Zati D'hati Fancylicious Cakes

By: amaruszati noor rahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  12  13  14  15  16  17  18  [19]  20  21  22  23  24  25  26  >  >>]    [Archive]
Friday, 23-Nov-2007 21:38 Email | Share | | Bookmark
Apabila berlaku tidak ingat...

 
 
Apakah organ yang paling penting dalam tubuh kita ini? Semuanya penting, semuanya ada fungsi yang tersendiri. Kalau organ-organ saling bertekak mengatakan mereka hebat, maka punggung juga mengatakan ia hebat kerana ia punya daya pemikat. Organ-organ lain mungkin berkata - agh! kau tempat yang busuk dan punggung pasti menjawab, "kau tak tahu bersyukur. Aku sedia menjadi tempat yang busuk untuk buang segala angin dan bahan tak berguna. Jika semua angin dan bahan tak berguna bersarang di dalam tubuh, bukan saja perut yang sakit, kaki akan sakit, tangan akan sakit, pinggang akan sakit. Mulut dan tekak juga sakit kerana jadi tak selera makan. Semua organ akan sakit kerana angin yang merasuk satu badan. Itulah pentingnya aku, sebagai daya pemikat dan sebagai pembuang angin dan bahan tak berguna." Bererti semua pada tubuh kita ada fungsi yang tersendiri.
Dalam kondiksi yang tegang, apa yang kita fikirkan? Duit? Rumah? Kereta besar? Segala yang indah-indah?
22 April 2006, jam 1 pagi. Aku tersedar oleh satu gegaran tetapi mamai. Sedar-sedar hubby meraba kakiku.
"Alhamdulillah, tak tersepit," sayup-sayup kudengar suara hubby. Masih lagi mamai. "Zati, bangun, keluar. Kita langgar kerbau."
Terpinga-pinga aku mengangkat kepala yang tertangkur pada dash board. Terasa seperti hujan jatuh ke muka dan baju, hujan halus, hujan kaca.
Pintu van rapat ke tubuh. Dash board juga rapat ke tubuh. Aku cuba membuka pintu, alhamdulillah, boleh dibuka sedikit, cukup untuk meloloskan tubuhku. Kepala terasa berat sangat. Dalam perdu pagi di jalan yang gelita itu, seekor kerbau berdarah menghambur ke hutan. Seekor anak kerbau menguak kecil tersadai di tepi jalan. Seekor lagi tercampak di depan van setelah terlambung ke cermin hadapan, mengikut kata hubby. Dua tiga kereta berhenti. Suluhan lampu kereta mereka memperlihatkan kertas-kertas, buku-buku - borang-borang dan bahan bantu mengajar di kem PLKN bertaburan di jalan. Kepala terasa berat benar seolah-olah aku membawa batu besar di kepala. Tubuh renyuh habis.Tetapi aku lupakan kesakitan itu. Borang dan buku-buku bantuan mengajar itu lebih penting.
"Kak, muka akak darah." Lelaki muda itu menghulurkan tisu.
"Iya?" Aneh, darah itu mengalir tetapi aku seperti tidak terasa. Aku tidak fikir langsung tentang wajah yang selama ini diberi perhatian. Tak cukup dengan rawatan di rumah, pergi facial pula.
Jalan kampung itu jarang ada kereta. Dengan bantuan orang-orang yang berhenti di situ, aku turut sama mengutip barang. Hubby dan orang-orang lain menyuruhku duduk tetapi aku tidak endah. Aku tidak mahu satupun segala macam bahan bantu mengajar di kem tertinggal di situ. Bahan-bahan ini penting bagiju.
