Zati D'hati Fancylicious Cakes

By: amaruszati noor rahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  11  12  13  14  15  16  17  [18]  19  20  21  22  23  24  25  >  >>]    [Archive]
Friday, 30-Nov-2007 17:09 Email | Share | | Bookmark





Usai subuh, aku ralit menaip menyambung naskah novel. Kemudian mamazieza call mengusik cupcake ala aiskrim itu. Masuk pula sms seorang pengunjung fp, minta buat kelas. Sedang membalas smsnya, tiba-tiba teringat order fondant.
"B, hari ni hari apa?"
Hubby terpinga-pinga. "Entah!" Ugh! Kalau pada hari cuti sekolah , memang dia tidak ingat hari.
Hp menunjukkan tarikh 30 november. Betul ke 30? Mataku melihat kalendar. 30 - jumaat? Ya Allah, ada order fondant hari ni, jam 5 petang. Aku mengutuk diri sendiri. Mati-mati aku ingat hari ini hari khamis. Dalam perancangan, hari khamis pagi bakar kek, petang selimut kek. Adduh!
Aku bergegas ke dapur. Membakar kek. Letak saja kek dalam oven, jari terus memintal tape hijau melilit bunga. Bunga-bunga halus kecil telah dibuat si suntiku, Azzahra. Terlihat pula bunga nampak suram tanpa putih. Buat pula bunga putih. Sempat tak kering ni? Bimbang pula bunga-bunga ini jatuh berdebuk jadi bunga rampai kerana tidak cukup kering. Sekuntum ros yang kubeli tersimpan dalam stok bakery kugabungkan dalam gubahan ini.



Ada yang teringin membuat bunga dari sugar paste? Ini resepinya, dari fail teacher Beth:

60g cornflour diayak tiga kali bersama 400g gula aising. Campurkan dengan 22gm gam tragaganth. Masukkan 60g air, 22gm glukos syrup. Uli. Masukkan shoretening 22 gm. Uli lagi dan masukkan ke dalam peti sejuk semalaman. Esoknya, bolehlah lembut-lembutkan tangan. Doh ini tidak boleh terkena angin. Bahagian luarnya akan mengeras. Tetapi anda boleh mengulinya semula/ Ia akan kembali lembut.

Bila saja kek masak, aku mencairkan gelatin mengadun dengan glyserine dan glucose syrup, menguli. Afni yang menempah kek itu mahukan warna purple pekat untuk bunganya. Aku mencampurkan lima bahagian rose pink dan 1 bahagian violet untuk mendapatkan warna very light sweet lavender. Kepala perlukan ketenangan untuk kerja-kerja seni begini tetapi anak-anak bergaduh. Serabut. Terus terang, aku belum bijak mengatur bunga untuk fondant. Di bahagian bawahnya, aku deko dengan bunga-bunga kecil daripada royal aising menggunakan noozle star. Sedikit riben sebagai hiasan tambahan. Puas hati? Aku mencebik. Nampaknya tidak berpuas hati, kerja dalam keadaan terkejar-kejar, kalut, semuanya jadi kelibut. Cuma bersyukur kerana bunga-bunga mengering dan kemas lekatnya. Syukur ya Allah.
Sedang menaip entry ini, masuk sms dari Afni: tq bebanyak pada akak coz kek tu memang cantik dan kreatif. Macam order kat kl dulu. Memang berbaloi dengan harga. Next time mesti order lagi. Tersenyum aku membacanya. Adduh! Hanya aku yang masih tidak berpuas hati. (Ketika foto ini dirakamkan, kek baru siap. Kelihatan basah kesan repair)
Selesai fondant, ada kerja lain menunggu. Tiramisu!



