Want your
own Fotopage?














 
Zati D'hati Fancylicious Cakes

By: amaruszati noor rahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 2-Jul-2008 23:58 Email | Share | | Bookmark

utk warga kl, jgn lepaskan peluang order kek choc kak zati ni...toppingnya sedap tau...dgn hiasan yg kemas...mg berbaloi order... Tue 1-Jul-2008 13:36
Posted by:lynnhassan lynnhassan@yahoo.com - [Link]

Kupetik komen yang tauke kek Lynnhassan tinggalkan dan tampal kat sini. Kata Lynn, topping kek coklat akak choewy la. Nak rasa macam mana choewy dan gummynya, order segera. . Sila lihat gambar kek dalam entry lepas.
Hari ini adalah hari terakhir menerima order kek coklat moist Zati Dhati untuk penghantaran pada 4 dan 5 Julai di KL. Lokasi pick up - malam sabtu dan awal pagi sabtu di Gombak (stesen petronas dekat balai polis batu 6). Jam 10 pagi Sabtu dekat LMC, Bukit Rahman Putra. Jam 12 tengahari dekat Sri Petaling. Untuk CikGee yang tempah choc banana, pick up dekat tol gombak.

PENGUMUMAN KEDUA. Pengumuman tentang kelas.

12-13 julai - kelas gumpaste ( baby roses, roses, stephanotis, lily, forget me not, orchid. Gum paste uli sendiri. )
17 julai - kelas bake
18 julai - kelas cartoon artwork & 3D
19 julai - kelas speacility cake dan basketweave
20 julai- kelas fondant (uli sendiri nooo) - hantaran dan wedding stack
26 julai- kelas fondant (uli sendiri) - wedding tiers
27 julai - kelas choc deko
* makan dan penginapan disediakan. Ada bas dari kl terus ke Pekan. Jua ada bas dari Kota Bharu, Kuala Terengganu, Seremban yang singgah di Pekan.

Tarikh-tarikh ini telah ditempah individu tetapi masih ada kekosongan. Cepat!

Itu pengumuman. Sekarang, cerita deko pula.
Di Pekan, mahupun Kuantan penggunaan kek fondant tidaklah sehebat KL. Selain ada yang mempertimbangkan rasanya berbanding buttercream, ada yang mempersoalkan harganya. Untuk fondant,aku tidak dapat bertolak ansur kerana aku menguli fondant sendiri, bukan dengan mixer. Aku juga tidak menggunakan fondant ready made kerana was-was dengan jenis gelatin yang digunakan di dalamnya . Ada seorang kenalan di internet, bergayut telefon berjam-jam. Minta aku buka dari satu website ke satu website, konon nak minta aku lihat cantiknya keluaran kek fondant tauke-tauke website itu. Jenuhlah aku melayannya, sekejab surf ke sana, sekejab ke sini. Tak percaya dia nak memberi ruang aku mencuba kreativitiku sendiri. Sudahlah banyak songeh sekejab nak tukar design itu, sekejab nak tukar design ini...tup tup bila disebutkan harga setelah aku membuat perbandingan sana sini, akhirnya tak jadi. Senyap terus. Kemudian saat akhir sudah tak ada arah agaknya, dua tiga hari sebelum majlis mulalah call nak buat adhock order. Emmhhh...maaflah, pada saat akhir nak buat order setelah banyak ulah, malas aku nak melayan penyakit jiwa. Putus angin. aku pun ada bad mood juga. Ini antara ragam customer yang terlupa bahawa seni tangan tiap manusia tidak sama. Nak yang cantik-cantik tetapi nak keluar duit sikit punya berkira. Panjang pulak berleter ni...

Sekarang kita jamu mata...
Ini adalah tempahan dari Tengku Bakyah Tengku Ibrahim, kerabat rapat KDYMM Sultan Pahang. Design adalah mengikut pilihan anaknya Tg Fadia. Ini hantaran dari pihak lelaki untuk Tengku Fadia. Foto kek di dalam bekas hantaran ini belum lagi dihias bunga-bungaan. Aku hanya meletakkannya ke dalam bekas yang simple kerana pihak pengantin hendak menggubahnya sesuai dengan gubahan hantaran-hantaran yang lain. Designnya simple. Gabungan violet dan lilac. Di kelilingi fondant cupcake dengan warna asasnya hijau. Aku cuba mendapatkan gambar dari Tengku Fadia tetapi cd gambar yang dipinjam kawannya tidak juga sampai ke tangannya semula. Layan mata dengan rakaman lensa kamera kecilku sajalah nampaknya...





Yang di bawah ini pula, tempahan jiran sebagai hantaran dibawa ke Johor. Bekas hantarannya memang warna hijau dan permintaan warna kek warna purple lembut. Ikut sajalah kehendaknya. Tempahan yang agak lewat kerana jiran ini lewat membuat keputusan samada mahu menggunakan buttercream atau sugar paste, jadi aku hiaskan saja dengan bunga beli siap. Meh tengok...




cantik-cantik belaka kek fondant hang ni...hehehehe wahhh..schedule bulan Julai penuh dah tu....syabas cikgu heheheheh Thu 3-Jul-2008 09:33
Posted by:Ana  - [Link]
salam singgah
http://qistina-collections.blogspot.com/
Thu 3-Jul-2008 13:58
Posted by:Qistina qistina.collections@gmail.com  - [Link]
Salam..

UNTUK CADAR 100% Cotton yang TEBAL (280 Thread Count) & MURAH !!
http://laurea-collection.blogspot.com

Thu 3-Jul-2008 19:27
Posted by:Laurea laurea.collection@gmail.com  - [Link]
View all 11 comments Add comment


Monday, 30-Jun-2008 12:19 Email | Share | | Bookmark
ZATI DHATI BAKE & DECO CLASS - KE 6


PENGUMUMAN - PRODUK ZATI DHATI AKAN BERADA DI KL PADA 5 JULAI. SESIAPA NAK ORDER PRODUK, SMS ATAU EMAIL SEBELUM KHAMIS INI. HARGA CHOCMOIST TANPA DEKO RM48 - 10". HARGA CHOC MOIST DENGAN KUNTUMAN ROS COKLAT DAN DECO BORDER DARI COKLAT RM 50 - 8".




BAKE & DECO CLASS ZATI DHATI - hubungi email zatidhati2u@yahoo.com.my atau 017-9427033.
Sejuta alasan tidak akan menjadikan kita berjaya tetapi satu langkah bermula akan menjadi penebus cita-cita.

http://zatidhati.blogspot.com _____________________________________________________________________________________


Ketika aku menerima sms daripada mamasya yang pulang dari Brunei bahawa dia telah membeli tiket bas dan akan datang esoknya, aku jadi terkedu sekejab. Apa tidaknya. Aku tersalah melihat kalendar dan tempahan kek yang perlu dideko lapan biji berderet menunggu. Aduhhh! Lincahlah tanganku bekerja menyudahkan tempahan agar kelas mamasya esoknya tidak terganggu. Tiak tidur langsung aku jadinya. Hubby pula mengemas rumah tempat buat kelas dan menginap.
Mamasya membuat pilihan khas - modul basketweave, speacility cake dan cartoon artwork. kalau Samsabariah yang mengambil modul khas pada kelas yang lalu datang jam 10pagi dan pulang jam 11 malam, mamasya menjangkakan akan sampai jam 3 petang. Meminta kelas dibuat hingga ke malam untuk kek dan bersambung esoknya sebiji kek. Mamasya hanya sampai ke Pekan jam lima lebih. Selesai mandi, solat dan minum petang seadanya, aku mulakan kelas untuk mamasya - filling, frosting, trimming, buat piping bag, practise deco atas board, bartoon artwork. Mamasya minta teruskan dengan basketweave meskipun hari telah larut malam. Selesai basketweave sekitar jam 3 pagi. Esoknya kelas bersambung jam 10 , belajar buat bunga untuk memenuhi basketweave dan speceality cake. hem, seperti biasa, orang yang kidal memang sukar sedikit mencari sudut untuk buat bunga ros. Apapun asal ada kehendak semua boleh jadi.
Anda bayangkan - mamasya bertolak dari kelantan, singgah di terengganu. dari Terengganu membuat perjalanan ke Pekan, kemudian menghadiri kelas, selepas kelas perlu pula ke Melaka, kemudian ke Kl dan akhirnya kembali ke Brunei.
Yuk, kita jamu mata dengan hasil kerja mamasya...















ini foto mamasya, terpaksa kutukarkan dan crop hingga jadi begitu sipi. tuan punya badan sms bertalu-talu tak mahu gambarnya disiarkan.


Code:
Quote:
Jom borak:
rani - [Link] - memang lawo apalagi kalau pakai seluar buatan cina

kamalina a.k.a aimi - [Link]- budak nakal tak suka cabaran buat mum, suka cabaran mengawal noozle tika badan bergegar ketawa

lynnhassan lynnhassan@yahoo.com - [Link] - pertama kali dengar orang kata topping kek akak choewy. selama ni orang kata sodap jo...sekarang bila pakar kek nilai, akak dah tahu ianya choewy

thekesumreturn - [Link]- meh le... bila-bila balik bercuti ke, curi waktu turun ke pahang

thekesumreturn - [Link]- tak terbayangkan. selama ni masuk tv baca sajak, tiba-tiba ajar deko pulak. tolongggg

Hanie keklapishanieondline@gmail.com - [Link]- alhamdulillah atas apa yang Allah anugerahkan....

ida isk merpati66@yahoo.com - [Link] - bila kita mahukan sesuatu, serihu alasan bukanlah halangan. Tak gitu, ida?