YB Dato' Ishak yang kebetulan lalu di situ mengenaliku lewat majlis-majlis yang aku berikan komitmen. Dia menawarkan menghantarku ke hospital tetapi aku menggeleng. Aku mahu bersama hubby. Hubby tidak cedera sedikit pun.
Setelah siap mengutip segala barang, sementara menunggu adik datang menjemput, aku duduk di birai jalan. Kudengar hubby bercerita, segerombolan kerbau naik dari kawasan paya, hubby tidak membrek, hanya membiarkan van berpusing dan berhenti sendiri. Kalau brek, barangkali kami akan tercampak ke dalam sungai.
Duduk di tepi jalan itu, aku tidak fikir tentang van yang remuk, tidak fikir tentang wajah yang mungkin tercela, tidak fikir tentang ketiadaan satu kenderaan akan membantutkan urusan keluarga dan kerja. Tidak fikit tentang seluar yang rabak, badan yang renyuh, luka dan lebam merah macam buah memar. Yang kufikirkan hanyalah - boleh guna lagi ke kepala aku ni? Otak di dalam kepala inilah yang mengawal seluruh badan. Kawalan mindalah yang memberi arahan kepada seluruh tubuh. Boleh ke aku menulis lagi? Boleh ke aku menghafal puisi dan ayat-ayat al-quran yang tertentu lagi? Boleh ke aku menyimpan idea tanpa mencatat?
Degil! Aku berjalan memanjat tangga curam wad kecemasan meskipun orang menyorongkan kerusi roda. Aku masih kuatlah, masih boleh berjalan. Entah mengapa, aku selalu melihat kerusi roda sebagai satu benda yang melumpuhkan kekuatan orang yang masih boleh bergerak. Tetapi ia boleh meransang orang lumpuh agar boleh berjalan. Itu firasatku.
Kaca-kaca halus yang berserdak di wajah dicuci nurse. Ada yang tertinggal kerana terlalu halus. Perkara pertama yang aku tanya - kepala saya berat sangat. Kata pembantu perubatan yang bertugas, kalau tidak muntah-muntah, tidak perlu scan. Soalan lain dari pembantu perbutana tu, "Akak tak terkejut ke?"
"Kenapa?" Aku membalas soalannya dengan pertanyaan.
"Tekanan darah akak normal, 110/90. Selalunya lepas accident, tekanan darah naik mendadak kerana terkejut, risau."
Alhamdulillah. Ini bermakna aku redha. Aku tidak memikirkan hal-hal lain akibat kecelakaan itu kecuali otakku.
Esoknya ramai teman-teman bertandang ke rumah. Tidak percaya aku menghidang air untuk mereka. Ada yang ke hospital terlebih dulu, mencari di wad kerana salah faham dengan info hubby. Ada yang berkata, "Ya Allah, Zati, panjang umur kau lagi. Kalau aku tengok keadaan van tu, aku rasa kau dah habis. Sebelah kau duduk tu, dah lah termasuk ke dalam, terangkat ke atas pula." Ya Tuhan...Aku bersyukur kerana Allah masih memberi aku peluang bernafas di buminya, bertaubat atas segala dosa dan menambah ibadat. Masih diberi peluang membesarkan anak-anak, melihat ragam keletah mereka. Masih diberi peluang menyintai dan dicintai hubby. Masih diberi peluang berbakti kepada orang tua setakat yang kumampu. Masih diberi peluang melunaskan cita-cita.
