Zati D'hati Fancylicious Cakes

By: amaruszati noor rahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  18  >  >>]    [Archive]
Thursday, 27-Mar-2008 23:25 Email | Share | | Bookmark
HARGA, LEVEL MARKETING DAN PESAING


Tempahan dari seorang isteri untuk ulangtahun kelahiran suaminya. Tidak mahu yang berbunga-bunga, katanya. Jadi, simple saja dengan hirisan peach dan sebiji ceri. Terimakasih Azura.


Ini tempahan daripada Encik Farid untuk abang iparnya. Terima kasih Farid, kerana sentiasa mendokong usaha akak.

Minggu lepas, pergi ke pastry pro. Mencari tolls sambil mencari tiers cupcake. Tiers 6 tingkat macam dalam fp Mis ada dijual di sini. Qayyum yang ikut bersama lebih tertarik dengan 3 tier cake & dessert stand. Mulanya hendak ambil kedua-duanya sekali - tier 6 tingkat macam Mis dan tiers yang Qayyum berkenan. Tetapi hubby kata ambil satu dulu, datang dengan kancil, nanti Azzahra dan Taqiuddin tak ada tempat duduk. Aku mengambil tiers yang Qayyum berkenan dulu. April nanti ketika kursus di KL, boleh beli yang macam Mis guna. (Buka fp malam tadi, Lynnhassan pun dah ada tier tu). Aku bukan nak buat sewa tapi mak selalu buat kenduri, senanglah ada tempat letak cupcake. Ketika tangan mencapai flower former set untuk membentuk dan mengeringkan bunga dari gumpaste dan royal aising, Qayyum menegah, "Tak payah beli umi, membazir."
"Habis, nak beli batang paip, belah?"
"Tak. Tak payah. Kat tempat Qayyum kerja, dia orang gantikan benda ni dengan plastik penutup sarang telur je. Basuh bersih-bersih. Jimat."
Aku tersengih. Betul juga. Gunakan bahan terbuang.
Kemudian kami ke Bake With Yen, mencari pewarna pesanan Kak Rikha Temerloh sambil mencari set loyang untuk small bakeryku. Sekarang ini kerjaku jadi lebih mudah. Packaging, paper cup, muffin cup, baking paper & icing paper, pembekal hantar ke rumah. Jadi bolehlah bawa Azzahra dan Taqiuddin ikut ke KL. Dulu, mereka kutinggalkan kerana tak muat kereta.

Ketika membeli di BWY itu, ada dua orang tokeh kek juga berceloteh. Antara yang sempat kutangkap adalah tentang ragam pelanggan yang tidak percaya pada berat kek. Ada pelanggan yang kata penjual terlalu berkira, kek kecil tak sampai 1 kg. Tapi bila penjual minta kek itu ditimbang, pelanggan itu malu besar kerana kek itu lebih dari 1 kg.
Selalunya begitulah. Kek akan lebih daripada nilai yang diminta pelanggan. Aku pernah chatting dengan nina batriesyia. Yang lebih tu kita sedekah, kata Nina. Ya, setuju tapi yang dah disedekah itu pun dikatakan kecil lagi.
Bagi pasaran di KL, harga mungkin tidak menjadi masalah kerana marketing level dan taraf ekonomi rata-ratanya orang berduit. Tapi bagi daerah seperti Pekan ini susah hendak menjual pada harga yang tinggi. Cuba anda fikir, bila kita melakukan sesuatu kerja seni, kita mahu dibayar dengan harga berbaloi. Aku mengalami masalah apabila bakery dan penjual lain menjual kek mereka pada harga RM20-RM25 per kg. Aku menjual pada harga RM35 per kg untuk sponge cake. (ini tentulah jauh bezanya dengan harga kek Misliha, Lynn Hassan, Yatt helikonia dan lain-lain teman di KL. Masing-masing akan kata, murahnya kau jual.) Apabila level pasarannya hanya setakat itu, tentu saja deko tidak boleh berlebih-lebih. Apalagi apabila pelanggan hendakkan design macam kedai kek china.
Orang seperti aku, jual kek di sebuah bandar kecil, bersaing dengan dua kedai kek milik cina, tiga kedai kek melayu dan tentu saja ada deretan pengusaha kek dari rumah - aku menghadapi masalah saingan harga kerana harga akulah yang paling tinggi. Kadang-kadang pelanggan tidak memikirkan kualiti bahan yang kita gunakan, tidak pernah memikirkan tentang sponge cake murah itu tidak dilayer sebarang filling, hanya difrosting dengan buttercream. Kalau yang ada filling pun, bukanlah pure filling tetapi jem sahaja. Ada pula yang kata, tak kisahlah sedap tak sedap, janji kek tu lawa, janji ada!
Satu hal yang lain, ada orang yang masuk ke area marketingku dengan bekata, "saya bawa kek zati pekan ni!" Duh! Rahsia hanya pecah apabila pelanggan telefon komplen. Barulah aku tahu ada orang menjaja namaku, bawa produk dia tapi dikatakan hasil keluaranku. Minggu lepas juga ketika pergi surver harga display chiller )mahal oooo, yang kecilnya dekat RM6K. Jumpa seorang kakak yang kuat bisnes. Borak punya borak, terbongkarlah rahsia. "O, jadi awak ni yang supply kek kat Si A ya? Dia kata dia ambik dengan Zati Pekan, jauh, harga kek tak boleh turun dah sebab dia kena fikir duit minyak, maintenance kereta dia, bla, bla, bla."
Aku ternganga sekejap. "Eh! Dia dah dua tahun buat kek sendiri. Tak pernah pun dia ambik dengan saya." Hati kecilku berkata, hebat ek putar belit orang bisnes, jual nama aku pulak dah! "Kak, kek saya ada sticker, ada water mark. Kalau tak ada sticker, tak ada water mark bukan saya punya."
Kelmarin pergi ke bandar Pekan. Kek simple moist choc yang aku jual RM12 untuk berat lebihkurang 600g. Ada orang buat kek moist choc juga, sebesar kek aku pada harga RM7.90. Addoiiiiii! Barangkali hanya rasa kek akan berpihak kepada aku, di samping nawaitu berniagaku- Allah yang tahu!




