Zati D'hati Fancylicious Cakes

By: amaruszati noor rahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  8  9  10  11  12  13  14  [15]  16  17  18  19  20  21  22  >  >>]    [Archive]
Sunday, 6-Jan-2008 13:31 Email | Share | | Bookmark
SENTUHAN RONA MERAH JAMBU

BOSAN menyerkup diri. Dapur dan bakery tidak terurus kerana cabinet belum siap. Yang di atas siap, yang dibawah tertangguh kerana cuaca yang basah mengganggu kerja pertukangan cabinet. Gam lambat kering. Adduh! Setiap kali mahu membakar dan menghias kek , kepala bingung semacam. Tidak selesa hendak mencari peralatan dalam keadaan sebegini. Bingung tak bingung, kerja mesti disiapkan juga. Jangan mengalah, kata diri.
Semalam deco carrot cupcake, simple saja, tempahan pelanggan untuk birthday kawannya. Buat carrot cake besar juga, tempahan pelanggan untuk harijadi kakaknya. Hari ini, sibuk melapis opera cake Encik Farid. Belum sempat dihias, terus ke Rompin menghantar barang-barang 'Alim ke asrama. terlelap sebentar cuma kerana terganggu oleh senda gurau Azzahra dan Taqiuddin.
Foto entry hari ini, kek pesanan pelanggan tiga empat hari lalu, tauke Restoran Rasa Mesra membuat adhock order. Mahukan perisa vanila strawberry warna pink. Dengan bc putih salju dan sedikit sentuhan rona merah jambu, juga hiasan bunga yang mudah dengan sedikit kudup. Inilah hasil dalam suasana yang membuat kepala bingung tak bingung. Yuk! Jamu mata....


Code:
Jom borak:
1.zaitgha zaitgha@gmail.com - [Link]- rasanya cabinet zai akan siap dulu. di sini, cuaca hujan, udara basah melambatkan pembikinan cabinet kerana gam tidak cukup kering. sabar je le

2.<< jeff >> - [Link]- tq, jeff.. tak sempat fikir apa-apa design, tibai je

3. Ana - [Link]- guna noozle bunga ros juga tapi pipingkan keluar ke dalam bergetar. Eh! Rasanya dah tunjuk kar tumah lynnhassan hari tu

4. chepah chepah75@yahoo.com - [Link]- kalau tak bingung tak cantik kot

5. anna - [Link] ntahlah anna,. akak ni bila mengadap buttercream, main belasah je

6. selendang merah -benar, setuju sangat. asalkan ada kehendak, semua menjadi, jangan mengalah. bila selendang merah nak deco kek depan kita?

7.Daalia lea1207@yahoo.com - [Link] - yeah....dulu masa sanding pun, warna tema pink. sekarang dah beranjak usia, kurang minat dah kat warna pink

8. mamazieza - o o! mama lebih dulu dari kita, lebih hebat dari kita. kita nak pi berguru dengan mama nih. boleh?

9. kamalina - [Link]- memanglah sweet, sebab letak gula

10. penyulawa penyulawa@gmail.com - [Link]- lau, kau ni, datang-datang tak kasi salam...mencurigakan tau... berilah salam, barulah aku tahu kau datang, dapat aku menjawab sepatah men yambut kau

Eryne Jasmine - [Link]- bila eryne dah sedia, pasti eryne boleh belajar, boleh praktikkan, boleh berjaya. insyaAllah, yang panting kehendak, semangat dan kekuatan

ummiNurin::mieza - [Link]- decolah sendiri, tempek dalam fp, akak nak jamu mata gak nih...

ha/chendana ayu_cendana@yahoo.com - [Link]- bila ha dah siap kemas-kemas semua barang dari jepun tu, kepala dah betul-betul tenang, bolehlah bake & deco pulak. akak bnak tengok jugak ni

rinnchan - [Link]- cake decorator ni, rynn ikut kehendak custimer je. yang lotehnya kalau dia menentukan warna yang begitu begini dan ada yang mahu satu warna tak mahu kombinasi. nak tak nakbuatlah jugak walaupun tak setuju di hati





Saturday, 5-Jan-2008 01:28 Email | Share | | Bookmark
PULUT KUNING & MASAK KAMBING VERSI ZATI D'HATI