Aku ini memang degil agaknya. Selagi aku kuat, aku tidak akan mengalah. Dengan badan yang amat renyuh, lebam memar, wajah yang tidak boleh disolek lagi kerana luka-luka aku pergi juga ke kem lima belas jam selepas accident itu. Mata yang macam nak tersembul merah aku sembunyikan di balik kacamata hitam. Sesekali fikir, terasa lucu pula. Berkaca hitam di waktu malam. Mak bondaku berkhutbah panjang melihat aku siap-siap memakai uniform fasilitator untuk ke kem. Alahai, mak...nak buat macam mana...aku dah mengajar diriku kebal hadapi apa saja selagi mampu bergerak, selagi otak berfungsi.
Entah kerana accident itu atau kerana aku perlukan ginkgo atau kerana simptom remaja purba, atau kerana kekurangan vitamin B12, atau kerana kegagalan kelenjar tiroid, banyak perkara yang tidak kuiingat, ramai orang yang tidak kukenal. Anehnya, aku mengingati hal-hal di zaman anak-anak dan zaman remajaku. Tetapi banyak hal yang berlaku dalam lingkungan limabelas hingga duapuluh tahun kebelakangan ini tidak kuingat. Kadang-kadang yang berlaku sejam lalu tidak kuiingat. Sebagai terapi pada diri sendiri, selain mengambil makanan tambahan, aku bisikkan pada diri, daya ingatanku kurang kerana hentakan kuat di kepala, bukan kerana simptom awal penyakit alzheimer, bukan juga sebagai simptom awal dimentia. Aku masih muda, aku selalu berkata begitu pada diri untuk mengembalikan semula ingatanku. Tetapi bila bercakap soal ibadat, aku selalu berkata pada diri, aku dah tua, tak tahu bila akan pergi, ibadat sikitnyalah.
Anak-anak selalu mengusik, ":nasib baik umi masih ingat anak dan abi."
Hubby selalu mengingatkanku tentang tempahan yang masuk, terutamanya deco kek yang tidak dapat dia membantu.
Kek Riani dan Suhaili ini misalnya, aku sumbatkan ke dalam chiller tanpa diletakkan di dalam kotak terlebih dahulu. Awal subuh sepatutnya aku keluarkan supaya wap ais dapat hilang penuh ketika hendak menambah hiasan. Kek yang telah dilepa dimasukkan ke dalam chiller mestilah dinyahais/dinyah beku sebelum ditambah hiasan yang berlainan warna. Kalau tiada beza warna, teruskan saja. Jika diletakkan di dalam kotak terlebih dulu, kek kurang menyerap lembapan dan lebih mudah untuk membuat penambahan deko tanpa perlu menunggu lama/ Mungkin pendeko-pendeko lain, berbeza caranya. Ini caraku, cara seorang amatur dalam dunia deko yang baru enam tujuh bulan. Ada pendeko lain yang boleh berkongsi cara lain denganku di sini? Bagiku sebenarnya, adalah lebih mudah proses melayer, melepa, menghias, membuat tulisan diselesaikan sekaligus tanpa masukkan ke dalam chiller. Tapi ada ketikanya mata mengantuk - selesai lepa, masukkan ke dalam chiller untuk disambung keesokannya. Perhatikan kek ini. Tulisan coklatnya nampak berserak sikit kerana air yang tidak keluar habis dari buttercream. Foto ini tidak terang kerana kekurangan bateri.