[code][quote] jom borak
wiz - [Link] tqvm, wiz. memang maklum jangan lebih 3 warna (tidak termasuk warna daun tetapi pada saat yang cukup semput tu, tersalah bancuh royal aising untuk bunga pada border. nak dapatkan sweet lavender tapi terletak banyak pink, akhirnya banyakkan terus. nanti kasi komen lagi ya wiz..

ummiaqil@nagaoka sh.shada@yahoo.com - [Link] alhamdulillah kerana doamu dari jauh menjadikan kita akrab. insyaAllah, akan dipermudahkan segalanya untuk kita.

kamalina - [Link] masa akak kecik-kecik dulu, orang tak reti sebut purple. orang dulu lebih selesa sebut biru biji kundang atau ungu.

chendana ayu_cendana@yahoo.com - [Link] tq, dah selalu akak ke situ. Ada yang menarik dan ada pula yang terlalu banyak campur warna
baca citer kat zati....seolah berada dlm dunia akak..terkejan2 penat ,letih risau semuanya ada . ,last ending berjaya, tersenyum simpul sy sensorng...

soulha: awww.... he he he... terjangjkit perkataan 'pondan'

lynnhassan lynnhassan@yahoo.com - [Link]
kadang-kadang excited dan malas berhenti membentuk bunga, kadang-kadang boring bila fikir pc memanggil-manggil minta sambung mengetuk keyborad...addduh

zura zura1827@yahoo.com - [Link] tiramisu yang akak buat ni bukan untuk jual, dik.... anak-anak nak makan... kalau jual tak le hias sempoi gitu

chepah chepah75@yahoo.com - [Link] insyaAllah, dikit demi dikit chepah akan dapat mengatur waktu

mamasya - [Link] - tqvm. azzahra tu kasar dan lasak seperti lelaki tetapi kreatif dan kerajinan pada kerja tangan menunjukkan jiwanya perempuan



Thursday, 29-Nov-2007 17:29 Email | Share | | Bookmark
ADDUHHH



Selepas 6 bulan menghadiri kelas fondant dengan teacher Beth, aku langsung tidak mempraktikkan ilmu dari kelas itu. 6 bulan itu aku menyedari fondant tidak digemari di tempatku kerana pandangan pengguna di sini, biarlah yang dibayar itu bukan saja sedap dipandang tetapi juga enak. Memang BC lebih enak dari fondant, tak dapat dinafikan. Kadang-kadang termenung juga - RM1500 aku habiskan untuk kelas fondant tetapi tidak ada satupun tempahan yang boleh dijadikan medan kreativiti.
Tiba-tiba masuk tempahan pertama, kategori urgent case. Order hari ini untuk ambil esok! Mulalah sibuk membuka fail kelas fondant. Alamak! Sukatan gula telah diajar pakai agak-agak saja mengikut sentuhan tangan. Saat macam ini, bimbangnya tidak menjadi, maklum saja waktu suntuk. Minta resepi dengan seorang sahabat. Eh! Ngapa gelatin pekat semacam ni? Meskipun tahu ada yang tidak kena, kuuli juga tapi tidak boleh, kenyal dan elastik semacam. Hendak menyemak resepi sahabat tadi dalam melbox, anak pula bertongkol di depan pc main game. Mahu tidak mahu guna juga resepi dalam fail kelas fondant. alhamdulillah, menjadi. Kerana tiada waktu untuk buat bunga sendiri, guna saja yang telah siap. Sebenarnya hendak mengelak sangat guna bunga dah siap ini tapi dah tiada arah, guna jugalah. Fondant licin dan tidak merekah, tak perlu direpair. Pesanan teacher, jika ada rekah dan tidak licin, gosok dengan tuala lembab. kalau ada banyak repair yang perlu dibuat, basahkan tempat yang hendak direpair itu kemudian perbaiki dengan belakang sudu. Akhirnya ratakan dengan berus lukisan basah. Hallo! Pastikan berus anda kategori halal ya. Kalau susah sangat, carilah berus lukisan bulu nylon.Namun untuk fondant di atas, aku seperti mendapat restu Tuhan, tidak ada pembetulan perlu dibuat. Foto ini kukirim kepada seorang sahabat untuk meminta komennya. Kata sahabat - congratulation tapi bunga nampak setompok, sepatutnya dibuka dan diatur, riben tak perlu banyak, kata orang putih less is more. Aku senang dengan kritikan membina ini. Dengan kritikan begini, aku dapat membetulkan kesilapan. Kuamati bunga di atas kek itu. Ya, memang benar, bunga nampak setompok dan tinggi- cacat. Riben nampak lebat- cacat. Aku berharap akan ada order fondant pada waktu-waktu terdekat supaya aku dapat berlatih dan menduga kreativitiku. Terimakasih kepada sahabatku, Wiz yang sudi memberi pandangan. I love it.
Di bawah ini adalah foto kek di kelas fondant dan lihat tu... memberi sentuhan gabungan warna terracota, peach dan brown pada daun-daun itu satu persatu. Sabar ajelah...