"Masa birthday adik, adik tak sihat. Adik tak dapat makan pulut banyak. Umi masak pulut lagi, umi." Begitulah rengek Taqiuddin.
Naluri ibu - kalau anak minta makanan, tak sampai hati hendak membiarkan begitu sahaja. Tambahan pula dibesarkan dengan kata-kata bonda, "kempunan anak tu nanti." Entah kerana kebenaran kepercayaan ataupun kerana kebetulan pada garis takdir, kempunan itu berlaku.
Banyak kepercayaan bonda sebagai orang lama. Darah keturunan bugis dan jawa dalam diri bonda menjalarkan banyak kepercayaan. Asal keturunan bonda daripada Pulau Jawa, Sulawesi. Menyelamatkan diri daripada perang. Berkoleklah poyang moyang ini pada kurun ke 18 - 4 beradik- Aji, Kolek, Tukam dan Lekan menyusuri Sungai Muar ke Pantai Layang, Sungai Senduk, Mukim Serum. Mereka membuka perkampungan di situ dengan kederat tulang 4 kerat. Menggali sungai dengan kudrat tubuh. Sempena gotong royong itu, maka sungai itu dinamakan Sungai Guntong- singkatan daripada gotong royong. Di kampung itu, beca roda dua yang ditarik oleh orang-orang thionghua dari melaka yang selalu berhenti sebuah rumah baba di simpang jalan. Lama kelamaan Kampung Sungai Guntong bertukar menjadi Kampung Simpang Baba. Daripada lapisan keturunan Aji, lapis ke lapis, maka menerusi nenek lahirlah ibu, hasil perkahwinan nenek dengan datuk yang berdarah jawa. Datuk sebelah ayahandaku dan datuk sebelah bonda punya hubungan sepupu. Poyang moyang sebelah ayahanda memang lahir di Jawa (o, o! Ketika aku menulis ini, aku terlupa nama tempatnya, telah kujelajahi websitenya dulu bahawa tempat itu banyak melahirkan raja-raja perkasa), mereka berhijrah ke Tanah Melayu. Susurgalur nenekku sebelah ayahanda daripada Aceh, berhijrah ke Kelantan dan bekerja sebagai panglima di istana Kelantan.
Tulisan ini merayau jauh jadinya - hanya berpunca dari kepercayaan kuat dari bonda & ayahanda, aku menyusuri susur galur keturunanku.
Barangkali kerana faktor keturunan itulah, maka banyak kepercayaan-kepercayaan orang tuaku.
Bonda dan ayahanda selalu melarang beri anak makan pulut ketika mereka kecil. Alasannya, budak jadi gagap dan lembab. Tetapi hubby yang membesar dari keturunan China dan Siam memberitahuku, orang Siam banyak makan pulut, tak gagap pun.
Alhamdulillah, tidak ada anak yang gagap kecuali Amsyar yang kepetahannya patah tiba-tiba apabila kepalanya terhentak, kemalangan dilanggar motorsikal. Langgar lari ketika usianya 4 tahun. Dia manjadi gagap selepas demam akibat kejadian itu. setiap kali dia hendak bercakap, dia terpaksa menghentakkan kakinya. Tahu bahawa penyelesaian untuk petah semula bukanlah kepada doktor, aku membawanya berurut, membetulkan urat tengkuk dan lehernya yang mungkin tergencat akibat kemalangan itu. Alhamdulillah, dia menjadi petah semula.
Menunaikan permintaan Taqiuddin, pulut kuning kumasak semula. Kebetulan ada angin rajin menumbuk kunyit hidup yang ada sedikit saja didapur. Pulut ini aku lawankan dengan masak kambing, kebetulan itu saja yang ada dalam peti ais. Aku tidak suka pada rempah beriani. Jadi ini adalah resepi campak-campak sejak dulu.. Kalau ambil tempahan nasi beriani, aku tidak masak kambing menggunakan rempah beriyani. Pelanggan jatuh cinta pada masak kambing ini, mereka menolak kambing masak beriyani. Yuk... ikuti aku ke dapur menyediakan pulut ...

BAHAN-BAHAN PULUT KUNING


Pulut
Air kunyit hidup
Pati Santan
Garam
Sikit saja gula kalau mahu
* semua bahan ni aku agak-agak saja...ala-ala professionalo gitu, mana ada sukat-sukat

Pulut direndam dengan air perahan kunyit dan dua tiga keping asam gelugor. Asam gelugor dapat mengilatkan lagi warna pulut, makin berseri. Aku rendam semalaman, rendam malam, kukus subuh, pulut lebih lembut dan tak payah kukus lama-lama. Toskan pulut. Kukus. angkat, bila nampak macam dah nak masak. Kemudian gaulkan dengan pati santan dengan garam secukupnya. Nak letak gula sikit pun boleh, sikit je buat rasa-rasa, untuk berpadu dengan rasa lemak dan masin saja. Terlebih gula nanti jadi pengat pula. Kukus lagi sekali.
* Kukus dua kali dapat memberi ketahanan pada pulut, payah basi.

MASAK KAMBING VERSI ZATI D'HATI
minyak
Rempah penumis - Bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis
bawang putih - ketuk saja
bawang kisar
halia kisar
lada kisar
rempah kari- bancuh likat dengan air
susu cair
sos tomato
daun saderi satu pohon, simpulkan
garam
gula
serbuk perasa jika suka

Kaedah:
1. panaskan minyak.
2. tumis rempah penumis hingga naik bau. Masuk bawang putih, naik bau.
3. masuk bawang kisar dan halia hingga hampir garing, baru masukkan lada.
4. Garingkan lada. Masukkan rempah kari, kacau hingga terbit minyak dengan api perlahan. kemudian masukkan gula. kacau dan tunggu gula cair/hangus. Warna rempah akan bertukar warna kerana gula mencair. Masukkan sos tomato .
5. Masukkan daging, renehkan.
6.Masukkan air. Tunggu hingga empuk.
7. Bila empuk masukkan susu cair.
8. bila pekat, masukkan daun saderi yang telah disimpul.
9. Rasa, tambahlah apa yang patut secukupnya.
10. Nak sedap lagi, tabur bawang goreng.

