Zati D'hati Fancylicious Cakes

By: amaruszati noor rahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  9  10  11  12  13  14  15  [16]  17  18  19  20  21  22  23  >  >>]    [Archive]
Monday, 24-Dec-2007 05:19 Email | Share | | Bookmark
kek aidil adha

selain daripada jualan simple moict choc cake hampir 200 biji....



zati d'hati menerima tempahan-tempahan pada waktu bekalan bahan-bahan amat darurat. Dark choc moist (foto) dibawah tidak dapat menggunakan ganache yang menggunakan cooking chocolate kerana stok cooking chocolate habis digunakan untuk simple choc moist dan dua loyang brownies. Dark moist choc ini menggunakan ganache daripada campuran chocolate powder dan cocoa powder, susu cair, tepung jagung, gula dan garam - waktu darurat beginilah, baru teruja hendak mencipta resepi sendiri.
(Foto ini sengaja disnap dengan latar belakang gambar kenangan kami sekeluarga bersama KDYMM Sultan & Sultanah Pahang. Foto 2004 sewaktu aku menjadi Pengarah Projek Antologi Puisi Peterana Kasih yang dilancarkan pada Malam Peterana Kasih KDYMM Sultan Pahang, anak-anak turut terlibat dalam deklamasi puisi lhas untuk Tuanku. Ngapa tiba-tiba ambik berlatarbelakangkan gambar ni? Majlisnya telah lama berlalu tetapi gambarnya baru saja dapat )


Di bawah ini pula, foto carrot kek order dari seorang ustazah. Katanya, yang ditempah pada raya puasa masih terasa kat tekak, tak cukup, kena order lagi. Tiada stok carrot di rumah, apalagi dalam banjir. Ustazah menghantar carrot dan telur ke rumah, maka dapatlah aku menyempurnakan kehendaknya.

Ini pula blueberry cake. Order dari Cikgu Solah untuk memenuhi selera anaknya. Kek ini sebenarnya dah dibuat awal tetapi belum diaising kerana Cikgu Solah menunda pengambilannya ekoran anaknya tidak lepas pulang - banjir. Anak saya teringin sangat nak makan kek blueberi zati. Nah, pada malam raya ia siap kufrosting.



Ada sedikit carrot dalam peti, tidak cukup untuk mendapatkan satu adunan. Tapi hubby memang suka banget dengan kek carrot. Gatal-gatal tangan dekolah serba sikit dengan bahan yang cukup limited. Lukis tujuh biji carrot. Ngapa tujuh, umi? tanya Azzahra. Sebab keluarga kita tujuh orang - jelasku. Tapi along tak ada - balas sunti itu. Hatiku berdetak. Tersentuh kerana si sulung bekerja di restoran ekslusif IZZI Lifestyle Great Italian & Asian Crusine di Bukit Bintang. Along kerja, aku memujuk Azzahra sekaligus memujuk hati sendiri. Kalau dia dapat cuti pun, dia tak boleh balik juga sebab tiada satu jalan pun dibuka untuk keluar masuk Pekan. Ini fotonya, leper saja, loyangnya besar kerana kek yang rendah dapat mengelakkan pembaziran. Tahu-tahu sajalah untuk makan sendiri pada ketika banjir begini...



[code][quote]jom borak:
anna - [Link]- kualiti produk tu imej kan? dalam apa keadaan sekalipun, imej perlu dijaga

mama_nabila mama_nabila2001@yahoo.com - [Link]- insyaAllah. bila sesuatu yang kita buat tak jadi, banyak faktornya. selalunya kerana kita tersilap teknik. kita perlu tahu ragam bahasa kek. ala, anggaplah kek tu nak bermanja-manja dengan kita


harleena - [Link]- rasanya suatu hari nanti saya nak masukkan dalam entry saya kek-kek saya pada peringkat awal dulu, 7 bulan lepas. banyakkan latihan untuk kreatifkan tangan. akak doakan harleena lebih berjaya.