Thursday, 22-Nov-2007 20:39 Email | Share | | Bookmark
VELVET MALATOP?



Entah mengapa hati teringin mencuba Red Velvet Cake ini. Mungkin kerana warnanya yang lain daripada kek-kek lain. Mungkin kerana perbalahan baker-baker di US yang menyatakan kek ini berasal daripada Shoutern US. Ada pula yang bertekak menyanggah dan membuka sejarah kecil Red Velvet. Kek dengan resepi tradisional ini begitu lembap, teksturnya halus rapat. Penggunaan cuka/limau nipis/lemon di dalam kek ini telah mengaktifkan baking soda sehingga terhasil tekstur yang lembut dan lembap. Penggunaan buttermilk di dalam kek coklat moist juga membantu penghasilan tekstur , selain sesetengah orang mencampurkan sedikir gliserin ke dalam kek mereka untuk menambahkan kelembapan.
Jangan tanya Red Velvet sedap atau tidak. Itu adalah soalan yang sukar untuk kujawab kalau ada yang bertanya kesedapan mana-mana resepi sekalipun. Ini kerana selera manusia berbeza. Ada orang sukakan kek butter walaupun teksturnya kersai. Orang-orang tua tidak sukakan kek butter yang menggunakan tepung naik sendiri, mereka lebih sukakan kek butter yang menggunakan tepung gandum kerana bahan di dalam tepung naik sendiri itu meninggalkan rasa yang lain, rasa yang tidak disukai datuk nenek di kampung-kampung. . Ada orang tidak sukakan tekstur kek sponge terutamanya sponge mix. Macam-macam alasan yang diberi - macam kuih baululah, tak kenyanglah, macam gigit spongelah. Orang yang suka mencuba dan kaki makan, belasah saja apa yang ada tanpa banyak soal. Rezeki depan mata, buat apa pandang saja. Jadi soalan sedap atau tidak, aku tidak akan menjawabnya kerana selera manusia yang berbeza. Pak Cik Man dan Mak Ucu membelek kek ini, cuba mentafsir warna sambil berkali-kali menyebut, "Warna apa kek ni? Pelik warnanya." Mereka makan Red Vedvet Cupcake yang belum diaising sebiji demi sebiji hingga hilang lapan biji. "Aku nak balik nanti, jangan lupa beri resepi," pesan Mak Uzu.
Kata baker-baker di barat, Red Velvet Cake ini sedap dimakan dengan creamcheese buttercream ataupun dengan butter roux icing atau lebih dikenali sebagai frosting tepung masak, kemudian ditaburkan kelapa. Tetapi bagi Pak Cik Man dan Mak Ucu yang tidak gemarkan sebarang aising, almaklum tekak orang yang sudah berumur, mereka makan Red Velvet begitu sahaja, disusuli teh hijau yang manis buah. Ho ho ho, cubalah sendiri kerana warna sukar diterjemahkan. Warna kek ini dramatik memukau mata. Daripada campuran serbuk koko dan pewarna merah ia menghasilkan warna `fluorescent pink to a dark ruddy mahogany'. Warna apa tu? Mungkin ada yang bertanya. Di sini aku sertakan dua resepi Red Velvet. Resepi pertama menggunakan butter telah kucuba (lihat foto). Resepi kedua rasanya akan kucuba kerana penggunaan minyak bagiku lebih mudah. Mungkin boleh digunakan minyak masak tetapi minyak jagung jauh lebih ringan. Adunan di dalam resepi ini adalah untuk 3 tin cake 9". Aku fikir ini untuk memudahkan kerja melapis cream. Rasanya cukup dengan 1 loyang, kemudian belah untuk mendapatkan layer. Kalau terlalu lembut, ada baiknya dimasukkan ke dalam chiller sebentar sebelum dipotong. Aku hanya masukkan ke dalam paper souflle saja. Silakan...silakan apa-apa saja... sama ada untuk lihat saja atau untuk saja-saja menyalinnya atau untuk mencuba. Malatop atau tidak Red Velvet ini, terserah pada selera masing-masing.

RED VELVET CAKE versi 1

[u] (Tak ingat sumber dari website mana)

A (bahan untuk diayak bersama)
250g cake flour
1 tsp baking powder
1/2 tsp garam
2 tsp koko powder

B: 240 ml buttermilk (240ml susucair + 1 tsp cuka, biarkan 10 minit)
2 tbsp pewarna merah - dicampur ke dalam buttermilk

C: 113g butter
300g gula castor
2 bj telur gred A
1 tsp vanila

D: 1 tsp cuka
1 tsp baking soda

Kaedah:
1. Pukul butter selama 2 minit.
2. Masuk gula castor, pukul lagi 3 minit.
3. Masuk telur sebiji sebiji.
4. Masuk vanila
5. Masukkan A - tepung dan buttermilk berselang seli. Mulakan dengan tepung, akhiri juga dengan tepung.
6. Dalam bekas kecil, curahkan cuka ke atas baking soda (bahan D). Habis saja buih, terus curahkan ke dalam batter.
7. Masukkan ke dalam 3 biji loyang 9". Bakar pada suhu 175g selama 30 minit.