[code][quote] jom borak...
hajar - [Link] - rupa belum menjajikan kesempurnaan, tak begitu, jar?

ine sena ine.sena@gmail.com- ide, makasih datang ke sini. sudah ku addlink mu. wah! tibat-ba saja aku terlempar ke kota bunga nusantara, ke kaliurang, kemudian menyusuri malioboro. Kemudian masuk ke toko buku gramedia. Buku-buku masak banyak sekali dong ... kalo aku ingin mengirimmu membeli buku-buku resepi bisa nggak?

MamaFaMi - [Link] inilah tangan kerasku...hu hu hu...

ummiaqil@nagaoka sh.shada@yahoo.com - [Link] betul tu, bunga salah posisi... huwaaaa... senyumanku jadi manis kerana terkena aura gula aising yang sarat dalam fondant...kuang kuang kuang

wahhhhh cayaaa la zati.. merah lipstik tu.. Fri 30-Nov-2007 10:21 Ish! nampak ke merahnya? he he he...dok di dapur pun, melaram tetap melaram

mamasya22@yahoo.com- ada kelas yang murah, ada yang mahal. bukan saja bergantung pada modul tetapi bersar faktornya bergantung pada ketegaan seseorang guru meletak harga ilmunya.

zaitgha zaitgha@gmail.com - [Link] kongsi setakat yang saya tahu, zai...

Ana - Hem, nak yang murah kena belajar dengan zatidhati... he he he... belajar dari buiku pun boleh Ana.

rinnchan - [Link] ni masa belajar bukan mainlah tertibnya, patuh pada guru katakan. Tapi bila buat kat rumah, tak sompek den nak ngalo bungo...


Thursday, 29-Nov-2007 01:08 Email | Share | | Bookmark



Mengemas bakery, terjumpalah jelly, tersorok nun jauh. Baiklah dimasak sebelum makin tersorok hingga terluput tarikh dan menjadi habuan tong sampah. Buatnya tidak sampai sepuluh minit, letak nata de coco saja. Fruit cocktail habis. Bekukan. Kemudian pukul whipping cream, dan swirlkan. Noozle yang aku gunakan? Jangan tanya nombornya. Aku guna noozle cap ayam, tiada bernombor.



inilah rupanya noozle cap ayam yang banyak membantuku. Noozle ini juga yang aku gunakan untuk swirl cupcake dalam entry dulu. Juga untuk swirl di atas novelty cakes yang dihias swirl dengan buttercream rich pure chocolate. Harap ini dapat menjawab pertanyaan Zaitgha dan lain-lain teman yang menghantar emel. Ada yang minat dengan jelly cup ini? Ha...tanya mamazieza!

