Zati D'hati Fancylicious Cakes

By: amaruszati noor rahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  13  14  15  16  17  18  19  [20]  21  22  23  24  25  26  27  >  >>]    [Archive]
Friday, 16-Nov-2007 08:53 Email | Share | | Bookmark
cup cake untuk shahira safni

SET GET WELL SOON (CARROT CUP CAKE WITH CREEM CHEESE FROSTING)
CHOC MOIST WITH CHOCLATE TOPPING
SWEET FLOWERS

[img]

Sebelum ini tidak pernah terima tempahan cupcake. Cupcake yang ada dalam entry lalu hanya kujual di bazar Pekan Fest. Hati ini teringin benar jika ada pelanggan menempah cupcake. Hati teruja benar melihat cupcake teman-teman fp dan bloger. Budaya orang di sini masih menyambut harijadi dengan acara memotong kek. Menyambut birthday dengan cupcake? Ada yang bertanya begitu. Itu belum lagi diwarwarkan tentang fondant cupcake. Hajat hendak mencuba cupcake terkabul juga apabila Kak Ana dari Muzium Tokoh Kuantan membuat tempahan untuk harilahir anaknya.

Untuk Shahira Safni, Kak Ana menempah carrot cupcake dengan cheesecreem frosting dan chocolate moist dengan topping chocolate. Hati terlalu ingin tahu maklumbalas pelanggan. Lebih kurang sejam kek keluar daripada rumah, telefon berdering. Bukan Kak Ana yang telefon tetapi staff Muzium Tokoh yang lain menelefonku menyatakan hati terpaut pada cupcake. Rugi harijadi anaknya sudah berlalu, katanya tetapi memberitahu hajat untuk menempah kek untuk harijadi anaknya yang lain.Dia juga meminta aku membuat pakej pot luck supaya senang pelanggan membuat tempahan untuk majlis-majlis tertentu. InsyaAllah, akan kuusahakan.
"Zati, anak Kak Ana happy sangat dapat cupcake, berbeza dari birthday dulu-dulu." Suara Kak Ana ceria. Pada awal membuat tempahan dia menyatakan kerisauannya kerana selama ini birthday anaknya diuruskan oleh suaminya tetapi kini suaminya bertugas jauh. Bimbang dia tidak dapat mengambil hati anak pada birthday kali ini. "Anak akak kirim salam, dia minat karya Zati."
O, o! Kak Ana tahu ke aku menulis? "Anak Kak Ana terkejut tengok nama pada bisnes kad zati tu, sama macam nama pada novel Sindiket Pengemis Cilik yang dia suruh akak beli."
Aku senyum senang hati. "Kalau datang Kuantan, datang jumpa Kak Ana. Kak Ana nak kenal sangat Zati. Anak pesan suruh sign novel dia. Budak-budak di Muzium ni senang hati bila tahu Zati ambil tempahan kek."
Aku mahu tergelak ada, mengutuk diri sendiri pun ada. Hampir enam tahun aku sering membuat projek dengan Lembaga Muzium Negeri Pahang, tetapi orang tak tahu aku mendeco kek. Nampak sangat aku ni tak pandai marketing. Mana-mana teman fp yang sudi berkongsi marketing, silakan berkongsi pengalaman. Anak badak di luar pagar; aku budak baru belajar. ehemmm!

(SET GET WELL SOON AKU HADIAHKAN KEPADA SAHABATKU NORHAYATI. KATA HUBBY YANG MENGHANTAR KEK ITU UNTUK YATI DI WAD 8 HTAA, KUANTAN, YATI MENJERIT GEMBIRA MEMBUKA KOTAK CUPCAKE. DIA MENJILAT-JILAT FROSTING KEK ITU KERANA SAYANG NAK MAKAN. YATI MENGHUBUNGIKU LEWAT HP, "BERTUAH BETUL ENGKAU, HANTAR CUPCAKE PADA HARI AKU KENA MAKAN JULAP. AKU KENA KOSONGKAN PERUT, ESOK NAK OPERATION TAPI AKU TAK KIRA, AKU NAK BELASAH JUGA." SORRY, YATI. AKU TAK TAHU TARIKH SEBENAR KAU OPERATION. )

[quote] jom sembang:
Salam
erna - [Link] hem, terimakasih kerana berkunjung ke sini. bahasa? kita perlu menatang keindahan bahasa kerana ia khazanah bangsa.

