Zati D'hati Fancylicious Cakes

By: amaruszati noor rahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  16  17  18  19  20  21  22  [23]  24  25  26  27  28  29  30  >  >>]    [Archive]
Monday, 10-Sep-2007 19:08 Email | Share | | Bookmark
COME, RILEX WITH ME - CUTE GARFIELD


Entah mengapa, lukisan pada kek ini benar-benar menguji kesabaranku. Barangkali cooking chocolate yang kugunakan untuk outline bermasalah. Gatal-gatal nak tukar coklat bar yang selalu digunakan, inilah padahnyanya. Topping tidak mengeras dengan cepat seperti biasa. Terpaksa keraskan di dalam chiller. Outline pula melekat pada plastik, tidak mudah tanggal seperti biasa sebaik saja artwork kuterbalikkan. Agh! Sudahlah aku hari ini... mahu tak mahu terpaksa juga beranikan diri melukis dengan lidi testercake, kemudian mengikutinya pula dengan cooking chocolate. Warna orange itu kelihatan terlalu terang untuk garfield tetapi anak-anakku menyukainya. Agh! anak-anak memang sukakan warna ceria. Siti Fatimah Azzahra, puteri tunggalku menempah lebih awal, "Birthday Azzah nanti buat warna ini." Aduhai, Azzahra. Setiap kali ada yang berkenan di matanya, setiap kali itu juga dia membuat tempahan. Yang mana satu nanti Umi akan sediakan pada hari ulangtahunmu? Hubby pula menyanggah, "tak bagus letak pewarna banyak-banyak."
Aku diam sedang hati kecil mengiyakan. Arjue, anak Dato' Dollah yang menempah kek ini menelefon ketika aku baru bertolak keluar. Niat di hati hendak mencari balang cantik untuk pakej biskut raya.
"Sebulan ini sepatutnya Zati rehat, tak perlu buat biskut." Hubby menyarankan.
Oooo! Aku mana tahu duduk diam.
"Buka pc, taip novel yang terbengkalai." Hubby mengingatkan beberapa novel yang terperap dalam pc.
Ya, aku sepatutnya berehat sebulan tetapi...
Dalam perjalanan menghantar kek untuk Arjue, masuk panggilan telefon. Aku diminta mengacara malam penutup ambang merdeka di Kuantan esok. Alahai! Esok tak dapatlah buat biskut nampaknya.
Kek Garfield untuk Azizan anak Arjue ini mungkin yang terakhir di ambang Ramadhan selain produk tetap yang akan berada di pasaran dua hari lagi. Bulan Ramadhan, produk hanya dikeluarkan seminggu sekali, iaitu pada Jumaat, mengambil kesempatan pelanggan menjadikannya sebagai buah tangan pulang ke kampung atau bekalan untuk anak berbuka di asrama.
"Bulan sebelas nanti, nak tempah lagi."
"Harijadi awak?'
Arjue tersengih. "Tak, untuk anak yang paling kecil."
Terimakasih, Arjue, untuk kepercayaan yang kauberikan.




[quote]:
Entryku kali iniā€¦

Ouled Kenitra - [Link] Tk singgah di sini


Sabrina - [Link] - bulan ramadhan ni, kalau kurang sibuk, entry ini mungkin akan dimuatkan dengan siapa amaruszati...he he...

Da arjue8488@yahoo.com Da, takkan lima je kot? rumah mak 5, rumah da 5, rumah nenek 5, rumah mentua 5, rumah.... 50 kot? Eh! mana cukup? 100 lee...

kamalina - [Link] hai, kam... (sila baca dalam loghat pahanggg) selamat bherkenalan.koi dok di pekan. Awok nok jadi dealer ke? Boleh gok... terimakasihlah yek, dok intei-intei, jengaoh-jengoh bakery kawan ni...