Ana - [Link]- yup. alhamdulillah atas keinginan dan semangat yang berkobar tuan punya badan

maklang - [Link] -mak lang, turun ke pekan mak lang. Saya dok promosi bandar pekan nih. Ka;lau tak buat kelas, payah orang nak turun sini.

aima rizaima@yahoo.com - [Link]- siap mental dan fizikal, jumpa 17 nanti. Cikgu dah sedia akar rotan nih

mamasya - [Link]- praktis makes perfect.

Noor Rikha rikha_mie@yahoo.com - bukan kerana saya tapi kerana kehendak dan azam pelajar2 tu kuat dan ampuh

zaitgha zaitgha@gmail.com - [Link]- warna brown chefmaster - warna bakul tu. Gembira dapat bertemu zai hari tu. ekau macam cino... sampai si rikha tanya cina ke tu

aishah@ummiaqil - [Link]- tak apa, kumpul keinginan banyak2 dulu sampai akak dapat buat beberapa bunga baru lagi

lynnhassan lynnhassan@yahoo.com - [Link]- amboi, lynn, promo jangan tak promo

the kesum return - [Link]- ct, akak ni sedang promo bumi kelahiran...promo pekan... kena student turun sini hehehe

Hajar - [Link]- saling beri komitmen, itu yang utama

chepah chepah75@yahoo.com - [Link]- hang kena tunggu badan hang kuat dulu, baru boleh ambik kelas... almaklumle bila masuk sarang lelama...

mamasya - [Link]- dah tengok.... teruskan mendeko.

Daalia lea1207@yahoo.com - [Link]- baru belajar sejam, dah nak kena lempang ekkk... kalau dua hari, tak tahulah ekkk

rinzura rinz_zura@yahoo.com - [Link]- meh le datang, dialu-alukan. kita kena perbanyakkan agen produk halal. amin, amin yarabbal'alamin atas doa yang kaukirimkan.

zira - [Link]- gitu le adanya hidup kita ni... dalam kecanggihan, pasti ada juga masalah yang menjerat

ita - [Link]- belajar buat bunga ros kat kelas zati dhati pulak. untunglah lea yang dok sebelah akak masa kat kelas lynn... hampir2 nak kena titik jari...

jasmeen - [Link] - mamasya memang pemalu sampai hubby akak cakap, mamasya tu pemalu, tapi hubby dia peramah habis meh le turun pekan yang jauh dari kl nih... 4 jam je, bukannya jauh macam nak ke negeri cina

Cek de sam - [Link]- jawapan hanya ada dalam dirimu...



mamasya pun pemalu gak nih... tp deco bakul dia mmg mcm bakul rotan betul la kak...mmg cantik..tu pestime menganyam..kalo byk time..x tau mcmane cantik nyerr...
>>bila la daku nak ke pahang nih..g pahang pun, smpi Jengka jerr..cisss
Wed 2-Jul-2008 09:38
Posted by:jasmeen  - [Link]
bestnye org jauh dtg belajar nie....insyaAllah saya pun nak join jugak tp tak tahulah bila????.... Wed 2-Jul-2008 13:10
Posted by:Cek de sam  - [Link]
wah mmg cntk n lazt kek mamasya buat.bila tgk mamasya buat terus teringin nak belajar buat kek gak...kalau betul blh berguru dgn k.zati terus pndi mcm mamasya,kita pun nak...tp mesti ke belajar kat Pekan, kat area kl bl nak buat n brp byrn.kalau bdk br mcm sy ni yg lgsg x de basic blh k nak ajar? Thu 3-Jul-2008 22:08
Posted by:Isyada isadariah@yahoo.com  - [Link]
View all 27 comments Add comment


Wednesday, 25-Jun-2008 16:53 Email | Share | | Bookmark

BAKE & DECO CLASS ZATI DHATI - hubungi email zatidhati2u@yahoo.com.my atau 017-9427033.
Sejuta alasan tidak akan menjadikan kita berjaya tetapi satu langkah bermula akan menjadi penebus cita-cita.

http://zatidhati.blogspot.com _____________________________________________________________________________________

Malam sebelum menerima kedatangan Rani, Kamalina dan Farah, aku membuat kek bagi memenuhi adhock order Ita dari Kuantan. Kata Ita, anak saudaranya ramai datang bercuti. Mengisi waktu, dia ingin menempah bilik. membawa anak serta anak saudaranya mandi di kolam hotel. Design simple saja dengan tulisan HAPPY HOLIDAY. Yuk...rakamannya di bawah ini...





Malang tidak berbau. Kun fayakun.
Ketika hampir saja dengan rumah Ita, cerita hubby, sebuah kereta memotong tetapi kemudian membrek kuat kerana kereta di depannya berhenti tiba-tiba. Hubby menyasar. Sekotak kek Happy Holiday terbalik. Yang selamat hanyalah sekotak kek dengan swirl putih mulus dan taburan bintang biru merah. Tahu sajalah apabila cupcake terbalik. Habislah segala mak nenek yang menjadi hiasannya. Ampun seribu ampun, hanya sekotak dapat dijual. Sekotak HAPPY HOLIDAY dihadiahkan saja kepada anak Ita dan sepupu-sepupunya.
Kata Farah," heran dengan Kak Zati ni. Kek dia terbalik, dia boleh cool lagi."
Habis takkan nak menangis. Tak mengapa. Yang penting hubby dan Taqiuddin selamat. Ada hikmah yang tersembunyi, yang tak nampak hari ini. Mungkin kan masuk order berkotak-kotak lagi

Malamnya, Farah, Rani dan Kamalina pulang ke Kuantan. Balik ke rumah, aku pulun order dari seorang customer dari Kuantan. Dia mahukan design yang simple, untuk majlis bertunang. Tak perlu fondant dan royal aising, katanya, kami nak makan terus hari majlis tu.Tema warna pink dan putih. Yuk jamu mata....



Ros tanpa kon... saja cuba-cuba buat atas cupcake. Alhamdulillah...



Hari kedua, kerana tekun berlatih di atas board vs tekun mencipta lawak dan gaduh manja, tiga orang budak nakal ini tidak jadi pulang ke Kuantan. Mereka keluar ke Pekan, mencari perkakas perempuan yang perlu. Aku segera frosting sebiji tempahan tunang. Cadangku untuk kuhias larut malam selepas mereka pulang. Selepas berkira-kira, aku tahu kerja mereka akan berlarutan ke perdu pagi. Ketika mereka pulang, kekku ini telah siap difrosting dan dihias. Tinggal tunggu kuntuman ros saja lagi. Sebaik sahaja speciality cake mereka selesai, aku cepat-cepat membuat bunga ros seadanya. Inilah rakamannya. Tapi sayanglah...setiap kali aku merakam warna violet, warna menjadi tidak cantik. Tak guna flash, gambar macam gelap. Bila guna flash, gambarnya jadi biru pulak. Doi! Aku memang tak reti setting kamera.


Lihat! Rakaman warnanya jadi buruk walhal sedikit campuran warna pink ke dalam violet menghasilkan warna yang manis. Kecewa betul tengok warnanya. Tolonggg...
(Semua order ini kuterima kerana pada hematku mereka akan habis jam 10 selewatnya. Jadi waktu larut malam bolehlah aku siapkan tempahan pelanggan. Rupanya ia tersasar jauh dari jangkaan. Manusia hanya merancang tetapi perancangan Allah jauh lebih baik - ini kata-kata yang Kak Rikha sering ucap. Oh, nasib baik aku dapat menyempurnakannya. Ini sebenarnya ujian untuk aku menguji ketabahan diri. Alhamdulillah.)

Baru saja tiga orang budak nakal yang menghiburkan ini mengangkat kek ke kereta, masuk satu panggilan. Nak tempah cheesecake, nak ambil tengahari. Aku segera menolak. DImintanya pula choc moist. Badan dah terlalu letih. Cadangku balik ke rumah, nak depang tangan dan bum atas katil - rehat. Memang dah tak ada mood nak masak choc moist.

Esoknya bakar dah dekat jam 9. Kek belum cukup sejuk, Kak Timah telefon- Jangan hantar lambat, takut tak sempat dengan anak balik asrama.

"Kek belum sejuk sepenuhnya, Kak Timah. Tak boleh aising lagi, takut aising gelincir, nanti tak cantik."
"Tak apa, kek panas-panas sedap." Jawapan Kak Timah ini buat aku urut dagu. Mak aii, kalau dah begitu katanya, terpaksalah aku deco juga.

Nih, tengok... chocolate moist topping coklat kilat, dengan hiasan buttercream. Ros tidak ada masalah kerana ia menumpang wafer cone. tetapi untuk shell, aku berdoa agar buttercream itu sporting.


banyakkan sabar hadapi ujian, sudikan jenguk batik sutera terengganu,ada diskaun tau..

http://e-sutera.tripod.com
Sat 28-Jun-2008 20:37
Posted by:rose
Hmm..
Kat area Perak tak de org buat cupcake ke..?
Or tak de ke kelas yang nak ajar wat cupcake nih...
Puas dah carik.. Tak jumpa2..