Noor Rikha bt Amran rikha_mie@yahoo.com - tak mengapa senyap, kak rikha. dah agak mesti kak rikha sibuk. souffle cup tu beli di kedai bakewell kuantan, harganya rm 37 kalau tidak salah untuk 250 biji, yang ada hanya saiz m. selalunya saya beli di kl.

syahira safni natsume_acedemy@yahoo.com - hai sayang, happy birthday. alhamdulillah, ira dan rakan-rakan menyukainya, abah pun suka. mak ira cakap, ira suka menulis. keep it up, sayang, terus mencuba. bukan semua orang dianugerahkan bakat istimewa.
Zati....

mamazieza - alahai, mama, ni deco tanpa guru. main pusing-pusing je...

mamasya - [Link]- terima kasih atas cadangan. akak memang sedang design flyer. mamasyha, pejamkan matamu...dan nah aku di depanmu, membawa cupcake dan cream cheese frosting

lynnhassan lynnhassan@yahoo.com - [Link]- tq lynn, sedang mencuba dan memperbaiki. cubaan pertama tu disenangi dan ada order menyusul, alhamdulillah

ida, kuantan - pekan ieder_immi@yahoo.com.my - [Link] kau pun salah sorang yang tak tahu akak ni ambik tempahan deko kek ek...tq kerana jadi pelanggan tetap horlick moist zati d'hati


kamalina - [Link] tak apa, semua orang bermula dengan fail. tapi kena terus cuba jangan jemu... akak tahu kam boleh buat anak-anak bangga dengan kam. cayalahhh




Thursday, 15-Nov-2007 07:47 Email | Share | | Bookmark
POWER RANGER KUNING



Tanpa pendapatan tetap, tidak kira apa situasi kecuali yang melibatkan kesihatan, tulang empat kerat mesti terus dikatih. Kalau sesetengah orang bercuti atau berehat daripada rutin kerana memberi ruang untuk menghadapi anak menduduki peperiksaan, aku tidak memilih untuk bercuti. Sebaliknya mengambil beberapa jam untuk menghadapi anak exam. Bagai tertulis pada garis takdir, ketiga-tiga tidak sihat pada hari exam. Sulung lelah hampir sebulan, bergantung ubat dan kini menghadapi exam dengan demam dan lelah yang kebah tidak kebah. Berserahlah bonda ini kepada Allah.
Barangkali otak tidak tunpu sepenuhnya pada produk kerana risaukan anak menghadapi exam dengan kesihatan begitu. Kek power ranger ini tidak kurancang langsung mempunyai warna kartun yang seiras dengan warna latar. Ketika buttercream telah kulepa, barulah tersedar - ya Allah, kenapa aku ni? Permintaan Power Ranger kuning menyebabkan aku tidak mengambil inisiatif menukar warna power ranger. Mainan tone warna kubuat di atas kek itu juga dengan menitiskan beberapa titis pewarna dan melepa agar mendapat ton. Gambar daripada tepi tidak dapat diambil kerana tiba-tiba je bateri hebis dan lensa cakera terbuka tanpa dapat di off lagi. Syukur juga, ia padam setelah sempat aku snap sekali.

[quote] jom sembang:
hajar - [Link] abdul 'alim anak ketiga akak kata, "ini lukisan umi yang paling hodoh!" Huwaaaa....

mamasya - [Link] anak-anak akak demam tika ambik exam penting. tentulah hati jadi lebih debar dan risau...

lynnhassan lynnhassan@yahoo.com - [Link] samalah dengan akak, lynn, demam aje. tapi kehendak dan semangat tu kuat, tempahan tetap terima juga. good luck lynn

ummi@aqil - [Link] aduhai, sayang... hanya ibu yang memahami hati ibu.



