Zati D'hati Fancylicious Cakes

By: amaruszati noor rahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  15  16  17  18  19  20  21  [22]  23  24  25  26  27  28  29  >  >>]    [Archive]
Saturday, 22-Sep-2007 22:37 Email | Share | | Bookmark
TUTUP TEMPAHAN

ALHAMDULILLAH, pada rezeki-rezeki Ramadhan yang Allah berikan.
Aku menutup tempahan biskut pada petang jumaat lalu kerana seminggu sebelum raya, bakery kecilku perlu beroperasi penuh untuk tempahan kek. Ertinya untuk waktu ini hingga 22 raya, kerja menyiapkan tempahan biskut perlu disiapkan, insyaALLAH.


Tuesday, 18-Sep-2007 03:31 Email | Share | | Bookmark
MENCARI YANG HALAL ITU WAJIB

Menambah produk halal demi kesejahteraan ummah adalah antara pengisian matlamat zatid'hati. Hidup saling memerlukan, saling sokong menyokong, saling sangga menyangga. Penjual memerlukan pembeli, pembeli memerlukan produk. Produk menjadi perantara ukhwah antara pembeli dan penjual. Marilah kita bina ukhwah dalam syukur dan berhemah. salam Ramadhan.




[quote]Noor Rikha rikha_mie@yahoo.com . INsyaAllah, suatu masa kak rikha akan jadi hebat dan berkeyakinan. Bila kita ni buat home made recipe, orang nak muirah aje walaupun kita lalui proses yang sama cuma tolak sewa bangunan je. segala pertanyaan telah kujawab dalam emel

selendang merah - semakin maju zaman, semakin banyak yang meragukan. Ayam yang kita makan sekarang pun dah diistiharkan dicucuk dengan ubat yang dibuat dari enzim khinzir. kita makanb bertahun-tahun. anak-anak makan bertahun-tahun...baru nak diistiharkan.;..aduhai

lynnhassan lynnhassan@yahoo.com - [Link] iya, lynn...bilamatlamat tu nak menambah produk halal, maka mestilah ada produk yang ada di kedai-kedai bukan melayu supaya bila pelanggan nak, kita tahu buat. method sama cuma tukart sedikit bahan perisa, fil;ling dan persentation - ni salah satu yang sifu anuar beritahu. dah jawab dalam emel

diba - [Link] terima kasih dengar drama tu, diba. cerita awalnya agak boring sikit almaklumlah matlamat utama drama tu nak beri ilmu perubatan kepada pendengar. puas juga nak siapkan drama tu. rasanya 25 episod je akak buat. 5 episod lagi penulis lain buat. inilahj untung jadi penulis, boleh jadi sesiapa saja. dapatlah akak rasai sulitnya menjadi doktor selama mengkaji dan menghayati wataknya. sebut fasal pasaraya baru tu, kami di bandar-bandar kecil ni hanya dengar khabar je le...

nabialishad - [Link] elok le tu... bila nak order. order time akak pi kl... mua ha ha ha...kita tukar dengan makjun

rinnchan - [Link] - dulu saya pun macam linn tapi itu adalah trial & error untuk dapat resepi yang ngam. Sekarang tak dah... sebagai orang bisnes, saya mersti berpegang pada satu trade secret recipe, supaya pelanggan tak komplen. kalau saya nak buat perubahan lain, saya akan tukar nama keknya. Kek yang menjadi tradesecret saya nampak itam, kadang-kadang ada pelanggan nak order...depa panggil kek itam je... tapi rasanya tak pahit kerana melalui trial & error telahg kuseimbangkan rasa koko, manis dan lemaknya. Topping pun ada banyak jenis topping, kenalah pilih hyanbg mana sesuai jadi frostinmg, yang mana sesuai untuk filling.


masriyah - [Link] tak dapat tempah pun, datang-datanglah jengah selalu, ambik hawa bau dan rasa, pas tu buat kat rumah ekk..

mama `Alawi - [Link] salam perkenalan, mama. orang muar ke ni? Mak akak orang muar