Tuesday, 25-Mar-2008 18:18 Email | Share | | Bookmark
SELAMAT HARILAHIR SF AZZAHRA



Tidak merancang buat majlis harijadi Azzahra di rumah kerana Azzahra hendak menyambutnya di sekolah. Kebetulan emak masak pulut kuning, nasi kapit, rendang, lontong dan sambal, aku menumpang sebiji kek. Simple saja, frosting dengan whipping cream.



Terkilan sungguh. Azzahra membuat permintaan kek khas untuk diraikan di sekolahnya. Malangnya ketika bangun pagi hendak mengeluarkan dari chiller, malang berlaku. Aku terpaksa membuat deco drastik yang merubah sama sekali bentuk asalnya.Masa ada limabelas minit untuk ke sekolah. Mahu tak mahu, noozle 2D dan 29 jadi pilihan mendeko. Inilah deco drastik 17 mac 2008. Selamat hari jadi Azzhra. Semoga menjadi muslimah menonggak kekuatan ummah, semoga cahayamu bersinar menyuluh hidup kami.



_____________________________________________________________________________

Kelas deco? Emel ke amaruszatinr@yahoo.com atau zatidhati2u@yahoo.com.my


Wednesday, 19-Mar-2008 02:32 Email | Share | | Bookmark
hidup jadi lebih bermakna

KELAS? Email ke amaruszatinr@yahoo.com atau zatidhati2u@yahoo.com.my.
____________________________________________________________________

Hidup jadi lebih bermakna apabila kita melakukan sesuatu yang ada objektif dan kita tahu untuk siapa kita melakunya. Aku bahagia kerana melakukan sesuatu untuk membahagiakan orang-orang di sekililingku khasnya zuriat percintaan yang tidak ternilai harganya.

Entry kali ini untuk pelanggan tetap, Arjue sempena hari kelahirannya yang ke 37. Kali ini cupcake dengan vanila hazelnut, orange dan pandan. Diadunkan dengan anchor pure butter, aromanya wangi dan keenakannya tentu saja dapat mengalahkan adunan dari butter campuran. selamat harilahir Arjue.





*** Arjue tidak menetapkan warnanya, maka aku menggunakan warna kegemaranku - orange. Kek bersais M. Ada empat sais s itu, aku sengaja lebihkan untuk menyendatkan kotak supaya tidak bergerak...almaklum, jauh perjalanan pekan ke kuantan dalam keadaan jalanraya yang sedang dalam proses pembinaan lebuhraya. Jadi yang kecil tu, kutliskan salahsatu darinya 'good luck' sebagai ucapanku untuk Arjue yang struggle untuk orang-orang di sekeliling hidupnya.