Hajar - [Link] - alahai, jar... demi anak-anak, jar... akan kugagahkan diriku untuk kelihatan hebat di mata mereka

Shida Aziz - [Link] - kita tengok nasi lemak jagung mung

Linda@anna kaori.cake@yahoo.com - [Link]- salam, silakan perbanyakkan produk halal untuk kebaikan ummah

Nur - [Link]- dunia di hujung jari sekarang ni... kena buat e book nampaknya

shariza mamanurin2002@yahoo.com - check ur mailbox. rasalah sekali kek carrot...sodddap





Thursday, 20-Dec-2007 17:06 Email | Share | | Bookmark
ANAK-ANAK UMPAMA SUNTIKAN VAKSIN UNTUKKU

SUASANA banjir memang amat terasa. Takungan air di sana sini, bekalan barang yang sebentar ada sebentar tiada, harga yang melambung, udara dingin dan basah – semua itu tidak menggugat semangat niaga aku sekeluarga.
Untuk mendapatkan bekalan telur, hubby terpaksa mengheret motosikal melalui tiga kawasan banjir yang hanya boleh dilalui kenderaan berat. . Kawasan pertama- di depan rumah kami sejauh 100 meter dengan dalam separas lutut. Kawasan kedua pula sejauh 50 meter, dalamnya mencecah paha. Kawasan ketiga di dalam bandar, sejauh 400 meter , dalamnya hingga pangkal paha. Selalunya hubby pergi bersama Taqiuddin dan Azzahra ataupun diganti oleh ‘Alim. Selepas melalui tiga kawasan ini, barulah boleh membonceng ke sebuah mart untuk mendapatkan bekalan kerana supermarket di dalam bandar kehabisan banyak barang. Itupun setiap kali pergi, ada saja barang yang tidak dapat. Bawa pulang telur, tapi tiada gandum. Bawa pulang gandum tak dapat bawa balik gula. Pendekkata bekalan barang tidak dapat dibeli serentak. Telur dijual dengan harga RM10 sesarang. Itu belum termasuk gula, tepung, minyak, beras yang turut naik. Kobis sebesar penumbuk dijual di tepi jalan dengan harga RM 10! Pada musim begini, mahu tidak mahu bekalan makanan mesti dibeli juga meskipun bibir merungut.
Bukan mudah membawa barang-bawang mengharung air. Mana yang boleh diletakkan pada motorsikal, diletakkan pada motosikal. Mana yang sukar, anak-anaklah yang menjunjungnya sambil meredah air. Barangkali kerana keseronokan dapat mengharung air banjir, anak-anak ini tidak merungut. Masing-masing berebutan menawar diri hendak ikut membantu membeli barang. Malam, mereka tidur awal dan berdengkur keletihan. Pasa suatu ketika, saat mencari tepung, motorsikal bocor selepas meredah air 400 meter. Hubby terpaksa mengheretnya berpatah balik mencari kedai motorsikal. Kemudian meredah air semula untuk pergi ke mart yang jauh itu.
Wakil-wakil penjual produk Zati D’hati membatalkan tempahan kerana keadaan jalan tidak mengizinkan untuk menghantar produk. Kenaikan harga barang menyebabkan aku memutuskan untuk menaikkan harga produk. Aku jadi tidak sampai hati membayangkan produk sampai kepada pelanggan dengan harga mahal melalui tangan wakil penjual. Muafakat sekeluarga diambil – kami mesti jual sendiri produk.
Dengan bekalan hanya beberapa sarang telur, 18 disember bersambung ke pagi 19 disember aku menyiapkan 197 biji kek. Jumlah ini merosot jauh daripada musim-musim perayaan lalu tetapi biarlah sedikit asalkan ada. Hanya itu yang dapat dibuat kerana bekalan telur terputus. Selama ini produk dijual melalui wakil penjual, 19 disember kami cuba menjualnya sendiri. Setelah menganalisis bahan dan kesesuaian resepi, produk yang kukeluarkan untuk waktu darurat ini hanyalah simple moist choc cake. Lupakan saja butter cake, opera cake, marble cake dan segala jenis yang memerlukan banyak telur. Pertaruhkan satu produk saja. Membuat kek pada musim begini sentiasa berdoa agar elektrik dan air tidak terputus.
Secara keseluruhannya, produk dijual oleh anak-anak terutamanya Azzahra dan Taqiuddin. Amsyar lebih banyak pergi balik dengan motorsikal mengangkut produk. Van tidak boleh digunakan berulang alik ke rumah. Canopy tidak boleh dipasang kerana lebarnya memakan laluan jalanraya. Payung niaga emak pula tidak tahu disimpan di mana. Cuaca yang sebentar panas sebentar hujan juga tidak mengizinkan van mengangkut produk yang perludi tambah. Produk dipamerkan sedikit di atas meja, selebihnya di simpan dalam van untuk mengelakkan terkena hujan angina yang datang tiba-tiba. Alim membantu di rumah. Hubby pula ke hulu ke hilir mencari makanan persediaan untuk menghadapi gelombang kedua yang dijangka berlaku 21-26 dis. (nauzubillah, mohon agar tidak berlaku).
Tapak jualan di sebelah pagi – van berada di tengah Bandar di tempat air tohor bersama barisan gerai lain. Dalam kalut-kalut mencari tapak jualan, mencari bekalan makanan, hubby terlupa mengambil foto anak-anak menjual produk di sebelah pagi. Orang ramai berpusu-pusu pada waktu pagi kerana menunggu bekalan ayam tetapi hingga ke petang bekalan ayam tidak tiba-tiba juga.
Menjelang tengahari hubby memindahkan anak-anak ke tapak lain kerana cuaca di tengah Bandar panas. Kemudian membawa pulang Azzahra dan Taqiuddin ke rumah untuk makan tengahari, Amsyar menjual di tapak. Juadah tengahari itu dimasak oleh ama, ibu mentuaku – gulai ikan baung, ulam kacang panjang cicah budu dan ikan kering gelama.