****************************************************************************************
Jom shopping online di Little One Store : http://lonestore.fotopages.com.
NEW COLLECTIONS now available!!! HURRY!!!
Mon 30-Jun-2008 04:47
Posted by:Little One Store littleonestore@yahoo.com  - [Link]
salam k.zati..lawa kek akak..lina berkenan sungguh dgn rose - rose yg akak hasil kan tu terutama yg kuning tu.real jea nampak..all the best buat akak. Mon 30-Jun-2008 12:05
Posted by:ina ina_saly@yahoo.com  - [Link]
View all 14 comments Add comment


Monday, 23-Jun-2008 09:07 Email | Share | | Bookmark
EQ

BAKE & DECO CLASS ZATI DHATI - hubungi email zatidhati2u@yahoo.com.my atau 017-9427033.
Sejuta alasan tidak akan menjadikan kita berjaya tetapi satu langkah bermula akan menjadi penebus cita-cita.

http://zatidhati.blogspot.com
_____________________________________________________________________________________



nampaknya aku tidak dapat menulis panjang tentang ceramah motivasi dalam entry lalu. dihambat tugasan kerja, waktu jadi semakin sempit dan perlu berhemat. Sekarang, orang lebih mementingkan EQ. Emotional quotient. Kini Malaysia hanya membuka 40% ruang pendidikan untuk IQ, selebihnya dalah untuk EQ. Contohnya untuk mendapatkan biasaiswa TELEKOM, calon dinilai pada EQnya. Sifat-sifat nabi yang diatur ialah sidiq, amanah, tabligh, fatanah. Fatanah yakni bijaksana berada di tempat ke empat, bukan di tempat pertama. Ini memberi gambaran bahawa Islam mementingkan EQ daripada IQ. Anak-anak digalakkan belajar dalam satu kumpulan tetapi siapa kawan anak-anak kita tidak boleh diremehkan. Nabi bersabda, siapa berkawan dengan penjual minyak wangi, badannya berbau wangi meskipun dia tidak menjual minyak wangi. Siapa berkawan dengan tukang besi, badannya hangit oleh bau besi bakar meskipun dia tidak menukang besi. Aku terpaksa memutuskan hal ini di sini. Fikir-fikirkan sendiri, tidak dapat mengulas lagi.

Sebelum tiga sekawan, Farah, Kamalina dan Rani datang belajar deco, aku menyudahkan tempahan cupcake untuk majlis aqiqah. Puas search di internet, panduan untuk buat booties. Apabila saja kutaip 'booties', maka yang keluar tidak ada satu pun cara membuat booties, sebaliknya keluarlah gambar punggung orang bermacam saiz. Hish! Tak habis-habis tunjuk gambar buntut. Ni bukan booties, ini bunties! Hati berkata nakal. Dengan panduan Dalea, tuan punya mamaoven,blogspot melalui perbualan telefon (terima kasih, Lea), dan melalui sebuah buku, dapatlah aku buat blue booties. Orang yang menempah kek ini kerja di KL, balik ke rumah neneknya di Pekan. Terimakasih, dik, kerana beri kepercayaan pada akak untuk turut menyerikan majlis aqiqah.
Yuk, kita layan mata dengan blue booties...




200 pasang booties untuk majlis aqiqah simanja...

Dapat pula tempahan daripada Anis, seorang pensyarah. Digabungkan namnya dengan seseorang untuk diabadikan di atas cupcake. Lihat foto... aku terpaksa meminta pertolongan Kamalina untuk menutup huruf-huruf yang mahu disembunyikan Anis...almaklum pengetahuan IT aku seadanya saja. Terimakasih Kamalina. Kek yang ada huruf I luv U itu sebenarnya Anis minta aku letakkan dalam pack 3 in 1. Lihat, paper cupnya tidak sama dengan paper cap bertulisan nama Anis dengan cowoknya. Sebelum dihantar kepada Anis, sempat juga aku gandingkan dulu I luv U itu dengan nama pasangan ini. Anis, semoga ditemukan jodoh ke jinjang pelamin. Nak bertunang dan kahwin nanti, jangan lupa order kek dari akak ya .




tengok bulatan merah yang dibuat oleh kamalina tu. Sumber inspirasi cc ini adalah kak Jun, tauke cupcake kekasih. Kak Jun menggunakan fondant, aku mengolah guruf gumpaste itu dengan hiasan buttercream.

Salam Kak,

Pekabar kak, semoga semua dilindungi Allah SWT. Lama x online sibuk skit sekarang ni. Jalan ke Futsal & Cafe dah jadi main road sekarang ni. So ramai lah yang singgah bertandang. Letih dibuatnya. Dari tengahhari, petang sampai malam tak menang tangan kak. Rezeki Allah. Tentang kedai kek tu dah diubah mcm yang kak saran. Utk Cake showcase insyaAllah bulan depan kita cuba masukkan...
Wed 25-Jun-2008 17:53
Posted by:samsaba samsabaent@gmail.com
alahai comelnya booties tu...aku lagi berkenan kat kek yang bawah tu...cupppies yg nama kena sensor tu...sweet jer deko tu... Thu 26-Jun-2008 02:51
Posted by:Ana  - [Link]
ya kita pun suka tengok cupcake kekasih punya design yang ini...cantek benget...kenapa kamalina buat bulatan merah tu dia nak tutup apa tu..he he...tapi cantek la...ajar kita camne nak dapat warna untuk fondant merah dan fondant hitam...fondant hitam asyik jadi kelabu penat la nak cuba...help Thu 26-Jun-2008 09:57
Posted by:boxhousestudio boxhousestudio@gmail.com  - [Link]
View all 13 comments Add comment


Wednesday, 18-Jun-2008 21:02 Email | Share | | Bookmark
PELAKSANAAN TANGGUNGJAWAB, BUKAN HASILNYA?

Semalam, Rabu, sudah lama aku tak masak ikan patin masak gulai cilipadi tempoyak. 2 ekor ikan patin tak sempat dibawa ke malam. Taqiuddin makan nasi 3 kali! Berhenti sekejab menonton tv, dia ulang makan lagi. Baca komik sekejab, berhenti makan lagi.
"kat mana adik letak perut adik, dik?" Aku menegur.
"Kat sinilah." Dia menepuk perutnya. "Tulah, umi masak sedap sangat! Adik tak tahan dengan bau dia!"

Aku cepat mengasingkan dua ketul patin untuk Azzahra yang tidak pulang makan tengahari kerana majlis motivasi di sekolahnya. Patin yang kumasak campak-campak saja sambil menyudahkan kek opera Kak Siti, Kek Minnie Mouse untuk dan cupcake untuk anak Cikgu Salleh dan topping 20 kek choc moist untuk Kuantan itu, jadi sedap kerana lama tak makan patin atau keikhlasan aku membikinnya dalam kesibukanku. Hati menjawab, "kerana ikhlas." Ya, kerana ikhlas. Kalau Amsyar dan Alim ada, jangan masaklah ikan patin. Tak dijeling sebelah mata pun. Itulah, anak-anakku seleranya berbeza.

Selepas hubby bergerak ke Kuantan menghantar opera dan coklat moist, aku menghela nafas panjang. Siap juga kerjaku dalam gerak yang lincah. Ada order esok yang perlu kusiapkan tetapi ...agh! biarlah dulu. Aku mencuri waktu ke sekolah. Ada sessi motivasi di sekolah Azzahra. Mata mengantuk keletihan tetapi motivator petang itu, Yang Mulia Raja Ismail dari PSDC bijak menyegarkan mata sekaligus membuka minda. Rasa mengantukku terbang entah ke mana. Macam pernah tengoklah dia ni... kata hatiku sambil otak berfikir di mana aku pernah bertemu dia. Barulah aku teringat, iras wajahnya saling tak tumpah Yang Mulia Raja Ahmad, Timbalan Kem Komandan Kem Lake Chini Resort. Gaya dan cara bercakapnya hampir sama. Adik beradik kot!

Berkongsi sedikit - apa yang kudapat dari Yang Mulia Raja Ismail. Katanya, yang ditanya di sana nanti ialah pelaksanaan tanggungjawab kita, bukannya hasil. Tanggungjawa kita menerapkan modal insan dalam diri anak-anak, bukannya hasil yang akan kita perolehi atau terjadi. Kalau hasil yang disoal, maka manusia pertama yang disoal adalah Nabi Adam kerana selama lebih 900 tahun usia Nabi Adam, hanya 80 lebih yang dapat didakwahkan dan ianya bermula pada usianya 100 tahun. Ayat Yang Mulia ini mengingatkan aku pada kata-kata hubby, "Nabi Allah Nuh pun diduga dengan anak dan isteri yang engkar pada kata-katanya. Nabi! Nabi Nuh boleh berdakwah mencari pengikutnya, tetapi gagal bawa anak dia satu kepercayaan dengannya." Itulah kata-kata hubby bila aku merungut anak kadang-kadang tak mendengar kata.

Kata Yang Mulia Raja Ismail, pemikiran kita semenjak dulu dijajah oleh pemikiran barat. KIta memandang hebat pada orang cerdik kerana kita mengikut pandangan England. Englang memperuntukkan hanya 8% keemasukan ke universiti kerana dikhaskan untuk orang yang tinggi IQ. Maka pemikiran kita yang dibentuk oleh kesan penjajahan memandang tinggi pada anak-anak yang cerdik, rasa berbangga dengan anak-anak yang cerdik, rasa sedih bila anak-anak tidak diterima di Asrama Penuh sehingga kadang-kadang terbit perasaan berbeza bila menyebut "anak saya yang ini cerdik, masuk asrama penuh, yang dua lagi ni emhh...entahlah...bla bla bla." Kata Yang Mulia, jangan bercakap tentang yang buruk walaupun yang buruk itu benar-benar berlaku, jangan bercakap. Kalau sifat2 lemah anak itu ada, jangan cerita, jangan bercakap. Kita terlalu memandang IQ. Sepatutnya kita lebih memandang EQ? Apa itu EQ? Nanti aku kongsi dalam entry akan datang, insya Allah.