Monday, 12-Nov-2007 13:18 Email | Share | | Bookmark



ATAS: ORDER PERTAMA
BAWAH : ORDER MENYUSUL


Anekdot order pertama: Huda, junior waktu sekolah, kini mengajar anak sulungku. Dia membuat adhock order pada hari yang sama dengan aku menyiapkan tempahan Mimi. Mulanya hendak ditolak saja tapi mendengar Huda bertanya ulang berulang, "Boleh tak ni? Boleh tak ni?". Tak sampai hati pula. Apalagi bila tahu dia sekeluarga di hotel tetapi lupa menempah kek. Order dibuat pada jam 11 pagi. Jam 4 mesti ada di tempat penghantaran. Aku beranikan diri. Saat begini, pilih chocolate sponge mix saja, tidak sempat untuk african cake.Emm... Nak cepat sangat, buttercream dipukul dengan high speed, ralit pula hingga terlebih pukul. Hasilnya tidak memuaskan. Banyak bubble, maka susahlah hendak mendapatkan lepaan yang licin. Tambah pula masa semput saja. Tangan pula lenguh. Kebiasaannya aku hanya menggunakan low speed. Untuk menenggelamkan rasa sponge mix yang seperti baulu itu, aku layerkan dengan chocolate buttercream dan dilapis pula dengan bancuhan coklat yang selalu kugunakan untuk topping (seperti dalam entry kemarin). Atasnya dengan vanila buttercream. Cornelli lace dengan noozle no 5. Ugh! Si sulung komen, "pakai noozle yang no 1 atau 2 je, Umi."
Angah yang selama ini suka menggunakan perkataan kemas apabila sesuatu memikat hatinya memberi komen, "Alah, umi. Ngapa butuk-butuk(tak licin maknanya)? Tak kemas langsung."
Masa dah suntuk. Tak boleh buat sebarang sentuhan pembetulan lagi. Hanya aku pipingkan frills dengan menggunakan noozle untuk bunga ros, dan ditambah sentuhan ringan noozle star di atas frill itu. Frill dan cornelli lace menggunakan resepi topping di dalam entry kemarin. Untuk mempercepatkan konsintensinya, aku letakkan ke dalam chiller sebentar. Esoknya Huda mengirim sms, mengucapkan terima kasih, sedap dan berpuas hati. Agh! Lega walaupun hati sendiri tidak puas dengan kecacatan pada kek itu.

Anekdot Order Yang Menyusul: Dua hari selepas itu, Huda menempah kek lagi. "Macam hari tu ya, Kak Zati." Masih Chocolate Sponge. Tentu saja aku mengekalkan fillingnya. Cuma coatnya berubah kepada chocolate buttercream, cornelli lace dengan noozle nombor 1. Bunga ros ditukar kepada five petals, rangkaian bead heart juga dari topping coklat. Warna apa yang perlu kugunakan untuk tulisan? Along dan Angah menolak tepi warna merah, hijau atau kuning samada daripada bancuhan buttercream ataupun piping jelly. Mereka sependapat agar aku menggunakan toping coklat untuk tulisan. "Kalau umi guna warna lain dah macam lari temanya," Along memberi alasan. "Kalau guna coklat, lebih nampak classic umi." Aku menurut dan ternyata aku menyenanginya. Terimakasih, along. Terimakasih, angah. Mmmmmuahhh!



[quote] Jom sembang:

ummi@aqil sh.shada@yahoo.com - [Link] Ada banyak emel dan sms minta buat kelas tapi... rumah kita teratak buruk dekat tempat jin bertendang, malu nak terima orang datang... hu hu hu...nama je anak merdeka, tapi jalan masuk ke rumah akak, sedih nak cerita....

syima - noozle cap ayam... noozle tu saya beli sikit-sikit bila pi bakery mart. bukan tsf punya, bukan wilton punya. tak ada brand. cuma saya sering tengok buku cake decoration tan see fong dan cake decorating wilton. saya lihat paten, bentuk noozle, yang itulah saya beli. ada noozle saya yang ada nombor, ada yang tak ada... maklumlah, cap ayam. jadi nombor-nombor yang saya catatkan di dalam entry adalah nombor-nombor mengikut keluaran wilton.

abc123 khumaira8575@yahoo.com.my toce, toce kerana singgah lagi. Aku ni kau tahu aje le, tak sihat pun macam sihat...

makuda - yang menentukan menarik atau tidak bukanlah jenama noozle tetapi skill, teknik membuat setiap paten. Berlatih selalu.Saya sendiri pun masih berlatih untuk membiasakan tangan dengan angle agar tidak menggeletar.