Pengalaman Zati D'hati:
1. Tiap kali masak daging, memang aku letak akar betik. Malas lama-lama di dapur.
2. Aku agak cerewet fasal tumis menumis. Garingkan bawang, baru aku masukkan lada, dan garingkan lagi. Kalau masuk sekaligus, tak kena rasanya dengan tekak ni.
3. Bonda dah ajar, kalau masakan ada gula, masukkan gula, hanguskan gula dulu. warna kuah akan jadi lebih cantik dan rasa gula yang dicairkan itu lebih sedap daripada campak gula kemudian.
4. Ada orang letak garam, gula kemudian. Tapi aku suka letak awal supaya rasanya itu sebati dengan daging waktu proses renih.
5. Reneh? Orang tua dulu kata - mati air. ertinya habiskan air asal dalam daging, baru masukkan air.

Ta ra rammm...dah siap!

Code:
Jom sembang:

1. Daalia lea1207@yahoo.com - [Link] saya suka banget dengan daging kambing, daalia... setakat ni, alhamdulillah, belum ada darah tinggi. nauzubillah, minta dijauhkan Allah.

2. Noor Rikha rikha_mie@yahoo.com- kak, aku pun jawa murtad, nasib baik kenal tempe. tq, kak, info laman kesihatan terapi daging kambing tu.

3.anna - [Link] - shh! jangan puji sangat orang jawa, marah orang lain nanti. Pada akak orang indonesia memang rajin kerana mereka cuba melawan kemelaratan.

4. zanaz - [Link]- fasal memasak, akak amat percaya walaupun kita masak campak-campak, tapi tumis mesti cukup garing supaya tak ada rasa `lecas' atau bawang lada mentah. Zanaz, akak guna whipping cream vivo (halalnya diakui oleh majlis agama islam singapura) ataupun Rich gold (halalnya diakui oleh China Muslim negeri China). Akak putar pakai hand mixer je coz memang tak ada mixer kenwood atau kitchen aid yang tersohor tu. Bila putaran rasa berat, akak berhenti beat. Nanti akak tulis dalam entry akan datang.

soulha,cairo - [Link]- yelah, kena pulak yang puji tu cik abang dan anak-anakkan, rasa kembang sejambak...tak sampai hati nak nolak

lynnhassan lynnhassan@yahoo.com - [Link]- akak ni bab buat pulut masih rajin, lynn, yang malasnya tika nak basuh kukus yang meloket segalo tu. addehhh

Ana - [Link]- cicahlah dengan apa pun yang kita suka. ada tempat tu makan pulut kuning mesti dengan telur rebus. biras aku makan pulut dengan budu! lagi kellas!

rinnchan - [Link]- yalah, rinn...orang dulu-dulu bersusah payah nak memasak, dengan lesung tangan, lesung kaki, batu giling, lesung putar tepung. Kita sekarang ni dah banyak kemudahan, cuma angin M tu banyak sangat.


boxhousestudio boxhousestudio@gmail.com - [Link]- kak, kau buat aku urut dada. choc moist tu nanti tak lebur ke? nanti kena kepal-kepal jadi choc ball pulak... ada customer saya yang pos untuk kawannya ke sabah...dah dua kali pos, tak tahulah jadi guane kek tu. seram aku membayangkannya. Nanti aku risik-risik dengan courier. ari tu pos biskut raya dengan sky net, jadi sagun. serik. nanti try tanya city link


Wednesday, 2-Jan-2008 01:28 Email | Share | | Bookmark
KERJA DI HARI PERTAMA 08 SAAT HATI KERINDUAN

 
 
 
View all 6 photos...
Catatan pada 1 januari 2008

Celik saja mata, teringat tarikh ini tarikh yang penting dalam hidupku. Pada tarikh inilah aku melahirkan Muhammad Hafid @ Qayyum tanpa hubby di sisi kerana hubby menyambung KPLI selepas dapat ijazah. Membesarkannya memberi banyak pengalaman.
Lebih ke arah kemahiran, Qayyum kini jauh dariku kerana bekerja sambil belajar. Pagi tahun baru, aku terkilan kerana tidak dapat meraikan birthdaynya. Cuma kami anak beranak menyanyikan Happy Birthday di gagang telefon untuknya. Sebenanya aku teringin sangat hendak meraikan harijadinya dengan kek yang kudeko sendiri. Tahun-tahun dulu, aku tidak pernah terfikir untuk mendeko. Hanya beli kek di kedai kerana dah muak dengan simple choc moist, nak deko choc moist pada tahun dulu- memang tak pernah tergerak hati mendeko. Sebelum meninggalkan Qayum di KL, aku bisikkan padanya, "nanti umi buatkan surprise cake untuk Qayyum tapi lambatlah . Awal tahun, umi nak urus adik-adik sekolah, payah nak ke KL."
Selamat Ulang Tahun Kelahiran, Qayyum. Engkaulah harapan kami untuk menjadi model kejayaan buat adik-adik. Semoga Allah membuka pintu-pintu kejayaan, menjauhkan dari segala musibah dan kemungkaran, melorongkan hatimu ke arah kebaikan.



Tidak dapat mendeko kek untuk Qayyum yang kurindu-rindu, aku mendeko kek hantaran pertunangan untuk Suriati Azhar. MUlanya diberitahu warna tema hantarannya adalah silver. Aku garu kepala juga. 1 bahagian biru campur 1 bahagian hitam akan dapat silver tapi cantikkah gabungan tu. Setelah melihat contoh warna yang digabungkan dengan warna silver itu, senanglah hatiku sedikit. Warna asas kek ini menggunakan warna yang digabungkan pada kotak gubahan hantaran. Sedikit riben silver, gula manik silver aku selitkan. Seekor rerama silver sudah pasti tidak ketinggalan. Inilah rakaman kerja di hari pertama tahun 2008. Yuk! Jamu mata dong...