Berpindah ke tapak di Jalan Pekan Lama.
Hai, nampak mengantuk je lepas makan tengahari?




“Dahagalah lepas jerit kek, kek, kek.” – Taqiuddin.
“Tinggal dua je lagi. Lepas habis ni, boleh le pindah kat tadi semula.” – Che Che @ Azzahra




“Harga kek banjir mahal, pak cik. Nanti kalau barang turun harga selepas banjir, kita jual macam biasa semula.” – Che Che @ Azzahra


“Dah dapat banyak mana, Che Che? Banyak ke umi kasih upah nanti, Che?” –Taqiuddin

Azah kira duit, umi kira untung… he he he - Umi.




Alhamdulillah… habisssss
Tauke-tauke muda berposing sebelum balik

(Dalam kelibut menangani tugas masing-masing hari itu, tidak dapat hubby rakankan foto Amsyar & Alim)
4 putera dan 1 puteri ini perlahan-lahan kuserapkan erti hidup dan penghidupan, cabaran dan pergelutan. Semoga mereka akan lebih mengerti... terima kasih, Tuhan.

Ketika entry ini kutulis, aku menghentikan pengeluaran produk untuk sementara waktu kerana kenaikan harga barang yang mendadak. Barangkali hikmahnya ialah aku perlu rehat seketika dan menumpukan perhatian kepada projek lain. Harga telur 1 sarang RM15! 19 disember juga aku menyiapkan 3 biji kek rayuan dan 2 loyang choewy goewy brownies. Oleh kerana fp ini bersifat sebagai satu dokumentasi kerja, foto-fotonya akan kumasukkan ke dalam entry akan datang.
Barangkali hikmahnya ialah aku perlu rehat seketika dan menumpukan perhatian kepada projek lain.

Zati D’hati sekeluarga mengucapkan salam aidil adha, maaf zahir batin kepada semua pengunjung sama ada yang beramah mesra di sini, mahupun kepada yang datang dan pergi dalam sepi (silent reader). Kunjungan anda amat aku hargai. Ini adalah gelanggang perkongsian pengalaman dan medan ukhwah. Sebaris kalimah: - pengorbanan dalam apa jua bentuk dalam apa jua kondisi mestilah lahir dari hati yang rela dan mengerti. Salam manis. Jumpa lagi.

[quote][code]jom borak:
Hajar - [Link] salam aidiladha - aku berkorban bahawa hidupku adalah untuk membahagiakan orang-orang di sekelilingku

Nisah Haron nisah.haron@gmail.com - salam aidil adha, nisah.

Ana - [Link] selagi bernafas, selagi itulah aku akan cuba membuat aorang-orang di sekelilingku bahagia

lynnhassan lynnhassan@yahoo.com - [Link]- samalah dengan akak...mak ayah latih jual macam-macam zaman sekolah dulu

anna - [Link]- itu yang buat kita tak tahan tu... customer salahkan kita pulak. Ada yang kata, "Taulah barang naik tapi takkan sesuka hati naikkan harga kek." Bukan kerana suka hati tapi kerana kena ambik balik upah tenaga yang hilang, supaya tak jadi penat sesaja dan macam sedekah aje

soulha: "kullu sanah waantum bilkhir"wa insyaallah kullu khir.(mudahan2 sepanjang tahun dirimu hal keadaan mndpt kebaikan). seronok gak dapat ucapkan ni untuk soulha pulak. banjir di pahang kerana projek lebuhraya, membesar dan menambak pasir. perngorbanan untuk kemajuan dan kemudahan akan datang barangkali.

