Zati D'hati Fancylicious Cakes

By: amaruszati noor rahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  16  17  18  19  20  21  22  23  [24]  25  26  27  28  29  30  >  >>]    [Archive]
Sunday, 2-Sep-2007 11:33 Email | Share | | Bookmark
BERSATU DUA JIWA - NOR INDRA





NOR dan Indra, pasangan cinta ini beberapa kali menelefon ingin datang ke rumah tetapi aku menundanya kerana urusan kem. Selesai kem pula, tempahan untuk produk harian meningkat, hubby berkursus dan aku sendirian menyudahkan tempahan 80 biji moist chocolate cake dan tiga ratus cupcake tanpa deco.
Mulanya, aku pasti aku akan kehilangan pelanggan ini kerana kerap menunda pertemuan namun Nor dan Indra datang juga. Nor kerap membeli kek yang kuletakkan di gerai mak. Malah katanya, "Saya tampal sticker akak, lekat pada katil, takut hilang."
Aku tersenyum. Pasti bukan pada katil pengantin! Hati tergelak kecil.
"Akak buatkan sebiji untuk kek hantaran. Moist Chocolate. Akak ada casing hantaran?"
"Ada." Aku mengeluarkan casing yang kubeli di KL. Di Kuantan harganya berlipat ganda.
"Saya bawa balik casing ni, nak hias dulu, nanti saya hantar balik."
Pilihan warna krim dengan coklat adalah pilihan Indra, untuk disesuaikan dengan warna gold yang menjadi tema hantarannya.
"Akak buat dua biji - 2 kg untuk hantaran. 1.5 kg tu untuk kami potong. Akak sediakan stand sekali."
" Nak buat apa stand?" Dahiku berkerut.
"Jimat budgect. Nanti kek hantaran ni Nor akan pasang stand, letak yang kecil atas dia."
"Ooooo." Aku mengangguk faham. Bagus juga idea Nor ni untuk menjimatkan perbelanjaan.




[quote]
boxhousestudio boxhousestudio@fotopages.com - [Link] saya pun bermula dengan terkial jugak.. heran betul dalam dua hari ni, kak tun. caree to comment tu kosong kalau buka sebagai tetamu, tapi kalau buka di my fp tu ada pulak komennya. ngapa ek?


Hajar - [Link]=dua jiwa yang menjadi satu itu akan menwujudkan banyak jiwa..

MamaFaMi - [Link] - saya pun terkial=-kial gak, mama tapi nak berlatih, buat gak. meh kita sama-sama terkial


Rinnchans - cuba mengotakan kehendak pelanggan, rinn, akhirnya menjadi juga.

Nur - [Link] - dalam proses belajar ni, nur, kadang-kadang menjadi, kadang-kadang... hu hu hu

lynnhassan lynnhassan@yahoo.com - [Link] kalau lynn buat, tentu lebih kklaaaassss lagi tangan superwoman. saya ni keras tangan

Sabrina - [Link] - tu,. colek-colek sikit, ada rasa tak?

lin - [Link] - le, kenapa pulak rendah diri. kita mesti kembali kepada falsafah kejadian manusia. takkan terus berlari..kita kena bertatih dulu, bangun rebah dulu, baru boleh berjalan pantas, kemudian berlari. saya pun macam tu tapi saya gembira kerana saya belajar dari kesilapan dan saya ada semangat hendak mencuba. teruskan usahamu, lin. nah! Sejambak bunga untuk usahawan muslimah, semoga berjaya.

Wiz wizzcakes@yahoo.com.my - [Link] - woz...aduhai fondant cupcakemu terbayang-bayang di mata.