[quote][code] jom sembang

rani - [Link]- lapanbelas tahu bersama , tiba-tiba jauh dari mata...

Lee Lin - [Link] - handsome ka? itu foto masa usia 15. foto sekarang ni lagi handsome, itu yang letak gambo lama tu... he he he...sebenarnya foto baru tak ada...foto tengah tido ada le.

chepah chepah75@yahoo.com - [Link]- uminya tak awet la... tak ada baject nak beli ubat pengawet, semua barang naik harga.

sukahati- opps! sapa kata tak nak nulis dah... masih menulis... banyak kepada skrip drama kerana wangnya segera. ada lagi novel selepas itu tetapi mungkin 'sukahati' terlepas pandang kerana banyaknya novel di pasaran sekarang

shila- tq kerana masih mengingati zek dan fika. ada novel lain selepas itu. Bila sena Kembali Berbunga 2. Sindiket Pengemis Cilik. Hidayah Si Gadis Cilik. Kompilasi Kasih Sedingin Salju. Sekarang tengah buat novel, judul belum ada lagi.

anna - [Link]- terima kasih doa anna untuk sulung akak. anna akan semakin lembut tangan hari ke hari

Ouled Kenitra - [Link]- yalah, dah ada anak bujang tapi ibunya masih periang macam orang bujang gak ... he he he

zuhri - [Link] itulah istimewanya ibu, zuhri...

Nur - [Link]- terimakasih untuk doamu buat akak, qayyum, keluarga dan bisnes. insyaAllah, nur pun akan hasilkan yang lebih hebat dari akak nanti

MaDiHa - [Link]- nak beritahu ni, akak sebelum design kek, tak pernah fikir nak buat deko apa. bila dok je depan kek dan butytercream, belasah aje. nasib baik le menjadi

yong~ibu chempaka - [Link]- happy new year juga yong... harap masa depan kita cerah beribu bintang

ct - [Link]- alhamdulillah, semoga amanah Allah ini akan membesar jadi insan berguna di dunia dan akhirat

<< jeff >> - [Link]- terima kasih, jeff. doa untuk anda juga.

maklang_06@yahoo.com - [Link]- gambo kat bawah yang mana satu mak lang? yang paling kecik atau yang paling tua? ha ha ha.... kita ni yang pertengahan di antara yang muda dan yang tua.

rawcanvas - [Link]- yang tergaru-garu, kita tunjukkan jalan di mana hendak dicari ubatnya, jangan diberikan ubatnya, tunjuk jalan yang betul ke farmasi, bukan tunjuk jalan ke kedai kopi... amacam?

Hajar - [Link] Tq, jar...semoga doamu diterima Allah

masriyah - [Link]- tq masriyah

Daalia lea1207@yahoo.com - [Link] - sukar nak cakap kerana keriuhan terasa kurang.

ummiNurin::mieza - [Link]- itu petanda sikit lagi dapat menantulah ni

shema - tak sempat nak promo anak teruna kat shema tu hari... he he he

lynnhassan lynnhassan@yahoo.com - [Link]- permintaan pelanggan tu selalu jadi cabaran dan galakankan, lynn

Misliha misscreativecakes@yahoo.com - [Link]- tq kerana dulu miss sanggup berkongsi apa yang tahu

zanaz - [Link] - hanya cuba-cuba untuk menambah cabang seni, zanaz.

Ana - [Link]- berguru? insyaAllah...akan tiba harinya jika diizikan Allah

Linda@anna kaori.cake@yahoo.com - [Link]- perfect ke? kerjanya tak semudah yang dilihat


Monday, 31-Dec-2007 01:04 Email | Share | | Bookmark
SETELAH KAU PULANG, RINDU PUN DATANG