Selesai jelly, aku menyiapkan tempahan Arjue. Arjue kerap berpesan, jangan manis sangat. Adduh! Kalau dilukis dengan piping jelly, rasa manis memang tidak dapat dielakkan. Jenuh berfikir bagaimana untuk mengurangkan manis. Kalau menggunakan taburan choc rice, ia juga terlalu manis untuk orang yang kurang gemar manis. Aku menggantikan cahaya ultraman itu dengan kelapa berwarna (sepatutnya cahaya itu dibawa oleh piping jelly yang manis). Sesuai tak kelapa dengan kek coklat? Aku terlebih dulu mencubanya di atas sebiji cupcake bertopping dan ngapppp...ok juga. Coklat memang sesuai diganding dengan benda-benda yang berlemak selain digandingkan dengan benda-benda yang berasaskan koko dan oren. Kelapa? Ok juga meskipun rasanya tidak sehebat taburan choc rice atau parutan coklat.



Kata Ahmad Taqiuddin, "buruknya ultraman umi. Ultraman umi tak ada tanduk. " Hu hu hu, umimu bukan seorang pelukis, sayang.
Ini order ke lima dari Arjue rasanya. Dua orang anak kecil yang menyambutku di rumahnya buat aku tertarik.
"Kembar?"
Arjue menggeleng. Rupanya seorang anak kandung, seorang anak angkat tetapi kedua-dua anak usia dua tahun itu seiras wajah dan bentuk tubuhnya. Barangkali dibesarkan dengan kasih sayang dan air tangan yang sama, aura sekelurga itu turut menguasai si anak angkat. Ketika catatan ini kutulis, wajah si kecil berdua itu terbayang dan aku terasa sunyi tanpa anak kecil. Fuhhhh...

Sebelum ke rumah Arjue, Kak Ida - pekerja kedai mak bondaku, meminta kek bagi pihak jirannya. Dia teringin sangat menyambut harijadi anaknya dengan baject yang kecil. "Dia baject RM20 saja, tak ada baject nak buat besar-besar. Saja-saja nak besarkan hati anak." Kalau sesaja nak putar kek, masak topping dan buat buttercream, rasa agak malas juga tapi banyak benda yang jadi penyelamat untuk aku membantu jiran Kak Ida membesarkan hati anaknya. Kek chocolate moist memang sentiasa bersimpan di dalam chiller 20-30 biji. Jarang-jarang keputusan kerana setiap hari kek ini pergi dan perlu ditambah. Adunan topping hanya perlu didouble boiler sebentar. Buttercream yang tidak diletakkan sebarang susu mahupun whipping cream, memang tiada masalah disimpan lama. Kek choc moist 600 g itu hanya kulengserkan topping, taburan choc rice di tepi, bunga dari sugar paste yang memang banyak dalam stok bakery, sedikit picitan buttercream hijau dan tulisan merah. Untung? Ada untung, bukan tidak ada. Kadang-kadang aku perlu meletakkan diri di tempat orang lain - yang inginkan sesuatu, ingin membahagiakan orang lain tetapi keupayaan terhad. Kita semua kadang-kadang mengalami situasi begini. Aku menghela nafas lega selesai menghias kek ini. Terasa bahagia kerana membuat seorang ibu bahagia dapat membuatkan anaknya bangga dan bahagia. Hemmm, banyaknya perkataan bahagia... bukankah besyukur atas segala nikmatNya akan melimpahkan bahagia di mana-mana dan sedikit demi sedikit mengusir lara seandainya ada...


[code][quote] jom borak
kamalina - [Link] terkenang zaman akak budak-budak dulu, tak pernah sekali pun sambut birthday kerana keadaan tak mengizinkan. Sebab tu akak jadi faham si ibu ...

