Zati D'hati Fancylicious Cakes

By: amaruszati noor rahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  10  11  12  13  14  15  16  [17]  18  19  20  21  22  23  24  >  >>]    [Archive]
Friday, 14-Dec-2007 03:40 Email | Share | | Bookmark
ILMU DI MANA-MANA. QAYUM. FAHAMI BAHASA ALAM

RALAT - TARIKH PADA FOTO BANJIR SILAP TAIP. 2007 TELAH EKSPRES MENJADI 2008


Belajar itu banyak cabangnya. Dalam kehidupan, kita boleh belajar dari sesiapa saja. Tidak mustahil kita boleh belajar dari pemuzik jalanan, penjual goreng pisang, jurutera, pensyarah, waima daripada pengemis mahupun daripada menteri. Setiap orang mempunyai ilmu dan pengalaman yang berbeza. Ilmu tidak semestinya tersurat dalam buku. Ada yang hanya tersimpan di dada.
Ahad lalu, di Saujana Utama Sungai Buluh, kelas deco bersama Lynn. Bukan harga kelas yang rendah yang menggamit aku ke sana tetapi aku lebih menyifatkan sebagai perkongsian ilmu dan pengalaman. Mengapa aku katakan ilmu tidak semestinya tersimpan dalam buku dan tidak semestinya ada pada chef ataupun tenaga pengajar akedemi masakan? Banyak yang aku dapat daripada perkongsian pengalaman lapan orang baker termasuk sifu kami hari itu, LynnHassan. Daripada Sarifah Talha, aku mendapat tips untuk memasang cutter pada loyang. Sudah lama membeli loyang cutter untuk membuat brownies tetapi sudahnya aku hanya memotong dengan pisau kerana lenguh terkial-kial memasang cutter. Daripada mamazieza, dapat tips bagaimana nak corakkan marble shortbread yang cantik. Daripada Elliez De Heart, pengalamannya buat cupcake boleh dimasukkan ke dalam kocekku. Daripada Suzana dan Lijas, aku memang bertanyakan apa masalah mereka supaya dapat aku kumpulkan kemusykilan-kemusykilan pendeko baru yang sebaris denganku. Kata Zana lewat telefon, betul ke akak baru enam bulan dengan deko kek ini? Aku tersenyum menjawab, “ya, sayang, tapi akak banyak berlatih di atas board.”


Pulang dari rumah Lynn dengan senang hati kerana dapat banyak perkongsian pengalaman dan ilmu, dapat menjalin ukhwah, dapat makan sedap-sedap terutamanya roti jala dan chocolate cheese cake helikonia, dapat pula dibawa hubby Lynn shopping di Bakery Mart- LMC di Bukit Putra. Senang hati juga kerana dapat bawa pulang float 3 tiers, hubby Lynn tolong belikan di Wilton. Esoknya selepas bertemu Norzalina di Selayang Mall, aku ke Wilton di PJ ditemani Hubby dan si sulunbgku, Qayyum. Beli lagi sehingga si sulungku mengusik, “Umi kena duduk atas bumbung kancil.” Hubby pula menjolok, “sepatutnya tak payah sewakan van, kita guna van datang kl.”
Malam pula, bertemu Sous Chef Saiful Bahari dari Izzi Life Style Holding. Urusan untuk menempatkan si sulung bekerja part time di Izzi – Great Italian dan Asian Cruisine sambil belajar Bahasa Inggeris. Jika permohonan ke kelas B.I. IFLA UIA gagal, pilihan lain adalah menghantarnya ke British Council. Ada empat dapur di dalam Izzi Life Style, Qayyum diminta membuat pilihan tetapi dalam masa yang sama disyorkan belajar dari dapur ke dapur supaya dapat mengesan dapur mana yang sesuai dengan jiwanya. Kata Qayyum, selepas 8 jam bekerja di dapur tertentu, dia akan melompat ke dapur lain untuk belajar. Telah lama aku mengesan , Qayyum suka pada kerja amali daripada duduk di dalam kelas membaca dan mencatat nota. Berpandukan nasihat beberapa teman-teman yang terlibat dalam bidang perhotelan, Qayyum tidak akan mengutip ilmu dari buku dan kuliah. Perancangannya selepas habis kursus bahasa inggeris, dia akan mengambil sijil dengan menyertai latihan amali di sebuah kolej. Ilmu ada di mana-mana. Itulah jalan pilihan Qayyum yang dirasakannya sesuai dengan jiwanya. Doa tulus umi agar Qayyum berjaya cemerlang. Di sinilah tempat Qayyum bakal bertugas: www.izzikl.com