:mamasya - [Link] hai mamasya. kita suka sangat mamasya datang jengah bakery kita. kita selalu masuk fp mamasya tapi tak tinggal komen. datang lagi nanti ek

Hajar - [Link] Sebut kuyu rasa njak cari bantal Hajar. tak cukup tidur nihhh






Sunday, 9-Sep-2007 15:19 Email | Share | | Bookmark
JADUAL MERENTASI JARAK

Jadual yang padat, apalagi perlu merentasi jarak. 7 September, aku diundang menjadi ketua juri sayembara puisi dan lagu kemerdekaan IPT sempena 50 tahun merdeka di UIA Kuantan. Malamnya, aku pulun tiga biji kek birthday - untuk aflah sebiji dan dua biji untuk Nurul Aishah, anak Arjue yakni cucu Dato Dollah yang pernah buat tempahan tulisan jawi.
Bonda Aflah hanya mahukan kartun yang simple. Arjue pula mahu kek cut & paste nombor lapan tetapi aku cadangkan supaya hanya design nombor lapan di atas kek. Teknik cut & paste adalah satu kaedah pembaziran.
Inilah hasil kerja malam itu...



Selesai kerja juri sayembara, aku tidak berpuas hati dengan ulasan juri yang kubuat tetapi beberapa orang yb, pensyarah dan teman-teman memberi pujian. "Saya dapat banyak ilmu dengan ulasan yang puan beri tadi," terusterang seorang YB.
Juri muzik mengangkat ibu jari. "Bagus! Jelas sangat. Tahun depan harapo kategori deklamasi dan lagu puisi akan dipisahkan."
Seorang pensyarah datang menghampiriku dan berkata, "Sekurang-kurangnya saya tahu mengapa kami tewas. Rupanya tertinggal satu perkataan boleh membawa kekalahan."
"Ya, kerana satu perkataan yang tertinggal itu boleh merubah maksud sajak." Aku menegaskan.
Usai makan tengahari yang tidak sempurna itu kerana hubby terkejar-kejar solat Jumaat, kami bertolak ke Kuala Lumpur. Sampai saja di Kuala Lumpur, terus borong barang kek di BWY dan Chun Yip. Agak terkejar-kejar sebenarnya kerana aku mengajak hubby pulang awal pagi Sabtu kerana ada tiga biji kek deco yang perlu disiapkan. Malam itu, kami memenuhi undangan Baca Puisi Pena. Rasanya itulah deklamasiku yang paling lemah kerana sakit tekak, tubuh lemah kurang tenaga. Sampai di Pekan, ada kenduri di rumah nenek. Aku terpaksa menunda dulu kerja mendeko, membawanya ke hari ini, hari minggu. Agh! Tekanan air pula rendah, air tidak naik ke tangki. Banyaknya kerja rumah hendak dibereskan di hujung minggu. Aku beruntung kerana hubby sentiasa ringan tulang.
Inilah hasil kerjaku hari ini. Kek bentuk love itu warnanya agak pucat berbanding pink yang agak meriah. Kek kartun garfield pula memang tergesa-gesa kusiapkan dan hasilnya amat tidak memuaskan hatiku.



Tetapi aku perlu jujur merakamkan setiap gambar di dalam fp ku ini kerana ini adalah album kenangan kerjaku. Jujur kepada diri sendiri itu lebih baik berbanding ada beberapa fp yang copy paste foto dari website lain dan mengakui sebagai hasil kerjanya. Aku pernah tertipu. Beberapa teman juga ada yang tertipu. Justeru itu, aku memilih untuk tidak jadi penipu. Aku hanya merayau ke website-website pendeko kek lain mencari idea ataupun membuat serupa tapi tak sama'. Biar seburuk mana sekalipun, ia adalah hasil kerjaku menghambati masa untuk membesarkan empat putera dan puteri tunggalku.