MALAM Sehati Berdansa, memang aku tunggu-tunggu. Inilah satu-satunya rancangan realiti yang aku sukai. Aku bukanlah penggemar tv. Selain warta berita yang dapat aku tonton sambil makan atau mendeko kek, aku hanya terpanggil menonton Macam-macam Aznil dan Tom Tom Bak kerana saat itu amat manis untuk ceria sekeluarga.
Malam Sehati Berdansa baru-baru ini, bagai ada sesuatu yang kurang. Hubby memang awal-awal tarik diri apabila tiba waktu Sehati Berdansa. Program hiburan memang bukan minat hubby. 'Alim dan Amsyar pergi latihan silat. Taqiuddin mulanya duduk bersama Azzahra tetapi akhirnya tarik diri dengan sebaris kalimat, "tak bestlah tengok ni, tak ada amma." Hanya Azzahra menemaniku, siap dengan poster votenya - Vote V & S. : Memang terasa kekurangan. Hari-hari dalam musim banjir yang menggelisahkan dulu, aku dan amma sama-sama menonton ulangan Sehati Berdansa dan dapat dua kali menonton secara langsung. Seronoknya bila menonton rancangan ini bersama amma - aku dapat merasakan jiwa kami sama. Amma dan aku sama-sama bekas penari. Dari sekolah rendah hinnga ke sekolah menengah, aku menari. Paling aku suka endang dan gamelan. Amma pula penari ramvong yang terkenal dan sesekali menora. Sambil menonton, amma akan buka cerita lama zaman menarinya. Kadang-kadang terdengar komen halusnya terhadap gerak tari sehati berdansa. Malam Kemuncak Sehati Berdansa, aku terjerit gembira apabila Vanida dan Rashidi menang. Hubby menggeleng, "Sikit lagi dia orang tu kirim duit ke sini." O, o, ada segaris senyuman perli di wajahnya. Tidak. Ini bukan soal berkongsi hadiah. Kegembiraan itu terpercik kerana kepercayaan kepada kemampuan pasangan itu tidak salah. Kata hatiku tidak salah. Aku pernah meletakkan cadangan Vanida dan Rashidi sebagai pelakon skrip drama tv bersiriku tetapi apabila penerbit menolak, aku menarik skrip itu semula. Cerita suami isteri yang melibatkan sentuhan, aku mahu pelakon yang muhrim lakonkan. Tak mahulah aku menanggung dosa gunung bergunung. Anne pernah berlakon dalam drama tvku- Siti Johanna. Anne dan Wafi juga bagus tetapi aku lebih menyukai Vanida dan Rashidi kerana geraknya beradab meskipun waktu bersamba. Agaknya apa komen amma kalau amma turut sama malam itu?
Bersama amma, aku turut merasai kerinduan seorang isteri. Banyak hal yang mengingatkannya kepada Kong Kong (panggilan anak-anak kepada mendiang ayah mentuaku). Dia bercerita tentang kegilaan dia dan Kong-Kong kepada filem-filem P Ramlee, hingga sanggup membonceng basikal berdua ke Kota Bharu. Setiap hari Amma meluangkan waktu pagi dan petangnya menonton filem-filem P.Ramlee di Astro. Ketawa Amma yang pecah berderai itu menggamit aku meninggalkan sebentar kerja menulis, ikut sama menemaninya menonton. Ketika makan, masak, jalan-jalan, duduk berbual di tangga, Amma tidak lepas bercerita tentang Kong Kong yang pergi 14 tahun dulu. Agh! Dia benar-benar merindui lelaki itu.
Ketika banjir surut sedikit dan boleh diharung dengan van, amma setiap hari keluar dengan hubby mencari ikan sungai. Ketika bekalan sayur tiada, amma ke belakang rumah mencari pucuk-pucuk hutan yang ada. Lucunya aku selama ini membeli pucuk-pucuk itu di Pasar Tani dan Pasar Minggu sedangkan banyak ulam-ulam yang tidak terjual di Pasar tani dan Pasar Minggu ada di belakang rumahku. Menu kami bertukar. Amma lebih suka ikan singgang, gulai asam rebus pedas, gulai asam tempoyak, acar halia muda yang memang wajib untuknya, pucuk mengkudu dicelur, terung bakar, bunga kunyit, dan entah apa-apa nama pucuk lagi dicicahkan dengan budu. Lemak-lemak dan berminyak amma sangat kurang. Tidak hairan pada usia 75, amma masih gagah bekerja. Walaupun amma pernah stroke, tetapi semangat amma kuat, amma bangkit semula. Untuk Azzahra dan Taqiuddin, digorengnya terung goreng manis dan kacang panjang goreng kicap. Ni, cek mek molek dan cucur badak, aku buat dengan amma dan kek strawberry ini Azzahra yang letak filling dan deko lebih kurang. Sebenarnya budak-budak di rumah ini sudah muak dengan kek tetapi kekuarangan makanan musim banjir meluakkan sebiji kek sponge untuk diperlazatkan dengan strawberry filling.




CARA NAK BUAT CEK MEK MOLEK DAN CUCUR BADAK? Senang saja buat cucur badak dan cek mek molek ini. Dulu, waktu tingkatan tiga sempatlah buat jual kedua-dua kuih tradisional ini. Dohnya menggunakan ubi keledek ( ubi setele (terengganu) atau ubi setelo(kelantan)... kayanya bahasa bangsaku) ...ubi keledek yang direbus, dilecek dan diuli dengan sedikit gandum. Jangan terlebih gandum, nanti keras dan tidak terasa pula manis keledek. Bulatkan seperti bola, kemudian leperkan. Untuk buat Cek Mek Molek, letakkan sesudu kecil gula, kemudian kemaskan betul-betul supaya gula tak keluar ketika menggoreng dengan api yang sederhana. Untuk buat cucur badak, sama juga caranya. Bulatkan, leperkan, kemudian letak inti dan bulatkan seperti bola. Goreng dengan api sederhana. Bahan-bahan untuk inti cucur badak Zati Dhati - tumbuk lumat bawang merah, udang kering dan jintan manis. Dengan minyak yang sedikit tumiskan bawang merah, udang kering dan jintan manis tadi, kemudian masukkan lada kering yang dimesin, tumis garing. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Masukkan kelapa. Kuantiti bahannya main agak-agak saja. Sejak usia sepuluh tahun duduk di dapur, mak bonda tidak pernah ajar sukatan yang spesifik. Tengok bahan master yang nak dimasak, agak-agaklah sukatan bumbunya
.
Aku memang payah nak keluar rumah kalau tidak ada tugasan khas. Amma sudah maklum aku lebih suka memerap dalam bilik menyelesaikan kerja menulisku. Jalan-jalan di suatu petang bersama amma di bandar Pekan. Hajat Amma hendak ke Rumah Kelahiran Tun Razak tidak tertunai. Ketika kami sampai ke simpang menuju rumah kelahiran tokoh itu, air banjir masih belum surut. Terpaksa batalkan hajat. Kata amma, "Bagus sungguh dia tu. Banyak yang dia tinggalkan untuk kita semua ni. Masa dia mati, mak menangis." Itu kata amma tentang siapa? Itu kata amma tentang Tun Razak, tokoh pembangunan yang meninggalkan banyak kesan pembangunan dan pertumbuhan terutama membuka hutan rimba menjadi FELDA yang dengan sendirinya membuka pola pembangunan, taburan penduduk dan pertumbuhan prasarana. Hendak membawa amma ke Galeri Pengangkutan air juga tidak kesampaian kerana Pintu Pulau Beram berkunci demi keselamatan orang ramai kerana paras air masih ditahap berjaga-jaga. Langsung kami bawa amma ke Pekan River Front. Kawasan ini dalam pembinaan tapi kami buat nakal masuk. Cuaca panas tetapi laut pasang - air banjir tidak surut. Ada tali keselamatan terentang pada musim banjir di sini. Mulalah aku terjerit-jerit melihat Azzahra dan taqiuddin laju berlari ke sana ke sini. Bimbang terlajak ke paras air yang melampaui tahap biasa.





