Zati D'hati Fancylicious Cakes

By: amaruszati noor rahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  16  17  18  19  20  21  22  23  24  [25]  26  27  28  29  30  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 8-Aug-2007 19:50 Email | Share | | Bookmark



Monday, 30-Jul-2007 00:22 Email | Share | | Bookmark





Foto-foto ini adalah kerja antara kerja yang akulakukan pada sabtu baru-baru ini. Master cartoon Strawberry Shortcake ini tidak sama dengan watak kartun sebenar. Siti Fatimah Azzahra, gadis suntiku menegur, "tak cantik kartun ni, umi. Cari Strawberry yang lain." Aku cuba mencari master yang seiras tetapi server internet tak berfungsi pula.
Kek ini hanya bersaiz 9 ". Pelanggan mahukan chocolate ganache sebagai toppingnya tetapi mahu dilukis kartun.Kerana white cooking chocolate tidak boleh tersilap sedikit suhunya sewaktu double boiler, aku memilih menggunakan cooking chocolate untuk outlinenya. Ada banyak pilihan yang boleh dibuat untuk outline - gunakan white cooking chocolate, chocolate bar/cooking chocolate, butter cream - sama ada dilukis terus di atas kek yang telah set ataupun dilukis di atas plastik atau tracing paper. Aku menyapu nipis buttercream, kemudian setkan di dalam chiller. Langkah-langkah seterusnya seperti foto di atas...

[quote]
DI HUJUNG JARI
1. mamazieza: saja kongsi ilmu, buat berkat hidup nak berguru? saya orang baru, mama...kongsi-kongsi pengalaman boleh le. mama datang sini, bawak kambing putih tak ada janggut kalau mama sudi datang, saya lebar sayap tunggu mama tapi mama mesti sedia redah denai, tak ada jalan tar walaupun dah 50 tahun merdeka di hujung kampung nun tempat jin bertendang kita orang buat sarang

2. lynnhassan: pergi insken, lynn, jangan tak pergi...tahun depan mohon, harap-harap insken masih kekalkan chef yang bagus. tapi kat insken tak ajar cartoon artwork...

3. mamasya: salam perkenalan. saya buat langkah demi langkah ni sebab saya dulu pun ada orang beritahu macam mana nak buat step by step, tapi terkial-kial kerana susah nak faham. ni tunjuk langkah demi langkah supaya orang lain tak terkial-kial macam saya dulu...

4. ida isk merpati66@yahoo.com - [Link] cubalah buat, ida isk. baru tahu senang atau tidak. mula dulu terkial-kial gak...lukisan asyik patah je... rupanya ada sebab kenapa artwork mudah pecah...

5. MamaFaMi - [Link] baguslah cuba, mama... seronok kalau dapat buat kartun untuk anak-anak dengan tangan sendiri... anak senyum bangga je...

6.Ida Natrah ida_natrah@yahoo.com - [Link] cuba, jangan tak cuba... nani tepek dengan fp...

7. Hajar - [Link] tangan saya ni tak seni juga, tengok jari saya, besar dan tembam cuma ada keinginan. apa-apa yang nak dibuat mesti dirangsang oleh keinginan. keyakinan pula jadi kekuatan. lepas ni mesti confident ya, hajar

8. Bonda RaQynR, bonda (terdengar-dengar suara nabila menyebut bunda dalam cerita Mutiara Hati...rasa sejuk je). Dulu pun comot gak saya buat sebab kek tak cukup set, outline pulak pecah-pecah sebab terlajak masa dok dalam chiller... tak payah chillerkan pun tak apa tapi kena betul-betul set outline tu. belajar dari pengalaman. INSKEN tu Institut Keusahawan Negara bawah Kementerian Pembangunan Usahawan (MEDC). tak belajar deco. belajar kek & pastri. deco sikit je, terlalu basic tapi banyak ilmu bonda dapat untuk presentation produk hanya dengan menggunakan 1,2 method. layari www.medc.gov.my, klik e-servis, ada jadual kursus dan daftar online...tapi tahun depan la...

