Zati D'hati Fancylicious Cakes

By: amaruszati noor rahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  16  17  18  19  20  21  22  23  24  25  [26]  27  28  29  30  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 25-Jul-2007 02:14 Email | Share | | Bookmark
BILA KEHENDAK DIULANG



Catatan ini bukanlah tentang deco terbaru. Semenjak pulang dari kursus hands on, aku menolak tempahan mendeco kek kerana terikat dengan penulisan skrip drama radio pahang fm untuk panggung drama sempena 50 tahun merdeka dan melunaskan skrip untuk drama bersiri Tanggar Amanah. Tambahan pula dalam waktu terdekat ini juga aku perlu menyiapkan 4 lirik lagu untuk album klasik Gamelan Pahang. Aku hanya mengeluarkan produk harian Zati D'hati - cupcake tanpa deco dan chocolate moist dengan simple topping.

Lihat foto... Foto yang besar itu adalah order pertama dari seorang pelanggan. Order kedua menyusul sebulan kemudian dengan permintaan, "Nak rasa yang sama seperti dulu. Nak cream yang sama macam dulu juga. Warna pun sama seperti dulu.Deco pun lebih kurang sama seperti dulu."
Urgh! Kalau semuanya sama, tak dapatlah buat eksperimen. Cerita pelanggan itu, gadis suntinyanya tidak puas hati dapat makan sedikit saja kek 'selamat pengantin baru'. Lalu sempena harijadinya, dia mahukan segala yang sama seperti kek yang ditempah dulu.
Order pertama itu ketika aku kalut dengan gerai Pekan Fest. Tangan ligat seligat otak berfikir. Lebihan French buttercream untuk deco cupcake memang cukup untuk mendeco kek berbentuk hati itu. Untuk mengelakkan pembaziran, apalagi rasa french buttercream yang lemak-lemak seperti bersantan itu, aku nekad menggunakannya dengan harapan pelanggan itu tidak membandingkannya dengan buttercream biasa.
Untuk tempahan kedua, ooo...aku rasa malas benar hendak membuat french butter cream. Tetapi kerana menunaikan kehendak pelanggan, mahu tak mahu, terpaksalah rajin kan diri.
Kata Kak Ida yang menempah kek itu, "Anak saya kata lambatnya tunggu harijadi tahun depan."
Aku tersenyum. "Tempah kek tak semestinyawaktu sambut harijadi saja. Kalau pelajarannya meningkat, boleh raikan dengan kek juga."
"Ya tak ya juga." Kak Idah ketawa."tapi kalau tiap bulan kek, naik badan."
Ketawaku terburai kerana tubuhku pun kursemangat... bukan kerana makan kek, tapi kenyang menghidu bau kek
. Kepada Kak Mis - terima kasih, french buttercream memang sedap.

[quote]
DI HUJUNG JARI:
1. abc123 khumaira8575@yahoo.com.my i. ho ho ho, jangan promo aku kat sini, k. aku boleh bersahabat dengan siapa sahaja asal tidak menggadai prinsipku. ii. bila wan sembuh nanti, datang rumah. aku masak nasi bokhari atau nasi pandan. nasi bokhari kot? pegang perut, tanya yang di dalam tu, nak makan apa agaknya? bisa saja zati dhati ke uni pahang. bukan kek saja, panggil ceramah penulisan or buat bengkel deklamasi pun boleh. amacam?

2. Ida Natrah ida_natrah@yahoo.com salam, ida, terimakasih berkunjung kat sini... cantik2 foto di website ida...malulah pulak...saya ni tak reti cari angle untuk foto yang baik... ada aje yang tak betulnya...