Selesai menguruskan Qayyum, hati semakin ingin pulang ke Pekan kerana Amsyar dan Alim kutinggalkan sendirian di rumah. Mereka tidak ingin turut serta kerana ghairah dengan latihan silat. Musim hujan lebat begini, adik di Pekan memberitahu, jangan pulang – jalan Pekan Kuantan ditutup kepada kenderaan ringan. Maka sms dan panggilan telefon tidak berhenti ke rumah dan hp Amsyar, bimbang mereka bermain air banjir. Rabu, 12 Dis, kami nekad pulang setelah mengetahui jalan Pekan Kuantan dibuka semula tetapi pesan adik, cuba sampai sebelum tengahari kerana petang air pasang. Tidak dapat juga pulang awal kerana pergi mengambil ama (ibu mentua) di rumah adik ipar di Cheras, kemudian ke Bake With Yen. Perjalanan terasa jauh kerana Lebuhraya Pantai Timur ditutup. Terpaksa melalui jalan alternative yang lain. Hujan. Angin. Jalan rosak. Semuanya melambatkan. Sampai saja di Jalan Kuantan Pekan, debaran terasa. Berbaris kereta di tepi jalan. Teruskan perjalanan atau tidak. Hubby memutuskan untuk terus setelah yakin kancil kami boleh meredahnya. Ini adalah foto pada laluan air yang pertama.






Rupa-rupanya bukan satu laluan air saja. Semakin lama air semakin dalam, arus kuat. Aku tidak berani lagi mengambil gambar kerana bimbang camera terlepas ke dalam air.Lagipula tangan hanya mengurut dada. Ada lima laluan air kesemuanya. Laluan ke empat arusnya kuat dan kancil kami seperti merintangi jalan untuk melawan arus. Pedal minyak ditekan berdaung, stereng kejap mengawal kancil. Enjin kancil berasap naik. Fikiran jahat datang sehingga aku fikir kancil akan meletup! Melihat air keluar dari bonet kereta kancil di hadapan kami, aku pasti kereta kami mengalami nasib yang sama. Habislah segala buku dan catatan yang tersimpan dia dalam bonet, fikirku. Bawah kaki, air telah berkandung. Tiba ke laluan ke lima, aku dan anak-anak menghalang hubby teruskan redahan. Pengalaman di laluan ke empat menakutkan. Tetapi ama yakin air di depan tidak sedalam empat laluan tadi. Alhamdulillah, selamat juga kancilku meredah lima laluan. Habis lima laluan itu, anak-anak mengadu hendak terkencing hadapi laluan ke empat. Memanglah, aku sendiri takut membayangkan kami berlima hanyut dan tenggelam dengan kancil!
Pekan mula dinaiki air. Sampai rumah, ughhh! Diduga lagi. Anai-anai naik. Malam-malam buta terpaksa membuka dinding!
Ketika catatan ini kutulis, hujan tengkujuh merenyuhkan hari. Udara dari tanah, masuk melalui sela-sela lantai rumah, dingin menangkap kaki, merayap ke seluruh sendi. Pekan mula terkepung. Aku mengira stok makanan, minyak kereta dan motorsikal, kerdit hp, di samping menulis tempahan-tempahan kek yang ditunda customer ekoran rumah ditenggelami air dan jalan-jalan ditutup. Kadang-kadang rasa lemas kerana lantai rumah dibasahi hujan. Hujan beserta angin menolak air masuk melalui selisih atap. Hubby menegur ketika aku merungut, “Kena pandai bersyukur. Rumah orang lain tenggelam atap, rumah kita hanya tempias hujan!”
Rasa terpukul. Aku diam dan istighfar. Fahami bahasa alam.