Selesai di Pekan River Front, kami bawa amma makan Murtabak Mengkasar. Walaupun Murtabak Mengkasar ni terkenal tapi kami jarang-jarang makan kerana selera tidak ke arah makanan begini. Sesekali bolehlah.


Kemudian bawa amma pusing-pusing Padang Polo temnpat polo antarabangsa selalu diadakan dan tentulah melalui kawasan istana. Laju saja.Sempatlah bergambar pada rembang senja tu di depan pintu istana dan di Padang Polo






Jalan-jalan ini dirakamkan pada 24 Disember 2007.

Anak kami, Amsyar sukar sekali hendak dirakamkan fotonya. selalu lari-lari apabila melihat kamera. tetapi kali ini berjaya. tengok tu...sedang buat apa? Setiap pagi dan malam, amma akan baring di atas toto di sini dan Amsyar mengurut kaki ama yang kebas. Gambar ini dapat dirakamkan ketika amma menghulur kaki meminta dipicit sementara menanti hubby bersiap-siap untuk menghantar amma pulang. Sempat lagi amma... Tau sajalah macam mana aku menyelamatkan kamera daripada Amsyar yang tiadk puas hati aku berjaya mencuri rakam fotonya.




Petang-petang, selalunya aku dan amma di tangga ini - amma dengan majalah masakan di tangan. Cakap-cakap fasal resepi dalam majalah tu. Alahai amma, menantumu ini suka buat koleksi saja. Masak main campak-campak sendiri saja, tak berpandupun pada resepi-resepi pelbagai tu... petua aku memasak senang saja – tumis mesti cukup garing. Kalau resepinya perlu masukkan gula, gula perlu dimasukkan sebaik saja tumisan garing, tunggu gula cair barulah dapat warna lada yang bertukar. Rasanya pasti lebih sedap daripada masuk gula kemudian. Sempat kami rakamkan kenangan bersama amma di tangga buruk ini... aduhai, bilalah nak ganti tangga batu. Tangga kayu ini juga sentimental value untukku...



budak-budak ni selamba je tapi aku dan amma ketawa besar melihat gelagat hubby yang jadi funny cameraman.

* KETIKA AKU MENULIS INI, BANYAK KENANGAN HARI-HARI BERSAMA AMA DATANG MENGGODA. BUKAN SAJA KECERIAAN AMA YANG HILANG MEMBUATKAN TERASA SUNYI TETAPI JUGA SIKAP TERBUKANYA BERSAMA KAMI. AMA MENEGUR ANAK-ANAK APABILA ANAK-ANAK TIDAK MELETAKKAN SEJADAH DI TEMPATNYA. "TEMPAT SEMBAHYANG TU JANGAN LEPAK ATAS LANTAI, SIMPAN ELOK-ELOK NANTI TERPPIJAK." BUKAN SEKADAR SAMA-SAMA MENGHAPUSKAN SARANG ANAI-ANAI TETAPI AMMA JUGA MENEMANIKU DI DAPUR PADA WAKTU MALAM, MEMUKUL SETIAP NYAMUK YANG MENGHURUNGKU. SIKAP AMMA INI BARANGKALI TURUN KEPADA HUBBY KERANA HUBBY DUDUK BERSILA TERSELEPOT KETIKA AKU MENAIP. MENUNGGU DAN MENAMPAR NYAMUK YANG CUBA MENGETIPKU. AMMA JUGA CEKAP MENANGKAP LALAT. MUSIM BANJIR YANG LEMBAB, LALAT YANG DATANG AKAN MENAJDI MANGSA AMMA, TAK SEEKOR PUN AKAN TERLEPAS. SETIAP KALI DAPAT, AMA AKAN KETAWA . TAKDIR ALLAH AKU MENJADI MENANTU AMMA DALAM KELUARGA YANG BERBILANG BANGSA. AKU SEPERTI MEMBACA HARAPAN AMMA AGAR DUA ORANG CUCUNYA DI LONDON BERTEMU JODOH BERLAINAN BANGSA. DUHAI...KESEDERHANAAN AMMA, KETERBUKAAN AMMA, KECERIAAN AMMA BUAT KAMI RASA SUNYI DAN HILANG..