Untuk foto entry ini, aku masukkan rakaman kelas ke 6 yang dihadiri Kak Noor Rikha. Kak Rikha hadir dengan anaknya Nasr, yang kebetulan kurang sihat. Kak Rikha ini terang hatinya. Aku sempat memberitahu Farah dalam bergurau, "senang mengajar orang alim, terang hati."

Kak Rikha selalu bercakap ke arah agama dan meskipun keletihan dengan jadual kelasku, tetapi dia masih meluangkan waktu untuk mengaji Quran. Cuma aku kadang-kadang menggodek juga Kak Rikha agar ada usik mengusik yang membawa ceria. Kelas Kak Rikha cepat saja berakhir. Bukan kerana Kak Rikha seorang tetapi kerana dia tumpu perhatian pada kerja, tidak banyak bercakap. Kelas yang dihadiri Rani, Kamalina dan Farah memang lambat berakhir. Bukan kerana banyak bercakap, tetapi kerana banyak ketawa. Apabila ketawa, noozle jadi tidak stabil nak dilenggokkan di atas kek, terpaksalah tunggu tawa reda. Haa... dengar ni Rani, Kamalina... jangan banyak ketawa masa siapkan order customer, lambat siap kerja, kena ambik masa untuk stabilkan noozle kalau banyak ketawa
Meh! Kita jamu mata dengan kerja-kerja Kak Rikha, bekas guru matematik yang bersara awal. Kini dah jadi tauke roti.



Dalam banyak-banyak modul, modul cartoon artwork yang lambat Kak Rikha menyudahkannya.





3D - rumah no 3, Taman Perindu... Mak bonda aku suka pada warnanya. Cerah dan ceria nampak, kata mak. Waktu petang, pulang dari jualan di kedai, mak akan masuk melawat melihat pencapaian kelas. 'Gurubesar datang!' kami mengusik.


Cut & paste angka. Kak Rikha pilih no 9, khas untuk Nasr. Aku beritahu Kak Rikha, sedapat mungkin pujuklah customer agar tidak meminta kek dalam bentuk huruf dan angka, banyak pembaziran, kecuali kita punya loyang huruf dan angka. Cara mudah, tulis saja no atau angka dengan buttercream atau piping jelly. Islam tak suka pembaziran. Chewah! Aku dah terikut-ikut Kak Rikha.


Haaaa... ini pulak bakul Kak Rilkha. Dia pilih warna karat. Kak Rikha sempat pesan, "barang yang berkarat jangan disimpan di rumah. Nabi kata, barang yang karat tu temnpat duduk syaitan." Otak aku mulalah berlegar ke rumah. ada barang karat tak di rumah?
Disebabkan Kak Rikha terang hati, bunga five petalnya sekali dua buat dah menjadi. Bunga ros ambil masa juga kerana cikgu ni nak bunga yang cantik. Sengaja desak Kak Rikha ulang buat kerana aku tahu hatinya terang, cuma sudut-sudut noozle yang perlu dibetulkan. Tak pernah lagi pelajar aku duduk bersila atas lantai buat bunga tapi Kak Rikha bersila sambil menyandar di pintu, berlatih buat bunga ros. Ni tengok bunga ni...

cantikkan? Ha... tiga kelopak selepas kudup, yakni barisan kedua yang perlu ditikberatkan. Tidak boleh terlalu terbuka, nanti nampak macam tercolot atau terlondeh ... macam orang kecik pakai seluar pinggang besar... nampak terlondeh. Bila gagal pada barisan kelopak kedua, akan gagal pada barisan seterusnya. Jadi, aku selalu pesan pasa student, dapatkan betul-betul sudut untuk membuat susunan kelopak barisan kedua, baru teruskan untuk barisan kelopak berikutnya.Kak Rikha berjaya setelah mencuba berkali-kali. Si Nasr pula jujur memberi markah. Kalau tak cantik, dia kata E -. Kalau cantik, A++. Kembang Kak Rikha bila Nasr puji - nampak macam bakul betullah, umi.





Bunga yang ini, buttercreamnya nampak tidak licin. Kak Rikha over beat buttercream untuk kek ini. Aku mengusik, "teringat kat uztaz ya, Kak." Apa tidaknya. Sepanjang kelas, ada saja cerita fasal abang ustaznya. Bukan anaknya saja rindkan ustaz, maknya rindu jugak, ustaz ooiii...

Pada hari ke 4 Kak Rikha di kelas, Farah datang untuk sama-sama meneruskan modul yang terkandung dalam pakej 4- choc deco. Rupa-rupanya Farah kenal abang Ustaz Kak Rikha. Suami Kak Rikha bertugas sebagai pensyarah di UITM Jengka. Farah pula di UITM Kuantan. Hilanglah rasa segan silu Farah pada alim Kak Rikha. Riuhlah berborak tapi tangan tetap kerja kerana kurang gelak tawa.



Kelas choc deco ini modulnya filling, topping, buat ros dari chocolate, deco border dari coklat, juga plat tulisan coklat. Haa...dalam kelas ni aku bawa kepada kerenah coklat. Sesiapa yang ambil modul ini, akan dapat resepi tambahan - choc banana zati d'hati. Macamana hendak menjadikan pisang di dalam kek itu lebih sedap? Apa yang perlu diletakkan pada pisang? Hanya student yang ambil kelas ini akan dapat resepi ini. Farah yang pernah order choc banana berkali-kali pesan, "akak, jangan lupa ajar choc banana tau. Farah nak buat sendiri. Yang order hari tu sedap sangat." Ha, terpenuhlah hajat Si farah hari tu. Ni choc banana Kak Rikha. Oleh kerana keknya kubuat kecil - 6", maka kek nampak tinggi dek susunan pisangnya dua lapis. Kedekut cikgu ni... buatlah kek besar sikit.




Di bawah ini pula, kita layan mata dengan hasil tangan Farah.




Lain orang, lain hasil seninya. Kata Farah, rosnya ros Italy. Cantik juga ni, Farah...


Ni choc banana yang Farah buat. Mulanya dia tak mahu letak ceri, tak sedap katanya. Tapi terpaksalah letak juga kerana meskipun rasa tidak sedap tetapi cantik dipandang.


ZATIE,,
FIRST TIME NENGOK KEK YANG BUNGE COKLAT TU
CANTIK LAAAA...MEMANG CUN SESANGAT
BERKENAN LARR.. TAK PENAH JUMPE LAGI TUHHH..HEHE
Sun 22-Jun-2008 13:51
Posted by:FazaRina(RiNna) shafri_maju@yahoo.com  - [Link]
lawa2 gambar kek tu..cerita ikan patin akak pun menarik juga..my favourite tu tp mmg betul akak..k.rikha tu terang hati..cikgu matematik x tau pulak..patutlah cepat jea kira yea memang seronok kenal gan dia. Mon 23-Jun-2008 06:52
Posted by:ina ina_saly@yahoo.com  - [Link]
sudah lama kupendam rasa teringin nak buat bunga ros cekelat ni..bila tengok farah dan rikha punya bertambah-tambahla rasa rindu di dada... Tue 1-Jul-2008 07:16
Posted by:boxhousestudio boxhousestudio@gmail.com  - [Link]
View all 19 comments Add comment


Monday, 16-Jun-2008 16:08 Email | Share | | Bookmark
LAIN DARI YANG LAIN

Dia lain dari yang lain. Semenjak kecil, memang kelainannya mengesankan sehingga saudara-saudara jauh juga terkesan apabila melihatnya. Inilah abdul 'Alim, anak ketigaku. Ramai yang pengunjung fp kata, hampir tidak terperasan kehadiran Alim. ada kuceritakan tentang dia tetapi mungkin kerenahnya tidak sebanyak anak-anak yang lain tidak mencuri perhatian pembaca. Kulitnya putih seperti orang China, berbanding dengan anak-anakku yang lain. Aku mahukan anak yang ada lesung pipit, dan Allah berikan itu kepada Alim - lekuk lesung pipit di kedua-dua pipinya.

Dia anak yang tidak banyak ragam. Meskipun tidak makan lauk ikan, dia tidak akan merungut jika tiada ayam terhidang di meja. Terus saja ke dapur, menggoreng sendiri telur mata kerbau, makan dua tiga biji dengan sos cili begitu sahaja. Semenjak kecil, dia tidak tahu mengarah. ayatnya selalu didahului dengan, "umi sibuk ke? kalau sibuk tak apalah." Sebaris kalimat ini akan membuat dadaku lapang dan aku mencuri ruang mengendurkan kesibukan. "alim nak apa?"
"Alim nak...... tapi tak apalah, kalau umi sibuk, alim buat sendiri."
"umi buatkan."
"tak apa, tak apa, umi buat kerja umi tu.Biar alim buat, umi dah penat."
Dia cukup bertimbang rasa, tidak menekan. cool saja. Bila saja dia pulang dari asrama, sarapan pagi yang wajib di meja makan adalah cekodok/jejemput. Bukan dia yang mewajibkan tetapi naluriku sendiri. Kalaupun sudah masak mii goreng atau nasi lemak, ckodok dijadikan hidangan iringan setiap kali dia pulang kerana itulah makanan kegemarannya.
Gemar melukis, dia boleh terperap di dalam bilik berjam-jam menyudahkan lukisannya. Bila saja tiba minggu dibenarkan balik dari asrama, telefon mula berdering. Teman-temannya bertanyakannya. ada yang siap menunggu di bandar. Ya, meskipun dia cool tetapi dia punya daya penarik untuk dijadikan kawan. Sering saja mendapat hadiah dari teman-teman mahupun dari orang tua teman-temannya. Murah rezeki alim.