anna - [Link]- o, itu macam ka? benda mudah macam ni pun akak tak tahu. itu bermakna akak ni muda lagi dalam dunia bakery ni

tiQmaDamme tiqmadamme@gmail.com - [Link] ish, ni yang buat kita telan liur ni. punggung dah melebar rasa dah tak sedap nak berkebaya walaupun pinggang masih ada...

selendang merah - alhamdulillah dengan kehadiran anak-anakku. betul, masa susahlah nak kenal yang mana sahabat yang mana kawan. terima kasih pada teman-teman yang bertanya. ada teman call dan sms tapi bukan tanya tentang bagaimana keadaan kita tapi hanya untuk tanya resepi dan saiz loyang. tak peka betul

shahquantan shah_2804@yahoo.com - [Link]- nanti bila pi kuantan nak intai-intai yang mana satu banglo tuh..

Ah Mat Gebu - [Link]- alhamdulillah, mat... Allah mengurniakan akak anak-anak yang mengerti meskipun sewaktu kecik hyperactivenya anak-anak akak sampai peti sejuk pun boleh terbalik, masuk mesin basuh, tv terjatuh... tak lekat harta tapi mereka lebih memahami sekaras peranjakan usia. anak-anak aku main game jugak tapi kena berjadual...kalau btak, pengsanlah umi dia ni tak dapat nak menaip

hannan6d : mungkin hannan6d juga pernah harungi hal yang sama...

Lee Lin - [Link] yalah... bandar muadzam jadi pulau. di pekan saja penempatan mangsa banjir ada yang tak cukup, mangsa ada yang lari ke bukit. bantuan banjir pulak, hu hu hu, tak tahu siapa yang dapat tapi tabik kat TPM kita, berkejar ke sana sini, bersama dengan kesusahan rakyat

nabialishad - [Link] alhamdulillah, ko dah sihat. ala, setakat jual kek je oklah kan. akak dulu kena belah kayu api, timba air penuhkan dalam tempayan, jual kuih bakar, keropok, angkut susu getah. bila mak dah berniaga, kayuh basikal tiap subuh ke bandar tolong mak ayah buka kedai sebelum pergi sekolah. Kalau basikal rosak, kenlah berjogging subuh hari ke bandar, dah siap m,enolong barulah pergi sekolah, tukar baju kat kedai... aduhai, mahalnya pengalaman mendewasakan diri. terima kasih, mak ayah. terima kasih, tuhan

boxhousestudio boxhousestudio@gmail.com - [Link]- yes, i'm fell good...

maya amir - [Link] kat bandar pekan teruklah jugak tapi kat kampung2 lagilah teruk... pusingan waktu untuk kemajuan, begitulah...banyak benada perlu dipertaruhkan bila kita mahukan sesuatu. nak rasa product zati d'hati...insyaAllah, bila balik kontan, kabo la, koi buatkan kalo awok terliur menempoh