[code][quote]jom borak...
yaa yaa_alan@yahoo.com - [Link]- thanks untuk apa, yaa?

diba - [Link]- selalunya orang akan suka dengan amma. bercakap dengan sesiapa pun meski baru kenal, dia akan bahasakan dirinya mak. diba boleh buat cek mek tu. meski hb tersenyum molek... he he he..IM tu di Kuantan. Akak di Pekan. Dalam 45-60minit dari Im ke Pekan. Meh datang sini.

SSDC - [Link]- insyaAllah, terimakasih atas peluang2 di SSDC

Ouled Kenitra - [Link]- saya pulak kalau baca akhbar dan majalah, selaluinya dari belakang, tapi tak pernah baca entry dari bawah macam Kenitra. Apa pun tq, lama Kenitra tak tinggal jejak di sini

Lijas norhasliza.msalleh@my.panasonic.com - [Link]- bukanya di sebelah petang saja, dik

penyulawa - [Link], terimakasih kerana menjenguk lagi. Rumah kita ni tak lawa nak dijenguk selalu, hu hu hu. Bila balik temerloh, ajaklah mat rock ke pekan.

boxhousestudio boxhousestudio@gmail.com - [Link]- aku amat berharap amma satu pegangan denganku, kak...

<< jeff >> - [Link]- tq, jeff, selamat dan cemerlang untukmu jua

Hajar - [Link]- tq, jar. dah namanya penulis, sehabis singkat kuringkaskan cerita tak menjadi anekdot juga.

soulha,cairo - [Link]- ya, pergilah sampai ke hujung dunia, masakan mak paling sedap. Link Soulha ni kena guna password ke? Akak try masuk, ada pak guard mintak password. hu hu hu

wiz - [Link]- insyaAllah, kita akan lebih cemerlang selaras dengan peningkatan usia. amin.

chendana ayu_cendana@yahoo.com - [Link]- memang bertuah, alhamdulillah.



Wednesday, 26-Dec-2007 15:10 Email | Share | | Bookmark
PADANG GOLF ADHOCK



Mulanya maghrib semalam saja-saja datang angin rajin hendak merendam pulut. Pulut dibeli masa air naik, konon sebagai cadangan jika terputus bekalan makanan. Bila saja melihat aku merendam pulut dengan kunyit serbuk, ama kata kalau rendam dengan kunyit hidup lebih sedap, bau wangi je, lagipun boleh buat ubat. Dia cakap sambil-sambil ketawa. Ama memang berhalus bila hendak menegur atau memberi pendapat, selalu disulami dengan tawa. Itulah sebabnya hampir duapuluh tahun menjadi menantunya, aku tidak pernah tersinggung dengannya. "Elok juga tu, mak. Ti kalau buat kerja nak ekspress je." Aku ketawa.
"Mak tau dah, Ti tak cukup masa. Banyak kerja nak buat.Biar mak tumbuk kunyit hidup."
Kelentang kelentung kelentang kelentung dia menumbuk. Aku perah air kunyit, masukkan dalam air rendaman pulut dengan asam gelugur.
Ada ayam seekor, kubuatkan rendang. Akiu suka masak rendang pada sebelah malam jika hendak dimakan pagi esoknya. Rasanya lebih sebati dan bila dipanaskan, warnanya akan bertukar lebih gelap. Tapi rendang kali ini rendang simple, guna santan kotak dan tak ada kerisik.
Taqiuddin datang ke dapur. "Sebelum amma balik, mesti buat birthday adik. Adik nak sambut birthday dengan ama."
Aduuh! Aku dan hubby berpandangan. Esok hubby akan menghantar amma pulang ke tumpat. Ertinya.... Harijadi Taqiuddin jatuh pada 16 Disember tapi majlisnya ditunda kerana banjir. Awal-awal lagi dia telah memilih set padang golf ketika kami ke Bake With Yen, cadangan dia untuk birthdaynya. Ertinya esok (maknanya hari ini) mesti dibuat majlis harijadi Taqiuddin.
"Stok barang umi tak cukup. Taqiuddin tak boleh ajak kawan ramai-ramai." Aku berharap dia faham.
"Tak apa tak ajak kawan pun asalkan dapat sambut dengan amma jadilah."
Malam tu juga, aku bakar kek sponge coklat. Kemudian buat mousse chocolate. Lepas tu buat cupake perisa pandan dan orange. sementara menanti kek sejuk, buat coconut buttercream - guna coconut powder. Hmm, harum. Bila saja kek sejuk, maka bermulalah operasi membuat bola golf. Tengok ni... bola golf atas cupcake. Alahai, pagi-cuba membuat penambahan trademark bola golf tapi tak kemas kerana coklat terlalu cair.



Foto di bawah ini pula... konon-kononnya nak buat golf tower tapi alamak... terpotong pendek sangat leher wafer cone tempat bola golf tu bertenggek.