[code][quote]
Lijas si_kura@yahoo.com - [Link] syukur alhamdulillah...

ummi@aqil sh.shada@yahoo.com - [Link] - ya, syukur alhamdullillah... masih diberi ruang nafas

wiz - [Link] insyaAllah, wiz. terima kasih kerana selalu doakan akak

zakiah z - [Link] Qayyum 1 Januari 2008 nanti akan 18 tahun. Cita-citanya nak jadi chef.

Syah - semoga perniagaan berjaya

lynnhassan lynnhassan@yahoo.com - [Link] setiap orang yang mengajar kita walaupun satu kalimat adalah guru, lynn

Ana - [Link] insyaAllah, ukhwah kita akan kekal berpanjangan

Cynda cynda_s@yahoo.com.my - saya tak sempat pun melihat orang berpesta air... dok di rumah melihat pesta anai-anai

selendang merah - alangkah kalau secawan kopi dan sepotong kek.... ada pulak yang istimewa di sebelah, addduhhh

kamalina - [Link] - akak pergi tengok foto banjir di fp kam...tapi ngapa susah sangat loading page addkomen...syukur kam selamat sampai

boxhousestudio boxhousestudio@gmail.com - [Link] kak tun, alhamdulillah, segalanya dalam lindungan Allah. Akhir-akhir ini tak dapat emel kerana talian internet hu hu hu...tau2 ajelah musim macam ni...






Friday, 7-Dec-2007 04:59 Email | Share | | Bookmark

ACARA membelah mozek untuk pemasangan kabinet membuatkan debu berkepul-kepul. Aku terpaksa menunda kerja-keja memasak dan mendeco kek setelah mengambil kira aspek kebersihan, kesihatan dan keselesaan bekerja.
Menjelang petang barulah dapat mendeko kek. Kek chocolate moist berganache dengan taburan bubble rice, difrosting nipis dengan orange buttercream untuk cartoon artwork. Turut memeriahkan kek master itu adalah lapan biji cupcake.
Entry hari ini tidak dapat ditulis banyak kerena aku perlu membakar dan mendeko tiga biji di samping menyiapkan limapuluh choc moist sebagai stok sebelum berangkat ke KL esok untuk sesi penambahan ilmu. Entry akan datang, aku akan menghadiahkan sejarah opera kek beserta resepinya juga. Aku pasti ramai tidak akan rasa rugi mencuba Kek Opera pada gigitan pertama.
Untuk add comment teman-teman pengunjung, akan kujawab nanti. Maafkan kerana tidak punya kesempatan bersembang untuk dua tiga hari ini.








[code][quote]
norz - [Link] kak, kau sumber inspirasiku.... apa yang kita bincangkan di selayang mall tu harap akan terhasil...doakan

lynnhassan lynnhassan@yahoo.com - [Link] - tq for your class... akak mencari ilmu tak kira dari siapa...banyak tipsmu yang berguna

aishah@ummiaqil - [Link] - aha...buatlah untuk aqil

boxhousestudio boxhousestudio@gmail.com - [Link] sikit lagi jadi anak murid lynnhassan kan...mesti lebih hebat nanti kak tun ku ini...

ct - [Link] - akak tak ada resepi piping gel home made punya... tak sempat nak pergi link ct, akak di cc sekarang dengan anak-anak

Ana - [Link] - dah jumpa....

hajar - [Link] - tq, jar.... akak nak buat lebih cantik lagi tapi tangann selalu saja sengkol.

zakiah z - [Link] - tq tinggalkan jejak zakiah. harap perkongsian pengalaman bermanfaat untuk kita semua

mamasya - [Link]- wah! pas ni mamasya buat elmo la pulak...anak-anak mesti bangga dengan mamasya...

MaDiHa - [Link]- alahai, madiha...dapur rumah kampung, apalah sangat... tupun puas kukumpul duit kek nak dapatkan kitchen kabinet tuh...alhamdulillah

boxhousestudio boxhousestudio@gmail.com.my - [Link] pandai atau tidak, selahi kita ada keinginan dan kesedaran, kita akan terus belajar kan, kak... akak tentu akan jadi pendeko kek yang hebat nanti.

aishah@ummiaqil - [Link] tengah banjir, aishah...sebab tu payah nak balas komen...line internet timbul tenggelam musim ni..

hellikonia - [Link] - terlalu banyak dapur fp sampai tersesat atau terlepas kan? saya pun selalu macam tu, yat. tu tanda dapur-dapur fp ni meriah. wah, yat...kita makan choc cheesecake awak...soddddap..