Saturday, 1-Sep-2007 10:18 Email | Share | | Bookmark

Cuaca 30 Ogos terasa berbahang. Di bakeri kecilku yang tiada nilai komersial daripada sudut pandangan mata, haba menyerkap tubuh. Telefon di kamarku berdering. Talian sambungan ke dapur rosak. Mahu tidak mahu, aku berlari-lari ke kamar. Berharap talian itu tidak akan putus sebelum aku mengangkatnya.
"Aku nak kau buat kek, urgent!" Suara Mi seperti mendesak.
"Eh! Tak boleh." Aku mencongak. Ada 4 customer mahukan kek dua tingkat, satu kek hantaran dan 1000 cup cake - semuanya mahu diambil pada hari Sabtu. Itu belum termasuk produk harian. Produk harian dan cup cake tanpa deko tidak jadi masalah. Aku akan serah kepada hubby membuatnya. Tapi deco 9 biji kek dengan tangan yang belum cukup faham bahasa dunia deko kek ni, semput nafas juga dibuatnya. Aku cuma punya masa tidak sampai dua hari. O!
"Kau kena tolong aku. Kami nak barbeque."
"Aku tak cukup tangan la. Lagipun kau buat adhock order." Aku mengerling jam di atas meja tulisku. Dah hampir ham dua belas. Aku akan pening untuk membuang haba panas kek sepenuhnya.
"Aku tau kau boleh."
Kata-kata dia itu membuat aku ketawa kecil. Dia mengulangi kalimat yang sering kuserbut, "Aku boleh buat apa saja asalkan tak langgar hukum."
"Kau buat kek 4 kg, dua biji."
Hah! Kek yang besar untuk adhock order?
"Iya.Kau buat kek bendera."
Ingatanku terpanting pada sebulan dua lepas. Di kaca tv, aku menonton satu pasukan sukan negara memotong kek Jalur Gemilang sempena meraikan kejayaan mereka. Sensitivitiku terguris. Hubby berkata, "Macam tak ada cara lain. Potonglah kek lain, bukan kek bendera negara sendiri." Barangkali kerana aku dan hubby sama-sama minat menulis, maka daya sensitiviti kami sama. Kalau orang melihat itu tidak mengapa, kami melihat jauh pada yang tersirat.
"Minta maaf. Aku tak akan buat kek bendera. Tak akan!"
"Kenapa pula? RM300 aku sedia untuk engkau ni."
Aku mendengus. Dia mempertaruhkan imbuhan untuk mengubah pendirianku.
"Aku tak akan buat. Kalau aku buat, aku buat secara tak enjoy, hati aku menangis."
"Tak faham aku dengan kau ni! Kenapa?"
"Bersusah payah moyang poyang kita nak turunkan Union Jack, nak turunkan bendera Nippon untuk merdeka , untuk kibarkan jalur gemilang. Kita pula dengan senang hati kerat-kerat kek bendera tu dan ngggappp."
"O, betul juga ya."
"Ini pendapat peribadi aku. Aku tak minta kau setuju dengan aku." Aku arif manusia dijadikan dengan fikiran yang tidak sama, pendapat yang berbeza, telahan dan tafsiran yang berbagai rupa. Aku berpegang pada naluri dalamanku, yang mungkin tidak disetujui orang lain. Agh! Naluri manusia berbeza-beza.
"Tak, aku rasa kau betul. Ada satu sentimen yang kita tak nampak sebenarnya."
"Kau rasa kalau pencipta jalur gemilang tu masih hidup, gembira ke dia bila bendera yang diciptanya dilapah2?"
"Ok, kalau macam tu, kau tulis saja Ulangtahun Kemerdekaan Ke 50. Tulis saja, asalkan kek kau ada. Angka 50 tu kau buatkan logo saja."
"Aku..." Aku ingin menolak sebenarnya.
"Kau tak sensitifkan kalau angka 50 tu dikerat-kerat, disumbat dalam mulut?" Dia ketawa di hujung pertanyaannya.
"Tak." Suaraku tegas tanpa mempedulikan tawanya. Aku dapat terima yang itu kerana tahun akan berlalu pergi. Tak macam bendera..."
"Tak apalah, aku faham. Sekarang kau tolong buat logo 50 tu."
"Piping jelly aku habis, kat Pekan mana ada jual."
"Kau buatlah macam mana pun." Dia mengambil kata putus yang mudah.
Aku merengus. Tanpa piping jelly, kerja membuat logo jadi sukar bagiku. Teknik star tidak boleh dipraktikkan di rumahku pada waktu siang. Kawasan rumah yang tiada teduhan pokok, atap zink penyerap haba yang baik itu memang tak memberi kemenangan pada buttercream. Royal aising? Hemm...
"Buat je lah, asalkan ada kek.Aku ambil jam 9.45. Design sama. "
Akhinya aku mengalah meskipun kerja lain banyak menunggu, piping jelly habis, masalah cuaca... errrghhh...aku jadi tertekan.
Sebentar kemudian, ketika adunan yang akan menghasilkan 8 kg kek masuk ke dalam oven, dia menelefon lagi. "Ambil pukul enam."
"Hei!" Aku terjerit, "mana sempat!" Aku terasa kelam kabut - mana waktu untuk nyah haba kek, frosting, chiller, deco... Oooo...
Akhirnya, setelah berdepan dengan banyak masalah kerana adhock order ini, dua bji kek merdeka ini siap dengan frosting yang kurang licin, logo daripada buttercream yang alah kepada cuaca. Mulanya rasa tidak mahu tampalkan ke dalam fp ini tetapi hati kecil berkata , "Kenapa mesti malu untuk berlaku jujur kepada diri sendiri?" Ya, kenapa aku mesti malu untuk berlaku jujur kepada diri sendiri?