9. BondaRaQynR: elok le kalau ada cita-cita nak buka bakery, tambah produk halal. saya buat homemade bisnes je... tapi small bakery saya berfungsi setiap hari kecuali sabtu kerana sabtu adalah hari penyediaan bahan2. bolehla bonda cuba mohon di INSKEN tu untuk tahun depan. kursus tahun dah habis.



Sunday, 29-Jul-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
NASI PANDAN JAGUNG KRIM - TERKENANG MISLIHA

Hari minggu. Pohon renek naik banyak di laman. Rumput carpet tebal tidak dipotong. Daun-daun rambutan yang gugur bersepahan. Ada dua tiga pohon yang layu menagih simpati. Atap nipah yang menaungi tempat kami berehat di waktu petang atau sesekali makan tengahari berhampiran pohon rambutan telah banyak tercabut. ada dua tiga ekor kucing nakal suka memanjat dan bermain kejar-kejar di atas atap nipah itu, setiap hari, sehinggalah atap nipah itu tidak dapat bertahan dan banyak yang tercabut.
Aku terlalu sibuk, hatiku menggerutu. Diam-diam aku mengeluh. Kerja membersihkan rumput dan pohon renek itu tidak selesai juga. Cuaca terik dan aku bimbang migrain menyerang.
"Lama tak makan gulai kambing." Hubby senyum memandangku.
Aku tersengih, tahu apa maksudnya. sewaktu aku menjengah sink, daging kambing menunggu di dalam sink. Oh, hubby telah awal-awal mengeluarkannya. Tapi... aku menggeleng...
"Ini daging untuk steak, b."
"Tak apa, lagi nipis lagi cepat masak."
Ya tak ya juga. Capai saja apa yang patut. Rempah briani bertukar rempah kari. Tomato puri berganti sos tomato. Daun pudina mana ada di pasar kalau tidak ditempah awal. Ganti saja dengan daun saderi. Nasi pandan lebih sedap dengan air kisaran daun yang banyak tapi bekalan tak cukup. Akhirnya nasi pandan jagung krim resepi zati d'hati terhidang dengan lauk kambing dan jelatah kobis.
Ketika mengadap hidangan ini bersama hubby dan anak-anak, aku teringatkan Mis yang teringin makan nasi pandan. Aku mengirim sms tetapi seperti tiga empat hari lalu, sms tak berbalas. Di mana Misliha? Sms tak berbalas, panggilan telefon tak berjawab.
Lewat maghrib, aku mandapat SMS dari satu nombor yang tidak kukenali."Assalamualaikum. Kau apa khabar? Lama aku tak dengar cerita kau. Telefon aku entah mana aku letak. Aku guna hp laki aku." Hem, Mis... mana kaucampakkan hp kau?

(tak dapat dihidang dalam pinggan lenser/rata. Tak ada dalam koleksi. anak-anak tak pandai makan dalam pinggan rata...asyik tumpah je)

[/quote]
Miss Creative Cake - Mis, kau buat aku nangis je. Aku call satu hari tu tak berjawab. Aku sms tak berbalas. Kecik hati aku. Satu malam dah hampir jam 12, aku sms kau, "aku tak tahu kau sedang apa sekarang. Yang aku tahu aku rindu dan takut kehilangan guru, saudara dan sahabat." Hp kau sorok dek bunian ya? Beli hp baru, Mis
mamazieza: kuang kuang kuang. kantoi kau, mis... mama dah dedah rahsia