Tuesday, 24-Jul-2007 00:45 Email | Share | | Bookmark
5 HARI- AKEDEMI CHEF ANUAR

Aku telah menghabiskan beribu ringgit untuk mendalami ilmu kek. Ribuan ringgit itu tentu saja turut mengorbankan masa, tenaga, komitmen-komitmen lain termasuk pengorbanan orang-orang terdekat. Ini berlaku kerana terlewat mengetahui tentang INSKEN dibawah Kementerian Pembangunan Usahawan. (Terimakasih, Kak Mis, kerana maklumkan tentang INSKEN.) Kalau tahu terlebih awal, tentu saja ribuan ringgit itu dapat aku selamatkan, dapat menambah aset My Small Bakery.
Terusterang, terpegun aku dengan penyampaian Chef Anuar. Celoteh dan guraunya mencuit hati, mengusir lelah dan sangsi. Gerak kerjanya yang bertenaga dan praktikal itu tentu saja secara psikologinya membuat peserta turut bertenaga. Lambakan teori dan tips menimbulkan kesedaran bahawa chef anak kelahiran Marang, Terengganu ini benar-benar ikhlas ingin membangunkan usahawan untuk menjana ekonomi negara.Dengan tubuh yang kurang sihat, setiap kali masuk ke bilik menelan ubat, aku tidak pernah terfikir untuk tuang kelas mendapatkan rehat. Kakiku sakit untuk berdiri lama tetapi kerana ilmu Chef Anuar, lihat, aku sanggup berdiri di atas kerusi....


Anak-anak bertanya, "Umi kena denda ke? Cikgu tu tak kesian ke kaki umi bengkak merah macam tu?"
Aku tersenyum. "Chef tak tahu kaki umi sakit. Yang tahu hanya tiga orang."
"Tak sakit ke berdiri?"
"Tak. Semangat umi kuat untuk belajar."
Tidak sekadar berkongsi resepi, tips, Chef Anuar juga turut menampilan enjoy baking with smart work. Ditegaskan juga selain rasa yang menambat selera, persembahan yang menarik adalah antara markah produk. Lihat foto NALURI CHEF ANUAR. Cantikkan?
Seronok praktik hands on beramai-ramai. Dalam gelabah, tawa berderai. Barulah masing-masing tahu apa makna kreativiti. Barulah masing-masing faham mengapa harga sebiji kek mahal di kedai. Itulah bayaran untuk ketekunan dan kreativiti. Lihat hasil hands on ku...
Pada sesiapa yang ingin menjadi usahawan, ingin menambahkan ilmu pengeluaran produk, jangan lepaskan peluang menghadiri kursus hands on kek & pastri anjuran insken, mecd. Tetapi jika anda ingin menyertai kerana suka-suka, lebih baik berikan ruang itu untuk orang-orang yang berminat dengan dunia usahawan produk makanan halal atau membuka kedai pembekal barangan kek & roti di samping membuka kelas. Anda yang ingin bersuka-suka boleh menyertai kelas-kelas yang banyak dibuka di kedai-kedai barangan kek. Peruntukan yang disediakan kerajaan untuk menaja kursus hands on ini adalah untuk menjana ekonomi bangsa. Kepada sahabat-sahabat kursus hands on siri 4 yang datang kerana suka-suka hendak belajar biskut raya - semoga pulang dari kursus ini anda menukar fikiran untuk menjual biskut raya tahun ini. Kita, dari mana pun datangnya kita tidak saja mempunyai tanggungjawab untuk diri sendiri dan keluarga tetapi juga bergerak memikul tanggungjawab terhadap masyarakat, agama, bangsa, dan negara. Ayuh! Kita bangunkan ekonomi bangsa. Salam rindu.



[quote]
DI HUJUNG JARI

1. rinnchan - [Link]
Sebak membaca doa Rinn. Meskipun tidak saya kenali, tapi catatan doa Rynn berkesan di hati ini. Saya melakukannya kerana ingin mencari tapak untuk anak-anak. Maklumlah, ruang pekerjaan semakin sukar.

2.diba - [Link] dulukan apa yang perlu. mungkin bila keluarga telah stabil, anak-anak semakin besar, diba boleh fikirkan sesuatu untuk diri sendiri pula. good luck


3. lynnhassan@yahoo.com - [Link] lynn, akak dah emel. best... dengan satu dua method, chef ajar presentation pelbagai rupa. Mohon untuk tahun depan.