Saturday, 15-Mar-2008 01:11 Email | Share | | Bookmark
KERJA TETAP KERJA

Untuk pertanyaan tentang kelas, email ke amaruszatinr@yahoo.com atau zatidhati2u@yahoo.com.my****************************************************************************************************************

Sana sini orang masih geger dengan senario politik tanahair dalam kerajaan campuran. Kecohnya itu menggamit aku menonton tv mendengar berita setiap malam. Meskipun risau bergalau, namun itu tidak menggugat peratus semangat untuk bekerja. barangkali juga semangat bekerja makin menjadi. Dalam diam mulut, tulang sendi urat geramat perlu terus dipulas digemas untuk membangunkan ekonomi keluarga sekaligus membangun ekonomi ummah. Setakat hanya bercakap tentang apa akan jadi pada ekonomi melayu dan Islam dalam senario kerajaan campuran sedangkan tubuh terperap di kedai kopi, marah-marah menepuk meja mencebik dan menggeleng, ekonomi diri sendiri tidak akan melonjak. Kitalah yang mesti lebih positif menggerakkan atau membantu mengutuhkan ekonomi keluarga. Ada yang bertanya, "kau undi apa?" Aku ketawa, "undi adalah rahsia." Yang penting bagiku bukanlah geger tetapi usaha yang tak pernah pudar, semangat yang tak pernah luntur, yakin pada masa depan yang cerah, doa menangkal keburukan memohon kebaikan, kehendak dan keinginan yang tak berbelah bahagi. begitulah, dalam berharap keamanan tetap wujud tanpa sentimen perkauman, aku terus bekerja untuk kepuasan dan peningkatan ekonomi keluarga.

cuti sekolah ini, rumah kembali riuh. Qayyum, Amsyar dan Alim membawa pulang cerita masing-masing. Qayyum pulang dua malam dengan cerita kelas Bahasa Inggeris di UIA, futsal larut malam dan kerjanya di dapur Izzi Great Italian & Asean Crusine. Amsyar dengan cerita 'roti batu' pada percubaan pertamanya membuat roti dalam kelas bakery. Alim dengan cerita hantu asrama yang buat kami tak kering gusi. Meskipun anak-anak pulang, kerja di bakery kecil perlu diteruskan.

Di bawah ini adalah order dari Encik Amiran, pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Pahang untuk anaknya, Firdaus. Beliau membuat salinan foto kek di dalam salah satu entryku. Malang kali ini, biskut belanda yang panjang tidak ada. Kontot-kontot saja. Crispy wafer nipis juga tidak ada, terpaksa kuganti dengan kepingan white chocolate. Hari hujan, kotak kek mesti ditutup menyebabkan biskut belanda tidak dapat disusun tinggi. Maaf berbanyak, cikgu.


(Komen daripada Encik Amiran - sedap, boleh buka kedai di Pekan)

Farid, pengarah Lembaga Muzium Negeri Pahang membuat order carrot cake lagi. Seperti tahu-tahu cream cheese ada dalam simpananku, dia mahukan sesegera mungkin. Seleraku pulka sukakan carrot cake yang disimpan semalaman di dalam chiller. Inilah carrot cake untuk farid.



Tiga hari selepas itu, farid membuat tempahan chocolate banana untuk meraikan harijadi staffnya. Chocolate banana ini dilapisi dengan mousse pisang. Permukaannya kususun penuh hirisan pisang. Tepi dan diatasnya juga kusalut dengan chocolate parut dan sedikit lelehan coklat glis.
Komen Farid lewat smsnya, "sedappppp....Pisang telah menjadikan coklat itu lebih 'menawan'...



Azira, pelanggan baru dari Centre Point Kuantan. Aku menghantar carrot cake dengan frosting choc ganache digabung dengan creamcheese untuk suami kesayangannya, bersama Azzahra dan Taqiuddin. Tidak dapat bertemu Azira, tauke printing. Hanya mendengar suaranya untuk mendapatkan pelan ke kedainya. Selepas menghantar tempahan Azira, aku membawa anakandaku berdua ke food court di Kuantan Parade. Order tiga szziling mi hot plate. Azzahra mengomel mi tidak sedap, kuah tak sempat mendidik, mi sejuk siap. Kata Azzahra, itulah umi, ada hot plate simpan je...kalau umi buat lagi sedap. Sejak tiga anak bujang tiada di rumah, hot plate hanya kusimpan kemas dalam almari dapur. Petang itu saksi satu pembaziran. Mi luak tak sampai suku pinggan. Kami mahu bergerak ke Kem PLKN Muadzam Shah, memenuhi undangan kem untuk Malam Citra Puisi, di samping menjemput hubby habis tugasan di kem itu. Sebagai langkah persediaan, aku beli burger dan ayam KFC, bimbang anak-anak kelaparan. Sambil 'menikmati' mi yang tak meransang nafsu itu, sempat le berborak dengan mamazieza.
Azira sms tentang harga yang berbaloi dan kelainan yang dapat menggembirakan hubbynya.