hajar - [Link] tq, jar...dalam proses melentur jari ni...

ummi@aqil sh.shada@yahoo.com - [Link] bisa saja ... bila kau pulang ke malaysia.


zanaz70 - [Link] tq, zanaz kerana datang ke sini. datanglah lagi, dialu-alukan. kita bertukar dan berkongsi ilmu pengalaman

nabialishad - [Link] wooit, intan...sabo, sabo...apasal pulak jadi tak centre...makan makjun overdos kot...

kamalina - [Link] lagu untukmu... getaran jiwa... melanda hatiku... na na na na na na...
IP: 60.51.3.227
Delete Comment

wiz - [Link] terima kasih, wiz kerana meninggalkan jejak di sini. fp wiz antara fp yang kulawati saban hari tapi jarang kutinggalkan jejak. sentuhanmu beri aku ketenangan, jejakmu di sini beri aku kekuatan.

memorybakery rodziahzayin@yahoo.com- ya, pantai timur. dok di pekan, pahang. terimakasih berkunjung ke sini.







Friday, 9-Nov-2007 14:12 Email | Share | | Bookmark
KEK SAIZ 7" X 4"

 
 
 
View all 8 photos...


AKU termangu seketika. Kek coklat moist untuk hantaran pertunangan, tidak mahukan sikit pun hiasan daripada buttercream. Semua hiasan dalam bentuk chocolate, bunga juga daripada chocolate. Kek chocolate ini akan dimuatkan dalam bakul bersaiz 9" x 5". Bererti kek mesti kecil daripada itu bagi memberi ruang kepada dekorasi. Melihat bakul hantaran yang siap dihias oleh pelanggan sendiri, puas memikir bagaimana untuk memasukkan kek siap dihias ke dalam bakul itu. Memikirkan kek itu tidak boleh rendah kerana ia akan mendap daripada pandangan, aku menyusunnya bertingkat dengan saiz yang tidak sama.

Keseluruhan hiasannya menggunakan cooking chocolate. Daunnya pula menggunakan white chocolate semata-mata.
Aku menggunakan resepi yang sama untuk topping, piping dan bunga:
300g cooking chocolate + 150g susu cair - dimasak menggunakan kaedah double boiler. Apinya cukup perlahan untuk memastikan dia kembali cepat mengental untuk dibuat piping dan bunga. Apabila cair, tutup api dan aku masukkan sedikit mentega atau marjerin. Selepas 10-15 minit (bergantung kelikatan mana yang aku senangi), aku jadikan topping. Untuk bunga dan piping, kubiarkan ia 2-3 jam. Kadang-kadang ia cepat benar mengental, kadang-kadang lambat. Barangkali faktor cuaca. Tetapi kalau cuaca tidak membantu, aku masukkan ke dalam chiller saja sehingga ia mengental pada tahap mudah dipiping dan mudah membuat bunga. Tak lama, dalam setengah jam saja ia sudah sedia untuk dijadikan bunga dan hiasan border. Inilah sebenarnya adunan yang kugunakan semenjak dulu untuk membuat toping, dekorasi border dan membentuk bunga.
Tengok! Bakul ini terlalu kecil. Tidak ada board yang sesuai dengannya, maka aku perlulah kreatif menyediakan boardnya. Dan kerana bunganya terlalu besar, maka aku susunkan bertingkat supaya kehadiran Moist Chocolate Kek Itu menonjol.



[quote] Jom sembang:
Noni black_3307@yahoo.com.my - ya, paling mencabar masa nak buat ros dari white chocolate tu. Menunggu konsistensi untuk senang dipiping, tak boleh terleka.

ummi@aqil sh.shada@yahoo.com - [Link] cepat, cepat, nganga mulut, akak suapkan. Dalam mimpi pi jepun...

rinnchan - [Link] betul, kata rinnterutamanya kalau dapat ros pink, nak sesuaikan dengan bunga pada bakul tu, tapi kerana dia nak real colur cooking chocolate, ikut ajelah. nanti boleh buat pada kek kain ya, rinn


hajar - [Link] belikan tiket flight, akak terbang ke tempat hajar... boleh melancong... cuba dan cuba Jar, banyak panduan dalam internet dan sesama member fp boleh membantu andai Jar berkeinginan. Pasti boleh.