*Kepada teman-teman pengunjung, maafkan. Catatan ini tidak berhasrat menyinggung sesiapa, ini adalah luahan peribadi, getaran naluri patriotisme setelah membuat reseach perjuangan orang-orang terdahulu untuk menghasilkan sebuah novel tema merebut dan mengisi kemerdekaan. Sesungguhnya perjuangan moyang poyang kita bukan sekadar dengan ikrar dan sumpah, bukan sekadar taruhan nyawa dan darah. Untuk pejuang yang telah pergi, mari kita bertafakur sejenak, hadiahkan sejambak doa menemani perjalanan mereka yang abadi. Al-fatihah...






[quote]
Hajar - [Link] benar, hajar...benar sekali. an pilihan kata-kata hajar tadia menarik klausanya

boxhousestudio boxhousestudio@gmail.com - [Link] Adduh Kak Tunku... kau ni peminat Isa Kamari ke? Saya bertemu dengannya di Pesta Buku PWTC baru ni...

rawcanvas - [Link] alamak, istilah art tu saya tak faham, saya pun suka menconteng juga, di atas polistrene dan belacu... saja-saja bermain warna untuk menenangkan jiwa. jau art dengan kek ni, tak conteng kanvas dah...

boxhousestudio boxhousestudio@fotopages.com - [Link] terima kasih, kak tun... aku ni selalu je sebak kalau mengenang pejuang. tahun dulu saya buat reseach tentang komunis yang dipropagandakan barat sebagai pengganas. reseach itu membuat saya kenal siapa komunis sebenarnya...





Tuesday, 28-Aug-2007 12:24 Email | Share | | Bookmark

 
 
Aku masih ingat Ha, kawan sekelas semenjak darjah satu hingga darjah enam. Sekampung pula. Kami terpisah apabila naik ke tingkatan satu. Penempatan persekolahan berdasarkan pilihan Pejabat Pendidikan Daerah ketika itu.
Dia menelefonku membuat tempahan ketika aku bertugas sebagai Ketua Fasilitator di Kem Tasik Chini. Aku selalunya sukar menolak tempahan kerana tempahan adalah medan untuk menguji keupayaan. Memanglah keupayaanku tidak setanding dengan Misliha. Aku hanya berjinak dengan mendeko kek pada march atau april kalau tidak salah ingatanku. Aku masih terkial-kial untuk meratakan buttercream tapi itu adalah cabaran, ujian yang aku terima dengan tangan terentang. Sibuk berulang alik ke kem, beberapa temujanji dengan Ha terpaksa kutunda sehingga akhirnya aku mengirim sms, "Datang jam lapan pagi ke rumah. Jam sembilan, saya terpaksa bertolak ke kem." Memang hari itu hari akhir di Kem Tasik Chini, esoknya pula aku bertugas di Kem Semarak.
Azlina memberitahu kehendaknya. Kek hantaran dan perkahwinan ini aku siapkan ketika bertugas di kem Chini. Lewat malam, pulang daripada kem, aku terkial-kial di dapur, menghadapi tahap-tahap pembelajaran, sendirian. Tidak cukup tidur, tetapi esoknya, aku perlu segar dan cergaskan diri demi membantu negara membentuk jatidiri warga. Inilah yang terhasil dalam kesibukanku meladeni tanggungjawab dalam ruang waktu yang cukup terbatas.



abc123 khumaira8575@yahoo.com.my - anak-anak! Aku berusaha keras untuk mereka. Sekaligus untuk buat mereka bangga.