Lebih bersifat mengalah, 'alim selalu dibuli Taqiuddin. Sebagai ibu, aku perasan benar, Alim tidak reti menjawab cakap orang tua. Kalau dimarah, samaada dia betul atau salah, dia hanya menangis dan diam. Dia bukan pendiam ketika bersama keluarga. Dia suka bercerita bila kami bersama cuma dia tenang setenang-tenangnya. Walaupun cool, 'Alim boleh deklamasi dan pernah menyertai deklamasi kanak-kanak bawah usia 10 tahun hingga ke peringkat kebangsaan.

Aku selalu tenang apabila dekat dengannya. Mungkin sikapnya yang tenang itu memberi keselesaan untukku. Rasanya anak yang ini tidak menjurus kepada aliran dunia masakan seperti abang-abangnya. Semenjak kecil, aku tidak pernah bertanyakan anak-anak, hendak jadi apa bila besar nanti. Hanya selalu aku berpesan, jadilah orang yang berilmu dan berjasa.Tidak ada desakan bahawa apabila dewasa mereka mesti menjadi itu atau ini.
'

Alim mungkin ke arah grafik kerana minat melukis dan mudah memahami pc.
Untuk harijadi 'alim yang ke 13, alim berkali-kali menolak majlis harijadi. Tak payah, buat penat je, katanya. Disebabkan dia selalu menolak, maka pada hujung minggu lalu aku membuat sebiji kek, meenghantar ke asrama sebagai kejutan untuk Alim. Ketika membuat kek ini, Kak Rikha mengambil kelas deko siri ke 6. Apabila aku menceritakan tentang hajatku untuk membuat kejutan untuk Alim, Kak Rikha begitu memahami. Ketika aku mula didatangi serba salah kerana mencuri masa membuat kek untuk 'Alim dan aku hampir-hampir tidak mahu melakukannya kerana bimbang dikatakan tidak memberi tumpuan kepada student, Kak Rikha memberi ayat-ayat halus yang mendesak aku menyempurnakan kek itu. Alhamdulillah, dengan timbang rasa dari naluri seorang ibu, Kak Rikha memberi ruang untuk aku menyudahkan padang bola ini sementara dia membiasakan angle untuk membuat kuntuman ros. Mungkin kerana keikhlasan Kak Rikha, kuntuman rosnya menjadi. Terima kasih, Kak rikha.

Cerita hubby, Taqiuddin dan Alim yang menghantar kek itu jam sepuluh malam ke asrama Seri Rompin (jauhnya hampir 1 1/4 jam dari rumah kami), 'alim terbeliak kesukaan melihat kek itu.
Selamat harijadi 'Alim. Kami semua mendoakan hari-harimu. Jadilah apa pun, sayang, asalkan ia bermanfaat untuk dirimu dunia dan akhirat. Kami semua kasih padamu.





Code:
Quote:
borak jap:
kamalina a.k.a aimi - [Link] -iyalah, dia tak banyak cakap macam kita kan... hehehe...aku tau kau suka rumput sebab ko pernah kata, " aya suka banyak daun,"

aishah@ummiaqil - [Link]- tq, aishah.... ke mana tumpahnya tuah kalau tak ke nasi... bakat banyak bercakap je yang tak lekat hehheh

boxhousestudio boxhousestudio@gmail.com - [Link]- amin, amin yarabbal'alamin.
meh le datang pekan, kak tun... kita buat kek bolajaring kat kak tun

hayatibadri - ada anak sekolah di muazam? yati dok mana? ya, samala-samalah kita doakan anak-anak kita, semuanya, menjadi insan yang emerlang di dunia dan akhirat.

Ana cake_lovers69@yahoo.com - [Link]- hehhe kata nak buat menantu..

Noor Rikha rikha_mie@yahoo.com - tq, kak rikha, tanggungjawab berjalan serentak dan alhamdulillah hasilnya memuaskan.

Posted by:Liesa malisa_82@yahoo.com - [Link]- kata nabi, belajar hingga ke negeri china. pekan-kl hanya 4 jam je, masih dalam negara yang sama

zati...kreatifnya wat kek camtu!! bertuah anak zati selalu la diorang dapat makan kek...
happy birthday untuk alim... permata hati zati.


AZILA - [Link]- anak-anak dah tak termakan kek...tapi bila buat untuk meraikan mereka, mereka seronok kerana dapat menjamu kawan-kawan sambil cakap, "umi saya buat ni." Mak aii, kembang dada umi ni...sebabnya...anak ucapkan tu dengan penuh bangga. Selamat maju jaya untuk bisnesmu.

aima rizaima@yahoo.com - [Link]-insyaAllah. Amin, amin yarabbal'alamin.

Hajar - [Link]- insyaAllah, Jar. Lama kita tak beremel ya.

ah mat gebu - chewah mat... dah bersastera pulak dah... terjangkit aura kak zati atau Ah Lin

samsaba samsabaent@yahoo.com - camana bisnes? kedai dah susun atur semula?

am am_1681@yahoo.com - orang yang tenang jangan disangka tiada geloranya

rani - [Link] - ahhhh...jau beza dengan kita yang riuh-rendah ni kan...tapi kalau takm riuh, ngantuk lak nak buat kerja ek.

zanaz - [Link]- tq, akak dah emel info kelas. Belum dapat ke?

aishah - [Link] - akak tak kenal rupa aishah. kalau tak boleh gak bayangkan aishah terbeliak

jasmeen - [Link]- kat rumah, hanya 'alim yang kurang bercakap dan lebih toleransi. rumah tetap riuh rendah juga kerana yang lain tu tak habis sakat menyakat

ida isk @ Ida Bakery merpati66@yahoo.com - [Link]- tak tahulah, ida ,ngapa traffic maya jem. kalau orang lain boleh dapat, ngapa isa tak dapat ek... dah dua kali hantar... ada halimunan di melbox saya atau ida kot

am - semoga berjaya. camana ek, nak buka kedai makan rm2-3 sedang barang semua naik. jual cekodok dengan lempeng batak pun dah rm3.

jadilah pengeluar utama muslim sekalian saling beramal kebajikan dengan sedekahkan perniagaan yg berjaya untuk kepentingan ummat jauh lebih kekal dari wang ringgit hanya sementara. Wed 18-Jun-2008 18:18
Posted by:am am_1681@yahoo.com
sudah tiba masanya muslim seluruhnya jadi pencipta, pengeluar, pencetus sesuatu ciptaan untuk manfaat umat seluruhnya kurangkan pergantungan kepada bukan muslim di sekeliling kita hampir semuanya Wed 18-Jun-2008 18:19
Posted by:am am_1681@yahoo.com
SESIAPA ADA ILHAM TAK MACAM MANA NAK JADIKAN KENYATAAN NAK BUKA KEDAI MAKAN 2 ATAU 3 RINGGIT? PANDANGAN AMAT DIALUKAN JUGA BANTUAN Wed 18-Jun-2008 19:20
Posted by:am am_1681@yahoo.com
View all 21 comments Add comment


Sunday, 15-Jun-2008 23:14 Email | Share | | Bookmark
16 JUN - BEBERAPA ULANGTAHUN YANG TERHIMPUN

Setahun lalu, Mis Creative Cakes membuka fp ini sebagai hadiah untuk ulangtahun kelahiranku. Setahun berlalu, fp ini telah membuka jaringan ukhwah dan bisnes, menjana mesra kejayaan untukku lewat pandangan dan komentar yang ditinggalkan di sini. Terima kasihku melaut untuk teman-teman yang mendokong usahaku, kepada pengunjung2 yang memeriahkan fp ini mahupun yang menjengah tanpa meninggalkan jejak. Kalian menjadikan fp ini bermakna. Terimakasih untuk teacher Beth dan Chef Anuar. Terimakasih untuk Mis yang membawaku kepada jaringan hebat ini. Terimakasih kepada sahabat-sahabat fp dan teman-teman penulis yang mengirim sms doa hari ulangtahun bermula jam 12 malam.
16 jun - selamat ulangtahun untuk bonda yang mengandung, melahirkan dan membesarkanku dengan kasih ampuh.
16 jun - selamat ulangtahun pernikahan bonda dan ayahanda yang ke 45.
16 jun - selamat ulangtahun diri, terimakasih kerana kau punya kekuatan menghadapi segala
16 jun- selamat ulangtahun fotopages Zati D'hati Fancylicious Cakes.
Ya Rabb, syukurku terhimpun atas nikmat dan rahmatMu yang dingin mengusap seluruh kalbu.

Ada banyak foto rakaman kerja yang tidak sempat kumasukkan ke dalam fp ini lantaran ruang masa yang terbatas dan talian internet yang tidak memberansangkan.