1. boxhousestudio boxhousestudio@gmail.com - [Link] - saya baca mutiara kata yang kak tun titipkan itu ulang berulang. jadi semangat dan penambah kekuatan amaruszati. hidup kak tun.t
"masa depan yang cerah bukan sahaja dimiliki oleh orang yang berpendidikan, tetapi juga bagi orang yang dididik untuk menggunakan masa lapangnya dengan bijaksana"
C.K.Brightbill

2.ummi Nurin::mieza - [Link] ni salah satu gelanggang untuk terus berkarya nurin...
IP: 60.49.85.206

3. Hajar - [Link] - bakat adalah amanah Allah.

4. Halle Othman halle.othman@gmail.com suatu masa akak akan menulis di dalam entry ini siapa amaruszati... dah baca bila sena kembali berbunga 2?

5.rinnchan - [Link] salam ramadhan jugak untuk Rinn. Untuk membuat orang lain menghargai kita, kita mesti lakukan sesuatu untuk dihargai

6.cek de sam - [Link] selamat berpuasa juga untuk cek de sekeluarga...terimakasih jenguk-jenguk kat sini

7. selendang merah - terima kasih atas pesanan


Sunday, 9-Sep-2007 10:42 Email | Share | | Bookmark
SMS DARIPADA POOH



Satu kekecewaan apabila kek perkahwinan dua tingkat daripada Fauzi untuk perkahwinanya dengan Juhairiah tidak dapat kuabadikan di sini. Kek warna peach samar dengan gabungan bunga-bunga peach terang itu telah kurakamkan. Malangnya bahagian rakaman di dalam memory stick kamera digitalku mengalami file error. Sedih betul. Kek peach ini adalah kek yang kusiapkan sekaligus bersama dengan kek satin tempoahan Shema dan kek tempahan Nor- Indra.
Pada hari yang sama juga, aku menyiapkan kek dua tingkat ringkas ini, tempahan daripada dua sahabat, remaja limabelas tahun yang sama-sama meminati kartun pooh.


Wednesday, 5-Sep-2007 00:10 Email | Share | | Bookmark
MASRIYAH TAG ZATI - APA ADA PADA UBI KAYU?


[quote]
1 million galore!

Now, what would you do if you had one million in your possession ?
(Tagged by Masriyah )

Who am I tagging ?
_ Aku tag Kak Mis, lynn hassan, kak tun, rinnchan, hajar.

Instructions :
**Start Copy**
Proposition: If you Have $1,000,000.00
Requirements: continue above sentences
Tag Mode: 5 blogger
1st - You leave their blog and post link and add to the list below.
2nd - Let the blogger you want to tag know they been tagged by comment in their blog or etc.

What They Do With Their $1 Million
1. SYH will spend for Family.
2. Miche will give to the needy.
3. Montessorimum will keepsake.
4. Mumsgather will secure her kids' financial future.
5. bkworm will be debt free.
6. Dancing Queen will go on a lifelong holiday.
7. Eve will invest in properties.
8. dieselfire will create a foundation for underprivileged students.
9. Underneath The Stars will put aside for kids education.
10. AmiraZefr will invest in her kids trust fund and set aside for some TLC holiday trips.
11. Erna will perform Hajj and round the world with my beloved family
12. MamaFaMi will create a foundation for orphans and old folks in Africa.
13. Muna will set up a trust fund for her daughter.
14. Mamasya will go on holiday with family and save some for the future.
15. Masriyah will first fullfill islamic requirements then purchase lands for agriculture bussiness.
16. Zatidhati will expand her business all over the world as a main supplier of tapioca product and the flows goes to the charity. InsyaAllah [/quote]
Kenapa product ubi kayu? Aku ingin sangat buat satu produk ubi kayu yang enak- tapioca cake - nak eksport terutama ke Jepun kerana Jepun pernah membuat orang Melayu makan ubi kayu sahaja. Namun orang Melayu penuh kebijaksanaan, dipelbagaikan resepi hingga ubikayu dapat menggantikan makanan ruji.Aku nak orang-orang Jepun ketagih tapioca cake keluaran zati dhati. BIar dia orang tahu bahawa Melayu tidak mati kerana makan ubi kayu, sebaliknya segar dan sihat. Pokok ubi kayu bukan sebarang pokok, bukan sekadar di tanam di belakang rumah. Penyelidik UPM telah membuat penyelidikan - Isolation & Encapsulation of Cassava Linamarin in Biodegradable nanoparticles for Cancer Cells Targeting. Ekstrak getah pokok ubi kayu mengandungi sejenis bahan kimia dipanggil linamarin. Lazimnya satu ubat hanya mampu merawat sejenis barah. Tetapi linamarin mampu mengawal dan membunuh sel barah leukimia, payudara, ovari dan rahim. Hasil penyelidikan ini telah merangkul pingat emas di Pameran Penemuan dan Produk Baru di Pittsburgh, US, pada tahun lalu. Malah Malaysia menang lima anugerah untuk penyertaan produk Enhanced Micro Monility Test-Bed in Multicast Based Mobile Ipv6 Wireless Network. Aku berbangga dengan kejayaan bangsa Malaysiaku. Mereka antara pengisi kemerdekaan yang berfikir dan bertindak melakukan sesuatu untuk negara. Aku cukup panas telinga kalau orang kata, "Dah 50 tahun Malaysia merdeka, apa yang ada, tak pernah berubah. Malaysia entah ke mana." Orang yang berkata begini adalah orang yang tidak tahu bersyukur, orang yang tak menyusuri perih sejarah. Kita lebih maju daripada Indonesia yang merdeka lebih dulu daripada kita, malah kita hidup cukup aman meski berbeza warna kulit, berbeza pelita agama dan tali kepercayaan. Inilah hebatnya Malaysiaku.
Nah! Pokok ubi kayu di belakang rumah bukan calang-calang pokok. Subahnallah, begitu besar keagungan ciptaan Tuhan.