Wiz wizzcakes@yahoo.com.my - [Link] kadang-kadang fail juga. saya minat dengan fondant tapi di bandar kecil ni, mereka sayang nak labur untuk kek. untuk kek buttercream pun, alahai.... faham-faham ajelah...



:ida isk merpati66@yahoo.com - [Link] memang nak cuba goda...he he


boxhousestudio boxhousestudio@gmail.com - [Link] kak tunku, dari anekdot yang kautinggalkan aku terkesan, jiwamu patriotik


Nur - [Link] masih dalam peringkat belajar, nur...

mamasya - [Link]: saya sayang nak tolak tempahan kerana tempahan adalah medan untuk belajar. mamasya juga hebatkan.

chepah chepah75@yahoo.com - [Link] tak kisah dari mana kita bermula, kita akan terus belajar. anak-anak akan bangga dengan chepah

Hajar - [Link] semangat warga pengisi kemerdekaan


zakiah z - [Link] memang penulis.... maklumat lanjut akan saya buat satu catatan khas nanti.

Jeni jeni@resipi.net - [Link] setiap manusia ada kehebatan tersendiri taopi tersembunyi lalu perlulah dicari dan digali.


Tuesday, 28-Aug-2007 10:55 Email | Share | | Bookmark
GEMENTAR SELURUH TUBUHKU

 
 
Arjue meninggalkan pesanan ingin menempah kek di ruangan komen fp. Aku menghubunginya lewat emel dan dia membalasnya. Emelnya kubaca ketika malam merangkak ke perdu pagi, pada saat kelopak mata cukup berat.
Rupa-rupanya Arjue itu anak Dato' Dollah, pengerusi Lembaga Muzium Negeri Pahang. Telah lama aku tidak ketemu Arjue, dua tiga tahun barangkali.
"Satu untuk diraikan di sekolah, satu lagi untuk di rumah. Tulis dengan tulisan jawi ya."
"Hah! Jawi?" Ingin saja aku menolak. Pertama, tidak pernah kucuba tulis tulisan jawi di atas kek. Tentu menggigil jari-jemariku. Kedua, aku boleh menulis jawi tetapi bagaimana hendak mengatur supaya kelihatan menarik.
Arjue ketawa. "Kita kan sedang mengangkat tulisan jawi."
Tanpa menolak, aku akur menerima ini sebagai cabaran. Ya, satu ketika dulu, tulisan jawi dengan rendah dan cukup berseni menyusuri setiap inci bumi Melayu, menyusup hingga ke puncak-puncak jauh, melahirkan ramai ahli fikir, ulama dan ilmuwan . Malah sebelum dijajah, penjajah Inggeris menggunakan tulisan jawi sebagai satu perantara komunikasi bertulis, sekaligus cuba mengambil hati orang Melayu. Apabila mereka dapat menakluki bumi Melayu, perlahan-lahan tulisan rumi dibawa masuk untuk meminggirkan tulisan jawi. Inilah nasib satu khazanah bangsa yang berjasa.
Tengahari itu, Arjue menghubungiku. "Akak, mana kek saya?"
"Hah? Akak hantar petang. Nak buat esokkan?"
"Hari ni, kak. Saya dah tulis dalam emel ,nak jam 2."
"Iya ke? Eh! Tak ada tulis pun."
"Betul, cuba akak buka emel semula."
Hemmm...memang tak sempat nak buka emel.
"Macam mana ni?" Suara Arjue yang gelisah itu buat dadaku berdebar. Macam mana ni? Pekan ke Kuantan jarak waktunya 45 minit. Kalau bawa kek, tentu saja perlu berhati-hati; waktu perjalanan akan menjangkau 1 jam. Suamiku pula mesyuarat petang ini. Aku tidak boleh pergi kerana ada kek lain yang menanti.
"Jam 2.30 boleh tak?"
"Jam 3.00."
"2.30 lah, kak."
"Jam 3.00. Cikgu masih di sekolah."
Sebaik sahaja talian hp putus, tubuhku gementar. Arjua membuat pesanan dua hari sebelum majlis harijadi anaknya, Zulaikha. Waktu dua hari itu, aku melangsaikan dekorasi kek-kek yang lain. Aku hanya punya waktu lebih kurang empatpuluhlima minit untuk melangsaikan kerja mendeko dua biji kek Arjue. Semua kek telah aku frosting dan set di dalam chiller. Kuhela nafas panjang-panjang, memujuk diri agar bertenang. Segala plan design yang telah kurancang terpaksa kutolak ke tepi. Design dalam waktu yang mendesak ini perlu ringkas sahaja.
Siap design, dadaku kembali berdebar. Ya Tuhan! Dapatkah aku menulis dengan baik, dengan piping bag, atas kek? Fuhh! Aku memilih kek yang kecil terlebih dahulu. Alhamdulillah, rasanya tidaklah memalukan. Tetapi untuk kek yang berbentuk buku itu, jari-jariku menggigil. Suami telah pulang tetapi kek belum siap. Aku menulis sambil memujuk suami agar menghantar kek waktu itu juga. Dia sentiasa memahami, menolak kerja-kerjanya ketepi kerana sikap semulajadinya yang memilih untuk menjadi orang yang cukup mengerti.
Petang itu, Arjue girang menelefonku. Aku memohon maaf kerana tidak berhati-hati membaca emel. Barangkali mata terlalu mengantuk memberontak ingin mencari bantal tetapi aku masih gagahkan juga melayari internet hingga emel Arjue itu kubaca lompat-lompat katak sahaja.
"7 September ni, saya nak order lagi, untuk anak juga. Tulisan mesti tulisan jawi!"
Aku tersenyum mendengar suara Arjus di hujung hp. RAsanya diri ini tidak akan menggigil lagi menulis jawi di atas kek, telah ada keyakinan diri. Terima kasih Arjue kerana mencabar diri ini!