Tuesday, 18-Dec-2007 01:01 Email | Share | | Bookmark



Ini adalah kek hantaran untuk anak Dato' Ismail Hudson. Aku cuba masukkan ke dalam entry kemarin tetapi gagal uploadkan ke dalam photobucket. Nasib baik pagi ini dapat upload. Aku sukakan design border yang begini, simple sahaja cuma perlu licinkan betul-betul dasarnya.
Gabungan kuntuman ros dan five petals. Nampaknya aku mula selesa dengan petal noozle yang lurus berbanding yang berkeluk di hujung. Selama ini menggunakan noozle yang berkelok.
Kek hantaran ini kusiapkan dalam waktu singkat kerana bimbang air semakin naik hingga tidak boleh dilalui trooper. Sampan siapa pula hendak kupinjam untuk menghantar kek ini? Ho ho ho. Rumah pengantin memang tidak dinaiki air tetapi untuk menghantarnya terpaksa melalui Bandar Pekan yang dikepung banjir.
Cuaca sekarang sebentar panas sebentar mendung. Malamnya hujan. Kelmarin, bekalan petrol mula dibuka untuk orang ramai. Hanya di Petronas, itupun atas arahan TPM. Dengar khabar lori tangki meredah banjir dengan diiringi trak askar , beberapa lori membawa minyak sedikit bukan melalui jalan Kuantan Pekan kerana jambatannya roboh tetapi melalui jalan Johor (hem...ada dua jalan : Jalan Pekan-Rompin laluan ke Mersing dan Jalan Pekan- Batu Balik laluan ke Segamat dio mana kedua-dua jalan ini juga hebat banjirnya). Kelmarin, orang berebut-rebut menyebabkan hubby membatalkan membeli petrol. Tetapi semalam, 2 baris kereta, 2 baris motor dan 1 baris manusia membawa tong berbaris panjang hampir 1 km untuk membeli petrol. Bayangkan, hubby pergi jam 8 pagi tetapi pulang hampir jam 12, meninggalkan aku, Amsyar dan Azzahra berperang dengan anai-anai. Ama, ibu mentuaku turut sama mencari dan memusnahkan anak-anai. Kesian ibu mentuaku.
Bekalan makanan hanya bergantung kepada apa yang ada di supermarket, itupun makanan dalam tin. Beras habis. Bank kehabisan duit. Sistem kredit kad tidak digunapakai. Dengar khabar, banyak bahan-bahan makanan telah dibeli di kedai-kedai dan supermarket oleh pasukan penyelamat untuk mangsa banjir kerana jalan terputus hubungan. Ini menyebabkan makanan untuk kami yang tidak perlu berpindah turut tercatu. Kapalterbang kargo tentera menggugurkan makanan dengan payung terjun ke padang golf untuk diagihkan kepada mangsa banjir. Hari raya haji ini dijangka kami beraya dalam banjir. Kalau pada hari raya haji tahun lalu Zati D'hati mengeluarkan hampir 800bj choc moist, tetapi tahun ini mungkin tidak kerana gerai tempat beroperasi tenggelam separuh, jalan hendak keluar juga menyulitkan. Telur dicatu.
Ramalan banjir besar akan berlaku selepas 21 Disember membuat aku perlu bersiap sedia. Semua fail-fail bahan terpenting perlu dimasukkan ke dalam akaun emel. Thumbdrive mungkin tidak selamat. Banyak kemungkinan yang bakal berlaku dalam bencana alam. Dalam hati sekarang adalah sebesar doa berharap talian internet tidak meragam untuk membantu kerja-kerja menyimpan bahan-bahan dalam emel.




[code][quote]jom sembang...
anna - [Link] anna, sebenarnya susah nak buat teliti betul tapi teacher akak dulu cerewet, dia nampak setiap kesalahan... terbiasa dengan cara dia, maka aku pun jadilah orang yang takut buat kesalahan

shema - dugaan Allah, shema...

lynnhassan lynnhassan@yahoo.com - [Link] memang lynn, macam-macam kerja tak boleh buat tetapi kena pasrah juga hadapi dugaan. Ujian untuk akak kecil saja tapi ujian untuyk mangsa banjir bukan sedikit

boxhousestudio boxhousestudio@gmail.com - [Link]- salam aidil adha, kak... maaf segala

Diba - aising yang smooth? diba akan dapat juga suatu hari nanti.

MaDiHa - [Link] - akak pun tak tahu camana jalan kat keratong tu sekarang. Sebelum ni muadzam betul-betul jadi pulau... teruk mereka diduga banjir. Aising yang smooth? Layang-layangkan saja pisau. Nak lagi licin, masukkan ke dalam chiller agar aising set. keluarkan, kemudian cuba smoothkan dengan pisau yang telah dicelup air panas, kemudian kesat. lebihan di pisau mesti dikesat setiap kali membuat correction, kemudian smoothkan lagi. Pisau mesti sentiasa bersih untuk membuat pembetulan, tak boleh ada BC terlekat padanya masa nak smooth kan kek tu.

nabialishad - [Link] - ngapa tak sihat? akak doakan kau sembuh segera

boxhousestudio boxhousestudio@gmail.com - [Link] - insyaAllah, Kak Tun. Segalanya akan dalam lindungan Allah. Terima kasih atas keprihatinan Kak tun.

selendang merah terima kasih kerana menyampaikan sunnah nabi - hidup pesan berpesan

Daalia lea1207@yahoo.com - [Link]- salam aidil adha juga. Ehem...tiba-tiba terasa nak amkan kuih tako , daalia

cek de sam - [Link] Salam aidil adha untuk cek de juga

aishah@ummiaqil - [Link] aishah, terimakasih call akak dari Jepun lagi. Nasib baik korang dapat beraya di KLIA. Kalau berpatah balik ke Tokyo, satu hal pulak... Kek opera? InsyaAllah, kalau aisyah ke Kuantan dan kebetulan banjor surut, tempahan aisyah akan akak kabulkan...Dengan izinNya. Amin.