ida isk merpati66@yahoo.com - [Link] dok bayang ida tabik spring ni... lenguh tangan tu nanti tak boelh mendeko cupcake pulak

mamasya - [Link] kerenah pelanggan tu kan cabaran, mamasya... punyalah berkebuk baca bismillah waktu nak masukkan kek tuh. bopoluh dibueknyo


ummi@aqil sh.shada@yahoo.com - [Link] ngapa... nak beli tiket untuk akak ke Jepun ke?

shema shema123@gmail.com - jauh beno nak tolong kesatkan... he he... bila nak ke pekan lagi?






Friday, 9-Nov-2007 00:56 Email | Share | | Bookmark
MIMI SURYANA, SAHABAT LAMA



NOTA: Tangan lenguh dalam tempoh rehat itu. Barangkali kerana terlalu lama memegang buku. Buttercream tidak dapat licin sepenuhnya.

Namanya Mimi Suryana. Kami satu kelas selama dua tahun sebelum aku bertukar ke aliran Kejuruteraan Awam dan Binaan Bangunan di SM Teknik, Alor Akar, Kuantan. Seingatku, paling akhir aku ketemunya pada satu majlis di rumahku pada usiaku 17 tahun. Setelah itu kami tidak pernah ketemu lagi. Tidak pernah bertemu sehingga hari ini. Hampir 22 tahun dijurangkan oleh kesibukan dan penempatan berbeda.
Suatu hari dia menelefonku, dengan suara yang ceria kerana gembira melihat novel karyaku di kedai buku Konukoniya (inilah satu-satunya kedai buku yang selalu aku tersilap eja, dan rasanya ejaan ini salah juga. Ho hoho! ) DIsusuli dengan emel yang tak kering.
Dengan alasan tolong kawan, dia menempah biskut raya. Aku berharap dapat bertemunya tahun ini tetapi hpnya entah dicampak ke mana, langsung tak dapat dihubungi.
Aku tidak tahu kekerapannya mengunjungi fp ini. Pada saat dia mengetahui melalui entry aku memilih rehat kerana keguguran, dia menelefon bertanya khabar, berkongsi rasa kerana kehilangan.
Dalam-dalam hari rehat, dia antara sahabat yang mengunjungi cepu akalku. Kami tak bertemu lebih dua puluh tahun tetapi dia merawat jiwaku ketika aku kehilangan. Sungguh dia seorang yang prihatin.
Kemudian dia membuat tempahan kek untuk harilahir ibunya, dalam hari aku memilih tidak banyak berenyah itu. “Aku nak kek pandan, mak aku suka pandan.” Tempahannya pada tubuh yang agak segar sedikit buat aku tidak menolak.
Selama tempoh berehat, otak langsung tidak memikirkan tentang kek kerana sepenuhnya untuk membaca dan mencerna idea untuk projek menulis. Jadi tidak ada kelainan untuk kek tempahan mimi. Kelainannya hanyalah pada rasa .
Kek pandan itu aku padankan dengan buttercream yang diadun dengan serbuk santan dan pandan paste. Kerana pandan sering digabungkan dengan kelapa, maka kelapa menjadi hiasan bordernya.
Siap, masuk chiller dan esok pagi sedia dihantar. Larut malam, aku mendapat sms Mimi, “Kek mak aku dah buat belum? Kalau belum buat, tak apa, hantar khamis depan. Aku tersilap tengok tarikh.”
Aku termangu sekejab. Seminggu awal. Aku membalas smsnya. “Dah buat. Nak hantar tengahari esok atau minggu depan?”
Smsnya lagi, “Hantar esoklah. Birthday mak pun lupa.”
Aku membalas, “Begitulah anak yang paling solehah.”
Dia membalas dengan
Memanglah dia seorang yang prihatin. Banyak lagi hal prihatin yang dia lakukan yang tidak dapat kucatatkan di sini. Apa perasaan ibu menerima kek harilahir daripada seorang anak, terawal seminggu? Kalaulah kita di tempat ibu itu, apa perasaan yang bergalau dalam diri sebenarnya?




[<<  <  13  14  15  16  17  18  19  [20]  21  22  23  24  25  26  27  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net