Thursday, 16-Aug-2007 15:23 Email | Share | | Bookmark
PENGUNJUNG LAMAN ZATI D'HATI

Teknologi tidak selalunya menjanjikan kemudahan. Ada kalanya kita perlu akur pada kehendak alam. Setiap sesuatu ada kebaikan dan kelemahan, kebaikan dan kelemahan itu pula tidak sama. Begitu juga dengan dunia it.
Aku kira bukan laman Zati D'hati saja yang bermasalah untuk diupdate dan jawab komen. Fp mungkin beberapa hari lalu sedang dikemaskinikan. Aku cuba memasukkan entry baru tetapi tidak berhasil.
Teman-teman, aku ingin sekali masukkan foto kerja terkini tetapi Photobucket juga kelihatannya bermasalah. Aku memohon maaf kerana ketika fp pulih, photobucket bermasalah dan mungkin tika photobucket pulih, aku tidak punya ruang untuk masukkan entry baru. Sekarang sedang membuat persiapan untuk masuk kem di samping menunaikan tempahan pelanggan. 19-21, aku bertugas di PLKN Kem Tasik Chini. Bersambung pula 22-24 di Kem Semarak, Pekan. Sebagai ketua fasilitator, program penghayatan sastera dan budaya banyak bahan yang perlu aku siapkan. InsyaAllah, selesai tugasan, entry baru akan kumasukkan. terima kasih daun keladi, jangan serrik berkunjunglah lagi.

[quote]
1. nabialishad - [Link]: Makjun dah dapat, tq..

2. boxhousestudio boxhousestudio@yahoo.com - [Link] Mekasih, bu.

3.miss_creativecakes@yahoo.com - [Link] aku rindukan semuanya...

4. Juraiza aka Nomie juraiza@gmail.com - wah la... cepat le beritahu camana caranya... ko belajar dengan dr irfan ke?

5.rinnchan - [Link] tak apa, dah cuba dan...soddapppp






[<<  <  16  17  18  19  20  21  22  23  [24]  25  26  27  28  29  30  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net