Sunday, 16-Dec-2007 11:23 Email | Share | | Bookmark
KEK DALAM BANJIR


Sebenarnya, tidak ada mood untuk update entry ini. Barangkali kerana banjir. Suasana tidak memberansangkan. Kek ini kusiapkan dalam dingin udara angin tengkujuh. Dalam keadaan yang jauh kekurangan selazim biasa. Akal dan hati tidak tenteram kerana bila-bila masa saja elektrik akan terputus. Bekalan makanan semput-semput sahaja kerana jambatan kecil di Jalan Kuantan Pekan runtuh, terputus bekalan petrol, makanan, serba macam. RM habis di bank. Telur langsung tiada. Kek ini kusudahkan dalam kekurangan telur. Jangan tanya resepinya. Modified sana sini akhirnya menjadi. Dalam pada itu, hati semakin ngilu apabila air semakin hampir dengan rumah. Jalan keluar airnya sudah dalam. Dengan apa kek hendak dihantar. Seingatku, air sampai ke rumah ketika banjir tahun 1072. Selepas itu tidak pernah. Tahun ini air hampir dengan rumah.
Letupan bom di kuala untuk membesarkan pintu kuala menggegarkan rumah. Barang-barang di tepi dinding jatuh berserak. Namun air tidak juga surut. Sebelum ini, ada seorang nelayan yang selalu menegah apabila ada usul mengebom kuala sungai. Dia akan menggalinya sendiri. tak sampai sehari siap tetapi tidak tahu dengan menggunakan pakatan apa kerana pada mata kasar, hanya dia seorang yang menggali. Barangkali ada pakatan mystic tetapi ia berhasil dan air surut dengan mudahnya melalui pintu kuala yang digali. Sekarang, nelayan itu telah pergi. Maka tidak ada lagi kerja menggali, hanya ada cara letupan bom di kuala.
Dalam perasaan yang tidak tenang, kek tiga tingkat ini kusudahkan juga dengan design pilihan pengantin perempuan. Terus terang, aku tidak menyukai border bakul. Walaupun border tidak perlu dilicinkan kerana akan ditutupi oleh design anyaman tetapi ia memerlukan banyak aising di samping menghadkan kreativiti. Tidak ada lagi acara keluar masuk chiller untuk smoothkan permukaannya. Semuanya gara-gara mengejar waktu bimbang air makin naik. Lapisan bawahnya perisa coklat dengan filling choc fudge dan orange. Lapisan tengahnya perisa vanila dengan filling blueberry. Lapisan atasnya strawberi dengan lapisan strawberi. Semuanya menggunakan pure filling - orange, blueberry dan strawberry, bukan menggunakan jem.
Kek ini untuk anak dara Pak Cik Bokari yang bernikah dengan anak Dato' Ismail Hudson, pelakon dan orang kuat Zoo Negara. Air yang semakin dalam menyebabkan nyaris-nyaris hendak meminta khidmat jeep polis. Untung adik iparku meminjam trooper dari bapanya. Terimakasih, Daniel Harrison kerana membantu along pada saat genting.
Hajat hendak menyaksikan mempelai tidak kesampaian. Kek untuk mempelai ini merasmikan float 3 tiers yang dibeli di Wilton.





[code][quote] jom borak...

selendang merah - kepercayaan pelanggan adalah aset yang mahal dalam dunia bisnes. Zati Dhati cuba untuk tidak menghampakan selagi termampu

aishah@ummiaqil - [Link] -tq, aisyah. semangat waja itu milikku

Ah Mat Gebu - [Link] terima kasih, mat... akak ternampak-nampak ikan tenggiri bila lihat resipi di blog mat. Kau goda aku musim banjir ni

hajar - [Link]- alhamdulillah kerana Allah memberi kesempatan...

rosyatimah - insyaAllah, bila ada waktu yang sesuai, akak akan buat kelas.

chepah chepah75@yahoo.com - [Link] ketenangan lebih memudahkan kerja, chepah

soulha - setiap kali soulha tinggalkan jejak, akak dapat perkataan-perkataan arab ya. betulkan? asssyikkkk

Daalia lea1207@yahoo.com - [Link] - dekat nak buka sekolah ni, masyuk tu penting sangat daalia







Saturday, 15-Dec-2007 01:57 Email | Share | | Bookmark
SEJARAH DAN RESEPI KEK OPERA