Red Velvet Cake versi 2
(sumber dari www.foodnetwork.com)

Bahan-bahan:
2 1/2 cawan all-purpose flour
1 1/2 cawan gula
1 tsp baking soda
1 tsp garam halus
1 tsp serbuk koko
1 1/2 cawan minyak sayur
1 cawan buttermilk - pada suhu bilik
2 biji telur gred A - pada suhu bilik
2 tbsp(1 oz) pewarna merah
1 tsp cuka
1 tsp vanilla extract

1. Griskan tincake 9", taburkan tepung sesikit.
2. Dalam mangkuk, ayakkan tepung, baking soda, garam dan serbuk koko. Masukkan gula. Gaul rata.
3. Dalam mangkuk yang lain, pukul telur, buttermilk, minyak, pewarna merah, cuka dan vanila.
4. Masukkan bahan 2 ke dalam 3, pukul hingga sebati dan smooth.
5. Masuk ke dalam tincake dan bakar.

Pilihan Frosting:

Butter roux:

3 tbsp gandum
1cawan gula
1 cawan butter
1 cawan susu segar
1 tsp vanila

Kaedah:
1. masukkan tepung ke dalam sedikit susu, kacau rata. Kemudian tambahkan lebihan sus, kacau sebati.
2. Masakkan susu sehingga agak pekat. Sejukkan.
3. Pukul butter, gula hingga gebu. Masukkan susu tadi. Kacau. Anda akan dapat tekstur seperti whipping cream.

Creamcheese buttercream? Ramai yang sudah tahu kan?


[quote] jom borak...
ida isk merpati66@yahoo.com - [Link] kalao malatop masa bako, warnanya lagi dramatik...kuang kuang kuang

boxhousestudio boxhousestudio@gmail.com - [Link] tunggu akak buka boxhousestudiocake... boleh le franchais...hah, bila tu?

asleyza asleyza@yahoo.com- akak juga masih baru, sayang. ada banyak panggilannya- cream cheese frosting, creamcheese icing, creamcheese buttercream. ada banyak versi resepinya. basicnya butter, creamcheese, gula aising. ada yang guna brown sugar. akak tak pernah cuba yang guna brown sugar tapi akak rasa brown sugar bersifat lembab, kurang membantu fluffy. akak gunakan resepi yang akak modified sendiri - ini yang dipanggil creamcheese buttercream kot... akak guna 250g butter, 250g creamcheese, 120 g icing sugar. Ada orang mengurangkan separuh kandungan butter kerana sukakan manis. Akak tak suka manis. Akak masukkan sedikit lemon paste. harap info ini membantu

Nur - [Link] macam Velvet Af?

mamasya - [Link] wadduh! powernya ayat mama... merah dengan posing terbelah dua...

Fadzil fadzilsalleh@yahoo.com - [Link] cubalah, baru tahu sedap atau tak. salam kat alida ek

chendana ayu_cendana@yahoo.com - [Link]- terimakasih kerana suka datang ke laman akak ni. pergi websitenya, link ke e servis, ada borang dan jadual kursus. tapi kursus kek pastri tahun ni dah habis, kena isi tahun depan. tengok nama penyelianya. lebihkan usaha sedikit, buatlah emel rayuan... hendaknya dia ambil perhatian terhadap emel cendana.

ummiaqil@nagaoka sh.shada@yahoo.com - [Link] klau rajin, try la... akak nak lempar ke jepun, takut tersangkut pulak atas pokok sakura.. ho ho ho

boxhousestudio boxhousestudio@gmail.com - [Link] tentu kerana mak cik ni rajin dan tabah kak tun, tambah pula air tangan dia sedap kot. melt ur heart? he he he

Mat Gebu - [Link] cubalah mat.... alahai, kuih lapismu menggoda betui

jeff - [Link] ye ke? bila nak cuba?