Mari hayati puisi ini...


Cerita luka bangsa
Oleh Amaruzati Noor Rahim
Lagu Puisi Oleh Kumpulan Lagu Puisi & Teater Alora Mestika

Setelah nestapa datang bertimpa-timpa, pedih terhimpun di jiwa bangsa
moyang merintihi nasib yang kelam dan pudar
mengemis rezeki di bumi sendiri

Pedih dan perit ketika dijajah petualang, sumpah seranah dan sepak terajang, diperhamba rakyat sehabis tenaga yang ada,
diseksa hingga terbiar derita

Amarah pun membongkar semangat dan tekad, teguh berpaut pada tali kebenaran kerana segala yang punah ranah
perlu ditebus dengan merah darah

Merah darah melaut, hanyir nanah memenuhi teluk, bergeloralah kesedaran di jiwa satria,badan dan nyawa jadi taruhan galang gantian
berjuta penjajah perlu dihapuskan

Inilah tanah air jantung hatiku, persada cemerlang rakyat gemilang
mendepani hari-hari cemerlang
dengan berani dan cekal tergenggam

Inilah tanahairku persada sukma indahku, mengorak jaya ke puncak dunia
mencanai impian menjadi kenyataan
tetap mendukung tradisi mulia



[quote]
aidura sofiee - [Link]: terima kasih ziarah ke fpku yang seadanya ini...

MaDiHa - [Link] - kita pun suka gak... paling suka ubi rebus cecah sambal ikan bilis...fuhhh!
rinnchan - [Link] rinn ramai peminat, tentu selalu kena tagg... murninya jiwa rinn, nak ni sejambak rose tu tau... bukan bunga dedap... kalau ada bilionare murah hati, rinn kena cipta resepi kek ubi kayu


Kenitra - [Link] dua tiga hari lagi, mungkion bertukar isu ramahan pula ya...

maklang_06@yahoo.com - masin mulut mak lang, dapat saya buka kedai kek suatu hari nanti... ni baru buat kat rumah je


ghafirah al_maghfirah@hotmail.com - insyaAllah, dia telah kembali ke perlis. bila kita bersahabat, kita bersahabat ketika senang dan susah. jika ada selisih faham yang sedikit, kita terima sebagai ujian bersahabat. jangan kerana luka sehiris, kita lupakan untung bersahabat selama ini. hidup pesan berpesan, dik...