Cikgu Rodziah adalah antara pelanggan yang mengulang order. "Akak buatkan kek coklat moist warna biru, kartun sponge bob."
"Berapa kg?"
"Tak kisahlah, agak-agak cukup untuk budak-budak tadika anak saya."
Sepertis selalu, aku menerangkan choc moist berat. Saiz 1 kg choc moist berbeza jauh daripada 1 kg kek sponge.
"Tak apa. Akak buat je. Janji cukup."
Aku termangu juga untuk menentukan saiz choc moist untuk sebuah tadika. Ini kerana aku bimbang berat yang kuletakkan melepasi budgect Cikgu Rodziah.
"Akak buatlah berapa pun, saya tak kisahkan harganya. Janji saya boleh buat anak saya suka. Saya nak buat dia gembira."
Jarang aku mendengar ucapan begini selain dari Encik Farid, Pengarah Lembaga Muzium Negeri Pahang. Sambil cuba menyempurnakan sponge bob di laut biru, aku terbayangkan kegembiraan yang terpancar di wajah anak yang diraikan. Aku dihimbau kasih ibu yang mahu menyempurnakan bahagia anaknya sebagai pengikat tali cinta kasih. Inilah rakaman kek untuk memeriahkan harilahir



dan lihatlah kegembiraan yang terpancar di wajah aset negara ini...





Komen Cikgu Rodziah: Kak, cikgu anak saya kata kek tu moist sangat, coklat secukupnya terasa-rasa di tekak. Kata cikgu tu lagi, kalau akak buat kek blueberry, tentu lebih sedap.

Terimakasih, cikgu. Kek tu jadi lebih lazat kerana keikhlasan cikgu cuba membahagiakan Ariff dan kawan-kawannya seronok.

Di bawah ini pula, kek tempahan Cikgu SitiRozilah. Tahun sudah dia menempah dua biji kek cut & paste untuk anak-anaknya. Tahun ini lain pula ceritanya.
Dia menempah kek sponge dengan ganache buttercream. Di atasnya kulukiskan seekor bear dengan melted cooking chocolate. kseleuruhannya. Lihat gambar...



Di bawah ini pula, tempahan Cikgu Siti Rozilah juga. Choc moist.Dia minta lukis spiderman tetapi terusterang, aku minta caj yang lebih untuk lukis benda yang banyak sendi dan berselirat urat ni. Badan pun penat kerana baru saja habis kelas bake & deco yang ke enam, belajar buat roti dan majlis makan-makan di rumah emak. Untuk mengelakkan caj, aku menampal edible image saiz 3-4 " di atas kek ini.


Haaaa, di bawah ini pula kek-kek tempahan Nur Mastura dari Kuantan. Layan mata....


Ini birthday girlnya...adik Sarah... sedang demam ni...



Princess cake ni untuk si kakak...



Carrot's time... juga order dari NurMastura.




Tengok, siapa yang potong kek ini? Inilah NurMastura. Aku tak pernah bertemunya tetapi kamis sms dan call macam kenalan lama... sama-sama peramah ni...



Apa pula komen Mastura? Dia seperti juri AF maka aku copy paste saja dari emelnya

Cake deco... - saya tak cerewet... dan saya memang tak reti
> deco2 cake ni.. so maximum star saya bg akak ekekkekek
> Sejuk mata tengok cake2 akak b4 cut... ehehehehe
> kalerfool..
>
> Princess Cake - Sedap..... exspecially the bottom.. choc
> moist.. diorg duk pakat ambik yg layer bawah..tension je..
> TAPI cake ni tak best simpan dlm fridge... kena keluarkan
> dulu b4 nak makan..
>
> Bear Cake - Lagi Sedap... ni fav budak2..+ org2 dewasa..
> memang tak terkata menjilat sudu.. guest dtg pon..duk pakat
> potong cake ni..
> yang ni kalau filling tuh withou cream lg ok kot...kurang
> muak...- yg ni last2 bawak masuk peti ice.. kasik diorg
> pulun princess plak..
>
> Carrot Cake..- Marvellous... deilicious...this is the best
> cake..
> Semua org suka..baby..dewasa..org tua..ekekek. Tak sangka
> plak akak letak nut dlm tuh..BUT the cream
> cheese..waaaaaaaaaaaaaaaaa bisa bertambah lemak2 kami
> semua... atok + nenek.. fav kek ni..suh order lagi huhuh
>
>
> Overall memang pueh hati... saya ni normally tempah cake
> kat hotel...(swiss garden) kkawan chef situ (rege kawan2
> la.. bukan rege hotel ekkek) ,,.. now dia dah quit..tu
> melilau cari cake.. SO apa saya nak kata..kualiti cake akak
> mcm dah taraf hotel..
> So kira berbaloi dgn apa yg saya bayar..
>
macam juri AF kan....

Di bawah ni pula, order Hazrin Hamid dari Perak untuk anak buahnya di Kuantan...


Apa komen Hazrin? "Akak, dia nak gambar princess barbie."
"Itu bukan gambar dia ke?"
"Budak umur 4 tahun, kak. Agaknya dia nak yang pakai gaun kembang kot!"
Mak aiii... aku tersalah lukis charactor ke? Almaklum le aku ni bukan tengok kartun. Tak apa, tahun depan ya, Hazrin. tahun depan akak lukis pakai gaun kembang macam dalam cerita cowboy tu...

PENGUMUMAN: EKORAN KENAIKAN MINYAK HAMPIR 40%, ZATI D'HATI FANCYLICIOUS CAKES DENGAN BERAT HATINYA MENAIKKAN CAJ PENGHANTARAN KE KUANTAN. CAJNYA RM25. KALAU DAPAT CUSTOMER PICK UP DI PEKAN, LAGI BAIK, DIALU-ALUKAN.

Code:
Quote:
Borak jap...
aishah@ummiaqil - [Link] -amin, amin, yarabbalalamin.

mastura masmawar@yahoo.com - terimakasih kerana buat order, terimakasih kerana memberi kritikan dan pandangan. jangan serik order lagi yek

Noor Rikha rikha_mie@yahoo.com - kak, aku gembira dapat akrab dengan akak dan adik dalam waktu 4 hari tu...

zanaz - [Link]- kita orang gemini ya?

kamalina a.k.a aimi - [Link] - yang ke.... nampak tua kerana aku tak awet muda, tetapi semangatku lebih awet muda dari orang yang awet muda

zaitgha zaitgha@gmail.com - [Link]- terima kasih zai

boxhousestudio boxhousestudio@gmail.com - [Link] terimakasih, kak tun..aku rindukan suaramu yang lembut tu...

Hajar - [Link]- terima kasih, hajar. kita hanya berusaha, segalanya dalam kententuan Ilahi

aduhai 1606 penuh dengan kenangan ... ku doakan zati sekelurga serta ibu ayah di berikan kebahagaian berpanjangan, diberi kesihatan yang cemerlang, dipanjang umur, beruntung di dunia dan beruntung di akhirat serta sentiasa dalam iman...amin amin yarabbalallamin..
salam hormat dari ku

Tue 17-Jun-2008 01:39
Posted by:boxhousestudio boxhousestudio@gmail.com  - [Link]
salam...selamat hari jadi buat akak....semoga akak terus sukses Tue 17-Jun-2008 08:42
Posted by:Hajar  - [Link]
Hi Zatie, baru masuk ur fotopages kiut miutnya kek2 yg zatie buat. Dah lama dok cari cikgu2 nak ajar buat cuppies & cakes kat SP susah sungguh2. Kalau ada info habaq2 maila sama no...... nak belajar jadi usahawan macam zatie gak.... Thu 26-Jun-2008 04:13
Posted by:EeZa farieza3110@yahoo.com
View all 9 comments Add comment


Wednesday, 11-Jun-2008 17:38 Email | Share | | Bookmark
BAKE & DECO CLASS SIRI KE 3, 4,5

BAKE & DECO CLASS ZATI DHATI - hubungi email zatidhati2u@yahoo.com.my atau 017-9427033.
Sejuta alasan tidak akan menjadikan kita berjaya tetapi satu langkah bermula akan menjadi penebus cita-cita.

http://zatidhati.blogspot.com
_____________________________________________________________________________________

Ramai yang bertanyakan kelas lewat sms, email, ym dan panggilan telefon. Tetapi apabila diberitahu lokasiku, mereka mengeluh , "jauhnya ke puncak Pahang nun."
Dalam gurauan aku menjawab, " Sabda Rasulullah, tuntutlah ilmu hingga ke negeri China. Saya dalam Malaysia je. Pahang bukan di negeri China...hehehe."
Lokasi bukan alasan kerana pada zaman tidak perlu berjalan kaki atau berkereta lembu, kita seharusnya bersyukur dengan kemajuan yang memudahkan perjalanan dan nawaitu. Ada yang bertanya, "akak tak buka centre di Kuantan atau di KL?" huhuhu.... kalau ada modal, nak buka setiap negeri .

Ada juga yang mempertikaikan yuran yang aku kenakan. Aku mempunyai alasan mengapa aku mengenakan yuran sebegitu.Aku bukan menunjuk cara dan membiarkan student membuat sendiri dalam keadaan tertanya betul atau tidak. Aku mencari kesilapan, misalnya sudut noozle, tahap press dan tempo. Aku mencari kesilapan dan menunjukkan gaya pembetulan. Aku menunggu student sehingga selesai, tidak ada had masa aku peruntukkan. Tidak ada kemestian kelas berakhir pada sekian-sekian jam.Ini kerana pada hematku, yuran yang kuambil adalah amanah untuk melahirkan pendeko, bukan setakat memberi rasa memegang noozle dan membentuk setakat gitu-gitu aje. Tak percaya? Tanyalah student-studentku. Aku menunggu hingga student faham waima waktu beranjak ke perdu pagi asalkan student punya stamina yang ampuh. Aku membekalkan (meminjamkan) setiap studentku segala noozle yang perlu. Ini untuk mengelakkan berebutan noozle ataupun terpaksa menunggu giliran noozle. Untuk kelas bake pula, setiap student membuat kerja membancuh dengan mixer yang dikhaskan. 4 mixer dan dua oven jetcook, cukup untuk 4 orang peserta (maksima).