Hari mengundi. Undi tetap undi. Kerja tetap kerja. Awal pagi, aku menyudahkan kek opera tempahan Sharifah. Bual-bual singkat di telefon, rupa-rupanya Sharifah ini berkahwin dengan puak gerabakku juga, hampir dengan rumahku. Bertuahnya rakyat Malaysia...masing-masing sibuk mencari rezeki, sampai tak kenal saudara sendiri. Nasib baiklah Sharifah bertanya, kalau tak...sampai sudah tak kutahu.
Ada juga tempahan kek Opera daripada Hazrin, bertugas di Lumut tetapi pulang ke Kuantan sempena mengundi. Tuga opera untuk Hazrin jadi lebih ringan kerana tidak perlu hantar ke Kuantan. Dia datang ambil kek di Pekan.
Siap kek opera, terus pergi ke rumah Kerabat Diraja Pahang, rumah Tengku Ibrahim. Anaknya Tengku Bakyah membuat tempahan kek fondant dan wedding cake untuk puterinya, Fadia. Pergi hanya untuk menunjukkan beberapa warna doh fondant untuk tema pilihannya. Selesai tugasan itu barulah pergi mengundi.
Ini dia kek opera untuk Sharifah dan Hazrin. Tak kuingat lagi yang mana satu dibawa pulang mereka.
Sharifah sms - mmmm sedap, kengkawan kat sini pun cakap sedap. ada yang tanya kalau nak tempah dari KL boleh ke...
(Tentu saja boleh , Pah... tapi pada hari akak deliver cake ke KL)
Hazrin pula sms - kek tu ok, sedap...semalam lagi dah habis...
Hazrin ada buat order lain sebaik tiba ke Kuantan. Apa ordernya? Akan aku masukkan ke dalam entry akan datang, insyaAllah...





Pulang dari mengundi, sempat lagi menghabiskan tugasan. Pelanggan yang seorang ini setiap kali membuat tempahan minat kepada warna hijau dan perisa pandan. Sebiji kek pandan dengan hiasan simple guna noozle 2D, 29 dan noozle daun. Aku sukakan warnanya.



Wednesday, 12-Mar-2008 00:34 Email | Share | | Bookmark
ADA BUAT KELAS?

ZATI ADA BUAT KELAS? UNTUK MENDAPATKAN JAWAPAN TENTANG KELAS, BOLEHLAH EMAIL KE amaruszatinr@yahoo.com atau zatidhati2u@yahoo.com.my

**********************************************************************************************************


Pengalaman membuat 3D Princess dengan menggunakan noozle star adalah satu pengalaman mahal yang memenatkan. Lambat untuk menyiapkannya. Lenguh jari-jemari tetapi puas apabila ianya siap dan tentulah bayaran untuk kerja renyah ini tidak berbaloi dengan masa berjam-jam jika bayarannya sama seperti deco lain. Untuk mengelakkan kerja renyah dan tidak mengenakan bayaran yang terlalu mahal, aku menukar penggunaan tip star kepada tip dot yang digerak ke atas ke bawah saja. Tip star hanya digunakan pada bahagian pinggan ke atas sahaja. Lihat foto ini - princess milenium dengan gaun rona gold dan putih di atas platform putih dengan kuntuman bunga dari noozle star 2D dan star 29.





Di bawah ini pula, princess dalam gaun pink di atas platform darkbrown (topping chocolate kilat) yang juga dihias dengan kuntuman bunga dari noozle star 2D dan 29.



* terima kasih kepada yatt helikonia kerana memberi panduan untuk memasukkan foto tanpa menggunakan photobucket. terimakasih juga kepada soulha kerana mencadangkan fast stone tapi kakakmu ini terkial-kial tak tahu arahnya . Setelah godak godek, akhirnya aku tahu juga bagaimana untuk resize di photobucket mengikut program terbarunya. Adoi, loteh den...


[<<  <  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  18  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net