Noni black_3307@yahoo.com.my - awat lama tak datang? tak sihat? rehat-rehatkan diri.

Lijas si_kura@yahoo.com - [Link]- wah, hebatlah kau...dah ada fp , pas tu buat blog pulak...kaju je ya.. bagus!
kak..

shariza mamanurin2002@yahoo.com - kek yang mana ni? alahai sayang, akak dok di pekan. order di kl hanya akak terima pada date akak ke kl.

nabialishad - [Link]- intan dok belakang selayang mall? ada reseki kita jumpa tapi kena order kek beso... ha ha ha...nak order makjun, makjun banyak lagi, maklumle baru habis pantang.

eLLieZ de`HearT - [Link] kalau akak p kl, akak beritahu...order yang beso jangan yang kecik...badan elliez tak besar, tak ngapa makan choc cake banyak-banyak...jealous tengok badan u...

rosyatimah- alahai, kesiannya merindu.

suka deco - tq meskipun jadi silent reader selama ni. kelas? insyaAllah, tahun depan, agak-agak cuaca pulih sepenuhnya.

Teacher Beth from Beths Creation beth@bethscreations.net - teacher, i'm glad to see u here. so happy. tqvm.
envy - [Link] - semoga usahamu mendapat ganjaran yang besar

anna - [Link] - terimakasih tinggal jejak. resepi kek opera dah kusertakan. selamat mencuba. anak akak pun dah merengek minta kek opera tapi musim banjir, telur tak dak nak buatkannya

mamazieza - warna-warna bright ni meriah sikit... nak buat kerja pun rasa meriah je.







Thursday, 6-Dec-2007 06:06 Email | Share | | Bookmark


"Kak, saya demam, dah 3 hari. Teringin nak makan kek. Kek apa yang sedap?" Demikian sms yang aku terima dari Encik Farid, pengarah Lembaga Muzium Negeri Pahang. Dia pelanggan tetap choc moist dan muffin.
Sebagai sahabat, aku mencadangkan penbgambilan 100 plus, vitamin c dan paracetemol sebelum membariskan cheesecake, tiramisu dan opera.
"Tiramisu ok tak?"
Aku membalas, "Italian dessert. Kalau suka cheese, its ok. Akak kurang. Lebih suka opera. Terserah." Aku gemarkan badam dan nescafe, jadi opera sesuai sangat dengan seleraku.
"Saya nak operalah."
Pada pagi kalut memasak untuk emak ayah ke Mekah, aku selesaikan kek opera dulu. Keknya telah dimasak sehari awal. Mouuse dan ganache juga. Hendak dihiaskan dengan plastik di kelilingnya tetapi tidak teringat pula letak di mana. Bakery sedang diubah suai pasang cabinet, semua barang berubah tempat...aduhhh! Akhirnya kufrostingkan kelilingnya dengan western buttercream. Dapat dua biji - satu untuk farid dan satu untuk kami makan sefamilu. Lebihan mousse, ganache, western buttercream dan syrup nescafe aku padukan dengan vanila sponge cake untuk tetamu yang datang. Kek untuk Encik Farid, mulanya kutulis get well soon di atas bar white choc tetapi alamak... patah pula ketika hendak meletakkannya ke atas kek. Hemm... masa dah suntuk...tak dapatlah nak teruskan kepingan bertulis itu.



Ini pula tempahan Ain untuk bondanya. Warna dan topping mengikut pilihannya. Tiba-riba rasa hendak beralih bertukar bunga. Saja-saja gatal tangan nak cuba buat peoni. Ikut langkah dalam buku Tan See Fong. Kon wafer dibahagi tiga. Gunakan noozle bunga yang lurus. Piping secara getaran di atas kon. Ulangi hingga mendapat tiga lapis. Letakkan atas kek. Dan buat lagi sehingga dapat 5 kelopak. Gunakan noozle daun untuk menambah kelopak tengahnya. Gunakan noozle rumput untuk buat stigmen bunga. Hem, patutnya aku calitkan sedikit warna merah di hujung stigmen. Peony ini kugabungkan dengan bunga five petals. Terusterang, mendeko bunga biru di atas topping coklat tidak kusukai. Aku lebih gemar ia dipadankan dengan very light blue ataupun putih.