Daalia lea1207@yahoo.com - [Link] kita mesti belajar membahagiakan orang lain. Tq singgah ke bakery akak

mamasya - [Link] order masuk setiap hari, ma...jadi mesti ada stok dupaya tak kelam kabut

selendang merah- benar, meskipun kadang-kadang kita tidak mau orang lain mendirikan kebahagiaan di atas keruntuhan kita

zakiah z - [Link] yezzzz, balik melaysia nanti buat ya. Sewaktu membuat kek RM20 untuk kak chik, dan sewaktu menulis entry ini, saya tak fikir tentang pahala. Saya hanya fikir bagaimana untuk membuat anak dan ibu itu bahagia...

ummiaqil@nagaoka sh.shada@yahoo.com - [Link] he he he...tangan novelis tak sehebat tangan penyanyi yang glamorous tu...

arjue arjue8488@yahoo.com- tq, arjue. engkaulah pelanggan mesraku. kau belajar uli roti je lah... bahagian kek kasi akak... he he he


Monday, 26-Nov-2007 18:34 Email | Share | | Bookmark
NOVELTY & CUPCAKE





Choc fudge cakes dihias dengan kuih belanda, kepingan wafer mentega, kepingan cooking choc, melted cooking choc dan ceri. Ini adalah kerja sesudah maghrib. Siang, sempat aku siapkan tempahan cupcakes - carrot walnut dengan frosting creamcheese, cake pandan dengan frosting pandan coconut, kek coklat dengan frosting chocolate dan pure coklat powder.
berkongsi dengan teman-teman di sini, aku tidak hanya memasukkan vanila ke dalam buttercream. Pada hematku, perisa buttercream mestilah sesuai dengan kek. Aku terlebih dulu fikir. Tidak main campak sebarang perisa gedebak gedebuk begitu sahaja. Tidak juga bergantung sepenuhnya kepada vanila semata-mata. Ada banyak perisa di pasaran. Antaranya strawberry, yam, oren, butter, cappucino, choclate emulco, coconut, pandan, macam-macam lagi - sama ada dalam bentuk paste ataupun oil. Lambakan pelbagai perisa ini boleh dimanfaatkan ke dalam buttercream. Cuma bagiku sebagai baker amatur, aku memikirkan kesesuaian perisa buttercream dengan kek. Misalnya, sesuai tak kek pandan digandingkan dengan buttercream perisa oren? Tentu pandan lebih sesuai dengan buttercream yang mengandungi pandan paste, ataupun coconut paste ataupun pandan coconut ataupun masukkan saja santan serbuk. kemudian fikir pula tentang warna paste itu jika paste itu berwarna. Pandan paste misalnya hijau, mungkin tak sesuai dengan kehendak pelanggan yang mahukan warna tertentu yakni yang bukan warna hijau. Misalnya merah. Jadi, aku memilih perisa yang jernih seperti coconut paste ataupun aku menggantikannya dengan santan serbuk. Penggunaan santan serbuk lebih enak daripada penggunaan paste, di samping membantu kestabikan konsintensi buttercream. Sekiranya warna yang diperlukan tidak sama dengan basic warna paste , aku hanya bergantung kepada vanila, almond dan butter oil. Creamcheese frosting - aku tidak sukakan frosting yang manis dan kaya cheese, penggunaan gula dan creamcheese aku kurangkan, dengan melebihkan butter dan kadang-kadang mencampurkannya dengan creamwell. Teringat pada kata-kata sifu Chef Anuar - dalam dunia bakery tidak ada pembaziran. Semuanya boleh kita hasilkan, boleh dimakan asalkan kreatif. Yang tidak menjadi pun akhirnya akan menjadi. Begitulah!



CARROT WALNUT DENGAN CREAM CHEESE FROSTING


PANDAN DENGAN BUTTERCREAM PANDAN COCONUT




Code:
[quote] jom borak

soulha - nak magi jampi apa? zam zam ala kazam... he he he

hajar - [Link] ya Allah, jar.... nanti kena beli cecair pencuci skrin berbotol-botol pulak... ha ha ha

Ana - [Link] ana pun boleh buat yang lazat dan menarik, lebih dari yang akak buat ni...percayalah.

chepah chepah75@yahoo.com - [Link] wah, cepah. pi kelas tiap hujung minggu. pas ni bolehlah akak belajar dengan chepah pulak.