Nur - [Link] Terima kasih datang ke sini, nur. masa balas ni macam ternampak-nampak je header fp nur tu...cantik banget

kamalina - [Link] kam, jangan risau. kat temerloh ada juga home made bussiness yang tidak meragukan. aktress rikha... he he he (kak rikha ni minat hindustan kot) kak rikha aman, bekas guru, 0199314365 , rikha_mie@yahoo.com. kek coklatnya pun antara yang terkenal di temerloh




Saturday, 15-Sep-2007 13:27 Email | Share | | Bookmark
COOKIES ZATI D'HATI



Kesibukan menguruskan produk harian, tempahan kek deco, kerja-kerja freelance menyebabkan aku tidak cukup waktu untuk membuat sample cookies. Ramadhan ini agak lapang sedikit kerana produk harian tidak kukeluarkan. Sempatlah buat sample untuk diedarkan kepada pelanggan-pelanggan tetap kek zati d'hati. Terus terang kukatakan, foto rainbow ball dan orange butter kisses itu kupinjam dari buku resepi yang kubeli. Ini kerana rainbow itu belum berguling di dalam gula, butterkisses pula belum bercelup coklat. Tester akan beredar petang esok oleh dealer-dealer Zati D'hati untyuk kawasan Kemaman, Kuantan, Pekan. Order dari luar juga diterima tetapi tidak dapatlah hendak mengirim tester. Rakaman foto ini aku dokumentasikan di dalam fp ini sebagai aktivitiku di bulan Ramadhan. Kepada mamazieza, copyright resepimu ini memang sedap dan membanggakan. Terimakasih ya.

RAMAH MESRA ZATI:
Nur - [Link] InsyaAllah, tak terliuq...dah muak dengan bau kek dan cookies ni..

selendang merah - [Link] - betul tu... ada yang jengah surau masa bulan ramadhan ni je... waktru terawih sampai sendat, tapi subuh hanya ada tiga orang je . sebut fasal baju raya, macam tahun2 sudah tak pernah sibuk tempah baju raya. badan selalu tukar saiz, jadi menempah ikut perubahan saiz, tak ikut perayaan. lagipun baju yang digunakan untuk function deklamasi dan mc majlis banyak. tak payah membazir, pakai mana yang ada, mana yang muat je. (Pssst... ngapa link u tu bila i klik pergi ke link i pulak?)

lynnhassan lynnhassan@yahoo.com - [Link] samalah kita, lynn... aku jual cookies je, jual kek tapi bila raya tak ada cookies atas meja. tak ada kek moist choc. yang ada hanya kek lapis, kek buah dan kurih-kuih kering yang pedas tu. pun sama, tak ada orang datang coz aku balik kampung (sebelah rumah je... kena tolong mak layan tetamu dia). rumah hanya ada orang datang kalau rajin buat rumah terbuka. tahun baru cina, baru balik ke rumah mak mentua, raya gong xi. janganb lynn, nanti aku raya kat rumah kau

rikha_mie@yahoo.com - kak, no hp akak hilang. tahniah, usahawan bermusim akan jadi usahawan sepenuh masa

chepah chepah75@yahoo.com - [Link] insyaAllah, emel la. kalau saya boleh jawab, saya akan jawab.

rinnchann - usah khuatir, bu. manjakan diri itu perlu. sauna tiga kali seminggu, di rumah. Vitamin dan jamu tak tinggal. yang tak cukup, dari dulu, mungkin waktu tidur. Jam tiga pagi, waktu yang baik untuk oksigen menyerap ke dalam diri, kita masih tak tidur-tidur lagi.Minggu awal puasa ni, masih dapat tidur jam 10 malam kerana temapahan biskut hanya dibuat waktu siang tapi minggu terakhir, siaplah bersilat...



Wednesday, 12-Sep-2007 21:31 Email | Share | | Bookmark
1 RAMADHAN



Pesan seorang ayah angkatku, Abah Thazali M. Ellah dari Melaka, kupanjangkan di sini untuk peringatan kita semua:
KITA TERLALU SUKAR MEMBENCI MAZMUMAH. TERLALU ASYIK DENGAN HUBBUDUNYA. MASIH MENCARI HUBBUL-MAL DEMI HUBBUL-JAH. MOGA KEIMANAN DAN KETAKWAAN AKAN KEKAL KERAS BAK BESI KHURSANI.