SEWAKTU CATATAN INI KUTULIS, PEKAN TELAH TERKEPUNG. JAMBATAN DI BATU 16 JALAN PEKAN KUANTAN RUNTUH MENYEBABKAN KAMI KEPUTUSAN BEKALAN PETROL. SUMBER MAKANAN HANYA BERGANTUNG KEPADA APA YANG ADA DI SUPER DAN MINIMART. BANK KEHABISAN WANG. SEMALAM BEKALAN AIR TERPUTUS KERANA MESINNYA DIMASUKI AIR. DIKHUATIRI PULA BEKALAN LETRIK TERPUTUS KERANA KEMUNGKINAN PENCAWANG TENGGELAM. KEK? BUAT KEK DALAM KEADAAN TELUR YANG KEHABISAN DI SELURUH PEKAN. SETIAP KEDAI MENJUALNYA KEPADA POLIS UNTUK DIHANTAR KEPADA MANGSA BANJIR


SMS DARIPADA ENCIK FARID - KAK, ANAK SAYA SUKA SANGAT KEK OPERA TU, MINTA SAYA BELI LAGI. HARIJADI SAYA 7/1...NAK ORDER SAIZ 14" X 14", JANGAN LUPA. Aku tersenyum membacanya. Sms ini mengingatkan aku pada janji entry sejarah dan resepi Kek Opera.
Sukar untuk menyatakan siapakah yang mencipta kek Opera. Ada mengatakan ia type yang sama dengan kek Opera yang terjual di Paris pada 1890. Ada pula yang mendakwa rekaan istimewa masyarakat Paris pada 1950. . Selebihnya, persetujuan pendapat menyokong Opera Cake yang istimewa dibuat di Dalloyau, Paris. Di sanalah excutive pastry chef Pascal Niau membuat kek yang lembut dan licin berkilat seperti lantai opera dan kelazatannya diagung-agungkan seperti mana opera La Boheme dinobatkan sebagai pementasan yang lengkap sempurna. (La Boheme adalah di antara opera popular dan dibariskan di antara empat senarai nama pementasan opera terbaik. Penulisnya Murger mengadaptasi La Boheme daripada novelnya sendiri – 1849).
Secara tradisinya perkataan Opera akan ditulis di atas kek yang telah dilapisi atasnya dengan coklat di mana nota lagu turut dilakar di situ. Atau pun , untuk memberi sentuhan teaterikal, daun emas yang boleh dimakan turut menghiasi Opera cake.
Di kebanyakan opera house yang terkenal, opera cake disajikan sebelum pementasan opera dimulakan diiringi gubahan lagu yang menenangkan! Bayangkan!
Opera cake digubah dalam enam lapisan – tiga lapisan nipis almond cake atau dipanggil joconde biscuit yang setiap lapisnya disimbah sirap kopi, diperisakan pula dengan westwern buttercream perisa kopi, satu lapisan chocolate ganache dan diakhiri dengan chocolate glaze.

ALMOND SPONGE / JOCONDE BISCUITS
1. Putar 250g kuning telur dan 375g guola kastor hingga kembang betul. Ketepikan.
2. Putar 325g putih telur dengan 50g gula cator hingga jadi meringue.
3. Masuk telur kuning sikit-sikit ke dalam meringue, gaul rata.
4. Gaulkan 125g tepung dengan 350g badam hancur, masukkan ke dalam adunan telur.
5. Perlahan-lahan tuangkan 75g mentega cair.
6. Masuk adunan ke dalam tincake nipis yang telah dialas dengan kertas pembakar.
7. Bakar pada suhu 190 celcius selama 10 minit.
*** Zati Dhati – gunakan loyang sebarang sais asalkan ia nipis sahaja. Zatidhhati menggunakan loyang 14x14x1.
WESTERN BUTTERCREAM
1. Masak 225g gula dengan 100g air hingga pekat. (uji kepekatan air gula dengan garfu. Bila cukup pekat, air gula akan tutup seluruh lubang garfu dan bila ditiup, akan terjadi gelembung belon.)
2. Sementara tunggu air gula pekat, putar 2 biji telur hingga kembang. Tuangkan air gula ke dalam telur. Kacau sebati dan sejukkan di dalam chiller.
3. Biarkan semalaman.
4. Keluarkan dari chiller.
5. Putar 700g mentega dengan ½ tsp vanilla dan masukkan adunan telur. Kacau rata.
*** Zati D’hati masukkan sedikit paste Nescafe ke dalam BC ini. Zati Dhati tidak menggunakan resepi ini kerana kandungan butternya terlalu banyak. Resepi yang Zati Dhati gunakan ada di hujung entry ini.Bagi anda yang gemarkan butter banyak, boleh gunakan resepi ini.

SIRAP KOPI:
Campurkan ½ cawan air dan 1/3 cawan gula serta 1 ½ tbsp nesafe. Boleh abaikan gula dan boleh lebihkan Nescafe jika mahu.
GANACHE:
Panaskan 50g glucose syrup, 500 g whipping cream, 50g mentega bersama sedikit vanilla. Matikan api. Masukkan 500g coklat masakan yang telah dicincang, kacau rata.