nabialishad - [Link] intan, ok bangat...kelas gitu... power. Sesiapa perlukan makjun, pergilah ke link intan ni... he he...promosi jap...take kena bayar pun promosi ni...

cak - [Link] kita susuri asal mula kehidupan... tiap yang Allah jadikan punya kelebihan dan kekurangan



Monday, 3-Sep-2007 08:45 Email | Share | | Bookmark
ORDER DARIPADA SHEMA


Suatu tengahari, Shema menelefonku." Saya dari KL nak order kek dua tingkat."
"Ish! Jauh tu." Gumam saya. Hati kecil pantas teringatkan Kak Mis. Biar dia order dengan Kak Mis, jauh aku nak hantar.
"Tak. Saya nak order untuk kahwin sepupu saya di Pekan."
Sebaris kata-kata Shima itu membuatkan aku setuju menerima tempahan. Shema mahukan off-white dengan bunga segar. Majlis perkahwinannya pada 1 September, sama harinya dengan perkahwinan Nor Indra. Bunga-bunga segar ini dibawa Shema khas dari Kuala Lumpur kerana sukarnya mendapat bunga segar di Pekan. Kalau ada pun, bunganya tidak cukup segar. Tentu sepupu Shema amat gembira dengan sumbangan Shema. Terimakasih, Shema.
Sayangnya, foto ini tersalah angle. Aku mengambilnya daripada engle atas, menyebabkan kek bahagian atas nampak kelihatan lebih besar walhal kek di atas kecil dari bawah. Begitu juga angle dari tepi. Juga tersalah angle, tubuh yang senget menyebabkan gambar itu senget.


[quote]
masriyah - [Link]
tag? ni masih buta fp, kenca cari tukar ajar camana nak sambut soalan tag dan cari 5 tag lagi tu. tungguuuu....


Ida Natrah ida_natrah@yahoo.com - [Link] eh! ia dok teranu ke? kat ana tu? dulu kita dok kuala beghang... tiap-tiap ari makang jaggong dengang kaccangg... ida, saya ni masih ada loghat teranu walaupun doh ampir 8 tahun balik ke pekan.

ummi@aqil sh. shada@yahoo.com : nah... saya portong sejuring...ambik nih...sedap tak. pecah atau tak gebu bergantung pada method. kalau dah ikut method betul, dah betul uji mungkin resepi tu tak betul, terlebih tepung. ada orang taruk gliserine untuk lembabkan choc moist. tapi kalau resepi memang dah cantik sukatannya, tak perlu gliserin. nanti saya emel bila free
Ermm....zati leh tak kasi resepi kek coklat n petua2. hari tu besday anak buat kek coklat tak menjadi. permukaan pecah n kek nye mampap sgt. Mon 3-Sep-2007 14:33

diba - [Link] Nampak macam fondant ekk? Ada kekawan hantar sms kata akak guna fondant. Semuanya buttercream. Design tu pun buttercream, bukan royal aising.

miacakehouse@yahoo.com - [Link] nanti biobila kita pergi tengok rumoh kita hok kita buat sewa kat kuala berang, kita cari kek mia...

lynnhassan@yahoo.com - [Link] memang nervous, nervous takut tak sempat buat. pas tu, malas nak buat royal aising untuk design tu. baca bismillah, larik aje... kursemangat...alhamdulillah menjadi..


:ummi@aqil sh.shada@yahoo.com - [Link] dok di kuala berang dulu, buka 2 kedai kat sana - gift & florist shop, stationery shop. tapi sentimental value ada kat pekan, tempat dilahir dan dibesarkan. sekarang dok pekan. bila pindah pekan nanti, bolehleh jumpa ekk. dah dapat emel resepi tu?

shema shema123@gmail.com - terima kasih atas kepercayaan Shema. maaflah tak sempat nak borak-bprak. hidup saya terkejar-kejar

rinnchan - [Link] -ikut kehendak pelanggan rinn. bagus gak pilihan dia tu...


[<<  <  16  17  18  19  20  21  22  [23]  24  25  26  27  28  29  30  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net