UNTUK SEMUA TEMAN-TEMAN, BAIK YANG AKRAB ATAUPUN BARU KUKENALI, BAIK YANG KENAL PARAS ATAUPUN TIDAK, KUUCAPKAN
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK. SEMOGA PENGISIAN RAMADAHAN INI AKAN MEMBERSIHKAN KALBU. SALAM KASIH


RAMAH MESRA ZATI:

rinnchan - [Link] - iyalah, rinn... semoga ramadhan ini kita dapat membersihkan hati lebih bersih dari hari-hari dulu

cak - [Link]- salam ramadhan, chak. terima kasih. singgahlah lagi ke lamanku yang tak seberapa nih

norzalina - sungguhlah aku sekarang ni sibuk, kak (dulu pun sibuk gak, mana pernah ada rest). ramadhan ini, selepas sahur, aku menulis dua tiga jam sementara menanti solat dhuha (yuk, kita dirikan solat duha, ikut nasihat dr kamariah)

**pza ibu nurin** ayiefarieza@gmail.com - [Link] salam buat piza dan keluarga juga. semoga ramadhan kita semakin ranum dan mani8s

:nn - [Link] salam ramadhan juga... semoga pohon amalan kita semua rendang di syurga
re: kak, anak kite tak mau susu cap gantung yg chilled then reheat..hehe..bukan masalah tuh saje kak..byk lagik la.. tp semua mslh family la..bukan mslh study..study tak de prob langsung. by the way thanks singgah.,. Thu 13-Sep-2007 06:03

zakiah z - [Link] -salam juga untuk zakiah. sempoga semakin segar agar ramadhan ini dapat kita beribadat sesempurna mungkin.

cek de sam - [Link] salam cek de.... salam ramadhan. moga ukhwqah berkekalan






Wednesday, 12-Sep-2007 01:47 Email | Share | | Bookmark
NOTA CHECHE & KEK DI SUBUH SUNYI

Tugas sebagai pengacara majlis Malam Perasmian Perayaan 16 september dan Majlis Penutupan Sambutan Ambang Merdeka 2007 berakhir jam 12 malam. Jam 4.30 petang, skrip masih belum siap, malah que sheet baru tiba. Kadang-kadang ketika berbincang membuat skrip bersama Ahmad Nizam, pengacara dari Pejabat Penerangan Kuantan, maklumat terbaru masuk. Waktu azan maghrib berkumandang, skrip itu siap juga dicetak. Solat amghrib di bilik solat Pejabat Penerangan. Tukar baju dan mekap ala kadar. Rasa tak cukup kaki nak berlari mengejar waktu. Kurang dua minit jam 8, aku telah berada di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah.
Pertama kali rasanya menjadi pengacara diduga begini. Que sheet sentiasa berubah. Skrip saat akhir. Tidak ada latihan variasi bersama Nizam. Dan, sentiasa ada pegawai-pegawai terbabit membuat perubahan mengikut kehendak protokol.
"Senyum, Nizam, senyum." Usikku melihat wajah Nizam keruh.
Dia senyum dan memulangkan kata-kata padaku, "Senyum, kak, senyum. Kita buat kerja dengan ikhlas, kak."
Aku ketawa meskipun hanya kami tahu betapa gelodaknya hati. Kerana terlalu banyak pertukaran, kami tidak selera makan. Bunyi sudu dan pinggan yang berlaga itu memang membuat perut lapar tetapi demi menjaga kelancaran majlis, gelisah menghadapi banyak pertukaran, aku biarkan saja perut berbunyi. Keroncong perut itu akhirnya berdiam sendiri. Makan tengahari tadi hanyalah makan di dalam kereta kerana terkejar ke Kuantan. Itupun Hubby yang masukkan nasi dan gulai kambing ke dalam polistrine, bersama sudu dan air mineral. (Terimakasih, Hubbyku sayang!)
Usai majlis, aku meluru mencari hubby. "B, lapar."
"Tanjung Lumpur?"
Aku mengangguk. Amran, adik angkatku yang mkendekalmasikan puisi ikut sekali.
Sepinggan nasi putih dengan lauk semangkuk sup ekor dan kailan ikan masin dapat merawat lapar. Hubby hanya makan sotong goreng tepung. Amran yang makan kuetiaw goreng belanja kami. Seperti selalu, usai acara apa pun, aku akan meminta komen hubby. Hubby memberi komen , menegur kelemahan-kjelemahan yang perlu diperbaiki untuk meningkatkan prestasiku.
Ok, aku akan perbaiki! Kelancaran sesuatu majlis bergantung kepada pengacara. Berlaku kesilapan, pengacara disalahkan. Tidak ada siapa yang tahu bagaimana sulitnya dengan ragam que sheet. Agh! Aku dibesarkan oleh pengalaman.
Keletihan dan tekanan membuat aku tertidur sepanjang perjalanan pulang. Sampai di rumah, melangkah ke kamar tidur, mata terpandangkan ini...

