergesa-ges, permintaan dua jam sebelum digunakan. Pelanggan mahukan kek saiz 6" seperti yang selalu aku jual dengan topping coklat dan parutan coklat. tapi kali ini mahu diberikan kelainan. Tidak mahu diletakkan di dalam kotak tetapi mesti di dalam bekas yang telus pandang. Duhai! Pekan bandar yang kecil. Bekas telus pandang yang keras telah kehabisan. Yang ada hanyalah packaging biasa, yang lembik itu.
Jika digunakan pacakaging yang lembik itu, ertinya kek tidak boleh dihias. Setiap kali bahagian tengah tapaknya ditolak, kek akan naik ke atas dan tentu saja ranap segala deco. Kerana kemungkinan-kemungkinan ranap itu ada, drastik saja aku memilih board papan sebagai alasnya, bunga sugar paste tetapi masih mengekalkan plastic cover yang lembik.



Serangkap pantun aku printkan di atas kertas putih. Aku letakkan di atas sehiris coklat bar. Jika menggunakan butter cream, tentu saja akan ranap jika pelanggan tertekan cover plastiknya. Royal aising tidak sempat disediakan untuk permintaan tergesa-gesa. Cekau saja gulungan riben yang ada dalam simpanan. Tak sempat hendak memilih warna lagi. Tetapi untuk memenuhi permintaan yang adhock, rasanya ini pun dah dapat menyenangkan hati pelanggan.


[quote]
DI HUJUNG JARI:

abc123 khumaira8575@yahoo.com.my sejak kahwin payahnya nak jumpa... bila nak datang, nasi bokhari menunggu.

2. DE SHINE SHOP - CANTIK2 TUDUNG... TERUSKAN BISNES

3.syazna syazna@yahoo.com terima kasih, syazna...otak bekerja mencari kreativiti. menjaga customer tak mudah...kalau boleh tak nak menolak peluang yang datang


4. Hamir Habeed Mohd hamir@excite.co.jp Mir, lama aku tak dengar istilah 'membela' tu. terima kasih atas saranan. inderapura kita guana cerita. tukar s/u pun tak gerak juga. /quote]


[<<  <  16  17  18  19  20  21  22  23  24  25  26  27  [28]  29  30  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net