hajar - [Link] bagus le berkobar-kobnar, jangan sampai malatop dah




Wednesday, 21-Nov-2007 14:16 Email | Share | | Bookmark



Memandangkan jarak Shah Alam ke Pekan adalah jauh, kata putus kek ditempah di Pekan saja. Tambahan pula, Suhaili dan Riani sepakat tidak mahukan kek fondant mahupun hiasan royal aising.
Ini adalah hantaran pengantin lelaki, Suhaili untuk Riani.
Kek ini aku hias dengan riangnya kerana ibu saudaraku dari Kesang Laut, Muar datang danb tidur di rumahku semata-mata hendak mencari ilmu mendeko kek. Emak membebel kerana adik bongsunya itu tidak tidur di rumahnya.
Mak Ucu Aini dalam ketawa menjawab, "Bermalam di rumah engkau aku dapat tahi mata je, lebih baik bermalam kat rumah zati, boleh belajar deco kek."
Ho ho ho, aku sendiri masih dalam peringkat belajar, Mak Ucu.
Ketika aku menukar cornelli lace kepada huruf s, Mak Ucu menjawab, "Wah! INi kalau Pak Cik Man kau tengok, dia tentu kata - wah, orang deko kek asyik ingat nama Sulaiman je ni... beratur huruf S." Kami sama-sama ketawa.
Pagi esoknya, ketika Pak Cik Man, suami Mak Ucu melihat kek ini, aku mengusik, "Pak Cik, tengoklah kek ni, dok ingat kat pak cik tengah tidur, saya tulis huruf S terbaring."
"Eh! Apasal huruf S kau pergi baring-baring lak?"
"Tu tanda Sulaiman sedang tidur." Aku senyum mengusik
Ketawa kami bertiga pecah berderai di dapur.
"Eh! Cupcake semalam ada lagi tak?" Pandangan Pak Cik Man liar merayap ke atas meja.
"Kek saemalam? Oo, ada." Aku teringat Red Velvet Cake yang cukup moist itu.
"Kasi Mak Ucu resepi, Pak Cik kau suka betul nampaknya kek tu."
Aku akan berkongsi resepi Red Velvet Cake dengan sahabat-sahabat fp pada entry akan datang.





[quote] jom sembang
boxhousestudio boxhousestudio@gmail.com - [Link] homestay? nanti kita buatkan challet kat rumah kita... rumah saya rumah kampung kak tun, dah nak roboh..

<< jeff >> - [Link] terima kasih, jeff kerana datang ke sini dan meninggalkan jejak

chepah chepah75@yahoo.com - [Link] banyak emel minta buat kelas tapi ilmu akak cetek lagi nih...

along2929 - terimakasih kerana datang ke sini meskipun tak meninggalkan jejak. di sini saya berkongsi apa yang tahu. pertanyaan boleh diemelkan.

ummi@aqil sh.shada@yahoo.com - [Link] - rumah tak ada jalan masuk. musim hujan, berlecak paras betis. tunggu jalan ada,

nabialishad - [Link] check ur mailbox

zura zura1827@yahoo.com - [Link] terima kasih zura kerana meninggalkan jejak dan bagus komen zura. akak tak selitkan bunga putih sebab akak gandingkan dengan warna hijau ala daun kering. kalau akak masukkan putih, akak kena masukkan hijau terang. Bila akak pilih hijau ala daun kering, maka akak kena gandingkan dengan oren buruk-oren bunga musim luruh.

mamasya - [Link] - itu kek yang dideco dalam keadaan tergesa-gesa - 5 biji kek deco dalam sehari di samping berkejar memasak untuk kenduri mak ayah nak ke Mekah... kek yang dikeluarkan dari chiller tak sempat keluar segala lembapannya, sebab tu ada lebihan lembapan yang menitis ke warna oren... ishh!

hajar - [Link] resepi Red Velvet Cake dah ada dalam entry terbaru tapi tanpa si pinggu . selamat mencuba


Tuesday, 20-Nov-2007 12:10 Email | Share | | Bookmark
SELAMAT PENGANTIN BARU RIANI-SUHAILI

 
 