Saturday, 28-Jul-2007 08:56 Email | Share | | Bookmark
MEMORI PISAU PANCUNG

"SEBELUM balik, saya mahu Puan Radio baca sebuah sajak untuk saya. Boleh?" Dia meluahkan permintaan itu di depan teman-temanku lain.
Aku sedikit terpinga. Berkerut dahiku. Sungguh-sungguhkah dia ni?
"Boleh Puan Radio?" Dia mengangkat kening. Dia memanggilku Puan Radio setelah tahu aku ada juga menjadi penyampai beberapa slot di Pahang Fm.
Aku tersenyum tanpa memberi sebarang jawapan. Sebenarnya aku keliru - dia sungguh-sungguh atau hanya mahu memeriahkan suasana.
Selepas itu, dia bertemuku beberapa kali. "Saya ambil sastera dulu."
"Oooo." Aku melongo. Hatiku berkata, kita tidak dapat membaca apakah takdir yang bakal terhidang dalam jalan hidup seseorang umatNya. Aku dulu belajar dalam jurusan Kejuruteraan Awam dan Binaan Bangunan, mengetam kayu, membancuh simen dan menyusun batu-batu. Tapi sekarang hidupku jauh dari jurusan yang aku pelajari. Aku kini membancuh kek dan menulis menyusun kata-kata. Agh! Inilah hidup...
"Ajar saya baca sajak."
Aku tersenyum. Dalam waktu singkat mengenalinya sebagai seorang yang banyak bergurau, aku tak dapat mengesan yang mana gurauan, yang mana bersungguh.
Dia membaca beberapa baris sajak kemudian meminta aku menerangkan sedikit tentang 'hukum dalam bersajak'. Aku menerangkan sedikit.
Dia terhenyak, "tak retilah saya dengan istilah-istilah tu."
Aku ketawa. Teman-teman yang ada di situ turut ketawa. Istilah dunia puisi dan kek tentu saja tidak serupa. Cuma dalam melakukan apa saja, tekad dan keyakinan adalah sama, menghayati apa yang kita lakukan dan istiqamah adalah perlu.
"Nanti bacakan saya puisi satu ya."
"Sungguh?"
"Sungguh. Nanti saya beri hadiah, mixer besar tu."
"Ok, mixer besar tu." Aku ketawa. Untuk membaca puisi dalam waktu yang singat, bukan satu masalah bagiku. Ada banyak puisi panjang dan pendek melekap dalam kepala ini. Aku memilih mendeklamasi dengan puisi dihafal sebagai tanda aku lengkap penghayatan dan tentu saja kerana menjaga kredibiliti sebagai juara sayembara deklamasi puisi kemerdekaan peringkat kebangsaan 2003.
Tengahari itu, saat-saat kami semua akan berpisah, aku mendeklamasikan puisi LUKA HANG KASTURI puisi A. Samad Said. Dewan kecil yang menjadi gelanggang ilmu itu cuba kutawan dengan suara deklamator.Ada antara teman yang benar-benar menghayati mengalirkan airmata. Entah kerana apa, dia yang meminta aku membaca puisi untuknya turut sebak. Dari meja tempat aku duduk, aku melihat dia tunduk tafakur. Wajahnya merah. Ketika diminta berucap, dia kelihatan sebak. Bibirnya kelihatan menggeletar. Kami ikut sebak. Dia menangis dan ada antara kami ikut menangis. Akur dengan perasaan sendiri, dia memilih untuk berhenti berucap dan duduk bertafakur di kerusi. Kami menyaksikan orang yang banyak membimbing kami itu dengan airmata berlinang di pipi.
Dari platform tempat duduknya, dia menunjukkan mixer besar yang digunakan untuk membuat demontrasi. Aku menggeleng. Aku yakin mixer itu telah membantu dia mengajar beribu orang pelajar-pelajarnya. Aku deklamasikan puisi itu bukan untuk mendapatkan mixer tetapi sebagai memenuhi permintaan seorang guru. Apatah lagi permintaan itu memberi ruang untuk aku memasyarakatkan puisi. Tidak pernah aku menyangka, suaraku yang pernah berkumandang di dalam dan d iluar negara, di padang terbuka mahupun di istana, di stesen radio mahupun di slot televisyen akhirnya mampu memasyarakatkan puisi ke ruang dapur Kursus Hand On Kek & Pastri Siri 4 2007.
Sebelum pulang, dia menghulurkan sesuatu untukku. "Hadiah baca sajak. Nak kasi mixer tak mahu. Ambil ini."
Aku senyum menahan sebak.
Untuk sifuku: tenang-tenang air di laut,
sampan kolek mudik ke tanjung;
hati terkenang mulut menyebut,
budi yang baik rasa nak junjung.
Sewaktu aku melangkah meninggalkan Naza Hotel, sebak di dadaku bergetaran. Banyak ilmu yang aku kutip perlu aku praktikkan. Ramai teman yang aku temui tetapi tak sempat aku mesrai.Banyak pesanan sifu yang aku bawa pulang untuk menghadapi cabaran terentang. Aku akui hakikat - jiwaku besar tetapi sensitif. Saat aku masuk ke perut kereta, airmata menitis. Aku cepat-cepat menyekanya.
Terimakasih, sifu. Semoga Allah memberkatimu. Amin.