Mata dah mengantuk sesangat. Kek oren dengan coklat ganache tak dapat dihias beria-ia. Jauh sekali buat drop flower kerana Taqiuddin tidak suka bunga. Cara paling mudah, lukis je la gambar kartun. Azzahra menyusun cuppies menjadi nombor lapan, mengikut angka ulangtahun harijadi Taqiuddin.



Pagi tadi- bangun pagi kukus pulut. Frosting kek padang golf dengan whipping. Oleh kerana kek itu untuk dimakan sendiri, aku menggunakan whippingcream yang diputar kental, dicampur dengan campuran susucair dan cooking chocolate. Ini sebenarnya cubaan pertamaku melepa kek sambutan dengan whippingcream. Padang hijau dan tanah lapang juga menggunakan whipping cream. Air menggunakan jelly. Rumput menggunakan lebihan coconut buttercream.



Tibat-tiba pula Taqiuddin pening kepala dan isi perutnya jeluak. Dia menangis. Ama memicit kepala hingga cucunya itu tertidur. Duhai, macam mana pula ni...birthday boy tiba-tiba saja sakit. SF Azzahra dan Abdul 'Alim pula menambah bilangan kawan-kawannya. Selesai mendeko kek, aku meminta hubby membeli ayam lagi. Tentu saja seekor ayam tidak cukup, kenalah buat tambahan. Beli juga mi kuning. Maka seperti lipas kudunglah aku menggoreng ayam untuk digolekkan ke dalam kuah rendang dan menggoreng mi. Alhamdulillah, kurang 10 minit jam 12 tengahari dapatlah kami meraikan Taqiuddin.

Terkabullah hajat Taqiuddin hendak menyambut birthday ketika amma ada bersama kami. Tengok ni, senyum lebar dia...



Tu dia.... ama melayan kerenah cucunya.







[/code][quote] jom borak...

lynnhasssan: ha ha ha... takkan tergolek punya. Qayyum waktu kecil lebih lasak dari Kimi. bahagian atas tu kek juga. bawahnya rata, dilekatkan dengan buttercream.

Daalia lea1207@yahoo.com - [Link] selalunya kalau yang anak mintak itu munasabah, ibu pasti tak mengelakkan. mak dulu pernah cakap waktu hantar saya ke kelas menjahit, orang perempuan mesti tahu segala. jangan tahu satu benda saja.

anna - [Link]- aisay... tak apa tergolek asalkan kek menjadi.

kamalina - [Link] permintaan anak tu satu cabaran untuk akak menguji keupayaan.

zuhri - [Link] dah kusinggah rumahmu dan kutepungtawarkan . tq singgah ke sini

mummy sofie - [Link] mummy sofie dok di mana?

shema- bakat perlu dicari. kalau tak buat, takkan teruji keupayaan diri.

zaitgha zaitgha@gmail.com - [Link]- segalanya dalam lindungan Allah hendaknya.

nabialishad - [Link]- akak suka pulut dengan rendang, tiap kali birthday anak mesti ada dua tu.

soulha - [Link]- dah berapa lama dok di cairo? link soulha ni pakai pak guard ke?

yong@ibu chempaka - [Link] percubaan pertama guna whiiping cream, yong.

Ana - [Link]- kalau jadi padang semak samun, ana ada pisau pancungkan...ha, tebaslah semula kasi rata jadi padang golf he he he

Lijas si_kura@yahoo.com- insyaAllah, bila kura-kura mahu berlari

Hajar - [Link]- tak jugak, hajar. amma ni tak pandai berbagi kasih, semua ucu dilayan sama rata tapi dia pandai ambik hati, cucu-cucu semua suka.

happy belated birthday sayang....sayang mak ya.....mak pandai kan...auntie tak pandai sangat..he..he..terkedek-kedek lage..tapi mak mu selalu kasi semangat....thank you zati...

boxhousestudio boxhousestudio@gmail.com - [Link]- yalah, kak tun...semoga anak generasi akan menghargai kita. awat sedih, kak tun? boleh tambah anak lagikan? he he he

srsfeqah - [Link] itulah seadanya...

yaa - [Link]- boleh. birthdaynya bila? Sejak anak dok di kl ni, mudah sangat nak buat untuk orang kl. call me 017-9009412

aida - [Link]- tak apa, sesekali lepaskan angin mendeko bla tiba hari-hari penting untuk diraikan

harleena - [Link]- makanan tradisi, memang sedap punya...

masriyah - [Link]- bagus juga dicabar anak sendiri

<< jeff >> - [Link]- budak-budak kan... ada je imaginasinya...

lilyhaslina roslily@gmail.com- citarasa kek untuk customer, citarasa masakan untuk keluarga. bukan setakat tahu buat kek, mesti tahu memasak juga.

aishah@ummiaqil - [Link]- semoga epat sembuh. selagi tak sembuh camana nak makan opera cake.

ida isk merpati66@yahoo.com - [Link] kak ida, mana lebih lapang - padang depan borobodur dengan padang golf. lapang kat borobodur lagikan

rinnchan - [Link]- tak tahulah, rinn. kita tak dapat membaca takdir.

Lee Lin - [Link]- mak ayah saya pun tak makan cream tapi saya buat juga untuk mencantikkannya.

penyulawa - [Link]- waaa... sudah lama tak ada singgah sini ya

[code]


[<<  <  8  9  10  11  12  13  14  [15]  16  17  18  19  20  21  22  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net