 
Riani datang ke rumah bersama adiknya. Melalui adiknya, kek choc moist zati d'hati sering menjadi kudapan sekeluarga. Untuk tempahan perkahwinannya, Riani tetap memilih choc moist sebagai asas batter, fillingnya adalah ganache coklat dengan frosting yang didahului dengan topping chocolate sebelum dilepa dengan orange buttercream. Untuk kek dua tingkat ini, Riani telah memilih design lain tetapi kerana design yang diperlukan oleh Riani itu memerlukan kek yang tebal, maka aku terpaksa menukar designnya. Untuk memenuhi citarasa yang tidak sama, kek di bahagian bawah adalah orange buttercake dengan lepaan orange buttercream.
18 november, bersatulah dua hati dua jiwa setelah ijab terlafaz, kabul pun meletakkan tanggungjawab besar di pundak suami isteri Suhaili-Riani. Selamat pengantin baru.



[quote] jom borak...
kamalina - [Link] kalau sayang nak makan, kita hantar muzium, kam. tak sempat dipamerkan, orang2 muzium dah makan kuang kuang kuang... jangan2 nama menantu kita nanti pun hampir-hampir sama...ahaks..

ummi@aqil - [Link] kalau sayang nak potong, kita ambik guna sudu je...
IP: 124.100.211.156

MamaFaMi - [Link] sweet untuk loving couple

masriyah - [Link] tq, biasa-biasa aja bukk

chendana ayu_cendana@yahoo.com - [Link] terima kasih datang ke laman saya ini. kita berkongsi ilmu dan tips di sini, insyaALLAH

Mat Gebu - [Link] wah, mat, gembira saya mat datang ke sini. kalaulah skrin ni boleh beri perisa dan aroma, ramai orang main colek-colek skrin je bila terliur ek... ahaks

ida, kuantan ieder_immi@yahoo.com.my - [Link] 1. tahniah mengandung. kalaulah tak gugur tu hari, anak kita nanti sebaya je ek. 2.kek horlick buat bila ditempah. bila nak calling2 la. 3.akak dah pi hari tu lagi kat fp korang. weee, lawonya kate wrought iron tu. akak rasa ko kena buat tiers cake stand dengan wrought iron la... tentu ramai member baking fp berkenan. guana?

chepah chepah75@yahoo.com - [Link] ewwah cepah... cantik kek fondant ko ya... nasib baik tak sumbing kek tu dek kerana chepah tak henti menjeling hasil tangan sendiri. teruskan chepah, akak doakan

boxhousestudio boxhousestudio@gmail.com - [Link] kak tun, terasa kek kahwin tak mengapa, jangan terasa nak kahwin lagi sekali dah lah...sanding lagi sekali tak apa


Monday, 19-Nov-2007 14:07 Email | Share | | Bookmark



Melukis di atas kek adalah satu kerja seni yang kukira memang perlukan caj tambahan. Selain penambahan bahan seperti piping jelly dan coklat, penghasilannya yang melalui proses cerewet dan harga masa perlu diambil kira. Bagiku, bukan saja kreativiti yang teruji tetapi juga kesabaran dan kesungguhan.
Anak kecilku, Ahmad Taqiuddin amat gemarkan lukisan di atas kek. Setiap kali siap lukisan kartun di atas kek, dia akan mendongeng, "harijadi adik nanti, adik nakkan kek gambar ini." Aku pasti pada birthdaynya nanti, dia sukar memilih watak yang akan menghiasi keknya.
Terima kasih, Cikgu Roslina yang menempah kek ini untuk anaknya M. Hadif. Happy birthday, Hadif.



[quote] jom borak:
ummi@aqil - [Link] kalau tak ada cabaran, tak syok, aisyah. macam juga memandu, kalau di jalan lurus, mengantuk.

mamasya - [Link] - ni lah melayan kerenah anak. jealous tengok gambo chece dalam entry. posing konon-konon potong kek tuh... peluk cium kat anak mamasya mmmmmuah




[<<  <  12  13  14  15  16  17  18  [19]  20  21  22  23  24  25  26  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net