Makanan kusediakan tidaklah penuh meja tetapi cukup untuk membekalkan stamina - ini bukan majlis kenduri tetapi majlis ilmu. Penginapan juga kusediakan.

Yuk.... kita jamu mata dengan hasil kerja kelas siri ke 3...Wardah, student dari kelas siri ke 2, beria-ia memujukku membuat kelas ulangan untuknya - hanya mempelajari bunga. Alasannya dia perlukan guide sekali lagi agar lebih yakin jika pelanggan mahu bermacam bunga. Wardah pengidap asma, tidak boleh terlalu penat, jadi aku tidak mendesak sangat dia membuat kerja sempurna. Yang penting, dia ingat skill dan boleh membuatnya sendirian nanti.



Inilah Wardah.... tengok tu... pendeko kidal... asmanya kronik tetapi semangatnya tak kronik!



Jon kita berkenalan dengan Samsabariah, pemilik Samsaba Enterptise. Ada kedai doni, kedai makan, padang futsal untuk disewakan dan ada kedai kek Dizny di Bandar Kerteh, Terengganu. Samsabariah meminta dikhaskan modul untuknya kerana dia mahu cekup yang perlu sahaja. Suami dan anak sedia menanti dari pagi hingga malam. Lihat teman kita ni... kecil-kecil cili padi. Aku tabiklah dengan semangat, keberanian, kebijhaksanaan anak bangsa seperti Samsabariah









Kelas siri ke 5 pula dihadiri oleh tiga pelajar - rani (pemilik fp amrani), aimi (pemilik fp kamalina) dan farah, pensyarah undang-undang. Dalam 5 siri kelas ini, kelas inilah yang paling riuh rendah, penuh dengan gelak tawa, usik mengusik dan gaduh-gaduh kecil antara kamalina dan rani. Macam-macam cerita yang keluar. Bila banyak cerita macam tu, maka kelas lambat sikitlah berakhirnya tetapi aku tetap sedia menunggu 'budak-budak nakal ni' . Si Rani tak habis dengan cerita 'bedak-membedak' dan sesekali terdengar suaranya, "aduh, gatainya,". Katanya itu tanda dia mengantuk. Si Kamalina suka mencolek aising ...almaklum metabolisme tinggi . Kadang-kadang bukan saja aising lepas ke pipi, pewarna pun tersesat juga pada wajah Kamalina ni . Si Farah pula syik dengan 'sakitnya' saja.... aku nak tolong hilangkan sakitnya, tak kasi pulak dia tu . Dalam pada itu, ada juga air mata kasih yang mengalir. Si Rani tiba-tiba menangis terkenang gemullah bondanya. Kadang-kadang Rani dan Kamalina bergaduh macam budak-budak tetapi akhirnya tawa berderai. Pukul berapa kelas deko pada hari pertama berakhir? Jangan tanya...jadi catatan dalam sejarah! sekurang-kurangnya mereka bertiga kenal cara aku bekerja dan guide mereka sehingga selesai. Kamalina tidak mudah berpuas hati dengan hasil kerjanya, yang hampir sempurna pun masih hodoh pada matanya - barangkali kerana nalurinya telah diterapkan dengan kesukaran sebagai pendeko kidal. Farah pula terlalu pemaaf pada diri sendiri. Katanya - aku suka memaafkan diriku. Aku tidak gemarkan ungkapan itu - kegagalan/kesilapan diri perlu didenda dengan usaha berlebihan. Rani pula sukakan design yang simple saja. Untuk cut & paste yang mereka minta jasikan sebagai subjek akhir pula, mereka mula nakal mencampur lebihan-lebihan buttercream berwarna dari deko terdahulu tetapi...lihatlah kek-kek nombor ini... warnanya menarikkan. Meh, jamu mata....






































Kepada student-student, usaha tidak berakhir seusai kelas. sentiasalah membina kejayaan. biarpun siapa pun anda, sama ada anda melakukan kerje seni kerana wang ataupun untuk meredakan ketegangan, bekerjalah dengan disiplin, kemas. kesilapan-kesilapan yang berlaku itu menjadi guru pembetulan.

Code:
Quote:
Borak jap...
Farah : Kelas akak untuk melahirkan pendeko, bukan setakat kenal noozle dan tahu bancuh aising. jadi kenalah struggle hadapi segala.

Daalia: budak-budak nakal ni hampir-hampir buat kepala aku masuk air sama... nasib baiklah strictly tu tetap ada

chepah chepah75@yahoo.com - [Link] - meh le dfatang sini, akak pun teringin nak jumpa chepah. kian hari kian bagus kerjamu


kamalina : hem, terdengar-dengar mulut ko pot pet pot pet hanya satu, ko ni suka betul pada noozle bintang. akak tegur, "kalau asyik nak buat bintang, jangan datang kelas aku." tapi bintang tu lebih menambat nampaknya... ko tetap buat bintang kat tepi spongebob. ish, ish

aishah - murid pertama yang kukenang sehingga bila-bila. praktik dan praktik, segalanya akan menjadi juga

rani: akak terdengar-dengar ko mengekek gelak... demam ek? tak cukup stamina tu... teruskan praktis

boxhousestudio boxhousestudio@gmail.com - [Link]- insyaAllah, ada ketika , ada rezeki, kita akan ketemu, kak.

ida isk merpati66@yahoo.com - [Link]- ish, dah berjawab, ida. dua kali jawab. traffic jem di alam maya kot?

ah mat gebu - [Link]- akak sediakan akar rotan, mat

watie @ myracupcakes: tak buat kat kl, saja nak promosi bandar pekan yang tenang dan damai nih...

Ana - [Link] - rani dan aimi pening-pening, aku dan farah pun terjangkit pening2

wardah75- woittt, apa projek terbaru?

ummi ummizaihadi@yahoo.com.my - [Link] - kita ni dok dekat je tapi macam jauh ekk... tu ler...masa membataskan segala

mamasya - [Link]- sedia menanti kedatanganmu
IP: 61.6.224.14
Delete Comment Delete & Ban Delete All & Ban

farah farahani.khosni@gmail.com - tak apa, akak boleh jadi superb bidan
I
hajar - [Link]- ya, hajar, kejayaan ini bukan kerana satu pihak tetapi kerana kedua-dua pihak

Dayang Santubong dygchanj@yahoo.com - [Link]- dayang, tunggu aku 29 ini

am- selamat maju jaya

yullina - [Link]- alhamdulillah, masing-masing kuat usaha


aishah@ummiaqil - [Link] - terima kasih, aishah. merkipun waktu berlalu, semangatku tetap awet muda
Ana cake_lovers69@yahoo.com - [Link] tq, zana... kan bagus kalau hang boleh hantar ayam rose mary tu kat sini

aima rizaima@yahoo.com - [Link]- terimakasih aima. saya memulakan segalanya dengan nil




alahai...hawait kat N3 tu set time Sun 15-Jun-2008 15:38...kitenye ler cari time best...sini dah 16 june...abaikan ler masa tu...tak betul...betuiiiiiii

Ape2 pon SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN pada 16 June 2008 jam 12.01am...sini dah kul 1am tapinye...selamat malam...dah ngantukk...opss...selamat pagi....lagi sejalm setgh subuh....byeeeeeeeeeee...........oyasuminasai...
Sun 15-Jun-2008 15:43
Posted by:aishah@ummiaqil  - [Link]
Zati....Happy Birthday to you Selamat Hari ulang tahun kelahiran....semoga Allah sentiasa memurahkan rezekimu dan mempermudahkan segala urusanmu...ni aku wish jam 12.30am 16 hb June...mata masih tak ngantuk lagi heheheh

p/s dapat hadiah apa dari cikgu lee?
Sun 15-Jun-2008 16:31
Posted by:Ana cake_lovers69@yahoo.com  - [Link]
selamat ulangtahun untuk zati...suker tengok your deco cantik gitu Mon 16-Jun-2008 06:04
Posted by:aima rizaima@yahoo.com  - [Link]
View all 23 comments Add comment


Sunday, 8-Jun-2008 09:41 Email | Share | | Bookmark
CUTI DI INDAH PULAU KAPAS DAN MENCARI PAKA RIVER CAMP

Kami jarang berkumpul sekeluarga kerana masing-masing mencari jurusan sendiri. Cuti sekolah kami dapat berkumpul bersama tetapi selalunya waktuku penuih untuk memenuhi tempahan kek. Aku mengambil keputusan menerima cadangan sahabatku, Cikgu Norhayati - bercuti di Duta Pury Resort, Pulau Kapas. Sebelum pergi, aku menyiapkan 12 biji kek tempahan dan puluhan stock choc moist. Jauh di sudut hati ada rasa terkilan kerana Qayyum tidak bersama kami. Anak sulungku itu berkata lewat gagang telefon, " bukan tak nak pergi, nak... tapi masa akan habis untuk pergi dan balik. Dua hari pergi balik buat badan letih saja. 6 bulan ni nak tumpu pada belajar je."
Yuk... jamu mata dengan aktiviti di indah Pulau Kapas...


