[code][quote] jom sembang

aishah@ummiaqil - [Link], zura zura1827@yahoo.com - [Link] - nanti akan kutempek resepinya bila punya masa lapang

cak - [Link] - cerewet kek ni, banyak korjo ta[pi hasilnya...mmmmm....marvellous

helwah awi awi( cantik yg amat)sesuai bunga tu untuk kek tatapan orng "lama".. ...just my rubu' pound mesir

soulha - sejarah kek opera ni entry akan datang pada waktu yang lapang....sekarang di kl, di cc

Hajar - [Link] nak pos ke sana tentulah lebur...nanti kutempekkan resepi

Daalia lea1207@yahoo.com - [Link] he he he... hendaknya begitulah

lynnhassan lynnhassan@yahoo.com - [Link] soddap...hemmm...

ida, kuantan ieder_immi@yahoo.com.my - [Link] order jangan tak order, mesti order dengan akak je...tak boleh dengan orang lain, nanti meleleh air lur anak...

zanaz zanaz70@yahoo.com - [Link] - nanti akak emel pada masa yang lapang

shema - dah di kl...terlewat membaca komenmu. sorryyyyy






Wednesday, 5-Dec-2007 00:55 Email | Share | | Bookmark
CARROT CAKE - FROSTING CREAM CHEESE

 
 
 
Capek banget nih! 36 jam langsung tidak tidur. Mak ayah bertolak ke Tanah Suci semalam. Flight dari Kuantan jam 6.50 tetapi agensi yang menguruskannya- Rayhar minta ada di airport jam 4 pagi. Sepanjang siang dan malam itu tidak tidur, melayani tetamu. Aku dan adik, Ani masak nasi tomato dengan lauk ayam kampung masak opor, paceri nenas, ikan keraci masak hijau, ayam kampung goreng basah kunyit. Sambal lidah lembu dan sup gear box memenuhi permintaan ayah. Sup burung merpati untuk emak. Pemanis mulut - bubur somsom dan puding transfire. (Jika ada kelapangan, akan kukongsi resepi puding transfire ini di sini). Ada banyak lebihan mousse, nescafe syrup dan ganache untuk kek opera tempahan pengarah muzium. Opera cake menggunakan resepi almond sponge cake yang tersendiri, diperturunkan oleh Chef Anuar. Tetapi untuk menyelamatkan lebihan mousse, nescafe syrup dan ganache, aku menggabungkannya dengan vanila sponge cake saja.
Terlalu letih, berdiri hampir tiga jam kerana tempat duduk di airport penuh sehingga akhirnya aku bersila saja di atas simen di airport itu. Taqiuddin mula keletihan dan baring di atas riba begitu saja di atas simen. Itu belum termasuk bersesak-sesak berebut untuk solat subuh di musala kecil airport setelah mendahulukan jemaah haji. Musala yang tak muat untuk membariskan dua jemaah. satu baris hanya menempatkan lima jemaah , itupun berlanggar bahu. tak hairan kalau jemaah di belakang tercium punggung jemaah di depan ketika rukuk. Huh! Bangunan besar boleh sediakan banyak ruang untuk premis perniagaan tapi untuk solat - amat mendukacitakan.

(Foto ini dirakam dalam suasana terkejar-kejar ke airport- adik iparku Daniel Harrison dan Rubiah tiada bersama. Keluarga besar kakakku berlainan ibu juga tidak hadir kerana kerana abang ipar masuk wad.)
Kek untuk entry hari ini - kek carrot (resepi yang selalu kuguna pakai adalah resepi carrot suria dari resepi.net. terimakasih untuk tuan punya resepi). Customer mahu design yang simple saja, tak mahu bunga-bunga. Kek ini aku frostingkan dengan cream cheese icing. Bordernya juga dari cream cheese icing yang kuberikan warna orange. Hiasan kecil di border- imej carrot. Cornelli lace untuk menimbulkan permukaan kek. Bentuk love di atas itu kutonjolkan sedikit dengan bantuan melting cooking chocolate yang melikat pada tahap yang sesuai menggunakan noozle.


[code][quote] jomborak
1.mamasya - [Link] -tq untuk doamu. camana red velvet?