[quote]
DI HUJUNG JARI
1. rinnchan - [Link] "Chef, nanti saya fremkan, saya pos gambar frem pisau ni kat chef, saya nak letak kat small bakery." Begitu kata saya sebelum pulang kursus. Rinnn, bijaknya baca hati saya... belum ada masa nak ke kedai frem. sayang nak guna, takut signatur chef hilang istilah pisau pancung: setelah ratakan border, chef akan kata ,"kemudian pancungkan, begini, begini..."

2. cenny cenny72@gmail.com yalah, has...aku masih ingat airmatamu yang bertakung meski tak kutahu tumpah atau tidak. aku masih ingat ada antara teman yang menyambar tisu dan menekap mata. aku tidak tahu kerana apa chef menangis tapi kalau ingat detik-detik dia menangis, aku kembali sebak. aku tidak pasti kerana sajak atau apa. barangkali juga kerana pantun terima kasih yang kuminta kita sampaikan beramai-ramai untuknya, medc dan kersuma nyata sdn bhd. hal yang tidak dijangka ini akan menjadi ingatan kita semua. mari kita doakan kebahagiaan, kejayaan untuk sifu kita

3. nisah: mungkin juga, nisah. tak heran dengan puisi indoneseia merebut kemerdekaan, semangat perjuangan berapi-api di Tanah Melayu, mengusik nilai manusiawi.


Thursday, 26-Jul-2007 02:11 Email | Share | | Bookmark
MENYUSURI PENGALAMAN

Menyusuri pengalaman dari seorang yang tidak tahu kepada tahu, terus kepada ingin lebih tahu dan arif, aku akan menyelongkar fp ini, menyusun entry mengikut urutan pengalaman. Bererti pengalaman-pengalaman terawal akan menduduki entry terdahulu. Tentu saja pengalaman yang telah tercatat di entry awal akan dianjak ke atas. Ini adalah sebagai urutan pengalaman dan satu penegasan bahawa proses pembelajaran itu berterusan. InsyaAllah, dikit demi dikit, akan aku kemaskan.

[quote]
DI HUJUNG JARI:
ida isk merpati66@yahoo.com - [Link] terima kasih singgah di sini, ida isk. masih menulis. sejak tahun 2000 jual kek tapi tak reti nak ber fp cuma deco kek baru bermula mac 2007.

2. najla e'shopping najlaeshoppe@gmail.com - [Link] terimakasih singgah najla. saya dah ke fp najla tadi, tak sempat add comment. lain kali saya singgah lagi
3. :boxhousestudio boxhousestudio@yahoo.com - [Link]; salam ukhwah, kak tun. gembira kak tun respon salam saya. mengikat silaturrahim itu digalakkan, memutuskan jangan. dulu florist, sekarang tak dah. nanti, saya akan cari topik untuk munculkan lima anak saya di fp ini. kerana merekalah saya lebarkan cabang kemahiran. semoga kak tun bahagia di sisi keluarga tercinta. Amin.

4. Noor Rikha Amran rikha_mie@yahoo.com
Rikha, insyaAllah, Allah akan memberi ruang dan kemudahan untuk Rikha. Akak ada hantar emel kat Rikha. Kata nak call, akak tunggu juga.


[<<  <  16  17  18  19  20  21  22  23  24  [25]  26  27  28  29  30  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net