Zati D'hati Fancylicious Cakes

By: amaruszati noor rahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  16  17  18  19  20  21  22  23  24  25  26  [27]  28  29  30  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 11-Jul-2007 02:06 Email | Share | | Bookmark
CABARAn 6 JULAI (iv)



Wednesday, 11-Jul-2007 00:32 Email | Share | | Bookmark
CABARAN 6 JULAI (iii)

 
 
 
Hari yang cukup baik. Subuh jam 4, selepas membuat deco kek hantaran biru di dalam entry 'CABARAN 6 JULAI (ii)', aku mengejutkan hubby. Mudah saja dia bangun bila kukatakan kek untuk kedai emak belum topping, kalau terlewat tiada siapa yang akan hantar, mak pagi-pagi pergi kursus haji sedang anak-anak dan hubby ke sekolah memenuhi cuti ganti.
Kata Arini dalam Mutiara Hati, "Jika kita yakin pada Allah, PASSSTI Allah akan menolong kita!"
Ya, benar. Entah bagaimana topping coklat lebihan dicurahkan ke atas kek, mengeras dengan baiknya tidak sampai sejam. Ini memudahkan aku membuat deco pada border kek.
Bunga? Aku menggunakan buttercream. Customer itu mahukan warna kuning dan putih kerana katanya itulah warna tema perkahwinan. Aku cadangkan warna-warna alami seperti warna-warna musim gugur tetapi dia menolak.
"Kenapa tidak gunakan buttercream saja?" Aku mencadangkan lagi. Hati tidak suka benar dengan gabungan kuning, putih dan coklat.
"Akak nak topping coklat. Kalau toppiung coklat, sekejab je habis, rasa tak cukup. Tak muak macam butter cream."
Aku akur pada kehendak pelanggan.
Ketika aku ke Muar pada petang 7 & 8 Julai, aku ketemu dengan seorang pensyarah @ chef. Tanpa segan silu kerana hendak belajar, aku menunjukkan foto-foto yang terakam di dalam kamera digitalku. Dia menyenangi adhock kek yang kupaparkan di dalam entry "Maafkan Along, Mak." di dalam fp ini. Tetapi ketika aku menunjukkan foto yang kuppar di dalam entry ini, dia memberi komen "lain kali, dik, kalau nak deco kek, gunakan warna-warna yang senada. Macam base coklat ini, padankan dengan warna-warna terracota, orange, peach. Cuba beli warna air panda yang murah, dah disusun ikut urutan warna, tengok ton warna yang terrangkum dalam warna coklat."
Satu pelajaran baru nampaknya.
[/size]

[quote]
Di HUJUNG JARI
1. anne Anne, terimakasih komen. Tak baca entry nio agaknya? Baca entry, jangan jamu mata saja... Dah kehendak pelanggan nakkan bunga saja kuning putih. Bordeer dan topping nak coklat, kenalah akur. Akak lebih suka guna warna musim gugur untuk border dan topping coklat. Customer yang ini tak suka buttercream, hanya untuk bunga saja nakkan buttercream. akur je le



Tuesday, 10-Jul-2007 02:28 Email | Share | | Bookmark
CABARAN 6 JULAI (ii)

 
 
 
View all 4 photos...


"Kek perisa strawberry tapi aisingnya biru," beritahu Kak Nu. Dia hanya menempah melalui telefon kerana beberapa kali dia datang, aku tiada di rumah.
Aku tidak suka pada bancuhan sponge mix. Tidak sesuai dengan tekakku. Aku suka menggunakan resepi african cake.
Aku cuba membuat frills tapi...mungkin kerana frills terlalu rendah atau jaraknya terlalu pendek, aku tidak menyukainya. Nampak serabut sedikit. Mungkin juga kerana frillsnya tebal.
Jam 430 pagi - aku menyudahkan deco dan hiasan casing. Kemudian mengisi buah ke dalam pastri tat. Dada berdebar. Sempatkah aku siapkan 3 kek lagi sebelum fajar menjelang.


Monday, 9-Jul-2007 16:09 Email | Share | | Bookmark
CABARAN 6 JULAI (i)

dalam warna peach...
adhock casing

6 julai, seawal pagi diri sudah bersiap untuk membuat tartlet buah (pastrinya telah siap beberapa hari awal), african strawberry cake untuk hantaran, moist chocolate untuk wedding cake dua tingkat dan kek blueberry. Tetapi baru saja hendak meyediakan bahan-bahan, adhock order masuk. 25 biji moist chocolate dan 180 cupcake kosong. Aku menundakan kerja-kerja untuk 4 tempahan majlis. Tidak mengapa, kata hati. Adhock order daripada dealer tetap sebolehnya tidak mahu ditolak. Lewat tengahari adhock order masuk lagi - 30 biji moist chocolate dan 100 biji cupcake pandan tanpa hiasan. wadduh! Tangan ligat bekerja, seligat otak yang berfikir sempat tak tempahan baru ini sejuk untuk packaging sebelum dihantar jam 4 petang. Terkejarkah aku menyudahkan tartlet buah, kek hantaran, wedding cake dan kek blueberry? Anak-anak makan tengahari? Agh! Yang mudah saja - sup ayam campur carrot dan kentang, sambal kicap dan ikan masin.
Sehingga ke lewat petang, setelah 55 biji moist chocolate cake dan 280 cupcake selesai pacakaging dan dihantar kepada dealer, aku mula membakar african strawberry cake, african vanila blueberry cake dan moist chocolate cake.
Sementara menanti cake sejuk, aku mengadap anak-anak membuat kerja rumah. Mata rasa mengantuk tetapi kalau aku terlalai, alamatnya ada yang merengek tidak mahu ke sekolah esok pagi kerana kerja sekolah tidak siap. Sesudah anak-anak tidur, solat isyak, barulah aku kembali masuk ke Small Bakeryku.
Aku sebenarnya merancang mengisi tat buah ke dalam casing kek yang tinggi beralaskan polisterene yang dihias di sebelah dalamnya tetapi baru teringat, papercup silver untuk mengalas tat sudah habis. Aku terhenyak. Pukul satu pagi, mana hendak dicari alas tat?Jam lapan pagi, tat mesti dihantar ke rumah customer. Siap saja casingnya, aku perlu menjamah kerja-kerja lain dan menyambung meletakkan buah-buah ke dalam pastri bila subuh menjelang supaya buah tidak kecut. Tapi sekarang hendak buat macam mana? Adduh!
Aku perlu menggunakan kreativiti yang lain. Menyelongkar barang-barang kraftangan, aku cari bahan-bahan yang menepati warna tema pelanggan - peach. Kerja adhock dengan keadaan bahan-bahan 'ini saja yang ada', aku cuba membuat tempat untuk sembilan biji tart buah. Inilah hasilnya, ringkas tetapi tidaklah mengecewakan pelanggan.


Friday, 6-Jul-2007 03:54 Email | Share | | Bookmark
FONDANT OH FONDANT

 



[quote] 1. napie anjungmemori@yahoo.com.my - [Link]
terimakasih singgah ke sini... lain kali singgahlah lagi

2.abc123 khumaira8575@yahoo.com.my
k, macamana wan? dah ok?

3. dR ali drali@miosh.net - [Link]nok guane kan...awok pun apa kurangnya...gambo awok ambik buat koi terkedu je... terkesan kebesaran Tuhan




[<<  <  16  17  18  19  20  21  22  23  24  25  26  [27]  28  29  30  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net