ummiaqil@nagaoka sh.shada@yahoo.com - [Link] yup! halal... itu tujuan buat makanan dari tangan muslimah kan?

mamasya - [Link] mamasya, akak gunakan coconut cream powder. masukkan ke dalam buttercream sesedap rasa. kalau nak letak pandan paste boleh, tak letak pun boleh. up tu you. bezanya bila letak coconut cream powder, rasanya lebih pure berbanding pakai coconut paste. ngapa akak cakap macam tu? sebab pak cik mak cik yang umur 70, 80 tahun pun makan kerana rasanya berbeza dengan BC lain.
I
masriyah - [Link] asyik melihat je, tak siaplah kerja lain. Nanti hubby tercongang-congang lak... apasal bini aku ni... he hehe

Noni black_3307@yahoo.com.my - kau pun boleh buat, noni...percayalah...

lynnhassan lynnhassan@yahoo.com - [Link] oooo, malulah pulak .... swirl akak ni pakai putar je...tak tahu le betul ke tak.

Nur - [Link] kalau orang tanya akak, ngapa badan naik sangat nih...akak jawab kenyang dengan bau kek...

boxhousestudio boxhousestudio@gmail.com - [Link] kak tun, gambo ada dalam entry terbaru. nozle cap ayam, tak ada bernombor... cari le kat kedai yang patern tuh... nak buat swirl tu kena buat sambil goyang inul he he he

ida isk merpati66@yahoo.com - [Link] ida punya cuppies pun apa kurangnya...

zaitgha zaitgha@gmail.com - [Link] zai, tq add comment. bila nampak komen you ni, baru teringat emel you belum berbalas. so sorrryyyygamba noozle dalam entry terbaru.

kamalina - [Link] meh, datang pekan. kuhidangkan untukmu

mamazieza -jangan berjejes air liur dah la, mama...

chendana ayu_cendana@yahoo.com - [Link] cendana pun boleh buat lebih baik dari yang akak buat ni...



Sunday, 25-Nov-2007 20:13 Email | Share | | Bookmark
PANDUAN MENGOLAH WARNA

Seni menghias kek, memilih dan mengadun warna pasti mengingatkan kita pada kelas lukisan di sekolah dulu. Entah kerana apa, subjek lukisan bukanlah subjek kegemaranku. Kerja lukisan tak pernah siap. Ini berlarutan hingga aku ke SMTeknik. Selalu benar kerja lukisan Binaan Bangunan tidak siap. Tetapi anehnya pada 2001, jiwaku tiba-tiba terangsang untuk melukis. Saat itu aku menafsirkan melukis itu boleh memberi ketenangan. Mainan warna itu satu daripada terapi jiwa.Maka aku meminta hubby membelikan kanvas dan cat minyak. Dapatlah kusiapkan satu luahan di situ.



Ayah saudaraku, orang istimewa kerana kekurangan jari, Osman Limat namanya, seorang pelukis yang banyak merebut hadiah di peringkat kebangsaan. Katanya,”tak payah beli kanvas, mahal. Beli kain belacu, sapu lapisan cat asas siling. Akan jadi tebal macam kanvas juga.” Busu (Osman Limat) juga memberitahu melukis di atas polistrene adalah murah. Busu selalunya membentuk terlebih dahulu polistrene itu manjadi seperti bentuk kepingan kayu. Kemudian dilukis seni di atasnya dan diwarnakan bingkai kulit kayu di tepinya. Aku teringin melukis si atas polistrene seperti Busu tetapi tidaklah pula membentuknya seperti kepingan kayu, Hanya melukis di atas polistrene bentuk segi empat. Inilah antara lukisan orang yang tak pernah minat subjek seni lukis dulu. Hasil yang kaku.