3 hari dua malam di Pulau Kapas, kami berangkat pulang. Sempat kami singgah di Paka, mencari Paka River Camp kepunyaan Kiwi, teman yang pernah menempah kek khas untuk meraikan ekspedisi kayaknya. Paka River Camp ini sungguh luas, tenang. Dengan balai besar, kawasan untuk berkhemah, tandas dan bilik air yang terjaga rapi, puluhan canoe dan bot disamping tenaga jurulatih ekspedisi untuk jungle tracking, mendaki dan merentas sungai, harga pakejnya berbaloi untuk sesuatu kumpulan. Kelihatan begitu semulajadi - kawasan yang jauh dari kekacauan kota, jauh ke dalam dari simpang masuk ke Kampung Durian Mentangau. Jangan cari kerusi moden di sni. Yang menunggu untuk sessi kuliah dan [erbincangan adalah bangku batang nibung. Yuk, jamu mata dengan rakaman foto di Paka River Camp.







Kami menghambat waktu untuk pulang. Namun sempat berbual dengan Kiwi, bertanya dan mendengar wawasannya. Pasti saja camp ini untuk diusahakan sepenuhnya setelah dia bersara.
Meninggalkan Paka River Camp, kami singgah di Dyzi Cafe hak milik Samsaba Ebnterprise. Siapa Samsaba? Dia adalah tauke kedai dobi, kedai kek, kedai makan dan punya tapak futsal untuk disewakan di Kerteh. Dia pernah datang belajar mendeko denganku. Foto-foto kelas deko Samsasba akan dimasukkan ke dalam entry-enty akan datang. InsyaAllah.
Dari Kerteh, kami ke Alor ara. Hubby berkata, "adventurenya kita. Dari merentas laut, kita masuk ke hujung kampung berjalan tanah merah. Balik ke Pekan, hantar anak, lepas tu masuk hutan batu."
Ya... selepas menghantar Amsyar dan 'Alim pulang, kami terus bergerak ke Kuala Lumpur, berkejar untuk aktiviti keesokannya.

akum kak zati... wah!! best tengok akak 1 family g holiday... scuba pulak tu seronak tengok Wed 11-Jun-2008 02:22
Posted by:rinzura  - [Link]
Salam seronoknya bercuti dengan keluarga kak zati.... Wed 11-Jun-2008 05:44
Posted by:yullina  - [Link]
wah cuti sakan, seronoknya, next week giliran kita pulak ke pulau....ajak husband ke pulau2 kat terengganu, dia malas nak drive jauh, apa lagi pangkor lagi ler gamaknya Wed 11-Jun-2008 16:40
Posted by:lynnhassan lynnhassan@yahoo.com  - [Link]
View all 11 comments Add comment


Monday, 2-Jun-2008 23:24 Email | Share | | Bookmark
SPIDERMAN DARI JEMARIKU - HERO YANG TIDAK DITERIMA

Aku bukanlah seorang pelukis, jauh sekali pelukis karektor yang mampu melukis setiap sendi, urat dan bayang. Kerana bukan seorang pelukislah, maka teknik transfer aku gunakan untuk permintaan pelanggan yang mahukan kek berkarektor. Melukis spongebob, mickey mouse, dora adalah lebih mudah daripada melukis spiderman, batman dan entah apa-apa man lagi.

Aku rasa para pendeko saja yang boleh menjawab berapa lama masa diperuntukkan untuk melukis karektor pada kek. Berapa masa yang diambil untuk frosting sebiji kek dapat set di dalam chiller untuk mudah dilukis dan ditransfer. Berapa banyak jelly digunakan untuk melukis. Belum lagi kerja hendak mencairkan coklat atau membancuh `secoet' buttercream untuk dijadikan outline. ataupun kalaulah buttercream warna hitam sudah siap dibancuh dan disimpan didalam chiller, berapa lama pula untuk menunggu ia nyahbeku. Kalau menggunakan outline dari buttercream beku, perlu dicairkan, lain pula ceritanya dengan menggunakan melted coklat. kalau outline terlalu keras, ia akan patah. kalau masih melekit pula, ia tak akan menjadi outline, malah akan sememeh menjadi lukisan yang lebih abstrak.

Hal-hal yang begini tidak difahami pelanggan. Renyahnya membuat lukisan karektor di atas kek hanya difahami pendeko. Ia berbeza dengan melukis di atas kertas lukisan mahupun di atas kanvas ataupun belacu. Tak percaya? Cubalah buat sendiri untuk mengetahui kesabaran anda menghadapi renyah melukis atas kek. Dan anda akan tahu bahawa jika ada tambahan RM3 untuk caj melukis, caj RM3 itu hanyalah untuk piping jelly, warna dan coklat. Itu masih belum berbayar kerja menunggu kek set, kerja menunggu outline set, kerja mewarna. Selama ini aku mengenakan caj RM5 untuk lukisan karektor mudah seperti spongebob, mickey mouse, minnie mouse, dora. Tetapi untuk melukis spiderman, superman, ultraman aku terpaksa menaikkan harga caj. Terutamanya spiderman yang kaya dengan jaringan lebah... nasib baik spiderman reti pakai seluar, kalau tidak... dekat tempat sulit pun penuh jaring lebah. Itulah kenyataannya. Kalau dilihat jaring lebah pada jari-jari spiderman itu saja, jaringnya rapat dan merahnya hampir tak terlihatkan oleh banyaknya garis hitam. Kalau garis-garis itu ditiru sepenuhnya, maka di atas kek ia akan kelihatan hitam, bukan lagi merah. Melukis garis-garis halus ini tidak lagi dengan piping beg. hanya calitan dengan hujung toothpick ataupun berus halus.

Renyahnya, rumitnya, banyaknya masa diluangkan untuk seekor spiderman ini sebenarnya tidak berpadanan dengan caj RM10. Kalau tinggal di Pekan pula, untuk mendapatkan edible image seekor spiderman, terpaksalah berkejar ke Kuantan menaburkan duit minyak RM20 dan masa pergi balik dua jam. Edible image yang ditempah di kedai kek di Kuantan itu pula berharga RM20! Bukan RM7.50 seperti Bake With Yen jual atau bukan RM16 seperti ditempah di Pastry Pro. Ertinya untuk mendapatkan seekor spiderman edible image, aku perlukan RM 40(duit minyak dan duit edible image). Kalaulah kita sebagai penjual menyebut, "boleh, saya boleh masukkan edible image, cajnya RM40!", tentu pelanggan akan menjawab, "mahalnya! Lebih mahal dari harga sekilo kek!" hehehe, itu belum termasuk pelaburan masa 2 jam pergi balik atau satu jam setengah untuk kaki pecut. 2 jam itu terlalu banyak yang boleh dibuat. Ini juga antara yang tak terfikir oleh pelanggan-pelanggan. Apabila saja disebut caj ke Kuantan RM20, ada yang sebut , "Mahalnya, kenapa mahal sangat?' Hello, masih tak tahu harga minyak naik gamaknya! Tapi ada pelanggan yang bertimbang tara akan setuju saja pada caj penghantaran, "oklah tu, RM 20 Pekan-Kuantan, kalau saya pick up di Pekan, masa saya lagi, kerja saya lagi kena tinggal... awak hantarlah ya, jumpa di mana?" Bagusnya bila pandai bertimbang tara macam ni. Berbalik kepada pokok judul entry ini, untuk mengelakkan caj RM40 untuk edible image, aku menerima cabaran melukis spiderman yang serabut dengan sarang lebah ini dengan permintaan tambahan caj lukisan. Ada edible image yang dah siap tapi gambarnya cinonet saja dah berapa rm, tak berpadanan dengan masa dan duit minyak pergi cari edible saiz cinonet itu.

Yuk, jamu mata... foto kek yang menggunakan spiderman edible image berbanding spiderman hasil lukisanku yang tidak diterima sebagai hero... hehehe


Pelanggan yang ini mahukan aku melukis spiderman dengan piping jelly tetapi aku menolak kerana order yang lain banyak. Katanya, "awak buatlah mcam mana pun asalkan ada spiderman."
"Boleh, tapi cajnya mahal... spiderman seekor kalau buat dengan scan gula RM20 di Kuantan. Kalau u boleh bayar untuk spiderman dan duit minyak ke Kuantan RM20, saya buatkan."

"Tak kisah, asalkan anak saya happy masa birthday dia. Alah setahun sekali," katanya.

Hemmm... itu belum termasuk duit parking...duit parking itu dah jadi halal berhalal, belum lagi termasuk kek yang diorder 1 atau 2 kg, mesti lebih dari nilai itu kerana berat buttercream dan layer di dalamnya. Kerja edible image ni mudah saja - sapu piping jelly, tampal edible image, sapu lagi piping jelly di atasnya untuk nampak berkilat, pipinglah apa bunga pun ditepinya kalau rajin atau dogol begitu saja, tetap nampak cantik juga. Tak perlu terbongkok2 sakit pinggang, terkial-kial nak melayan kerenah melukis.

Ni... meh layan mata tengok kek spiderman yang aku lukis... huhuhu.... punya banyaklah jaring labah yang buat banyak songeh pada kek ini....


Aku cuba besarkan gambar masternya dengan pc tetapi gagal. Nak pergi fotostat besarkan? Hem, malam-malam hari, duit minyak pulak nak kena keluar untuk fotostat seekor spiderman. Jadi aku menggunakan size asalnya. cerewetnya nak lukis garis halus tu. memikirkan lelabah payah nak bersarang di tempat yang putih bersih macam warna latar frosting, aku warnakan dengan golden yellow, warnanya seakan oren. Warna itu juga yang jadi latar pada edible image spiderman. Kali ini aku tidak gunakan tulisan di atas plat coklat kerana memikirkan orang yang pick up kek belum tentu balik ke rumah terus. Plat coklat mungkin akan patah. Aku gantikan tulisan dengan huruf gumpaste. Satu huruf gum paste berharga 20 sen tapi itu aku tak kira pun, saja nak buat percubaan.