Hati menjadi sayu tiba-tiba. Nota daripada Puteri tunggalku tertampal di pintu. Dia gemar menulis nota untuk kami. Menyatakan segala kehendak, bantahan dan rajuk di dalam bentuk nota. Meluahkan perasaan senang dan sakit hati ke dalam diari. Dia mengingatkan aku pada zaman remajaku. Sebelum pergi tadi, aku hanya sempat mencium ubunnya tanpa sempat makan bersama. Umi terlalu sibuk, Siti Fatimah Azzahra. Dia sepatutnya tinggal bersama ibuku tetapi lewat Maghrib, dia menelefonku, "Umi, che che nak balik rumah, kerja sekolah banyak tak siap." Mahu tidak mahu, aku terpaksa mengizinkan walaupun hati tak berkenan. Dia sering dibuli adik dan abangnya kerana sikapnya yang cengeng.
Menolak pintu kamar, Siti Fatimah Azzahra tidur bersama adiknya. Tanpa menanggal tudung, aku naik ke katil, memeluk tubuhnya yang berisi, menyelak rambutnya dan menciumnya berkali-kali.
Dia tersedar, menggenyeh mata. "Lambat Che Che tidur, tunggu umi abi balik." Dia membahasakan dirinya Che Che (kakak - ikut bahasa cina kerana Hubby keturunan China-Siam). Hubby membawa mereka berpindah ke kamar masing-masing. Resmi Che Che, dia mahu ditepuk sebelum tidur meskipun usianya telah 10 tahun.
Usai solat Isyak, aku teringat dua biji kek di dalam chiller, tempahan adhock pagi tadi belum dideco lagi. Mata terlalu berat. Barangkali kerana otakku penat. Tidurlah dulu, nanti bangun jam 4 pagi.
Rupa-rupanya Kek Garfield di dalam entry semalam bukanlah kek terakhir di bulan Rejab. Yang dua ini barangkali menjadi penutup. Happy Birthday Athirah - satu untuk diraikan di INTAZ, satu lagi untuk diraikan di rumah.
"Dua-dua buat kartun Minnie Mouse. Jangan buat kartun lain-lain, nanti merajuk pulak si kakak kalau Athirah beritahu kartun tak sama."
Inilah hasil subuh tadi... pada saat mata rasanya belum puas tidur...


RAMAH MESRA ZATI:
kamalina - [Link]... suka ek? Tq. Bila nak order? Kita hantar ke Temerloh... salam Ramadhan

nabialishad - [Link] ya, naluri ibu yang padu... hidup untuk anak, detik demi detik untuk anak, segalanya untuk anak

diba - [Link]- tq diba... kan dah banyak ari demam tak dapat update fp.

selendang merah - [Link] terimakasih. saya merancang untuk berjaya di jalan yang diredhai Allah, dibanggai keluarga

abc123 khumaira8575@yahoo.com.my : rindu tapi tak juga nampak bayang...

lynnhassan lynnhassan@yahoo.com - [Link] memenuhi permintaan pelanggan. dulu memang malas tapi sekarang ni, alah bisa tegal biasa. saya hanya ambil lukisan atas kek 1.5 kg ke atas. kalau yang kecil tu, chargenya kena lebih le. dan lukisan yang tak banyak sendi je. enjin rajin lynn pun cukup power...banyak cupcake. hanya orang yang sabar je apat buat banyak dan cantik.

arifah - akak tak ada ilmu khas, sekadar berkongsi pengalaman aje. sila emel pertanyaan ke amaruszatinr@yahoo.com



[<<  <  15  16  17  18  19  20  21  [22]  23  24  25  26  27  28  29  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net