Perkongsian hari ini ialah tentang campuran warna. Seperti dalam kelas seni lukisan, kita diajar mencampur warna-warna untuk menghasilkan satu warna yang lain. Nampaknya itu jugalah yang perlu kita lakukan dalam seni menghias kek.
Ketika membuat reseach di internet, aku menemui ilmu campuran warna. (Duhai, aku tidak ingat nama website yang membantu pendeko-pendeko menghasilkan warna untuk hiasan kek. Wilton kot. ).Aku ingin berkongsi penemuan ini dengan semua yang ingin tahu. Untuk tulisan ini, BC adalah singkatan untuk Butter Cream.



Untuk menjaga konsistensi BC, warna paste dan serbuk adalah lebih baik. Warna paste keluaran wilton dan chef master misalnya, ditutup dengan aluminium foil di atasnya. Untuk memanjangkan hayat warna, lebih baik jangan dibuka foilnya. Anda hanya perlu mencucukkan saja pencungkil gigi menembusi foil untuk mengangkat warna. Paste mempunyai kepekatan yang likat. Selalunya sedikit sahaja sudah memadai. Untuk jadual bancuhan di atas, ada baiknya menggunakan pencungkil gigi atau lidi. 1 calit dikira satu bahagian. Manakala `sentuhan’ cukup dengan mencuit sikit saja warna yang terlekat pada lidi ke atas aising. Gunakan lidi yang baru. Jika anda menggunakan warna-warna yang memerlukan banyak penggunaannya, anda boleh menggunakan pisau bersih. Untuk mengelakkan warna yang tidak sama, anggarkan aising yang mahu digunakan mestilah cukup untuk diwarnakan. Mewarna aising sedikit-sedikit mungkin akan menyebabkan warna yang tidak seragam.
MARI KITA MEMBANCUH WARNA. AHA….

HITAM:

Sekiranya tidak ada paste atau liquid hitam, kombinasi royal blue, merah, oren dan kuning lemon boleh menghasilkan hitam. Membeli warna hitam bukanlah penyelesaian untuk menghasilkan aising berwarna hitam Berapa banyak pun kita masukkan hitam, kita tidak akan mendapat aising hitam yang sebenarnya. Tipnya – campurkan dark brown colour atau warna coklat ataupun chocolate emulco dengan warna hitam.
(Aku pernah cuba letak warna hitam saja tetapi letak sebanyak manapun tidak dapat hitam legam meskipun disimpan di dalam chiller semalaman. Nyata hitam seperti tidak membiakkan warna. Campuran coklat emulco membantu mendapat warna hitam. Tips ini turut disokong Misliha)

GOLD:
Fp Lynn Hassan menjawab pertanyaan pendeko untuk menghasilkan warna gold. Sedikit warna coklat dicampurkan dengan lemon yellow. Aku mencubanya. Ternyata warna lemon yellow lebih banyak daripada coklat digunakan. Campuran lain yang mungkin boleh membantu ialah 10 bahagian lemon yellow, 3 bahagian oren dan 1 bahagian red.

COKLAT
Campuran merah dan hijau boleh menghasilkan coklat. Kadang-kadang warna hijau akan terlebih ton kerana asid di dalam aising, misalnya daripada jus lemon dan cream of tar tar, jadi abaikan penggunaan asid. Juga campurkan ¼ tsp air ke dalam bancuhan warna sebelum dimasukkan ke dalam BC untuk menghapuskan ton hijau. (Aku gunakan cara paling mudah, gunakan melted cooking chocolate ataupun serbuk koko. Ia akan memberi perisa yang melazatkan)

MERAH
Payah untuk menghasilkan warna merah terang? Campurkan pewarna merah ke dalam BC dan simpan 24 jam. Warnanya akan semakin terang dan gelap.(Aku mewarnakan BC dengan warna merah dan simpan di dalam peti untuk beberapa lama untuk kemudahan membuat art writing. Warna merah semakin lama disimpan semakin terang warnanya. Untuk tujuan penyimpanan lama ini, BC tidak dicampur susu kerana BC yang mengandungi susu dikatakan hanya tahan dua minggu sekiranya disimpan di dalam bekas kedap udara dan disimpan di dalam chiller. Susu akan memberi rasa yang lain pada BC jika lebih dua minggu disimpan)

UNGU
Pastikan campurkan susu ke dalam pewarna. BC tidak akan menjadi warna biru pudar.