2.anak mu - eda, lama tak jumpa anakanda. datanglah ke rumah. kahwin nanti tempah tujuh tingkat ekk.. he he he

shema- tq shema...

zaitgha zaitgha@gmail.com - [Link] tq untuk doamu. yess...segala yang berkacang emang sedapo diganding dengan creamcheese frosting

Daalia lea1207@yahoo.com - [Link] bukan senang untuk membahagiakan diri sendiri dan orang lain tetapi kepuasan yang dijanjikan buat kita senang

ummiaqil sh.shada@yahoo.com - [Link] - aisyah, cuaca terlalu sejuk ek...sampai anniversary bertukar dengan birthday!

Assalamualaikum

Kak Leen mamaleen@yahoo.com - [Link] - tq doamu. yeahhh...carrot kek jadi kegemaran sekeluarga...

<< jeff >> - [Link] tq, jeff....


mama_nabila mama_nabila2001@yahoo.com - [Link] ydd....setuju sesangat

chendana ayu_cendana@yahoo.com - [Link] belum besar tu... ada yang tak ada kerana menunggu di airport je..
lynnhassan lynnhassan@yahoo.com - [Link] buat jangan tak buat...pasti sodaapppp

Misliha miss_creativecakes@yahoo.com - [Link]- tq miss...lama kau tak tinggalkan jejak di sini, sifu

nabialishad - [Link] kena tempis angin M, baru boleh tamak
boxhousestudio boxhousestudio@gmail.com - [Link] buat kak, jangan tak buat...

Hajar - [Link] - tq jar


Sunday, 2-Dec-2007 00:46 Email | Share | | Bookmark
LAIN YANG NAK BUAT, LAIN YANG JADI

Cikgu Khamizan menempah kek pertunangan untuk seseorang. Mulanya beritahu hendak ambil malam. Tup-tup hendak ambil lepas zohor. Huwaaaaa.... bukan sekali dua customer mempercepatkan waktu hendak ambil tempahan.
Design yang aku rancangkan adalah lain yang ini. Urat ranting itu sepatutnya menggunakan noozle 2 atau 3 tapi entah ke mana pulak hilangnya cap ayam tu. Terpaksa menggunakan noozle no 5. Agak kasar. Bunga dari resepi topping choc moist. Satu lagi warna gold. Warna goldnya kurang menjadi.
Entry kali ini tidak dapat ditulis panjang. Kepala sedang hanyut dengan penulisan novel. Watak-watak sedang menguasai diri. Maka catatan di sini hanya anekdot sahaja.





[code][quote] jom borak ...
rosyatimiah - tq walaupun selama ni jadi pengunjung senyap. belajar? he he he, rumah akak nun jauh..

boxhousestudio boxhousestudio@gmail.com - [Link] love u too

ummiaqil sh.shada@yahoo.com - [Link] aku menghargai suara hatimu, aisyah

lilyhaslina roslily@gmail.com - tq/ insyaAllah, selagi ada usaha akan berjaya. inilah yang melambatkan penulisanku...

Ana - [Link] - akak guna buttercream kurang manis.

chepah chepah75@yahoo.com - [Link]- alahai, semua orang macam tu paa mulanya, terkial-kial. buak mula nak berjalan pun susah kan...

mamazieza - tiba-tiba hatiku menyanyi... i like it, aha aha... i love it, ahak ahak.. he he he

mamasya - [Link] tq mamasya, inilah mudahnya bila customer tak beri apa-apa cadangan. akak bebas nak buat apa je..

Cynda cynda_s@yahoo.com.my - ok, nah, tangkap, tangkap.

<< jeff >> - [Link] gitulee... nasib baik senang mata memandang...

Kak Leen mamaleen@yahoo.com - [Link] tak apa, kak leen pandang-pandang je kat sini. memang kita ni jauh beno duduknya...

cek de sam - [Link]- terima kasih che de...

Eryne Jasmine - [Link] - setakat ini, inilah yang habis mewah boleh buat. nak mewahkan kek pun kena bergantung pada baject customer gak

http://miacollection.fotopages.com - cepat, cepat...siapa nak buat pelaburan koleksi...kunjungi mia collection









[<<  <  10  11  12  13  14  15  16  [17]  18  19  20  21  22  23  24  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net