Sunday, 22-Jul-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
KUNCI KEBEBASAN



Ita, pengurus Media Ria tempat aku menempah sticker dan membuat header hp ini, menempah kek angka 21 untuk bakal adik iparnya. Aduh! Angka 21! Angka-angka selalunya untuk kanak-kanak.
"Apa kata kalau buat kek seakan-akan bentuk kunci? Kunci kebebasan. " Aku mencadangkan.
Ita menggeleng, tidak berkenan.
"Kalau buat bentuk kunci tapi love pada pangkal dan hujungnya?"
"Setuju!" Ita memetik jari, kemudian ketawa riang.
Meskipun melibatkan kerja cut and paste tetapi ia lebih menyenangkan dari proses untuk membuat angka. Sebabnya? Aku suka bentuknya. O, o....waktu usiaku 21, aku telah jadi isteri orang, punya anak satu. Tak sempat potong kek kunci kebebasan.
"Jangan lupa, lilin 21 batang. Biar dia semput tiup lilin." Ita mengenyit mata.
Aku ketawa membayangkan Siti, adik ipar Ita itu semput meniup lilin berbaris.




Thursday, 12-Jul-2007 12:32 Email | Share | | Bookmark
ALA-ALA ZATI D'HATI KINI DI KL & SELANGOR

ZATI DI HATI, specialized in Moist Chocolate Cake. Zati dihati juga membekalkan kek beberapa kali sebulan ke Kl dan Selangor. Namun pada hari yang tidak mengizinkan kami ke Kl, bolehlah hubungi Leez Oven 017 3462704 / 017 3462701.
Hampir sama. Hubungi Leez Oven untuk Moist Chocolate Cake Zati D'hati.


[quote]
DI HUJUNG JARI:
1.Rai The Cutie Pie - Rai, terima kasih singgah di sini. No problem. Kalau malu hidang yang jadi songkok tu, contact akak ek
2.Nomi Aisey Nomi, macam mana akak nak ke blog Nomi. Kenapa tak sertakan link kat comment ni.




Wednesday, 11-Jul-2007 02:06 Email | Share | | Bookmark
CABARAn 6 JULAI (iv)

 
 


Aku tidak gemar pada spongemix meskipun kosnya murah dan kerjanya mudah. Untuk blueberry cake ini, aku tetap memilih african cake kerana ia menggunakan method sponge cake.
Ini adalah kali pertama membuat kek blueberry dan alhamdulillah ia menjadi. Suara anak--anak merayu, "umi, potonglah, potonglah."
"Buat untuk orang saja, untuk kita tak ada." Anak perempuanku merungut.
Aku tersengih kemudian berlalu masuk ke Small Bakery.Datang kembali menatang sebiji kek saiz 6 inci bersama whipping cream. Anak-anakku bersorak.
"Nak topping sendiri atau umi toppingkan?"
Suara berceriau, masing-masing ghairah hendak buat sendiri.
"Ok, tandakan lima bahagian. Setiap orang buah satu bahagian."
Aku meninggalkan lima anak itu menghias kek untuk santapan mereka. Masih terdengar suara berceriau. Kali ini berebutan mahu memulakan kerja topping.


[quote]
DI HUJUNG JARI:
1.Noor Rikha Amran rikha_mie@yahoo.com Resepinya saya dapat dalam Resepi.Net. Tapi tak ingat siapa punya.Cuba layari resepi.net. Saya pun teringin nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada empunya resepi tu.

2.rinnchan - [Link] Terimakasih, rinn. Rinn pun apa kurangnya. Blog rinn tu boleh buat saya berhenti diet! kehebatan tidak akan datang sendiri. Sebaliknya perlu dicari. Good luck




[<<  <  16  17  18  19  20  21  22  23  24  25  [26]  27  28  29  30  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net