PASTEL
Campurkan 2 bahagian putih dan 1 bahagian mana-mana warna pilihan

APRIKOT
2 bahagian oren campur 1 bahagian golden yellow

AQUA
5 bahagian sky blue campur 1 bahagian hijau daun/leaf green

AVOCADO
4 bahagian lemon yellow campur 1 bahagian leaf green campur sentuhan warna hitam

BURGUNDY
5 bahagian rose pink campur 1 bahagian violet

CHARTREUSE
5 bahagian lemon yellow campur 1 bahagian hijau daun

RUST
8 bahagian Oren campur 2 bahagian merah campur 1 bahagian brown

COPPER
1 bahagian golden yellow campur 1 bahagian brown campur 1 bahagian christmas red

CORAL
3 bahagian rose pink campur dua bahagian lemon yellow

LAVENDER
5 pink campur 1 bahagian violet

SILVER/GRAY

1 bahagian hitam campur 1 bahagian biru

TURQOISE
6 bahagian biru campur 1 bahagian lemon yellow

TEAL
9 bahagian sky blue campur 1 bahagian lemon yellow

MAUVE
5 bahagian rose pink campur 2 bahagian oren campur 2 bahagian merah dan 1 bahagian hitam

PLUM
1 bahagian violet campur sentuhan chrismas red

MAROON
4 bahagian red dan 1 bahagian burgundy

MOSS GREEN
3 bahagian lemon yellow campur 2 bahagian violet

NAVY BLUE
1 bahagian sky blue campur 1 bahagian violet

GRAPE
1 bahagian sky blue campur 6 bahagian rose pink


Nah! Ini jugalah asas yang kita pelajari di sekolah dulu. Aku fikir bukan semua warna terlalu diperlukan dalam seni menghias kek. Bukan warna saja yang memainkan peranan. Deco juga. Wah, catatan ini nampaknya panjang. Aku perlu berhenti sebelum anda jemu.

[code][[size=9]quote]jom borak...
1. maisya - [Link] tu le...masa sekolah dulu, cikgu ngajo depan, akak tulis cerpen kat belakang. Adduhhhh

2.chepah chepah75@yahoo.com - [Link] Akak ni suka lompat-lompat website cari bahan. Mana yang ada, mana yang boleh kongsi, akak kongsi.

3.chendana ayu_cendana@yahoo.com - [Link] insyaAllah, moga doa dimakbulkan. ilmu ni tak ada dalam kursus medc...ho ho ho


4. ummiaqil@nagaoka sh.shada@yahoo.com - [Link] praktikkan, barulah ilmu tu berguna. atau gunakan untuk ajar aqil mencampur warna untuk melukis... he he he

MamaFaMi - [Link] lukis atas kanvas dulu. dah melukis atas kek, tak ada masa pulak nak atas kanvas.

boxhousestudio boxhousestudio@gmail.com - [Link] chewwwahhh

zanaz zanaz70@yahoo.com - [Link] untuk kebaikan bersama

mamazieza- rasa hangat pipi oleh muuuahhhhmu he he

soulha- ilmu digali bukan untuk sorok sembunyikan?

Terima kasih syaring tip2 kaler nie..besar sungguh ilmu yg dikongsi bersama.
Posted by:soulha

unnamed - [Link] tq, diba...

wulan ade_puddle08@yahoo.com- wulan, makasih ya mampir ke bakeryku ini. nanti datang lagi ya...



[<<  <  11  12  13  14  15  16  17  [18]  19  20  21  22  23  24  25  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net