LANGKAH MELAPIS:
1. Style Zati Dhati – untuk mengelakkan kerja melapis yang berulang-ulang, ZatiDhati berkongsi langkah kerja yang agak mudah ini. Letak biskut joconde/almond sponge cake di atas grass paper/wax paper, potong empat, menjadikan saiznya 7x 7. Sapukan ganache di atas dua keping, katakanlah A dan B. . Biarkan set di dalam chiller supaya lapisan ganache itu mengeras.
2. Keluarkan biskut joconde A dan B daripada chiller. Terbalikkan kedua-duanya. Simbah lapisan atasnya dengan sirap kopi.
3. Lapiskan dengan ganache. Diikuti dengan western coffee buttercream yang tebal.
4. Letakkan A ke atas B. Ratakan permukaan A. Masukkan ke dalam chiler semalaman.
5. Keluarkan. Cairkan kembali chocolate ganache. Biarkan suhunya menurun sebelum dicurah ke atas Opera cake. Permukaannya akan dapat seperti foto opera cake di atas.
***Seorang chef pernah memberitahu Zatidhati – permukaan westwrn buttercream yang teratas ditutup dengan wrap platik, kemudian dirollkan supaya sama rata, lalu diletak didalam chiller semalaman.***




(Foto ini adalah daripada website luar negara. Aku tidak punya foto opera kek yang telah dipotong. Tetapi beginilah kejadian kek ini). Perhatikan bahagian dalam kek ini. Berlapis-lapis. Perhatikan juga permukaannya. Untuk mendapatkan permukaan yang berkilat begini, double boiler 200g cooking chocolate dengan 100g butter, tunggu hingga suhunya menurun. Gunakan spatula panjang, ratakan di atas opera.

***** Untuk Opera Cake tempahan Encik Farid, aku telah memewahkannya lagi dengan menambahkan lapisan chocolate mousse di tengah-tengahnya.
Resepi mousse – Panaskan 130g susu segar. Masukkan 330g cooking coklat yang telah dicincang. Kacau hingga cair. Dalam bekas lain putar 375g whipping cream hingga kental dan masukkan ke dalam adunan susu. Gaul rata.[/color]_______________________________________________________________
Satu versi yang mudah dan murah, aku tidak membuat almond sponge cake atau joconde biscuit. Sebaliknya membakar lapisan nipis sponge cake dan menggunakan kaedah Opera Cake untuk menghasilkan kek jimat kos tetapi masih enak kerana kaya rasa coffee, western buttercream dan chocolate ganache.
Oleh kerana aku tidak gemarkan western buttercream yang terlalu banyak butter, maka aku eksperimen 1 resepi yang tidak menggunakan banyak butter. Masak 200g gula dengan 70g air hingga pekat. Dalam waktu yang sama pukul 2 biji telur. Masukkan air gula yang cukup pekat ke dalam telur bersama paste Nescafe sesedap rasa. Ratakan. Simpan dalam chiller semalaman. Keluarkan. Pukul 200g butter hingga kembang, campurkan dengan adunan telur.
Pernah aku buat nakal dengan mencampurkan 200g melting cooking coklat dan 200g whipping cream yang diputar gebu ke dalam bancuhan western buttercream ini. Hemmmm… yummy kerana gabungan kopi dan coklat bersatu dalam lemak whipping cream dan telur.

Kaedah melapisnya – sama seperti opera cake.

Resepi yang ini kugunakan untuk anak-anak membawa ke jamuan-jamuan di sekolah. Jimat belanja.




[code][quote]
jom borak
Ana - [Link] yeah....yummmy...

ummi@aqil sh.shada@yahoo.com - [Link] harga dah diemelkan

Cynda cynda_s@yahoo.com.my - sedapnya lebih daripada kfc... yummy hingga menjilat jari dan bibir...tambahan pula kalau ada lelehan coklat di piring

Hajar - [Link] Kalau penyegan, kenalah tempah dari kedai yang halal, jar...

:boxhousestudio boxhousestudio@gmail.com - [Link]- cubalah buat, kak tun... sedap walaupun renyah kerjanya

anna - [Link]- anna, nak jadi baker kenalah belajar buat yang simple dan yang renyah juga kerana kita cuba memenuhi citarasa pelanggan






[<<  <  9  10  11  12  13  14  15  [16]  17  18  19  20  21  22  23  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net